Penyandang Kerusi Dun Bayu, berharap BN terus kekal menerajui Kedah.
Datuk Azmi Che Husain berkata, beliau reda tidak dicalonkan dan tidak mempunyai masalah dengan keputusan berkenaan.
Menurutnya, beliau yakin calon baharu dipilih lebih baik berbandingnya.
Video : Pak Lang Mie hadir di hari penamaan Calon Baling.
“Saya tetap akan berikan sokongan kepada calon BN. Pengundi mempunyai hak memilih, tetapi saya seru mereka bantu menangkan calon BN.
“Walaupun saya tidak terpilih tidak akan ada cantas-mencantas, jangan bila tewas menuduh calon tak terpilih mencantas bila menang mereka bekerja kuat, itu tidak betul,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Dun Bayu, tadi.
Azmi berkata, penggantinya diharap akan sentiasa mendampingi rakyat.
“Perjalanan saya selepas ini tidak tentu lagi, rezeki ALLAH ada di mana-mana. Saya tidak ada dijanjikan apa-apa.
“Tetapi sebagai ahli parti dan pejuang, saya akan terus berjuang sebagai pejuang sejati, Melayu sejati demi untuk bangsa, agama dan tanah air,” katanya.
Parlimen Baling (P16) menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara DSP Azeez Rahim (BN) penyandang di cabar oleh Ustaz Hassan Saad (PAS) & Saudara Taufik Hj Yaakob (PKR).
Manakala DUN Bayu menyaksikan Mohamed Noor Amin (BN) dicabar oleh Ustaz Nasir (PAS) & Dato Rahim Awang Kechik (PKR).
DUN Kupang pula penyandangya Datuk Harun Aziz (BN) dicabar Ustaz Najmi Ahmad (PAS) & Cg Johari Abdullah (PKR).
DUN Kuala Ketil, kali PAS meletakan muka baru menggantikan YB Cg Zuki (Penyandang). Mejar (B) Mansor (PAS) di cabar Datuk Khairul Azhar (BN) dan Calon PKR Mohamad Sofee Razak.
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pesawat yang dinaikinya menuju ke Langkawi dirosakkan pihak tertentu.
Dr Mahathir berkata, sebelum berlepas juruterbang memaklumkan bahawa pesawat tersebut mengalami kebocoran yang teruk dan tidak dapat dibaiki dalam tempoh yang singkat.
"Saya sepatutnya sampai awal di Langkawi, sebelum solat Jumaat tapi ada kapal terbang yang saya naik rosak, nasib baik juruterbang dapat kesan awal jika tidak mungkin saya meninggal dunia akibat nahas.
"Kemudian saya cuba minta pinjam pesawat kawan-kawan namun mereka tidak dapat meminjamkan kepada saya kerana telah dihalang pihak tertentu, tapi syukurlah ada seorang rakan yang sudi pinjamkan pesawatnya, dapatlah saya sampai ke Langkawi untuk majlis ini dan penamaan calon esok," katanya ketika berucap di Program Hi-Tea Wanita Pakatan Harapan bersama komuniti Cina dan India Langkawi.
sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-dakwa-pesawat-disabotaj-1.827301
Panasnya cuaca politik di Perlis, lebih hebat daripada di Terengganu atau Kelantan yang Pedang terjah baru-baru ini.
Pedang terus terang cakap – berebut kerusi di kalangan orang UMNO Perlis tak habis-habis. Masing-masing nakkan orang mereka menjadi calon, tanpa mengira sokongan akar umbi.
Susah Pedang nak cakap. Mungkin betul bila orang parti Pakatan Harapan (Harapan) cakap, dalam UMNO Perlis banyak krisis. Negeri lain, Menteri Besarnya adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, tapi Perlis tidak.
Kenapa? Mestilah ada sebab atau ‘krisis ketidakpercayaan’.
Tak yakin MB Perlis, Datuk Azlan Man boleh kendalikan UMNO negeri, sebagaimana cerita yang Pedang dengar bahawa Azlan sendiri kalau kekal bertanding di DUN Pauh, akan kalah. Sebab itu, Azlan mungkin bertanding di kerusi Parlimen Kangar.
Buat apa nak berebut. Kekalkan yang sedia menang pada PRU13 dulu dan letakkan muka baru di kawasan yang kalah. Kalau nak ubah pun, hanya ubah kawasan – daripada DUN pindah ke Parlimen. Pedang yakin BN akan terus mengekalkan pentadbiran jika berbuat demikian.
Pedang dengar cerita ada beberapa muka lama yang sudah lebih dua penggal menang akan digugurkan. Muka-muka lama ini pula disukai oleh orang PAS, Harapan dan orang UMNO sendiri.
Pedang sendiri jumpa orang PAS dan Harapan bertanya di kalangan pemimpin UMNO, siapa yang mereka suka dan akan pilih jika menjadi calon. Mereka jawab orang ini lah, sebab dia banyak membela rakyat, menjadi ‘check and balance’ dalam kerajaan Perlis sendiri.
Adik Pedang pun kuat dalam politik – PAS. Tapi dia suka kepada pemimpin UMNO yang boleh bertindak demi kebaikan rakyat.
Pedang balik Chuping baru-baru ini, merata tempat Pedang temui orang kampung. Buah harumanis pun sedang berputik, malah di sesetengah tempat dah boleh petik pun. Pedang jumpa akar umbi tak kira sama ada Pas, Harapan atau orang UMNO sendiri.
Apa dicakapkan. “Kami lihat individu yang boleh berkhidmat. Kami tak lihat parti.” Orang PAS dan Harapan pun cakap pada Pedang “kalau individu itu mewakili UMNO dan bertindak membela rakyat seolah-olah seperti pembangkang, kami akan sokong dia. Sebab dia adalah pembela rakyat”.
Rakyat Perlis dan boleh berfikir. Walaupun, pada PRU13 lalu calon-calon UMNO ini menang dengan majoriti di bawah 2,000 undi, cuba bayangkan berapa sangatlah keseluruhan jumlah pengundi di sesuatu kerusi DUN di Perlis.
Pedang lihat kalau UMNO Perlis salah letak calon, mengetepikan ‘orang lama’ yang sudah lebih dua penggal menang, tetapi masih mendapat sokongan rakyat, bersiap-siaplah untuk serah kerusi pentadbiran kepada Harapan atau PAS.
Ahli dalam parti perlu menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan, lupakan dahulu mengenai pemilihan parti, yang ada sengketa dan berselisih faham lebih baik ketepikan demi kemenangan parti BN pada PRU14.
Untuk Calon BN yang akan bertanding di kerusi Prlimen dan DUN, BN mengekalkan DSP Azeez Rahim bagi kerusi Parlimen Baling (P16). KK memang dapat mengangak DSP Azeez akan terus diberikan kepercayaan untuk terus berkhidmat di Baling kerana kerja buat serta keupayaan DSP memang sudah terbukti.
Kejutan berlaku dikerusi DUN Bayu N30 apabila calon dari pemuda Mohd Noor Mohd Amin diangkat menggantikan Dato Azmi Bin Che Husain yang telah pun berkhidmat sebagai YB di kwasan tersebut selama 2 penggal.
N31 DUN Kupang, Datuk Harun Aziz di berikan kepercayaan untuk terus berkhidmat bagi kelansungan UMNO/BN disini. Datuk Harun merupakan penyandang untuk kerusi DUN Kupang.
Penyelaras DUN Kuala Ketil N32 Datuk Khairul Azhar sekali lagi mendapat kepercayaan kempimpinan BN Negeri Kedah untuk mewakili BN merampas DUN Kuala Ketil dari pembangkang. Pada PRU 13 Datuk Khairul Tewas kepada calon PAS.
Apapun dalam mana-mana parti kerajaan dan parti pembangkang, kalau anda semua nak jadi orang nombor satu atau orang nombor dua, nombor tiga.....
Tengoklah Nasib juga, walaupun selepas PRU lepas kita target nak jadi Calon pada PRU akan datang, kita punya lah kerja kuat untuk Parti, tiba-tiba kita tak dicalonkan terima sahaja lah.
Namun bagi kita terutamanya calon UMNO, ia bergantung akhirnya kepada rezeki dan ketentuan-Nya.
Tiada sesuatu dalam politik yang kekal.. Kawan boleh lawan dan lawan boleh jadi kawan.
Yang kekal hanya isu dan perjuangan. Yang dicari dan dipilih ialah perjuangan yang sentiasa mengenal diri.
Antara calon yang di sebut !!
MOhd Noor Bin Mohd Amin Ketua Pemuda UMNO Bhg. Baling / CEO Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia.
YB DATO' AZMI BIN CHE HUSAIN DSDK., PJN., AMK., PJK.