Showing posts with label syiah. Show all posts
Showing posts with label syiah. Show all posts

Tuesday, 31 December 2013

#RakyatPilihDataranMerdeka31Dis : Musnah !! Dia Bukan Artis Cuma Gadis Manis yang jadi Mangsa ? @PDRMsia @KBAB51 @myberita #TURUN



Menjelang Pengakhiran Tahun 2013 disaat pelbagai lapisan masyarakat bersedia untuk menyambut kehadiran tahun 2014. Tiba-tiba Media sosial dikejutan dengan paparan Imej gadis ayu bertudung ini.

Melihatkan dari pemilik FB ini, Nama Ali Hanifa al Qadahi. Apa yang memeragukan status yang ditulisnya seolah-olah berfahaman Syiah. Mutaah adalah satu zina yang cuba dihalalkan oelh pengangut Syiah.. atau,

Pemilik FB cuba memburukan gadis ini... sekarang ni apa nak heran banyak gambar anak melayu yang bersepah dalam google. 



Friday, 27 December 2013

VIDEO SULIT 3 Yang Haram Di Halalkan !! "Mengapa #Syiah tetapi tidak Agama Lain" @Zahid_Hamidi @dsjamilkhir @tv3malaysia #HanyaDiKedah

Syiah yang Disia-siakan

Bukan niatku untuk mengeji malah untuk mencaci sekadar melukut ditepi ganjang, menyebarkan kebenaran. Perkara ini sebenar sudah berlaku lama dalam "jemaah" yang kononya memperjuangkan Islam. pendedahan pertama   Video SULIT !! "Aku Bukan #Syiah" dan Video SULIT 2 !! " Benarkan Aku Perjuangkan Syiah " kini menyusul pulak video pendedahan mengenai Mat Sabu yang dikatakan tidak menunaikan solah jumaat semasa kempen PRK 13 Di Pendang, Kedah. Tidak menunaikan solat juamaat satu hal lah.... tetapi ini berkaitan dengan kepercayaan yang diamalkan olehnya.. 




Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya.

 

Ustaz Ashiq Elahi Md Desa merupakan pengasas Pondok Kobah Pendang dan merupakan Timbalan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuan Sunni (GIPTIS). Pernah menjawat beberapa jawatan dalam PAS sebelum ini dan termasuklah pernah menjadi jawatankuasa Majlis Syura Ulama PAS Kedah.

Bagai Mana untuk kita mengenai mereka :- 




Agama Islam adalah agama al-Haq, yakni agama yang benar. Umat yang menerima dan patuh kepada agama Islam adalah umat yang mulia dan diredhai Allah. Sebaliknya, jika mereka meragukan kebenaran Allah, mengubah peraturan dan hukum-Nya serta membantah firman-Nya, maka mereka adalah di dalam golongan orang-orang yang batil dan kebatilan itu pasti akan lenyap.

Akhir kalam untuk pendedahan siri 3 ini, nantikan Video 18Pl untuk tatapan penganut agama PAS....


Thursday, 26 December 2013

VIDEO SULIT 2 !! " BENARKAH AKU PERJUANGKAN #Syiah" @Zahid_Hamidi @dsjamilkhir @tv3malaysia #HanyaDiKedah




Memang Sulit untuk aku ungkapkan atau aku mendedahkan pekara sebenar-benarnya. Belandaskan kebenarkan pasti akan menenggelam kepalsuan dan kebatilan, Kami berbangga mendedahkan Video sulit siri 2.  

Perkara ini sebenar sudah berlaku lama dalam "jemaah" yang kononya memperjuangkan Islam. pendedahan pertama   Video SULIT !! "Aku Bukan #Syiah" dan Video siri 2 menyusul :-

 ciri ciri Syiah [lihat pada minit ke 4:20] ..


Ustaz Ashiq Elahi Md Desa menceritakan pula bahawa Mat Sabu tidak mahu sujud diatas sejadah, sebaliknya memilih lantai batu marmar..


Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 5
Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.
KK : Masih ada lagi sedutan video temubual serta pendedahan Melampau...berkenaan Mat Sabu.. nantikan

Tuesday, 10 December 2013

"Dakwaan seorang pemimpin PAS terbabit dengan ajaran #Syiah " @Zahid_Hamidi @dsjamilkhir


Tersangatlah sesat gologan ni ! Tolong umat Islam jangan keliru ! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.

Jakim Bincang Dengan KDN Dakwaan Pemimpin Politik Terlibat Syiah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membincangkan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dakwaan seorang pemimpin PAS terbabit dengan ajaran Syiah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara itu perlu diteliti sebelum sebarang tindakan diambil.

"Majlis Fatwa Kebangsaaan sudah mengharamkan Syiah, itu di sudut hukum. Di sudut pendakwaan pula kita memerlukan kepada pembuktian, jadi kami akan bincang bersama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2013 di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha; Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) Datuk Anan C. Mohd; dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Zainal Abidin Jaafar.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno Sabtu lepas mendakwa pemimpin nombor dua PAS terlibat dengan ajaran Syiah dan akan mendedahkan bukti mengenai perkara itu.

Jamil Khir berkata tindakan tetap akan dikenakan ke atas pihak yang terlibat tanpa mengira siapa mereka termasuk ahli politik. "Siapa yang terlibat dengan Syiah, asalkan dia orang Islam di Malaysia, akan diambil tindakan dan boleh didakwa di Mahkamah Syariah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata perlembagaan Umno akan dipinda secepat mungkin untuk memasukkan Islam sebagai agama persekutuan yang bertunjangkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Dengan ini, kita akan lebih memperkukuhkan perjuangan Umno itu sendiri," katanya.
Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Fasal 3.3 Perlembagaan Umno akan dipinda bagi mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan dan mentakrifkan Islam sebagai apa yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pada majlis itu seramai 1,500 orang terdiri amil zakat, pegawai agama dan wakil agensi berkaitan menghadiri sambutan sehari itu bertujuan berkongsi pengalaman dalam aspek pengurusan kutipan dan agihan zakat di negara ini. -BERNAMA


Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.

Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.

Monday, 9 December 2013

PELAJAR IPTA MENGAKU MINUM 'HOLY WATER' . @datosahol @abby_abadi112


Menjaadi kebanggaan sebagai aktivis pelalar tetapi Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Ismath cuba menimbulkan isu panas dengan menyebarkan sekeping gambar dengan caption dia dan juga rakannya baru saja minum Holy Water.

Holy Water ialah sejenis air yang telah diberikan restu oleh simbol agama Kristian atau paderi.


Tujuan Holy Water ialah untuk diminum oleh bakal penganut agama Kristian bagi menyucikan dirinya mengikut acuan Kristian sebelum melalui upcaya pembaptisan.

Di laman Facebook Khalid, dia memaklumkan sudah meminumkan Holy Water bersama seorang mahasiswa Syariah Perundangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Untuk pengetahuan umum, Khalid sebelum ini bangga mengakui dirinya seorang syiah. Di laman Facebook Khalid juga banyak kemaskini dengan kata-kata memuji rejim Syiah di Iran.

Apakah tujuan mereka berdua ini memuatnaik gambar dengan bangga menyatakan bahawa mereka telah meminum Holy Water? Sikap mereka itu bukan sahaja tidak sesuai sebagai penganut Islam, malah turut mempermainkan agama Kristian juga.

- MNH

Friday, 8 November 2013

#SYIAH : Padangan Tegas Imam Syafie terhadap Fahaman itu. @rakyatnews @Inspirasiislami



Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin. Inilah tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah. Imam Syafie juga tergolong dalam jalur keluarga Rasulullah, dia termasuk dalam Bani Mutalib iaitu keturunan dari al-Mthalib, saudara dari Hasyim yang merupakan datuk Muhammad.

Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu. Ketika berumur 20 tahun, Imam Syafie pergi ke Madinah untuk berguru dengan ulama besar ketika itu, Imam Malik. Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah.
Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.
Imam Syafie sebagai ulama sunni mempunyai pandangan yang tegas terhadap Syiah. Berikut beberapa di antaranya:
1. Dari Yunus bin Abdila'la, beliau berkata: Saya telah mendengar asy-Syafie, apabila disebut nama Syiah Rafidhah, maka dia mencelanya dengan sangat keras, dan berkata: "Kelompok terjelek! (Terbodoh) ". (Al-Manaqib, karya al-Baihaqiy, 1/468. Manhaj Imam asy-Syafi'i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)
2. Al-Imam Asy-Syafie berkata: "Saya belum melihat seorang pun yang paling banyak bersaksi / bersumpah palsu (berdusta) dari Syiah Rafidhah." (Adabus Syafi'i, m / s. 187, al-Manaqib karya al-Baihaqiy, 1/468 dan Sunan al-Kubra, 10/208. Manhaj Imam asy-Syafi'i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)
‎‎3. Al-Buwaitiy (murid Imam Syafie)  bertanya kepada Imam Syafie, "Bolehkah aku solat di belakang orang Syiah?" Imam Syafie berkata, "Jangan solat di belakang orang Syiah, orang Qadariyyah, dan orang Murji'ah "Lalu Al-Buwaitiy bertanya tentang sifat-sifat mereka, Lalu Imam Syafie menyifatkan," Siapa saja yang mengatakan Abu Bakar dan Umar bukan imam, maka dia Syiah ". (Siyar A'lam Al-Nubala 10/31)
4. Asy-Syafie berkata tentang seorang Syiah Rafidhah yang ikut berperang: "Tidak diberi sedikit pun dari harta rampasan perang, kerana Allah menyampaikan ayat fa'i (harta rampasan perang), kemudian menyatakan: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami". (Surah al-Hasyr, 59: 10) maka barang siapa yang tidak menyatakan demikian, tentunya tidak berhak (mendapatkan bahagian fa'i). "(At-Thabaqat, 2/117. Manhaj Imam asy-Syafi'i fi Itsbat al- aqidah, 2/487)
5. Imam as-Subki Rahimahullah berkata, 'Aku melihat di dalam al-Muhith dari kitab-kitab Hanafiah, dari Muhammad (bin Idris as-Syafi'i) bahawa tidak boleh solat di belakang Rafidhah.' (Fatawa as-Subki (II / 576), lihat juga Ushulud Din (342).
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com (pandangan yang tegas terhadap Syiah) & disusun dari pelbagai sumber.
Sumber‎
‎
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday, 5 November 2013

AWAS!! SYIAH SEDANG BEGERAK BEBAS MENGHASUT PENDUDUK DIKEDAH -info PSHK @inspirasiislami #rakyatnews


‎Rakyat amat mengetahui bahawa Iran merupakan negara berfahaman Syiah yang terbesar.Syiah wujud akibat perasaan kecewa. Pengasas Syiah iaitu seorang Yahudi dari Yaman bernama Abdullah Saba kecewa kerana tidak diberikan jawatan selepas memintanya daripada Khalifah Uthman Affan lalu bertindak menentang khalifah itu.‎

Sumber dari laman facebook memaklumkan sekarang ini puak-puak syiah sedang berusaha mencari ahli disekitar Kuala Kedah. Diharap pihak berwajib dapat memantau dan menguatkuasakan undang-undang.

‎Untuk mengetahui dan banyak lagi isu tentang syiah :

  1. gempar-penyokong-syiah-dikesan di Kedah
  2. gempar-syiah-minta-dymm-ydp-agong.
  3. gempar-mat-sabu-bakal-dipecat-dari-pas.

Sekurang-kurangnya enam pemimpin utama sebuah parti politik di negeri ini terlibat Syiah. Pihak berkuasa mempunyai maklumat mengenai pemimpin dalam parti politik tertentu amalkan Syiah dan membuka jalan kepada penyebaran fahaman itu di negara ini.

KK : Kepada mereka yang pernah didatangi oleh kumpulan harap lapor kepada pihak yang berkuasa.






Friday, 20 September 2013

Ketua #SYIAH Cabar Institusi Raja, Buat Laporan Polis Terhadap Mufti - Jamil Khir #KEDAHAMANMAKMUR #OhMalaysiaKu #rakyatnews


Tindakan Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan membuat laporan polis terhadap Mufti Negeri Datuk Syeikh Baderudin Ahmad, Ahad lepas boleh dianggap sebagai mencabar institusi Raja-Raja Melayu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata ini kerana mufti negeri dilantik oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga ketua agama Islam negeri (dan juga Yang di-Pertuan Agong).

"Tindakan ketua Syiah itu langsung tidak hormat kepada fatwa mufti kerajaan negeri, perlembagaan dan perundangan Islam negeri ini sekaligus mereka mencabar kedudukan Sultan," katanya kepada pemberita ketika ditemui bersarapan pagi bersama penduduk Kampung Dato Abdullah, Sungai Limau dekat sini Jumaat.

Jamil Khir berkata kerajaan negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap ketua Syiah itu dan pengikutnya yang cuba melakukan provokasi.

Katanya beliau akan bertemu dengan penguat kuasa Majlis Agama Islam dan peguam syariah Rabu ini di ibu negara bagi membincangkan cara untuk menangani fahaman Syiah dan tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka menerusi undang-undang Islam di negeri-negeri.

Mengenai ugutan ketua Syiah itu mahu menerbitkan buku mengenai fahaman Syiah setebal 500 muka surat sekiranya dia atau pengikutnya ditahan pihak berkuasa, Jamil Khir berkata Majlis Agama Islam mempunyai kuasa untuk menghalangnya.

Laporan polis terhadap Syeikh Baderudin yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini mendakwa mufti itu secara sengaja mempersembah kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kewujudan masyarakat minoriti Syiah Immamiah Ja'afariah di Kedah telah menyebabkan suasana masyarakat di negeri ini tidak tenteram. -

BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 19 September 2013

Pensyarah Main Dalam Pejabat. Selepas 'KAHWIN MUTAAH'. #OhMalaysiaKu #rakyatnews



Apa yang dibimbangi seluruh masyarakat berhubungan dengan pengaruh Syiah di Malaysia benar berlaku. Gambar kat atas hiasan jer.. tapi korang mesti ingatkan pasal video tu..

Pengarah bergelar profesor di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang berkahwin secara mutaah dengan pasangannya yang juga seorang pensyarah dan menjadikan bilik pejabat sebagai tempat untuk melakukan hubungan seks.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Dr Zamihan Md Zain, berkata pasangan pensyarah berusia 40-an itu berkahwin tiga tahun lalu sebelum dikurniakan seorang anak.

Beliau berkata, pensyarah lelaki berkenaan yang bergelar profesor adalah penganut ajaran Syiah dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur, berjaya mempengaruhi pasangannya untuk mengikuti ajaran itu.

Kahwin sementara

“Kedua-dua pensyarah ini bergelar profesor dan berkhidmat di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang. Mereka berkahwin mutaah untuk beberapa bulan dan kemudian bercerai.

“Inilah yang kita bimbang jika tidak ada satu kawalan atau undang-undang tegas mengekang penyebaran fahaman Syiah.

“Golongan cerdik pandai bertaraf profesor pun boleh terpengaruh apatah lagi kalau mereka yang cetek pengetahuan agama.

“Sebab itu kita perlukan satu undang-undang yang tegas. Ajaran Syiah dan kahwin mutaah ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zamihan berkata, undang-undang yang tegas diperlukan bagi menyekat penyebaran fahaman itu kerana lebih 200,000 warga Iran berada di negara ini setiap tahun termasuk pelajar.

Berdasarkan statistik tahun lalu, seramai 17,000 pelajar Iran melanjutkan pengajian di negara ini, 38,000 bermastautin secara sementara dan 150,000 lagi masuk sebagai pelancong.

Penyebaran secara senyap

Katanya, angka itu tidak termasuk warga Iraq serta beberapa negara lain yang turut mengamalkan Syiah masuk ke negara ini dan dibimbangi ia akan menyebarkan fahaman itu secara senyap kepada rakyat tempatan.

“Mereka dikesan turut menyebarkan fahaman itu di negara ini dan empat universiti awam menjadi lokasi kepada penyebaran fahaman ini membabitkan pensyarah dan juga pelajar.

“Julai lalu ulama Syiah dari Iran turut ke negara ini untuk bertemu penganut fahaman itu dan lebih malang lagi mereka turut mendapat sokongan beberapa pemimpin politik dan ahli perniagaan bergelar Datuk,” katanya. – Berita Harian

KK : Ini Semua salah Pemimpin PAS yang menyokong Syiah. Hubungan baik beberapa pemimpin PAS dengan tokoh utama Syiah di luar negara mungkin menjadi punca parti Islam itu dikaitkan dengan gerakan Syiah yang dikatakan sedang menular di negara ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.