Mengapa ada sesetengah Pemimpin "buat-buat" tak tau peranan media sosial ?????? Mungkin adasalah Faham kot..
Peranan
media perlu dipandang berat kerana mereka adalah penyambung hubungan dan ikatan
antara kerajaan dengan rakyat khususnya malahan Umno juga mengiktiraf betapa
pentingnya media.
Peranan media kepada
parti politik perlu diberikan perhatian yang berat. Kerana media boleh
sampaikan hasrat kerajaan untuk mencapai sesuatu objektif yang murni itu secara
positif dan negatif, melalui seperti blog, facebook, twitter, Instagram dan
sebagainya.
1.7 Juta Followers @NajibRazak Menanti
Tweetnya Dari Ibu Pejabat Twitter US
AMERIKA SYARIKAT. Lebih 1.7 juta pengikut
Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak @NajibRazak akan merasai
pengalaman membaca tweet beliau yang dihantar sendiri dari Ibu pejabat Twitter
di San Francisco, California, pada Isnin.
Sebagai seorang yang gemar menghantar tweet
dengan 4,999 tweet and 1,745,037 pengikut setakat ini, menurut perangkaan
Twitter.Com, Najib dikenali dalam kalangan pemimpin dunia antara yang paling
aktif menghantar tweet.
"CEO asing kagum dengan pengetahuannya
mengenai IT...beliau malah lebih tahu banyak perkara mengenai aspek teknikal
berbanding sesetengah daripada kami. Beliau menarik perhatian CEO dan tokoh
usahawan dengan pengetahuannya dalam cara yang mengkagumkan," kata seorang
pegawai Malaysia mengulas lawatan kerja perdana menteri ke San Francisco dan
New York dari 22 September hingga 29 September.
PM, mungkin dapat menjejaki peri pentingnya peranan media sosial tetapi sambutannya oleh kepimpinan di beberapa negeri aktiviti ini sungguh mandom, lemah dan jauh ketinggalan.
So aku nak kempen sikitlah....
Calon Majlis Tertinggi |
No comments:
Post a Comment