Monday 30 September 2013

Ambil Tindakan Jika Sekolah Tahfiz Guna Pelajar Kutip Derma - Jamil Khir‎ ‎


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta kerajaan negeri yang mempunyai kuasa ke atas sekolah tahfiz mengambil tindakan sewajarnya jika sekolah itu menyalah guna pelajar untuk mengutip derma.

Katanya, perbuatan itu salah di sisi undang-undang dan pengusaha sekolah terbabit harus dikenakan tindakan keras.
"Jabatan Kebajikan Masyarakat ada peraturan dan akta bagi yang ingin mengutip derma, jadi kalau yang tidak dibenarkan (kutip derma) tidak bolehlah, apatah lagi menggunakan tenaga anak-anak bawah umur memang tidak dibenarkan dan jika buat juga mereka boleh dikenakan tindakan," katanya di sini Isnin.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM1juta kepada Pengerusi Yayasan Ehsan Seputeh Datuk Mustapha Kamal Yussof untuk pembinaan Akademi Tahfiz Darul Abrar, di Jalan Kelang Lama, di sini.
Bantuan kewangan itu ialah inisiatif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Skim Bantuan Badan Bukan Kerajaan kepada institusi pendidikan yang berdaftar di bawah program pembangunan ummah Baitulmal MAIWP.
Sementara itu, mengulas ramalan hujan lebat di tanah suci, Jamil Khir menasihati jemaah Malaysia agar tidak keluar berjalan ketika cuaca buruk.
"Memang banjir di sana tidak seteruk seperti di Malaysia tetapi kalau berlaku hujan di sana (Makkah dan Madinah) dinasihatkan jangan banyak keluar, sebab banyak kawasan licin dan boleh jatuh," katanya.
Saudi Gazette pada Ahad melaporkan Makkah dan Madinah mungkin dilanda hujan lebat ketika musim haji kali ini. - BERNAMA

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Gempar !! Pengikut #SYIAH rancang kuasai jabatan agama. #fb #rakyatnews #1Malaysia @inspirasiislami #DEMIRAKYAT


Tatkala menjejaki ke dalam markas berkenaan tulisan memuji serta memuja Saidina Ali tertera di dinding markas berkenaan.

Turut ditemui 'batu Karbala' serta kitab-kitab mengenai ajaran Syiah.


Pengikut Syiah di negara ini dikesan mempunyai perancangan untuk mengusai jabatan agama Islam.


Bagi merealisasikan rancangan itu, pengikut Syiah mendaftarkan anak mereka ke dalam akademik berteraskan Islam dalam usaha jangka panjang menguasai jabatan itu.

Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohamad Ismail mendakwa, dalam tempoh 10 tahun, anak pengikut Syiah kemudiannya akan memohon sebarang jawatan di dalam jabatan agama Islam.

"Apabila sudah memperoleh jawatan, tugas mereka seterusnya akan cuba mengubah polisi keagamaan dalam jabatan tersebut.

"Mereka kemudiannya akan menimbulkan isu seperti isu mazhab untuk melagakan para ulama dan pemimpin," katanya ketika berucap dalam dialog Umat Melayu dalam Menghadapi Konspirasi dan Agenda Asing di Dewan Sri Semantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, semalam.

Majlis anjuran Ikatan Muslim Malaysia (Isma) dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) itu, turut dihadiri empat ahli panel lain iaitu Penulis dan Pengkaji Sejarah Persatuan Arkeologi Malaysia, Zaharah Sulaiman; Ketua Pegawai Eksekutif Maljis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar; Penganalisis Muslim Moderat dan Projek Peng'Amerika'an, Mohd Hazizi Ab Rahman dan Pengkaji Ilmu Perbandingan Antara Agama, Shaharuzzaman Bistamam.

Mohamad berkata, langkah pengikut Syiah itu sudah terjadi dan terbukti berkesan di Lubnan dan Iraq di mana dua negara tersebut kini sudah dikuasai oleh fahaman Syiah.

"Langkah itu yang mereka cuba lakukan di negara kita. Dua negara itu dijadikan rujukan.
"Apabila mereka berjaya melagakan pemimpin dan ulama, mereka seterusnya akan menimbulkan rusuhan supaya mereka akan dapat menguasai negara, sama seperti Lubnan dan Iraq" katanya.

Selain itu Mohamad mendakwa, hampir 250 buah syarikat yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah milik orang Iran.

"Tujuan mereka tetap sama iaitu menyebarkan fahaman Syiah melalui syarikat yang mungkin akan berurusan dengan agensi-agensi kerajaan," katanya.

Dalam membanteras penyebaran fahaman Syiah ini Mohamad berkata, agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan polis harus berusaha di mana perlu kerap melakukan operasi bersepadu dalam usaha menyekat usaha pengikut Syiah di negara ini.

"Kita tidak mahu, bila sudah parah baru hendak bertindak. Syiah ini merupakan ancaman kepada negara. Akidah, kemasyarakatan, politik dan keselamatan negara sedang tergugat dengan kehadiran syiah," katanya.

Mohamad turut tidak menafikan kemungkinan wujud 'tangan-tangan ghaib' dalam jabatan agama Islam sehingga menyebabkan kelewatan dalam usaha membanteras penyebaran Syiah.
"Saya bukan hendak menuduh kerana apabila kita mendakwa di mahkamah, kita perlu kemukakan bukti. Tetapi kemungkinan itu tetap ada.

"Tidak mudah untuk kita membuktikan seseorang itu merupakan pengikut Syiah kerana mereka mengambil pendekatan taqqiyah," katanya.


Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 29 September 2013

Semakin tua semakin bernafsu. #DEMIRAKYAT #DAP #OhMalaysiaku #rakyatnews

Mengharapkan simpati ???

Dalam ucapan pembukaan bagi pemilihan jawatankuasa CEC DAPigs hari ini. Pengerusi DAP Karpal Singh berkata belau berharap agar pemimpin parti tersebut, yang kini semakin tua, akan berpeluang untuk mentadbir kerajaan persekutuan.

Dalam ucapannya di Kongres Khas DAP hari ini, beliau berkata Pakatan Rakyat perlu menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita mesti (menang), kerana para pemimpin semakin tua. Kami perlu diberikan peluang sebelum kami bersara, dan bila saya kata 'kami', saya turut sertakan Lim Kit Siang...

"Kita ada orang muda. Saya nampak sangat sedikit orang tua sekarang. Apa yang kita ada, mungkin kamilah pahlawan yang terakhir.

"Orang muda perlu ambil alih dari kami, itu proses semulajadi. Daripada apa yang saya lihat hari ini, pemimpin muda ini adalah orang yang akan mewarisi pentadbiran seterusnya di negara ini," katanya kepada para perwakilan.

Karpal dan Lim kedua-duanya kini berusia lebih 70 tahun.

Kesian pula rasanya, bila Si Karpal Whilchar, buat kenyataan macam. Aku si Karpal Whichar tak sedar sedar diri yang dia tu dah dimamah usia.

Meroyan plak nak rasa menjadi PM sampaikan minta simpati nak perintah negara.Kalau dah tak mampu duduklah diam-diam atas kerusi tu...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 28 September 2013

Setiausaha Majlis Syura Ulama 'TOLAK' Mat Sabu #SYIAH. Peng' #DEMIRAKYAT #OhMalaysiaku #rakyatnews


Ambil contoh kepimpinan teladan Nabi Muhammad S.A.W dan bukan kepimpinan negara-negara tertentu jika tidak mahu terus dilabel sebagai pengamal syiah, kata Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS itu berkata nasihat ini bukan sahaja ditujukan kepada mereka yang terpalit dengan imej Syiah, sebaliknya turut ditujukan kepada semua ahli PAS agar lebih berhati-hati apabila menjadikan seseorang atau negara lain sebagai idola mereka.

"Sebab itu kita perlu balik kepada landasan asal iaitu kalau kita hendak mencontohi apa-apa pun, kita hendak ambil apa-apa kebaikan, kita ambil daripada Nabi Muhammad S.A.W.."

"Kalau kita hendak ambil contoh kebaikan, kita ambil daripada Rasulullah SAW... kita ambil daripada Al-Quran, sudah tentulah Al-Quran ini menggambarkan sunnah Waljamaah," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebelum ini menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan bermazhab Syiah, akan tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini.

Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS.

Malah, beliau turut melahirkan rasa kesal apabila setiap kali menjelang muktamar PAS, isu Syiah akan bergema.

Mat Sabu menjadi salah satu sasaran mereka apabila isu ini dimainkan tambahan lagi apabila beliau melawat negara tersebut ketika meletusnya perang saudara di sana.

Isu Syiah menjadi hangat apabila perang saudara meletus di Syria dan Iran serta Hizbollah (gerakan Islam di Lubnan) menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad.
Rententan daripada isu itu, Zawawi menasihatkan mereka yang terpalit dengan isu syiah kembali kepada perjuangan asal parti dan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh pimpinan terbaik.

"PAS ini sebuah parti Islam yang memperjuangkan Islam, contoh yang terbaik adalah Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik.

"Dan sepatutnya seluruh kepimpinan PAS dan ahli-ahli PAS ini mencontohi Nabi Muhammad S.A.W...sebab kalau kita mencontohi Rasulullah S.A.W, kita akan selamat daripada sebarang fitnah," katanya.

Jelas Zawawi lagi, menjadikan Iran sebagai negara contoh berkemungkinan boleh mendatangkan impak yang tidak diingini berlaku di negara ini.

Ini katanya memandangkan pengganut agama Islam di Malaysia sangat mengambil berat dengan ajaran Syiah yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Jadi kalau kita mengambil contoh daripada negara-negara, mungkin negara ini bukan sahaja isu syiah malah kadang kala dia sensitif di Malaysia ini.

"Umpamanya dalam ahli sunnah wal jamaah, ada yang mazhab Maliki, ada yang mazhab Hanafi ada yang mazhab Hambali...jadi kalau kita mengambil contoh daripada negara, mungkin dia akan membabitkan mazhab-mazhab ini," katanya.


Sumber

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

'Live' DARI LOKASI KARNIVAL JALUR LEBAR @1malaysia KULIM #KEDAHAMANMAKMUR @rakyatnews @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan @UBPU3KBB #KJL1M






Antara aktiviti-aktiviti yang sedang berlansung. Ayooohhhhh !! bagi yang belum berkesempatan jemput mai cepat, pelbagai peluang dan hadiah menari menarik menanti anda.

KK : KK duk pujuk depa bagi broadband 1Malaysia hahahahha...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

(Gambar) Satu penghinaan 'Foto ghairah' peserta program realiti timbul semula dibaluti #JalurGemilang. #MeleTOP @astroAwani #rakyatnews #selebriti #Awani745 #superspontan


Rasa, bukan sekali dua benda ni berlaku pada bintang-bintang realiti yang baru nak naik dalam industri ni.

Tapi dah banyak kali dah. Tapi, masih ada jugak insan-insan yang tidak guna akal yang tetap nak lakukan benda-benda macam ni.

Lepas tu, bila mula nak ceburkan diri dalam bidang ini, aksi-aksi panas yang melibatkan bintang realiti ini terus diselongkar, didedahkan dan dipanas semula oleh pihak-pihak tertentu.

Siapa yang kena tanggung malu?Macam yang berlaku kat seorang bintang realiti ni!



Program realiti yang melibatkan penyertaannya baru saja mula ditayangkan di skrin televisyen, tapi gambar panas masa lampaunya sudah pun tersebar meluas di serata alam.


Padahal gambar itu sudah lama diambil sejak beberapa tahun dulu.Agaknya masa buat tu si bintang realiti ni tak fikir panjang.Nak glamor punya pasal, dia sanggup beraksi panas.

Sampai, ianya jadi isu besarlah di dalam akhbar.

Tapi, bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya, terlajak perbuatan, diri binasa!

Sekarang ni, nak buat apa-apa pun tak guna. Sebab, benda dah berlaku. Nasi dah jadik bubur. Damage has been done.

Jadi, mahu tak mahu, si bintang realiti ni kenalah terima hasil dan kesan daripada perbuatan masa lampaunya.

Takpelah, kalau tak jadi bintang realiti pun tidak mengapa. Sebab dia ini pun sudah ada pekerjaan yang tetap. - Murai

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 27 September 2013

Tiada Kenaikan Harga Minyak RON95 Tengah Malam Ini - Ahmad Maslan. @NajibRazak @MuhyiddinYassin @PPIM4U @rakyatnews_my #RON95 #DEMIRAKYAT @1malaysia @TRANSFORMASI_BN


Kerajaan menafikan akan menurunkan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 10 sen yang boleh menyebabkan harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.20 seliter mulai tengah malam ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, harga petrol bersubsidi tersebut masih kekal RM2.10.

"Saya ingin nafi ada penurunan subsidi RON95 sebanyak 10 sen pada malam ini. Oleh itu RON95 bersubsidi masih rm2.10 seliter.

"Harga sebenar 2.73," katanya di laman twitter miliknya pada Jumaat.Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa harga petrol RON95 akan naik kali kedua malam ini.

Sementara itu, pakar ekonomi seorang pakar ekonomi dengan Alliance Research, Manokaran Mottain turut menjangkakan tiada sebarang kenaikan harga bahan api dalam tempoh terdekat ini kerana pelarasannya baru sahaja dibuat.

"Rakyat masih lagi tengah dalam usaha menerimanya (kenaikan harga bahan api)," kata Manokaran, yang juga Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)kepada Bernama semasa ditanya tentang lebih banyak lagi pengurangan subsidi dalam tempoh terdekat ini.

Beliau juga berkata Jawatankuasa Dasar Fiskal, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya akan bermesyuarat setiap enam bulan. "Sebarang rasionalisasi subsidi hanya akan diputuskan apabila ia benar-benar perlu," katanya.

Spekulasi mengenai kenaikan lagi harga bahan api tersebar luas dalam media sosial sejak beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengurangkan lebih banyak subsidi terutamanya bagi bahan api yang akan membawa kepada kenaikan harga petrol RON95 dan diesel.

Rakaman skrin laman web Bernama 'seolah-olah' pengumuman tentang kenaikan harga itu disebarkan menerusi media sosial hari ini.

Ia sebenarnya pengumuman rasionalisasi subsidi pada 2 Sept lepas yang menyaksikan harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen pada tengah malam Selasa (3 Sept).

Rakaman skrin itu malahan telah mengubah tarikh kepada 'tengah malam Isnin' dan disebarkan kepada orang ramai.

Susulan rasionalisasi baru-baru ini, kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini.


Kerajaan memperuntukkan RM24.8 bilion bagi subsidi bahan api tahun ini. Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harga petrol RON95 naik lagi? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @PPIM4U @rakyatnews_my #RON95 #DEMIRAKYAT @1malaysia @TRANSFORMASI_BN


Aku dapat mesej ni tadi dari rakan 'BBM' so, aku pun cubalah google mencari kepastian berkenaan dengan 'kejutan' mesej :-

"Dear Family & Friends, please be informed that RON 95 price is increasing by another 10 sen by midnight. New petrol price will be $2.20 effective 12am."


Dalam laporan benama semalam, Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.


Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.

"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murahdi Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.-


KK : Aku bersikap jujur kali ini, langkah yang sesuai dan tepat sebenarnya harus diambil mencegah kenaikan harga bahan api tersebut. Sikap dan perangai sebilangan pengusaha stesen Minyak dan juga mereka yang mendapat subsidi bahan api tersebut menjualnya pula kepada pengusaha warga asing.

BERSIKAP lah 'ADIL' yang dok menyalak tu pun kereta 3,4 biji dirumah....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar "DI DAJALKAN RAKAN SENDIRI" Isteri Mat YO MOHON MAAF. @MyMeleTOP @johordarultazim @rakyatnews @ASTROARENA @RTM_Malaysia


"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak"


"Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku," kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.


"Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

"Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi BH, semalam.


Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. 


"Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.


"Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul," katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.


Berita Harian 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@RTM_Malaysia @astroAwani Bina PAKATAN SULIT Dajalkan @MuhyiddinYassin & @Shaberyc @rakyatnews #DEMIRAKYAT #1Malaysia


Negara dikejutkan dengan pemergian bekas menteri Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), jam 11.15 pagi tadi.

Pelbagai pihak memberikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan perkara ini turut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi kenyataan medianya.


Namun apa yang mencuri perhatian ialah apabila syarikat penyiaran Astro Awani telah melakukan kesilapan apabila menulis ucapan takziah sebagai tahniah di slidernya.

Walau bagaimanapun, selepas menyedari kesilapan teknikal tersebut, Astro Awani terus membuat permohonan maaf menerusi siaran beritanya selepas itu.



Kesilapan ejaan sebegini amatlah ditakuti oleh syarikat penyiaran kerana ianya boleh menimbulkan permasalahan seperti mana yang berlaku di RTM, yang juga tidak 'kenal' menterinya sendiri.


Ini bukan kali pertama kesalan yang berlaku pada RTM kerana sebelum ini dalam waktu terdekat yang lepas diatas penyiaran logo PDRM.

JIKA BENAR ADA UNSUR SABOTAJ MAKA JANGAN BIARKAN IA MENJADI NANAH DALAM ORGANISASI TERSEBUT.?????

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 26 September 2013

[VIDEO] @PDRMsia TAHAN PENYELUDUP barang Almarhum Chin Peng #DEMIRAKYAT #DAP #OhMalaysiaku #rakyatnews @abby_abadi112 @khalidismath





Kedua-dua mereka yang berusia 59 dan 66 tahun ditahan sebaik sahaja tiba dari negara jiran menaiki pesawat Thai Airways yang mendarat pada pukul 9.50 malam. 

Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hasil pemeriksaan polis, dua lelaki itu membawa masuk beberapa barang seperti cakera padat, buku, video, cenderahati yang tertera perkataan 'Kenangan Abadi Almarhum Chin Peng'. 

"Polis menahan mereka kerana berada dalam keadaan mencurigakan dan setelah memeriksa dua bagasi yang dibawa, kita menemukan pelbagai barangan itu. 

JK #pemilihanUMNO SAHKAN @tunfaisal , Zainul Fitri tidak layak bertanding. @NajibRazak @MuhyiddinYassin @TengkuAdnanReal #TFourhope #TF4MT @HishammuddinH2O @Khairykj


Dua calon ahli Majlis Tertinggi (MT) bagi penggal 2013-2016, Tun Faisal Ismail Aziz dan Prof. Datuk Dr. Zainul Fitri Othman disahkan tidak layak bertanding bagi jawatan tersebut pada pemilihan UMNO Oktober depan.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh yang mengesahkan perkara itu memberitahu, faktor tidak pernah menjadi ahli jawatankuasa (AJK) Bahagian merupakan perkara asas yang menghilangkan kelayakan kedua-dua ahli parti itu untuk bertanding.

"Mereka (Tun Faisal dan Zainul Fitri) hilang kelayakan untuk bertanding MT kerana tidak pernah menjadi AJK Bahagian iaitu yang merupakan syarat asas untuk menjadi calon MT.

"Perkara asas itu tidak dapat dipertimbangkan lagi oleh pihak jawatankuasa. Mereka berdua tidak boleh bertanding," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Semalam, Jawatankuasa Pemilihan UMNO mengumumkan senarai calon MT yang disahkan bertanding pada pemilihan Oktober nanti adalah sejumlah 64 orang.

Bagaimanapun dua nama daripada jumlah itu tidak disenaraikan, iaitu Faisal calon bagi nombor 60 dan Zainul nombor 11. - UTUSAN ONLINE

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[ Gambar ] Terakhir Allahyarham Ustaz Azizan. @MukhrizMahathir #KEDAHAMANMAKMUR @rakyatnews #DEMIRAKYAT




Jenazah Allahyarham dijangkakan akan dikebumikan selepas waktu asar hari ini.Tan Sri Azizan Abdul Razak disahkan telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 11.10 pagi di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah.


Allahyarham menghembuskan nafasnya pada usia 69 tahun setelah beberapa bulan menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat kompilaksi diabetis.

Jenazah Almarhum Ustaz Azizan Akan Dikebumikan Di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena

"Dari Allah S.W.T kita datang kepada Allah  jua kita kembali, sama-samalah kita semua umat Islam sedekahkan bacaan Al-Fatihah sambil mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat"


[GAMBAR] DAKWAAN Kuil Hindu haram dibina di Ampang Baru, Ipoh merupakan tanah Milik @PDRMsia ? @Zahid_Hamidi @KBAB51 #Malaysia #rakyatnews



" Cegah sebelum parah" Sebelum nasi menjadi bubur... samaada betul atau tidak dakwaan ini..Seharus perkara ini di pandang serius kerana ia melibatkan agama. 


Kami menerima kiriman email dari seorang pembaca blog yang menghantar beberapa keping foto yang didakwanya sebagai tapak pembinaan kuil hindu haram.



Email tersebut juga disertakan dengan satu surat yang dihantar kepada kementerian, Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Ipoh, Ketua Polis Negara dan Menteri Besar Perak.



Menurut si penulis, kuil tersebut seolah-olah dibina secara perlahan-lahan bagaikan mengelak dari dikesan pihak berkuasa.



Beliau juga mempertikai pembinaan tersebut apabila tiada papan tanda rasmi untuk tujuan tersebut malah tanah tersebut didakwanya milik PDRM berdasarkan sebuah tanda yang berada di situ.



Berikut adalah tulisan dari beliau:



Pembinaan Kuil Haram dipercayai di atas tapak hakmilik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Jalan Ampang di Kg Ampang Baru, Ipoh, Perak?



Saya ingin melaporkan kemusykilan berbangkit berhubung perkara di atas. Semenjak kebelakangan ini saya perasan satu aktiviti pembinaan giat berjalan iaitu membina kuil Hindu di jalan Ampang berhampiran Kg Ampang Baru, Ipoh, Perak.



Saya pengguna kerap jalan ini semenjak bertahun-tahun, jadi saya perasan perubahan di sepanjang jalan ini.



Seingat saya kira-kira 3-4 tahun lepas, asalnya hanyalah sebatang besi altar dengan lambang agama Hindu sahaja di situ, kemudian berubah menjadi binaan kecil, seterusnya berubah menjadi besar sedikit dan yang terbaru pula; sejumlah besar kawasan situ diperbesarkan dengan lantai konkrit dan dinding. Sila lihat gambar-gambar berkaitan yang disertakan bersama email ini.



2. Saya percaya berkemungkinan binaan tersebut adalah aktiviti pembinaan haram kerana tidak terdapat sebarang papan tanda pembinaan yang sepatutnya. Tertera pada banner di salah sebuah gambar yang disertakan bersama ini kuil tersebut iaitu Om Sri Devi Erana Veera Maha Bathrakaliamman Temple oleh Sree Gold Marketing,



3. Tapak kuil tersebut juga mungkin tidak sah kerana berkemungkinan didirikan di tapak hakmilik PDRM. Kalau tak silap saya papantanda tersebut yang didirikan oleh Pejabat Tanah dan Galian turut dialihkan dari tempat asalnya, mungkin untuk mengaburi pihak-pihak berwajib atau membenarkan kawasan pembinaan kuil yang lebih luas. Siasatan perlu dilakukan berhubung ini.,



4. Saya juga agak musykil kerana sehingga kini masih tiada tindakan diambil sekiranya ianya kuil haram, apakah lokasinya yang berdekatan jalan utama di situ tidak disedari oleh pihak-pihak berwajib,



5. Pada pendapat saya seolah-olah ada gerakan terancang secara senyap untuk membina kuil haram. Modus operandi pembinaan kuil hindu haram senang sahaja: dengan memacakkan tiang besi altar dewa, diikuti binaan kecil dan seterusnya dalam tempoh beberapa tahun ianya menjadi kuil besar walaupun di tapak haram, tanpa peduli prosedur yang sepatutnya. Sedangkan membina masjid pun turut memerlukan arahan pembangunan dari pihak berkuasa tempatan. Dan yang pelik adakalanya kuil-kuil haram didirikan di kawasan majoriti melayu/islam atau tiada/kurang komuniti India hindu. Apa sebenarnya agenda semua ini? Sekiranya ianya tidak ditangani dengan sebaiknya ini merupakan satu risiko konflik perkauman/agama.



6. Beberapa tahun lepas kerajaan ada maklumkan kononnya hal pembinaan kuil Hindu haram dapat diatasi, tetapi dengan apa yang berlaku dewasa ini saya percaya ada yang tidak kena. Ini termasuk isu merobohkan kuil haram di peringkat nasional sebagaimana sedia maklum. Adakah pelanggaran undang-undang masih dibenarkan/dipejam mata (pembinaan kuil haram) atau pemantauan penguatkuasaan yang lemah?



7. Oleh yang demikian, mohon siasatan dan tindakan dari pihak berwajib. Sekiranya benar ianya kuil haram maka tindakan pantas patut diambil. Jika lewat atau tidak serius, pastinya ianya akan menjadi polimik perkauman, sensitiviti agama, dipolitikkan dan sebagainya. Lebih baik mencegah dari merawat. Kerana biasanya keadaan menjadi hangat dan akhirnya kerajaan terpaksa beralah seperti lazimnya.



8. Pada pendapat saya, sekiranya masih tiada, maka satu mekanisma tatacara mendirikan kuil melibatkan pertubuhan berdaftar Hindu hendaklah diwujudkan dengan mengambilkira peruntukan undang-undang/prosedur/sensitiviti masyarakat setempat/etc. Secara tidak langsung polimik yang asyik berulang-ulang merobohkan kuil haram yang penuh dengan emosi, sensitiviti agama/perkauman semua itu dapat diselesaikan.



Pengguna Kerap Jalan Ampang, Ipoh Perak



Di harap pihak berwajib dapat mengambil tindakan atau memberi penjelasan berkenaan dakwaan yang telah didedahkan. 



Berikut pula ialah beberapa keping gambar yang turut dikirimkan bersama email tersebut:




SUMBER

AL-FATIHAH : USTAZ AZIZAN RAZAK KEMBALI RAHMATULLAH @MukhrizMahathir #KEDAHAMANMAKMUR @rakyatnews #DEMIRAKYAT



Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pagi Khamis.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau menerima mesej teks tentang berita ini beberapa minit selepas Azizan menghembuskan nafas terakhir.
Al Fatihah..Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama orang beriman..Al Fatihah...

Mantan MB Kedah terpaksa diberi bantuan kecemasan. @MukhrizMahathir #KEDAHAMANMAKMUR @rakyatnews #DEMIRAKYAT

Mohon doakan kesembuhan buat Ustaz Azizan Razak.

Keadaan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dilaporkan kritikal kerana menghadapi masalah jantung yang serius.

Beliau yang masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sejak dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang bulan lepas terpaksa diberi bantuan kecemasan pukul 3 pagi Rabu.

Menurut Ketua Penerangan Pas Kedah yang juga bekas setiausaha politik beliau, Muhammad Sanusi Md Nor, jantung Azizan kembali stabil selepas dua kali diberi bantuan.

"Bagaimanapun keadaan Azizan kembali kritikal. Saya mengajak seluruh ahli Pas Kedah membuat solat hajat, bacaan Yasin dan berdoa memohon kepada Allah swt agar Azizan kembali sihat," katanya semasa dihubungi Rabu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar : ADA UNSUR SABOTAJKAH ? @tunfaisal tidak diberi peluang bertanding MT Kenapa ? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @TengkuAdnanReal #TFourhope #TF4MT @HishammuddinH2O @Khairykj


  
Mengikut Laporan bernama, Nombor giliran yang digunakan turut menjadi nombor calon pada pemilihan Umno. Bagaimanapun, tiada calon untuk nombor 11 dan 60 disebabkan mereka yang mengambil borang pencalonan tidak menyerahkannya semasa proses pendaftaran calon Sabtu lepas. -

Bagaimana pula, salinan borang percalonan bagi calon 60, yang mempunyai cop penerimaan dari JK pemilihan. (Gambar)




Berikut senarai calon Majlis Tertinggi untuk pemilihan Umno bulan depan bagi penggal 2013-2016 yang dikeluarkan Umno, hari ini.
 
    Pengerusi Tetap:
    1. Tan Sri Badruddin Amiruldin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
 
    Timbalan Pengerusi Tetap:
    1. Datuk Mohamad Aziz (Penyandang)
    2. Ahmad Fariz Abdullah
    3. Datuk Abd Rahman Palil
 
    Presiden:
    1. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

    Timbalan Presiden:
    1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

    Naib Presiden:
    1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
    2. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Penyandang)
    3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
    4. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
    5. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
    6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam

    
Majlis Tertinggi:
 
    1. Datuk Seri Shahidan Kassim (Penyandang/dilantik)
    2. Datuk Shamsul Anuar Nasarah
    3. Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir
    4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Penyandang)
    5. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Penyandang/dilantik)
    6. Tan Sri Annuar Musa
    7. Datuk Zahidi Zainul Abidin
    8. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
    9. Datuk Misri Barham
    10. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
    12. Datuk Musa Sheikh Fadzir (Penyandang/dilantik)
    13. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Penyandang)
    14. Datuk Ab Aziz Kaprawi
    15. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Penyandang)
    16. Datuk Seri Mustapa Mohamed
    17. Datuk Sohaimi Shahadan
    18. Datuk Seri Idris Jusoh (Penyandang)
    19. Datuk Mahdzir Khalid
    20. Datuk Razali Ibrahim (Penyandang/dilantik)
    21. Dr Mohd Puad Zarkashi (Penyandang)  
    22. Datuk Halimah Mohamed Sadique
    23. Yusoff Ishak
    24. Mohd Ariff Abdul Aziz
    25. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis (Penyandang)
    26. Datuk Mokhtar Radin (Penyandang)
    27. Datuk Ab Wahab Ibrahim
    28. Zawawi Othman
    29. Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah
    30. Datuk Rosni Zahari
    31. Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Penyandang/dilantik)
    32. Datuk Abd Rahman Dahalan
    33. Datuk Abd Latiff Ahmad (Penyandang)
    34. Razali Husain
    35. Datuk Dr Norraesah Mohamad (Penyandang)
    36. Datuk Seri Azalina Othman Said
    37. Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman
    38. Datuk Md Alwi Che Ahmad
    39. Datuk Azman Shah Omar Shah
    40. Datuk Seri Mohamad Hasan (Penyandang/Turut Hadir)
    41. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Penyandang)
    42. Datuk Maznah Abdul Hamid
    43. Datuk Hamidah Osman
    44. Datuk Hassan Malek
    45. Mohd Sazili Shahibi
    46. Abd Zarin Mohd Yasin
    47. Datuk Mohamad Satim Diman
    48. Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohamed
    49. Datuk Idris Haron (Penyandang)
    50. Datuk Mohd Zain Ismail
    51. Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
    52. Datuk Nur Jazlan Mohamed
    53. Datuk Nasir Safar
    54. Azlan Man
    55. Dr Zubir Harun
    56. Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman
    57. Mohsin Yusoff
    58. Datuk Saifuddin Abdullah (Penyandang)
    59. Datuk Ishak Ismail
    61. Tan Sri A. Rahim Tamby Chik
    62. Datuk Ahmad Jaafar
    63. Datuk Reezal Merican Naina Merican
    64. Sapin @Sairin Karano @Karno
   

KK : Harap pihak berkenaan dapat menyelesaikan perkara ini dengan tulus dan bijaksana. Pastinya akan ada kejutan....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Wednesday 25 September 2013

Takziah !! Pelumba berbakat Muhammad Izzat pergi buat selamanya. @Khairykj @ASTROARENA @RTM_Malaysia @tv3malaysia @NajibRazak #rakyatnews

Jasamu dikenang !!

Pelumba superbike, yang terlibat dalam tragedi sehingga mengorbankan marsyal perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meninggal dunia.

Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, 17, meninggal dunia akibat kecederaan pada kira-kira pukul 1 petang Rabu di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau berada di program Piala Ninja SIC tahun ini dan menyertai banyak perlumbaan sejak 2006.

Dalam insiden pada Sabtu lepas, Muhammad Izzat melanggar marsyal perlumbaan Satish Suppiah pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum berakhirnya sesi latihan pagi.

Satish meninggal dunia pada hari yang sama.

Ia merupakan insiden yang membabitkan kematian kedua di SIC selain kematian pelumba MotoGP, Marco Simoncelli yang terbunuh dalam satu kemalangan semasa Malaysian Grand Prix 2011.

KK : Kepada keluarga Allahyarham Izzat KK ucapkan Takziah. Izzat seorang pemuda yang berbakat tapi Allah lebih menyayangi beliau. Semoga Allah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas !! Senarai Calon Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. #pemilihanUMNO @SabrinaAzizan #norsabrina4NKPU3M #UMNO @NajibRazak #rakyatnews #MM4VP #BeraniBerubah


"Saya bertanding atas kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Jika terpilih saya berjanji akan meneruskan usaha mengangkat martabat Puteri"



Dengan pengalaman yang dimiliki YB Sabrina menawar diri bertanding bagi jawatan Naib Ketua Puteri pada pemilihan UMNO kali ini.

YB Sabrina merangkap antara EXCO termuda di Kedah.YB Datin Sabrina merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi.

Senarai Calon Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Malaysia:-

Pengerusi Tetap
AZLIEZA BINTI AZIZAN  1 MTB

Timb. Pengerusi Tetap
SALBIAH BINTI SAARI    - 1
NURUL HUDA BINTI NORDIN AHMAD   – 2

Ketua
MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN    - 1
JAMILAH HANIM BINTI OTHMAN    - 2

Naib Ketua

NORSABRINA BINTI MOHD NOOR   – 1
ZAHIDA BINTI ZARIK KHAN    - 2
NAZLIAH BINTI ALI    - 3

Ahli Jawatankuasa

AZURA BINTI MOHD AFANDI   – 1
NORASIMAH BINTI MD NOWAR    - 2
NORRULHUDA BINTI MARSIDIN    - 3
NOORMADIANA BINTI KAMARUDDIN   – 4
NASIBAH BINTI ISMAIL   – 5
JUNE ARTISHA BINTI MOHAMAD NAZARI   –  6
ASFALINDA BINTI ANUAR   – 7
NORWAHIDA BINTI PATUAN   – 8
MASMIRA BINTI MOHD SALLEH    - 9
NOOR AEIZA BINTI HASSAN    - 10
MIMIE HARIANIE BINTI ALIAS    - 11
NURHUDA BINTI AB KARIM    - 12
NOR HAZREENA BINTI MOHAMAD HASHIM    - 14
SUZANNA BINTI SHAHROM    - 15
NURHIDAYAH BINTI MOHAMAD SHAHAIMI   – 16
ISFARINA BINTI MOHD BALI   – 17
MARIANA BINTI AYOB    - 18
NORHAYATI BINTI RAMLI    - 19
WAN IZWANY BINTI ABDUL MALEK    - 20
JUNAIDA BINTI MAT ISHAK   – 21
NOR FARHANA BINTI ALHAM     – 22
AZLINA AZMA BINTI MOHD AZMI     – 23
JULIE BINTI SABRAN     – 24
NOR AZRYNA BINTI MOHD JAINURI    - 25
SYAKIMA NUR BINTI SABRI     – 26
NORMALAH BINTI RASIK    - 27
NOLEY BINTI HARUN     – 28
RAZMALINA BINTI RAZALI   –  29
HAZIQAH NASIRAH BINTI ZOL BAHARI    - 30
SRY NORAERNI BINTI KHAIRUDIN    - 31

Kalah atau menang, beliau akan tetap bersama kepimpinan sayap untuk berusaha meningkatkan prestasi Puteri UMNO. Penggerak Srikandi Bangsa, Tetap Disisi Rakyat.

KK : Diharap perwakilan dapat membuat penilailain terbaik untuk memilih. Bagi KK untuk calon Naib Ketua pergerakan Puteri UMNO, YB Sabrina merupakan calon terbaik untuk mengisi Jawatan itu. Pilihan yang terbaik yang boleh menjayakan transformasi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar !! @PDRMsia tahan 2 lelaki bawa 'barang Almarhum Chin Peng' #DEMIRAKYAT #DAP #OhMalaysiaku #rakyatnews @abby_abadi112 @khalidismath

Polis menahan dua lelaki yang baru tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa Pulau Pinang dari Bangkok, Thailand kerana membawa beberapa barangan yang mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) malam tadi.

Kedua-dua mereka yang berusia 59 dan 66 tahun ditahan sebaik sahaja tiba dari negara jiran menaiki pesawat Thai Airways yang mendarat pada pukul 9.50 malam.

Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hasil pemeriksaan polis, dua lelaki itu membawa masuk beberapa barang seperti cakera padat, buku, video, cenderahati yang tertera perkataan 'Kenangan Abadi Almarhum Chin Peng'.

"Polis menahan mereka kerana berada dalam keadaan mencurigakan dan setelah memeriksa dua bagasi yang dibawa, kita menemukan pelbagai barangan itu.

"Buat masa ini kita sedang menyiasat latar belakang dua lelaki ini. Lelaki berusia 59 itu berasal dari Hong Kong manakala yang berusia 66 tahun itu rakyat tempatan," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Bayan Baru lewat malam tadi.

Menurut Abdul Rahim, kedua-dua mereka kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 2012.

"Kedua dua suspek tiada mempunyai hubungan persaudaraan dan polis sedang menyiasat motif mereka membawa masuk barang tersebut," katanya. - UTUSAN ONLINE

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.