Sunday, 15 September 2013

PM @NajibRazak Nyalakan "API KETUANAN MELAYU" #rakyatnews #1Malaysia #Merdeka56 #UMNO #BetterNation


Umat Islam mesti tahu hak-hak mereka di bumi sendiri. Apatah lagi untuk memartabatkan agama dan bangsanya. Peliknya, orang lain bergaduh juga. Namun, hak mereka terjamin dan terjaga. Kita pula, bergaduh setiap masa dan sepanjang masa, malangnya hak semakin hilang dan terhakis.
 

Alhamdulilah.. DS Najib mula sedar mengenai "MELAYU"

Menjiwai kepentingan dan perjuangan Bumiputera, saya ingin memetik Tujuh Wasiat, oleh Sembilan Raja-Raja Melayu, semasa memperkenankan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan. 

Bahawasanya: 

“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain”. 





Maka, berpasak dan bertunjang dengan Majlis Ekonomi Bumiputera ini, kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera, usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah, kerana selagi ada bulan dan bintang selagi hayat dikandung badan survival Melayu dan Bumiputera tetap menjadi keutamaan dan pelita perjuangan kita sampai bila-bila. 

saya berikrar akan terus beristiqamah memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Mudah-mudahan dengan izin dan ketentuan Allah jua, semuanya akan tercapai. 

HIDUP MELAYU 

HIDUP BUMIPUTERA 

HIDUP MALAYSIA 

No comments:

Post a Comment