Tuesday 17 September 2013

AWAS !! RM500 Ribu Denda Pencuri Wifi. @skmm #rakyatnews #1Malaysia #Mysyg


Umum mungkin sedia maklum akan yang mana mencuri sambungan WiFi daripada pemilik lain adalah suatu kesalahan, dan kini pihak SKMM dilihat menekankan perkara berkenaan.

Mengikut apa yang dikongsikan oleh SKMM, kedua-dua pihak, iaitu mereka yang mengodam sambungan WiFi, dan mereka yang menyediakan peralatan untuknya adalah bersalah dibawah Seksyen 236 dan 239 (Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998).

Baca : Seksyen 236. Fraud dan aktiviti berkaitan berhubung dengan peranti capaian,dll.

Baca : Seksyen 239. Penggunaan, pemilikan atau pembekalan tidak dibenarkan, kelengkapan atau peranti tidak

Perkara ini ditekankan semula oleh pihak SKMM dengan pelbagai peralatan yang dijual oleh ramai pihak akhir-akhir ini yang membolehkan seseorang mengodam dan menggunakan rangkaian WiFi pihak lain tanpa kebenaran.

Pada masa yang sama, pihak CyberSecurity Malaysia turut mengatakan yang mana pengodaman sambungan WiFi kini adalah mudah, apatah lagi dengan pelbagai perisian yang disediakan di internet.

Apa pun, sebagai langkah mengelakkan rangkaian WiFi anda dicuri, ia dinasihatkan untuk menggunakan kata laluan yang sukar (gabungan pelbagai abjad, angka dan simbol), serta memasang firewall untuk rangkaian anda.

Sumber

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment