Friday, 7 December 2018

GEMPAR !! Satu Lagi Hak Keistimewaan Orang Melayu Bakal Di Hapuskan !! #AIM

“Jangan risau, biarpun kita batalkan AIM sekali pun, kita tidak akan mengabaikan bantuan diberi kepada orang miskin.

petikan dari BH online

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/506240/kerajaan-batal-aim

Berikut luahan hati dari salah seorang sahabat AIM :-

Sebagai sahabat AIM,
Melihat kepada kadar pembayaran balik 98.26% saya merasa amat bangga!!!

Usahawan kecil bayar hutang woi!!!

Kami sahabat ni adalah usahawan-usahawan kecil yang menaikkan taraf hidup melalui bantuan pinjaman yang bermula dari RM3000 sahaja.

Kalau difikirkan apa lah bisnes bermodal RM3000.

Tahukah pak menteri kuali besar untuk goreng pisang tepi jalan tu pun berharga dekat-dekat RM200 belum lagi tong gas, dapur, meja, khemah dan sebagainya.

Buka gerai tu boleh, goreng pisang pun boleh tapi lakunya belum tentu. Musim hujan sekarang boleh beli khemah hari-hari sebab khemah jahanam di bawa ribut.

Tapi Timbalan Menteri tu kenapa nak menyibuk dan mengacau sistem yang sedia ada dan siap nak batalkan lagi.

Kau cerdik ke???

Kalau ada kepincangan kita perbaiki bukan mansuhkan..

Btw kau tahu ke camana governance the government.

Ada 379, 824 orang sahabat AIM yang bergantung harap pada skim pinjaman ini untuk modal pusingan.

Jadi tolong lah jangan kacau kami.
Ada banyak lagi benda lain yang perlu diperbaiki.

Jangan sibuk!!!!

Jangan lah sibuk nak buat penjenamaan baru lah, kau baca balik sejarah AIM ni siapa yang tubuhkan dan skim ini berjaya dan di tiru sampai luar negara.

Kau tahu ke???

Kami Ketua-ketua Pusat sehingga lah kepada pentadbiran AIM bersungguh-sungguh menjaga pusat dan cawangan agar sifar par dan sentiasa menjada OE agar sihat gemuk selalu.

Kami sanggup je bayar hutang kawan-kawan yang lari tak bayar hutang; semata-mata untuk menjaga keutuhan kewangan AIM maka adalah tidak adil kerajaan sekarang nak hapuskan AIM.

Duit tabungan kami sentiasa cukup untuk membantu para sahabat.

Jadi celah mana yang kau orang sakit hati dengan AIM???
Cher bagi tahu sahabat!!!

Kalau pihak pentadbiran yang ada masalah maka kita sapulah mereka keluar bukan robohkan rumah yang menjadi tempat perlindungan kepada orang ramai.

Jangan sampai kami pulak yang berhimpun kat dataran merdeka tu ya..adoi!

P/s
AHLI LEMBAGA PERWAKILAN SAHABAT
Mohon ketuk sikit kepala timbalan menteri ni.

#cikgugarang
#sahabataim
#melayujawa

Monday, 22 October 2018

GEMPAR !! Penemuan Beberapa Buah Terowong Misteri Di Kampung Siput, Mukim Siong Baling !!


pelbagai andaian dari kalangan penduduk kampung sekitar, ada yang kata milik Komunis, ada cakap milik Tentera jepun ada yang cakap milik orang kampung untuk berlindung dari serang musuh... namun semua masih lagi misteri....

assalamualaikum & salam sejahtera seluruh bani nusantara.

Explorasi ke terowong lama tinggalan komunis yang tidak diketahui umum. Dipercayai terowong ini merupakan antara yang dibina ketika #Darurat 1948-1968 ?, Lokasinya di Bukit Ibu Daerah Baling, Negeri Kedah.

Tinjauan kami mendapati ada empat Terowong disekitar Bukit Ibu, ini dan hamba percaya pasti ada banyak lagi terowong laluan rahsia yang masih belum ditemui disini.

WAllahua'lam.

"Terowong ni dgn tidak sengaja ditemui oleh sahabat tuan, Amizan Jaafar dan sahabat beliau tuan zainal ketika mencari pokok orkid di bukit ibu.Terowong ini mmng tidak diketahui umum termasuk penduduk kampung sendiri,jika ada pun hanya dengar cerita dari mulut ke mulut dan tidak melihat dengan mata kepala..dan tidak pula diketahui samada sudah direkodkan oleh pihak ATM..Ada baiknya kawasan ini dijadikan salah satu tarikan pelancong sejarah yang ada utk kebaikkan dan manfaat penduduk kampung".







Sumber dari FB :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2372845086075257&id=100000493654277

https://www.facebook.com/syedyna

Saturday, 13 October 2018

SEDIH !! APA SUDAH JADI SUKARELAWAN APM/JPAM ? @JPAMPUTRAJAYA @jpmgov_ @chedetofficial





Anggota Angkatan Pertahanan Malaysia APM yang dahulu dikenali sebagai JPAM meluahkan rasa kecewa kerana sudah 3 bulan tidak di bayar elaun diatas perkhidmatan mereka.

luahkan dicoretkan dilaman F/B Mohd Faizol Ab Aziz.

Kerjayaku 1 keluarga yg besar...Tanpa anggota sukarela ini,Apm takkan bergerak...Apm bertugas xkira masa,berada d mana2 shja...hanya terima elaun utk berkhidmat kpd komuniti...namun apabila elaun gagal dibayar 3 bln ni adakah mereka blh bertahan..aku hanya mampu melihat seorang demi seorang pergi walhal hatiku kecewa dan sedih..perginya mereka aku xdpt menghalang msg2 punya komitmen dan tanggungjawab msg2...bkn sng nk membentuk sebuah pasukan,yg dh punya ilmu dan pengalaman...dan bkn sng utk membentuk semula...wira yg tidak didendang semoga jasa2 mereka yg berkhidmat secara sukarela ini mendapat ganjaran dr yg maha Esa...PRAY 4 APM...

Pengorbanan anggota APM juga seperti anggota Bomba yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk masyarakat. Mereka juga terdedah dengan bahaya dan risiko tinggi apabila menjalankan tugas.

Jika memang betul elaun anggota APM disekat, tidak dibayar atau dibayar lambat, diharapkan isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin untuk kebaikan anggota APM kerana mereka juga sangat penting demi keselamatan masyarakat.

P/S : Ada anak dan isteri yang perlu disuap perut mereka. Anggota-anggota APM bukan malaikat.

Friday, 21 September 2018

DI MANAKAH MB KEDAH @MukhrizMahathir SEKARANG INI ?


Rungutan terhadap Datuk Seri Mukhriz kini makin memuncak bukan sahaja daripada rakyat dan ahli-ahli parti tetapi juga daripada pegawai-pegawai kerajaan yang ingin melaksanakan tugas di bawah kerajaan baharu.

Buat yang bertanyakan di mana MB sekarang ini, meh baca sini... tahu sekarang ni sedang membangkang sampai info pun tak tahu nak cari dimana. Jemput mai di wisma boleh la dapat info tepat bukan dari group whatsaap.

BETULKAH MENTERI BESAR KEDAH LA NI LAGU TU?

1.    Pertamanya, ucapan terima kasih dan penghargaan wajar diberikan kepada penulis kerana memberikan perhatian khusus terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah  yang dipimpin oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, merangkap Timbalan Presiden BERSATU Malaysia dan Pengerusi BERSATU Kedah serta Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) dan Pengerusi PH Kedah.

2.    Panjang lebar analisis beliau, bersertakan hujah, huraian dan dapatan dari “kaji selidik dan mungkin, makluman pihak-pihak tertentu”. Kredit harus diberikan di atas usaha tersebut. Namun, saya ingin bertanya kepada penulis, data mana yang dipakai untuk mengatakan bahawa Kedah adalah negeri paling banyak berhutang dengan Kerajaan Persekutuan? Mohon penjelasan kerana setahu kita, Pahang adalah negeri yang paling banyak berhutang dengan Kerajaan Persekutuan. Mohon kongsi data tepat jika ada yang lain, yang kita terlepas pandang.

3.    Untuk makluman penulis, Kerajaan Kedah sekarang telah kembali aktif berbincang dengan Kerajaan Persekutuan melalui inisiatif IMT-GT bagi merancakkan lagi aktiviti perdagangan kargo yang menggunakan keretapi sebagai medium pengangkutan. YB Johari Bulat, selaku Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, baru-baru Ini telah mewakili Menteri Besar ke satu persidangan IMT-GT di Hadyai mengenai perkara tersebut. Gerak kerja dan pelan pelaksanaan sedang diselaras oleh pihak berkaitan, termasuklah Kerajaan Negeri Kedah.

4.    Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri telah diadakan pada 6 September lepas manakala YB Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pula adalah pengerusi Mesyuarat Tindakan Negeri. Mesyuarat Pembangunan Negeri yang dikendalikan oleh ICU pula baru sahaja mendapatkan halatuju atau 'direction' untuk melaksanakan kembali tanggungjawabnya.

5.    Sedarkah penulis bahawa bermacam-macam mesyuarat pelbagai badan, agensi dan jawatankuasa negeri dan persekutuan telah diadakan dengan tujuan untuk mengenalpasti kekangan dan cabaran bagi menentukan tindakan yang perlu diambil bagi meletakkan kembali pelan pembangunan dan kemajuan Negeri Kedah di landasan yang betul? Untuk pengetahuan penulis, Menteri Besar telahpun mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negeri serta Mesyuarat Jawatankuasa Tanah pada Julai lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Bumi Negeri Kedah, Mesyuarat PKNK dan Lembaga KTPC semuanya pada Ogos serta Lembaga Sumber Air Kedah pada awal September. Cubalah penulis fikir, semasa Menteri Besar sebelum ini, tidak sekalipun Jawatankuasa Mineral Negeri Kedah bermesyuarat. Kali terakhir pada tahun 2016, semasa Dato’ Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar. Baru-baru ini mesyuarat balik. Itupun tuduh Dato’ Seri Mukhriz tak buat apa. Bagilah kredit sikit, wahai penulis yang budiman.

6.    Dalam pada itu, Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Tempatan telahpun dilantik dan menghadiri kursus khas mengenai tanggungjawab mereka. Berlaku juga rombakan Pegawai Tadbir Kedah atau KCS yang melibatkan beberapa agensi negeri dan pentadbiran di peringkat daerah baru-baru ini. Semuanya dibuat bagi melincinkan lagi Pentadbiran Kerajaan Negeri selepas PRU14 pada Mei lepas. Tidak pasti apa yang penulis maksudkan dengan Ketua Jabatan Luar kerana tiada jawatan seumpamanya di dalam Kerajaan Negeri.

7.    Untuk pengetahuan penulis, Felcra dan MARA adalah agensi pusat. Apa kaitan mesyuarat mereka dengan Kerajaan Negeri yang tiada pun wakil di dalamnya? Untuk KEDA, Menteri Besar telah dilantik sebagai Pengerusi dan boleh memanggil mesyuarat pada bila-bila masa sahaja. KEDA bakal dirombak. Kalau penulis berminat nak tahu, banyak projek serta urus tadbirnya gagal mencapai sasaran. Makanya, fungsi dan KPI KEDA perlu dikaji semua dan ditambah baik agar objektif penubuhan tidak tersasar.

8.    Selepas dilantik sebagai Presiden KFA,  Dato’ Seri Mukhriz yang penulis cop duduk sahaja, tak buat apa tu, telah mengadakan Mesyuarat Eksekutif bagi memantapkan rancangan dan tanggungjawab persatuan demi kemajuan sukan bolasepak Kedah. Mesyuarat seterusnya ialah pada 8 Oktober nanti bagi membincangkan persiapan musim hadapan. Selain itu, satu Mesyuarat Khas KFA juga telah dibuat dan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden bagi membincangkan tindakan-tindakan yang perlu diambil selepas prestasi tidak memberansangkan pasukan sebelum ini. KFA juga sedang menyiasat kehilangan jutaan wang  tajaan kepada KFA. Buat julung kalinya, wakil SPRM dan PDRM telah dilantik di dalam KFA. KFA juga telah menamatkan kontrak seorang pegawai pasukan kerana didakwa terbabit dalam rasuah. Ya, rasuah, perbuatan keji lagi membinasakan.

7.    Selepas dilantik sebagai Menteri Besar, banyak perkara yang perlu diselaraskan semula dengan Kerajaan Persekutuan yang baharu. Banyak perkara telah dikaji, terutamanya berkaitan tadbir urus kewangan. Kerajaan Negeri perlu mengikuti garis panduan yang baharu. Banyak juga dasar-dasar baharu yang diperkenalkan oleh kementerian yang memaksa Kerajaan Negeri menunggu dan bertindak selepas mendapatkan arahan yang wajib dipatuhi.

8.    Menteri Besar sendiri telah mengadakan pelbagai siri pertemuan dengan duta-duta seperti dari Jepun, China, Amerika Syarikat dan Perancis untuk mula menarik pelaburan ke Kedah. Bukan sembang kosong, minum kopi sahaja tetapi berusaha membawa masuk pelaburan untuk memakmurkan dan mensejahterakan negeri dan rakyat Kedah. Dengan menteri pun banyak  perjumpaan dan perbincangan diadakan di Alor Setar. Antaranya Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kerja Raya, Menteri Perpaduan, Menteri KPDNHEP, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli serta Timbalan Menteri Penerangan. Juga bukan sembang-sembang sambil minum teh, tetapi menrencana program-program untuk memajukan Negeri Kedah, demi manfaat rakyatnya, termasuklah penulis sendiri.

9.    Tidak cukup dengan itu, Dato’ Seri Mukhriz telah menubuhkan Kedah Economic Council, Kedah Tourism Board, dan baru-baru Think-Tank Kedah yang mengumpulkan pakar dan pemikir hebat dalam pelbagai bidang di negara ini untuk merangka pelan tindakan yang dapat memacu pertumbuhan dan pembangunan Negeri Kedah.

10.    Ada lagi. Masih ingat tentang Projek Litar Lumba Kedah yang dicadangkan di Sungai Petani, yang Dato’ Seri Mukhriz sendiri cadangkan ketika jadi Menteri Besar kali pertama dulu? Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini sudah melawat tapak litar itu dan memberikan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menjayakan projek tersebut. Bukan itu sahaja, Menteri Besar juga berjaya menarik semula minat Sepang International Circuit untuk menjadi rakan strategik dalam membina dan menggerakkan Litar Lumba Kedah itu.

11.    Apa lagi yang Dato’ Seri Mukhriz sudah lakukan?  Dia telah mengarahkan aktiviti pembalakan di Ulu Muda diberhentikan serta-merta. Pentadbiran beliau mengorbankan hasil atau pendapatan pembalakan untuk kantung negeri demi menjamin kelestarian kawasan hutan semula jadi dan kawasan tadahan air. Selain itu, Menteri Besar ini jugalah yang berunding dengan Kerajaan Persekutuan sehingga berjaya mendapat pampasan sebanyak RM10 juta setahun  bagi pajakan Pulau Pinang, sesuatu yang tiada siapapun percaya dapat dilakukan.

12.    Mungkin kerana hasil mesyuarat, pertemuan, perbincangan dan kejayaan tersebut tidak dicanang, tidak diwar-warkan meluas melalui media, maka penulis merumuskan Menteri Besar ini tidak efektif, tidak berwawasan, tidak mampu buat apa-apa. Inshaa-Allah, dapat dirasai hasilnya nanti, percayalah.

13.    Mengenai GLC pula, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri kali ini tidak bersikap sambil lewa dalam urusan pelantikan. Kerajaan Negeri kali ini sangat berhati-hati untuk melantik ahli-ahli baharu dalam Lembaga Pengarah GLC. Lantikan politik bukanlah lagi amalan yang digunapakai oleh PH. Banyak syarikat milik Kerajaan Negeri yang hampir gulung tikar atau tidak langsung menjalankan apa-apa perniagaan yang memberikan untung kepada Negeri di dalam pentadbiran yang lepas. Ia memerlukan kerajaan sekarang mencari jalan penyelesaian sama ada mahu menutup, mengecilkan atau meneruskan kewujudan syarikat-syarikat tersebut. PKNK dan KTPC telahpun bermesyuarat baru-baru Ini. Menteri Besar telah membuat beberapa keputusan drastik demi merancakkan aktiviti dan memantapkan operasi syarikat. Untuk rekod, Menteri Besar telah menemuduga hampir lapan orang profesional untuk jawatan CEO BDB.  Lantikan CEO baharu akan dibuat tidak lama lagi.

14.    Makanya, di manakah kewajaran tuduhan penulis bahawa Menteri Besar, Dato’ Seri Mukhriz, tidak mengambil peduli mengenai keadaan GLC? Hujah penulis menimbulkan keraguan. Untuk pengetahuan penulis juga, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu EXCO akan dilantik dalam anak-anak syarikat yang berkaitan dengan portfolio masing-masing. Contohnya, YB Zamri di dalam SADA, YB Azman di dalam Kedah Agro dan YB Salmee di dalam UniShams. Setiausaha Syarikat telah memulakan proses pertukaran lantikan yang lama dengan yang baharu sejak dua bulan lepas lagi.

15.    Pelik juga kenapa penulis membangkitkan mengenai lantikan Pengerusi YIKED. Sedarkah penulis bahawa mesyuarat masih boleh dijalankan kerana masih ada Ahli Lembaga Pengarah yang kekal? Untuk Kumpulan Ladang, Pengerusi serta CEO telah diminta berhenti lebih awal lagi. Menteri Besar bertindak setelah memandang serius kehilangan jutaan ringgit wang Kumpulan Ladang yang dibelanjakan dalam bentuk sumbangan kepada program-program UMNO semasa pentadbiran yang lepas. Lantikan Pengerusi dan CEO baharu akan dibuat pada bila-bila masa sahaja. Calon-calonnya juga sudah ada.

16.    Setiap Menteri Besar akan memegang portfolio tertentu. Menteri Besar juga akan dilantik sebagai Pengerusi kepada beberapa agensi. Ianya bukan atas kesukaan, kehendak atau kegemaran Menteri Besar tetapi ianya tanggungjawab yang Menteri Besar  akan galas seiring dengan lantikan sebagai Ketua Kerajaan Negeri.

17.    Untuk rekod, Menteri Besar belum dilantik sebagai Pengerusi MADA dan LADA.
Banyak perkara yang Menteri Besar ingin lakukan untuk pesawah padi di Kedah melalui MADA berbanding dengan lantikan KMC, contohnya. Mungkin penulis boleh meminta kepada Menteri bertanggungjawab untuk menyegerakan pelantikan Pengerusi MADA? Tolonglah, kasihan pak tani kita kerana MADA belum ada Pengerusi.


18.    Mengena janji-janji PH, Setiausaha PH Kedah sendiri diamanahkan untuk memantau perlaksanaan setiap manifesto PH di Kedah. Penerangan juga telah diberikan kepada semua Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri di Kedah bulan lepas.

19.    Mengenai penyingkiran Dato’ Seri Mukhriz dari UMNO dan sebagai Menteri Besar, menarik juga huraian penulis. Namun, penulis tidak perlu lagi mengungkit kisah lama itu. Tak sedarkah lagi bahawa UMNO sendiri telahpun ditolak oleh rakyat dan Dato’ Seri Mukhriz kini kembali menjadi Menteri Besar Kedah? Muka-muka yang terlibat dalam sidang media di sebuah hotel besar di Alor Setar ketika itu untuk mendesak Dato’ Seri Mukhriz berundur kini hanyalah bekas-bekas YB atau Ketua Bahagian UMNO. Tahukah penulis ada dari kalangan mereka mengubungi Menteri Besar dan menyokong  PH secara diam-diam atau mahu minta projek?

20.    Seperkara lagi, lantikan semua Penyelaras DUN dan Parlimen telahpun dibuat selepas melalui proses pertimbangan yang teliti. Ketua-Ketua Bahagian BERSATU memahami mengapa ianya mengambil sedikit masa.

21.    Ini pula satu isu yang bikin kita tertanya-tanya apakah motifnya. Salahkah Menteri Besar menyantuni rakyat yang mahu bergambar atau bersuafoto dengan beliau? Salahkah Menteri Besar mengabadikan kenangan bergambar dengan mereka yang mengundi PH dan mengangkat PH menerajui Kedah dan Kerajaan Persekutuan? Adakah salah Menteri Besar  wakilkan EXCO ke majlis-majlis tertentu yang beliau tidak dapat hadir kerana perlu hadir acara atau mesyuarat rasmi yang melibatkan Istana dan Perdana Menteri, contohnya? Atau perlu Menteri Besar biarkan langsung jemputan itu tiada wakil, lantas mengecewakan pihak penganjur yang bertungkus lumus mengadakannnya?

22.    Untuk rekod, baru sekali Menteri Besar mengadakan Mesyuarat EXCO di Kuala Lumpur. Itupun semasa Menteri Besar perlu menghadiri Mesyuarat Raja-Raja di sana, namun tanggungjawab mengadakan Mesyuarat EXCO tidak pula diabaikannnya. Untuk pengetahuan penulis, Dato’ Seri Mukhriz telah mempengerusikan Mesyuarat EXCO sebanyak 15 kali sejak jadi Menteri Besar kali kedua.

23.    Untuk makluman, BERSATU tidak pernah menjanjikan apa-apa ganjaran, khusus kepada ahli-ahlinya jika menang dalam PRU lepas. Ahli-ahli yang meninggalkan BERSATU mungkin tertarik pada kata-kata lunak dan janji-janji palsu pihak lain. Pemilihan parti juga bakal diadakan tahun hadapan. Persaingan sihat berlaku di dalam mana-mana parti. Mungkin penulis juga tahu apa yang sedang berlaku dalam parti-parti lain seperti PKR, malah UMNO sendiri apabila tibanya musim pemilihan. Inilah demokrasi. Asalkan ianya tidak memudaratkan atau menyentuh hal dalaman parti lain dan pentadbiran Kerajaan Negeri yang sah, ianya perkara biasa untuk BERSATU.

24.    Menteri Besar mempersilakan penulis untuk bersua muka bagi membincangkan halatuju yang perlu diambil oleh Kerajaan PH Kedah. Mungkin penulis boleh hadir sama dalam Mesyuarat PH Kedah nanti untuk kita lebih kenal mengenali dan mendapatkan cadangan-cadangan bernas bagaimana hendak memajukan lagi Negeri Kedah yang dicintai ini. Idea dan pandangan penulis semasa mesyuarat itu nanti amat dinantikan.

25.    Adalah diakui PH Kedah belum cukup gah dipersadanya. BERSATU pula baru berusia dua tahun. Banyak lagi yang perlu dibuat dan diusahakan demi masa depan parti.

26.    Lantikan politik bukan bersifat kekal. Kalau Menteri Besar mahu menukar Setiausaha Politiknya, beliau boleh berbuat demikian bila-bila masa sahaja. Yang pasti Menteri Besar telah memberi arahan tegas untuk Setiausaha Politiknya untuk tidak dilantik di dalam mana-mana GLC demi untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan atau “conflict of interest.”

27.    Ketahuilah Menteri Besar yang ini buat kerja tidak mengikut kelaziman. Pendekatan dia adalah secara “Berfikir Di Luar Kotak. Business Unusual”, sesuatu yang sukar digarap mahupun difahami oleh mereka yang selama ini mencangkung dalam tempurung.
Sekian.

RAKYAT KEDAH JUGA

Wednesday, 19 September 2018

Merajuk Atau Di Beli : Ahli Parlimen UMNO Keluar Parti. @umnoonline #UMNOBangkit #UMNO2018

UMNO kini umpama sebuah kapal yang akan karam. Bukan kerana ahli akar umbi yang cuba menjahanamkanya TETAPI panglima & Pemimpin parti itu sendiri.

Memetik sumber dari BH, Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak menolak kemungkinan lebih ramai Ahli Parlimen dari UMNO akan keluar dari parti berkenaan.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/09/475563/18-ahli-parlimen-keluar-umno-shahidan-kassim


18 Ahli Parlimen keluar UMNO - Shahidan Kassim

Senarai Ahli Parlimen UMNO Yang Berpotensi Keluar UMNO.


1. YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED (P030)


2. YB DATO' SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH ( P033)


3. YB DATO' ROSOL BIN WAHID (P038)


4.  YB DATUK HAJI SHABUDIN YAHAYA ( P042)


5. YB DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN (P001)


6. YB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM (P003)


7. YB DATO' DR. SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH (P055)


8. YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (P061)


9. YB DATO' MOHD NIZAR BIN HAJI ZAKARIA ( P069)


10.  YB DATO' HAJI MOHD FASIAH BIN MOHD FAKEH ( P092 )


11.  YB DATO' JALALUDDIN BIN ALIAS ( P126)


12. YB DATO' HAJI SALIM SHARIF ( P127)


13. YB DATUK DR. HAJI ABD. LATIFF BIN AHMAD (P154)


14. YB DATUK ABD RAHIM BIN BAKRI ( P167 )


15. YB DATUK AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB ( P029)


16. YB DATO' SRI ANIFAH BIN AMAN (P176)


17. YB KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR ( P131 )


Wednesday, 12 September 2018

Siapa Di Kalangan Pemimpin UMNO Lawan #AnwarIbrahim Di #PRKPortDickson


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding di Parlimen Port Dickson selepas penyandang kerusi tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Danyal membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar khas di ibu pejabat PKR di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Wednesday, 1 August 2018

Senarai portfolio Menteri Besar dan barisan Exco Negeri Kedah.


Kejayaan seiring dengan slogan baharu 'Kedah Aman Makmur , Harapan Bersama Makmurkan Kedah'.

Tahniah Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.










Sunday, 22 July 2018

PANAS !! BELUM SAMPAI 100 HARI, ORANG KAMPUNG SUDAH MULA BERDEMO.



Gunung Pulai sudah menjadi milik syarikat YIKED Holdings Sdn Bhd (Yayasan Islam Negeri Kedah ). Pelik dengan projek yang sudah dibatalkan operasinya oleh kerajaan terdahulu boleh diizinkan beroperasi pada hari ini, adakah bermakna kerajaan terdahulu lebih prihatin kepada nasib rakyat berbanding dengan kerajaan yang ada pada hari ini ?


Penduduk akan terus melakukan desakan dan membantah secara aman. Peluang pekerjaan penduduk yang bergantung kepada gunung ini akan terjejas sekiranya projek itu dilaksanakan.

"Jalan juga akan rosak, gua-gua yang ada pada Gunung Pulai ini juga akan musnah'

kawasan itu dipercayai mula dimohon pihak terbabit pada 2008 dengan mesyuarat bersama penduduk kampung dibuat dua tahun kemudian, sebelum surat bantahan dihantar pihaknya kepada Pejabat Daerah Baling pada Oktober 2011.


Surat bantahan itu dipanjangkan oleh Pejabat Daerah Baling kepada YIKED Holdings Sdn Bhd pada November 2011.

Keaslian dan keindahan alam semula jadi sekitar Gunung Pulai di sini, dikhuatiri rosak ekoran cadangan pembinaan kuari dan kilang batu kapur di kawasan Gua Kelambu.


Individu ternama disyaki jadi dalang.

Menurut sumber itu lagi, beberapa individu ternama dan berpangkat disyaki terlibat secara langsung dengan projek berkenaan.


Malah katanya, ada individu berpengaruh turut didakwa menerima sejumlah imbuhan agar tidak membantah operasi tersebut.

“Pihak-pihak ini juga disyaki memujuk segelintir penduduk  di kawasan sekitar supaya tidak membantah apabila syarikat itu memulakan operasi yang diluluskan,” katanya yang enggan mendedahkan nama mereka terlibat atas faktor keselamatan.

Minta SPRM bertindak

Sumber itu menambah, diharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap masalah ini.

Klik untuk selanjutnya

Thursday, 5 July 2018

AL-FATEHAH : Kronologi kes "Adam Rayqal Anak SYURGA"


'SENGSARAKAN terasa DI SEPANJANG hayatnya TANGISAN tak bersuara INSAN yang sekecil itu merasa PERITNYA derita DI TANGGUNG jua.....'

Apalah nasib anak kecil tidak berdosa ini apabila dijumpai di dalam peti ais di rumah pengasuh yang baru beberapa hari dihantar oleh ibu bapanya..

Allahuakbar...luluh hati dengar berita kematian bayi kecil.... Adam rayqal

Saturday, 12 May 2018

Syefura Othman berasa seakan bermimpi ? #PRU14


Syefura yang lebih dikenali sebagai Rara tidak menyangka bakal memenangi kerusi itu dengan majoriti agak besar iaitu 3,710 undi.

Beliau berjaya membuktikan usia muda bukan penghalang baginya menyelami denyut nadi dan keperluan rakyat di kawasan berkenaan.

sambung baca kat sini : 

Rara bagai bermimpi https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/424112/rara-bagai-bermimpi

Thursday, 10 May 2018

#PRU14 : Kebencian Rakyat Terhadap Najib.



Keputusan PRU14 merupakan manifestasi kepada kebencian membuak-buak hampir semua golongan rakyat jelata terhadap corak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dilihat memalukan negara ekoran skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilionnya.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, rakyat bangkit bila melihat bekas Perdana Menteri berusia 93 tahun merisikokan kesihatan diri untuk menjelajah ke seluruh pelosok negara semata-mata untuk mendedahkan segala salah laku yang didakwa dilakukan oleh Najib.

"Penyampaian Tun Mahathir mengenai segala salah laku ini di dalam segenap ceramah beliau pula sangat berkesan kerana ia dibuat dalam bahasa yang sangat mudah difahami oleh rakyat jelata, termasuk penduduk di luar bandar.

Ungkapan ringkas Tun Mahathir seperti 'Najib pencuri', 'Najib perompak' dan 'Najib penyamun cukup menyentuh jiwa rakyat jelata, apatah lagi bila Najib sendiri gagal membuat apa-apa yang meyakinkan untuk menjawabnya,"katanya.

Selain itu, Kamarul Zaman berkata, tindakan Tun Mahathir memaparkan diri beliau sebagai mangsa dizalimi susulan tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Bersatu sehari sebelum pembubaran parlimen meraih simpati rakyat jelata kepada beliau.

"Serangan peribadi yang keterlaluan terhadap Tun Mahathir juga turut berbalik arah kerana ia mendatangkan rasa kasihan rakyat jelata kepada beliau kerana rata-rata mereka masih mengenang jasa bakti beliau sebagai Perdana Menteri,"ujarnya.

Tambah beliau lagi, turut memainkan peranan ialah media massa seperti akhbar Sinar Harian yang sering memberikan liputan luas terhadap Tun Mahathir termasuk di dalam wacana viral yang mempersoalkan apakah beliau terlalu tua untuk jadi Perdana Menteri.
"Kesemua perkara ini menyentuh emosi dan sentimen rakyat jelata, apatah lagi bila ia dikaitkan dengan kesusahan kehidupan harian mereka, di mana emosi dan sentimen ini mendorong mereka keluar beramai-ramai untuk menolak Najib.

Signifikan kepada kemenangan Harapan dalam PRU14 ialah ia adalah lonjakan besar dalam kehidupan rakyat kerana ia membuktikan mereka juga mempunyai kuasa menentukan corak kehidupan mereka,"katanya.

Kamarul Zaman berkata, selama 61 tahun terkurung oleh kerajaan sama sebelum ini, kejayaan mereka mengubah buat pertama kali kerajaan di peringkat pusat ini memberikan mereka satu 'sense of empowerment' yang cukup besar maknanya kepada diri mereka.

"Setelah berjaya mengubah kerajaan sekali, maka sudah tentulah selepas ini mereka tidak akan ragu-ragu lagi untuk berbuat perkara yang sama jika kerajaan yang mereka pilih ini gagal memenuhi harapan dan kehendak mereka seperti dijanji,"katanya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/pru14-cermin-kebencian-rakyat-terhadap-najib-1.832961

#PRU14 : Rakyat Tolak UMNO/BN Bukan Kerana Benci.


Macamana nak jawab kepada anak cucu kenapa tukar kerajaan thun 2018.
Baru la dengar nama Tun M balik dalam TV, Kalau tidak apa yang Tun M cakap semuanya tak betul.

Kalaulah NAJIB dengar cakap Tun M dahulu letak jawatan, UMNO/BN tidak akan musnah mcm ni... Tun M dah nasihat molek dh msa tu....

Inilah yang dikatakan betapa punah dan kotornya Pemimpin setelah mejoriti rakyat malysia tolak BN kerana kebodohan egonya UMNO/BN yang menyokong dan mempertahankan kegagalan Najib selama ini. pengakhirnya UMNO/BN yg hancur lebur. Sepatutnya Najib perlu disingkirkan dari dulu lagi apabila terlibat dengan Skandal yang besar.

Sejarah telah tercipta, UMNO/BN selama berpuluh-puluh tahun memerintah akhir tumbang, apabila lelaki berumur 93 tahun kembali.

Kerana seorang pemimpin yang merasakan segalanya dirinya betul.

Betapa peritnya untuk ditelan tetapi terpaksa juga di hadap, lihatlah apa dah jadi  disebabkan keangkuhan pemimpin UMNO/BN membela kegagalan Najib , akhirnya menghancurkan UMNO/BN tewas di Malaysia.

Sepatut dan Sebetul seorang negaara perlu di hormati dan diambil padangan dan ideanya bukan dihina, dicari sebegitu rupa setiap detik dan saat di TV dan di FB.

Kuasa rakyat jangan dibuat main. Rakyat tidak membenci Parti, tetapi rakyat benci pemimpin yang tidak telus, maka ini masanya rakyat bangkit mahukan pembaharuan. Parti tidak salah, yang salah orang yang memegang jawatan tu.
Selamat Kembali Tun...

Ya Allah, Engkaulah Pemilik segala kerajaan. Engkau memberi kuasa pemerintahan kpd sesiapa yg Engkau kehendaki. Dan Engkau jualah yg melucutkan kuasa drp sesiapa yg Engkau kehendaki.

Siapalah kami utk mengatasi kekuasaanMu utk menentukan dan menzahirkan kehendakMu.
Ya Allah, Engkau pimpinlah para pemegang amanahMu agar mereka dpt membawa negara dan rakyat Malaysia ke arah yg lebih hebat.

Ya Allah, kupohon agar Engkau terus melimpahkan berkatMu kpd bumi Malaysia yg tercinta ini.

Tahniah Team MMFC kerja buat anda sememang terbaik.

Sunday, 6 May 2018

#PRU14 : PANAS !! CALON PARLIMEN PAS BALING MANGSA POLITIK KOTOR !!

Image result for ustAZ HASSAN SAAD BALING

PERSOALAN ? 

KENAPA Ustaz Najmi Di DUN Kupang & Ustaz Hassan di Parlimen.


Sebelum ini Ustaz Najmi pernah bertanding Parlimen, Keupayaan, Pengalaman dan Pendidikan Ustaz Najmi lebih hebat dari Ustaz Hassan Saad. Ustaz Najmi Merupakan bekas pengarah KAGAT  Angkatan Tentera Malaysia. 

Kenapa  Brigedier Jeneral (B) Mohd Najmi Ahmad berundur dari berentap dengan Tok Azeez di kerusi Parlimen yang sememangnya beliau mahukanya pada PRU 13 dahulu...

Tidak kah Jenaral Najmi mahu 'balas dendam" kekalahkan beliau yang lepas.....

atau Jeneral Najmi menyedari bahawa calon BN untuk kerusi parlimen tidak mampu ditewaskanya.....

Bagi admin Ustaz Hassan Saad walaupun beliau YDP PAS Baling, beliau sebelum ini seorang Ustaz di Sekolah Menengah Jerai, selepas pencen baru beliau betul-betul aktif dalam 'politik' tu pun curi-curi kerana beliau terikat dengan tugas sebagai imam masjid di Kharian Kampung Tanjung......

kedua-calon PAS ini berasal dari produk Kampung Tanjung...tetapi jarang bertemu memandangkan Ustaz Najmi sebelum ini menetap di K. Lumpur.

BAGI admin... MELETAKAN Ustaz Hassan Saad di Parlimen merupakan langkah menyelamatkan karier POLITIK Ustaz Najmi, 

Image result for ustAZ HASSAN SAAD PARLIMEN BALING

Umum amat mengetahui keupayaan Ustaz Hassan Saad untuk mentadbir parlimen jika diberikan mandat nanti... kerana masaalah kesihatan beliau sebelum ini..

Sungguh pandai 'play maker' untuk menamatkan 'kareir' politik Ustaz Hassan Saad dengan meletakan beliau bertanding di Parlimen Baling.... 

jeng-jeng..... nanti kita ulas siapa yang atur 'pemaianan ini".... tunggu info seterusnya dari talibarut PAS.  

#PRU14 : Tudiaaaaa GANASnya 'Aku Benci Orang PAS' !!


"inilah orang Pas buat dekat orang UMNO pasal apa orang Pas buat Bagilah orang pakailah Aku benci orang pas sangat depa buat apa kat orang kami sampai aku jatuh sampai kakiku sakit pakat-pakat orang baling undilah UMNO tak yah undi pas pas jahat pas tak fikir orang macam-macam orang pernah buat dekat orang mana bahasa ini dekat Rambong Batu 7"

Penulisan di FB oleh sahabat ini berikutan retatan dari sekelompok penyokong Barisan Nasional yang melakukan aktiviti konvoi pemuda BN. Konvoi bergerak melalui Jalan kampung Batu 7 Rambung, apa tiba di selekoh tiba2 ada sebatang dahan kayu besar melintang jalan tersebut menyebabkan beberapa buah motosikal peserta konval gagal mengelak menlanggarkan menyebabkan kemalangan kecil. Ini berita kejadian awal pagi yang di update sebelumnya. A







dari Fb : Belangkas Bunga

PANAS PRU14 KIAN TERASA!!
Tak kiralah kita d pihak mana tp jaganlah sampai letak kayu d tengah jalan.. 
Seandainya parti lain berkonvoi terjadi kejadian mcm ni kena adik abah akak ayah mak tokche kita macam mana..
Nasip la x mati anak org.
Apa kejadahnya.. .
Perangai x berjenis lasong.
Jgn la naya org sampai mcm tu... Nk kata dahan pokok jatuh xda pula pokok besar2 nk kata pokok terbalik. Heran pula xda tunggul.
Yg paling heran seblm konvoi sampai d selekoh tu ada 2 buah moto potong team konvoi x kena pula kayu tu duk lentang jalan..
Mcm mana la hampa berfikir naya org.
5 tahun sekli ja nk mcm ni lepas 9hb dah xda dah...
Perlu ka buat naya mcm tu?
Pasai apa jahat sangat sesama islam?
#satkitatgkpuakmananakmelenting
Mesti kerja geng taksub ni panas telinga

P/S : Memang tak matang langsung perangai penyokong parti, Nama saja memperjuangkan Islam tapi sikap hampehhhh....