Showing posts with label PAS Baling. Show all posts
Showing posts with label PAS Baling. Show all posts

Sunday, 6 May 2018

#PRU14 : PANAS !! CALON PARLIMEN PAS BALING MANGSA POLITIK KOTOR !!

Image result for ustAZ HASSAN SAAD BALING

PERSOALAN ? 

KENAPA Ustaz Najmi Di DUN Kupang & Ustaz Hassan di Parlimen.


Sebelum ini Ustaz Najmi pernah bertanding Parlimen, Keupayaan, Pengalaman dan Pendidikan Ustaz Najmi lebih hebat dari Ustaz Hassan Saad. Ustaz Najmi Merupakan bekas pengarah KAGAT  Angkatan Tentera Malaysia. 

Kenapa  Brigedier Jeneral (B) Mohd Najmi Ahmad berundur dari berentap dengan Tok Azeez di kerusi Parlimen yang sememangnya beliau mahukanya pada PRU 13 dahulu...

Tidak kah Jenaral Najmi mahu 'balas dendam" kekalahkan beliau yang lepas.....

atau Jeneral Najmi menyedari bahawa calon BN untuk kerusi parlimen tidak mampu ditewaskanya.....

Bagi admin Ustaz Hassan Saad walaupun beliau YDP PAS Baling, beliau sebelum ini seorang Ustaz di Sekolah Menengah Jerai, selepas pencen baru beliau betul-betul aktif dalam 'politik' tu pun curi-curi kerana beliau terikat dengan tugas sebagai imam masjid di Kharian Kampung Tanjung......

kedua-calon PAS ini berasal dari produk Kampung Tanjung...tetapi jarang bertemu memandangkan Ustaz Najmi sebelum ini menetap di K. Lumpur.

BAGI admin... MELETAKAN Ustaz Hassan Saad di Parlimen merupakan langkah menyelamatkan karier POLITIK Ustaz Najmi, 

Image result for ustAZ HASSAN SAAD PARLIMEN BALING

Umum amat mengetahui keupayaan Ustaz Hassan Saad untuk mentadbir parlimen jika diberikan mandat nanti... kerana masaalah kesihatan beliau sebelum ini..

Sungguh pandai 'play maker' untuk menamatkan 'kareir' politik Ustaz Hassan Saad dengan meletakan beliau bertanding di Parlimen Baling.... 

jeng-jeng..... nanti kita ulas siapa yang atur 'pemaianan ini".... tunggu info seterusnya dari talibarut PAS.  

#PRU14 : Tudiaaaaa GANASnya 'Aku Benci Orang PAS' !!


"inilah orang Pas buat dekat orang UMNO pasal apa orang Pas buat Bagilah orang pakailah Aku benci orang pas sangat depa buat apa kat orang kami sampai aku jatuh sampai kakiku sakit pakat-pakat orang baling undilah UMNO tak yah undi pas pas jahat pas tak fikir orang macam-macam orang pernah buat dekat orang mana bahasa ini dekat Rambong Batu 7"

Penulisan di FB oleh sahabat ini berikutan retatan dari sekelompok penyokong Barisan Nasional yang melakukan aktiviti konvoi pemuda BN. Konvoi bergerak melalui Jalan kampung Batu 7 Rambung, apa tiba di selekoh tiba2 ada sebatang dahan kayu besar melintang jalan tersebut menyebabkan beberapa buah motosikal peserta konval gagal mengelak menlanggarkan menyebabkan kemalangan kecil. Ini berita kejadian awal pagi yang di update sebelumnya. A







dari Fb : Belangkas Bunga

PANAS PRU14 KIAN TERASA!!
Tak kiralah kita d pihak mana tp jaganlah sampai letak kayu d tengah jalan.. 
Seandainya parti lain berkonvoi terjadi kejadian mcm ni kena adik abah akak ayah mak tokche kita macam mana..
Nasip la x mati anak org.
Apa kejadahnya.. .
Perangai x berjenis lasong.
Jgn la naya org sampai mcm tu... Nk kata dahan pokok jatuh xda pula pokok besar2 nk kata pokok terbalik. Heran pula xda tunggul.
Yg paling heran seblm konvoi sampai d selekoh tu ada 2 buah moto potong team konvoi x kena pula kayu tu duk lentang jalan..
Mcm mana la hampa berfikir naya org.
5 tahun sekli ja nk mcm ni lepas 9hb dah xda dah...
Perlu ka buat naya mcm tu?
Pasai apa jahat sangat sesama islam?
#satkitatgkpuakmananakmelenting
Mesti kerja geng taksub ni panas telinga

P/S : Memang tak matang langsung perangai penyokong parti, Nama saja memperjuangkan Islam tapi sikap hampehhhh....

Monday, 13 April 2015

Pengetua Pondok Yayasan Khariah Gagal pertahankan Jawatan YDP PAS Kawasan Baling.

Ustaz Abdul Rahman Bin Yahaya
Bekas YDP PAS Kaw. Baling.

Seorang guru Agama sebuah Sekolah Kebangsaan berjaya menewaskan penyandang YDP PAS kawasan Baling, Ustaz Abdul Rahman Bin Yahaya memeperolehi  307 undi manakala Guru agama tersebut Ustaz Hasan Bin Saad memperolehi undi sebanyak (373) undi. Ustaz Abdul Rahman merupakan penyandang YDP PAS sebelum ini merupakan Pengetua Sekolah Men. Agama Yayasan Khariah Kg Pisang serta Tokoh Maal Hijjarh peringkat Negeri Kedah.

Ustaz Hasan Bin Saad
YDP PAS Kawasan Baling 2015-2017

Ustaz Hasan yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Setiausaha PAS kawasan Baling. Beliau juga merupakan seorang Imam di sebuah Kampung di Mukim Kupang. Pada Pru 13 yang lepas nama belaiu juga di sebut-sebut menjadi calaon bagi DUN Kupang.   >rujuk disini 


Keputusan Pemilihan Jawatankuasa PAS Kawasan Baling sesi 2015-2017

Ucapan sulung Ustaz Hasan Bin Saad.


YDP - Ust Hasan Saad
TYDP - Dato' Hj Najmi Hj Ahmad
NYDP - YB Hj. Md Zuki bin Yusof
Ketua Urusan Ulamak -Ust Hamdan Dziauddin Bin Hj. Abd Wahab

AJK:
Abd Nasir Bin Idris
Ust Marzuki Bin Yusof
Ahmad Bin Zakaria
Zelani Nik Chik
Ust Helmi Bin Yaakob
Nawawi Bin Ahmad
Badri Bin Abd Rahman
Ust Zawawi Bin Ibrahim
Md Rafil Bin Hassan
Asmah Majid
Ust Abdullah Isa
Amran Bin Ayob
Zulkifli Bin Jusoh 
Ahmad Bin Abd Rahman
Abd Razak Bin Wahab
Zolkifli Bin Abu Osman

P/S : Semoga kempimpinan PAS kali ini lebih padu serta dapat membentuk sebuah perpaduan.


Wednesday, 19 November 2014

#Memali : Sekali Lagi Air Mata Rakyat Memali Penuhkan Kantung PAS.


Entah di mana silapnya, Sekali lagi Memali mencipta sejarah hitam. Kali kedua ulangtahun pengkisahan Memali tanpa kelibat presiden Parti.

Dalam isu PASma,  Mereka yang menganggotai PasMa adalah juga daripada spesis PAS. Ertinya anak beranak dan keturunan Pas juga. Phahroralrazi Mohd Zawawi yang kini dianggap sebagai presiden PasMa, adalah bekas Exco Kanan Kerajaan Pas Kedah dan pada waktu ini masih menjadi wakil rakyat Pas di Kedah. Beliau merupakan Adun Pengkalan Kundur dalam kawasan Kuala Kedah.



SEDANGKAN pihak pengangjurkan sudahpun  mencanangkan kehadiran Tuan Guru Haji Hadi. Harapan 1000 penduduk dan penyokong Pakatan Rakyat di sini untuk mendengar amanat pimpinan tertinggi mereka 'terkubur' apabila beberapa pemimpin yang diharapkan berucap di pentas ceramah tidak kesampaian.


Pengkisahan Memali, selepas tsunami yang melanda PAS selepas Muktamar 'kurang berseri' kerana ketiadaan pemimpin yang ditunggu-tunggu. Tahun lepas pun ahli PAS dimomokan dengan kehadiran Pemimpin tertinggi tetapi hanya dusta belaka.


Wajah presiden parti, menghiasi poster iklan ceramah berkenaan. Tiada kelibat kempimpinan PAS kedah. Ahli PAS suah sedia maklum sekarang PAS kedah sedang berantakan dengan dua puak.

Nyatalah.. ketidakhadiran Hj. Hadi disebabkan kekecewaan beliau terhadap kempimpinan PAS kedah, yang terang-terang mentang menentangnya.



Sunday, 6 April 2014

BARANG APA YANG NAIK, MENDERITAKAH RAKYAT BALING !! #SelawatPerdana


Sememangnya terbaik adik-adik ni.. apa yang naik tu....


KK di maklumkan petugas yang dok kutip derma kat "rakyat Baling Menderita" adalah pelajar sekolah agama, sebab orang kuat PAS Baling merupakan pengetua kat situ... kalau hampa nak tahu siap bagi "warning" lagi.. Kalau pelajar tu nak p" "Derita Rakyat" kena jadi petugas kutip derma.. Kalau malas wak keja tu.. jangan harap dapat kebenaran p sana"...

Dalam bulatan... Tabung Mangsa penipuan Pemimpinan PAS
Tak habis-habis lagi dok songlap duit rakyat.. tang mana yang derita.. kalau hampa dok kutip derma... kalau dah hampa tau rakyat baling susah.. Mengapa pula dok tibai dan rompak duit depa.. sepatut kena bantu....program yang kononnya 'HIMPUNAN DERITA' untuk rakyat hanya bermain dibibir saja. Mulut jerit rakyat derita, tapi tangan dok kutip derma kat rakyat yang dikatakan derita. Kalaulah ada otak, tentu pemimpin Pakatan tak buat sedemikian rupa.


Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir bersama beselawat semalam... di sini kami sediakan tazkirah Insyaallh.. video Baling berselawat akan menyusul..

Monday, 3 February 2014

GEMPAR !! GURU S.M.K BALING CUBA HASUT RAKYAT DEMO "HARGA GETAH" . @MuhyiddinYassin #HanyaDiKedah @BuletinTV3



Walaupun realiti negara telah berubah, kerajaan telah menukarkan anak petani nelayan dan orang kampung menjadi orang terpelajar, profesional, ahli perniagaan dan sebagainya tetapi dia masih berada di jalan-jalan raya untuk kerja yang sama dengan menggunakan pelbagai isu rakyat yang real, rekaan dan juga imiginasi.

ini Termasuklah seorang seorang tenaga pengajar di sekolah kebangsaan Baling, Kedah cuba "MENGHASUT" dan Mengajak Masyrakat di Dearah Baling untuk berdemo. Alasan yang digunakan oleh seorang pendidik ini adalah sempena memperingati 40 tahun tragedi "MOGOK LAPAR BALING".


Amatlah lah menghairankan dan mengujakan KK bagaimana pemikiran seorang guru  yang terkenal dikalangan masyarakat Kupang sebagai Ustaz Mi boleh berfikir sebegitu rupa."Mustahil hal ini boleh berlaku di Malaysia, tidak mungkin jika seseorang itu berada dalam keadaan kebuluran tidak diketahui oleh jiran sebelah atau sekampung dengannya yang akan membantunya atau melaporkan kepada pihak berkuasa.Untuk seseorang mati kebuluran akan mengambil masa beberapa bulan dan dalam proses menemui kematiannya dia hanya akan tinggal tulang dan kulit sahaja.

Oleh itu sebagai seorang pendidik, saudara Helmi perlulah menjelaskan fakta sebenar bukan mengekplotasikan fakta menjadi auta..... Mengapa Mogok lapar berlaku di Baling.

KK : ini baru PART 1 nantikan bahagia 2.

Thursday, 23 January 2014

Gempar !! Nasib BEKAS ADUN Kupang Johari ABDULLAH !! @MukhrizMahathir @UMonline #HanyaDiKedah


Jawapan kepada "macai-macai PAS yang masih dan cuba memutar belitkan fakta dengan membuat auta... Kesian aku puak-puak ini diperdajalkan oleh "macai upahan"... So kalau setakat "melalak" n tak keluarkan bukti sahih tak payah... gi nagji dulu lah yer... 

n' selepas habis baca petikan dari benama yang dikeluarkan oleh sinar ni.... aku cuma nak minta tolong sikit.. Pasai janji bekas YB Hampa tu.. Ingat lagi TAK mantan YB Kupang... Yang Hampa tendang selepas PRU 13...


Baca dulu petikan ini...

 
Hanya pembalakan terpilih masih dijalankan di Kedah manakala pembalakan jenis  'cuci mangkuk' sudah dihentikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir. Beliau berkata tiada lesen pembalakan baharu dikeluarkan selepas 19 Mei 2013 iaitu seminggu selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.
"Lesen yang dikeluarkan sebelum Barisan Nasional (BN) ambil alih (pentadbiran) Kedah terpaksa diteruskan, kerana kalau tarik balik lesen, boleh bayangkan apa jenis kes-kes mahkamah yang akan kita hadapi daripada syarikat-syarikat yang mendapat konsesi tersebut.

"Jadi kita tak patut terkejut melihat lori-lori balakyang masih keluar membawa balak kerana ini datang daripada konsesi pembalakan terpilih, maksudnya 'tagging" dah dibuat beberapa bulan atau setahun lebih dan pembalakan berlaku pada pokok-pokok terpilih.


"Saya tak pernah mengharamkan sepenuhnya (pembalakan) sebab pembalakan terpilih masih berlaku dan lesen keluar sebelum BN ambil alih," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negero di sini hari ini. Mukhriz mengulas dakwaan berlaku aktiviti  pembalakan haram baru-baru ini di beberapa kawasan di Kedah hingga menimbulkan kerisauan kepada penduduk setempat.

Sementara itu, katanya sekiranya terdapat lori-lori balak membawa muatan kayu-kayu yang bersaiz kecil, ia adalah daripada tanah persendirian dan bukannya membabitkan tanah kerajaan negeri.


"Mungkin orang persendirian ini nak buat pembangunan... walaupun (kayu) kecil, ada yang  beli biasanya kilang yang buat cip, dia tak kira saiz pokok, dia potong kecik-kecil buat cip untuk pasaran tempatan dan eksport," katanya.
 

Selain itu, Mukhriz beliau berkata kerajaan negeri juga tidak bercadang untuk meningkatkan pendapatan negeri melalui hasil pembalakan, sebaliknya akan melihat sumber alternatif yang lain.

"Kita perlu kreatif dan inovatif untuk mencari ini (sumber alternatif) dan saya percaya satu daripada yang berpotensi besar ialah pelancong...pulangannya sentiasa ada, ia bukan sesuatu yang anda labur sekali dan anda dapat pulangannya sekali sahaja, ia (pulangan) dating sepanjang tahun," katanya. - Bernama

ok... dah baca kan, kisah ni pun ada kena mengena ngan balak dan tanah juga.... psstttt pasal YB Johari Abadullah kesian kat dia... semua kesalahan dan kekalahan PAS di Baling HAMPA CAMPAK kat dia... sampaikan satu jawatan pun hampa tak bagi, Malah terus di abaikan.. YB pun adan anak bini dan tanggungjawab. Dia tinggalkan kerjaya guru demi untuk berkhidmat ... selepas Kalah terus tak dipedulikan.... arghhhhhh nantilah aku sambung kisah YB JOHARI yang semakin dihantui dengan "janji" PRU nya...

Saturday, 4 May 2013

#PRU13 : Panas !!! Video Ini bukan bukan kerja saya. #GE13 #TolakPR #TukarKedah


Rupanya dalam kesibukan kita menanti debaran pengudian esok, kita bakal didendangkan dengan pembongkan video skandal yang mengaikan anak sulung Pensihat PKR iaitu mantan MP lembah Pantai. 


Serius aku cakap kalau rakyat kedah terus memilih kerajaan PAS YANG SEDIA ADA SEKARANG nescaya maka kita akan melihat kehancuran dan kemusanahan yang teruk p ekosistem alam. Jika sebelum ini,  tok azizan dengan regim PAS sangat rakus dengan perangai dia yang bongkak dan sombong. Korang dapat tengok sekarang bukit dan Gunung Inas dari jauhpun dah terserlahkan "kebotakkan"...... itu belum lagi korang tengok Lata Celak, Air dia dah macam "teh ais" . pssssttttt.... nak tau pasal pasal apa... biasa lah... bila nafsu dah menguasai diri, apa yang ada "rembat" saja lah.... Habis hutan di Tibainya... Kawasan tadahan air plak tu...korang tahu, tak dapat yang tua yang muda pun dia tibai..... aku pun hairan juga macam kelulusan boleh diberi  SEDANGKANG BANYAK LAPORAN DAN BANTAHAN yang telah di lakukan oleh penduduk Kampung di sekitar Pusat Peranginan di situ....malas la  korang layan lah video ni.....



....video amatur..

Friday, 12 April 2013

Masa PAS "berkabung" di Kedah kini sudah Tiba #TukarKedah #SaveKedah #TolakPR dan #BetterNation


Sedarlah wahai ahli serta pengikut PAS, apa yang berlaku inkini disebabkan percakaran dalam diam diantara Phahrolrazi exco kesayagan ramai dengan Menteri Besar Kedah paling kejam dalam sejarah Azizan Razak. Baca seterunya (klik tajuk ini ) Pemberotakan di Kedah sudah sehebat Isu #LahadDatu..


Masalah dalaman yang begitu teruk jika tidak diselesaikan lama kelamaan ianya akan meletup juga. Bangkai gajah mana boleh ditutup, tetap akan berbau akhirnya.
Perkara ini bukan lagi pergeseran pendapat malahan ia lebih teruk lagi sehingga sanggup cantas mencatas di peringkat pemilihan Calon. Sedihnya Azizan Razak sanggup mengnyikirkan Ustaz Taib Azzamuddin (Parlimen Baling ) dengan alasan kononya "berpenyakit" tetapi jikalau dilihat dan di nilai Azizan Razak lebih teruk lagi sehinggakan sanggup berulang ke KMC untuk rawatan. 
Sebab itulah Exco derhaka Pharolrazi menggelarkan Azizan selaku MB kedah "3 SELINDIR". Tidak hairan jika di Kedah terutama di Baling akan ada kejutan besar akan berlaku. Selain dari Menaikan bendera Hitam ini tanda protes terhadap Azizan Razak.  


Apakah Azizan Razak menyimpan dendam terhadap Ustaz Taib? atau Azizan Razak dan YB Johari penyandang DUN Kupang, menyimpan rahsia besar yang mempnyai kaitan dengan Pembalakan di Kedah. Apa Pula Rahsia Sehinggakan beberapa MKK seramai 41 orang yang dilihat "pro Ustaz Taib Azzamuddin dilucutkan jawatan. Seterusnya Panass!! Bendera hitam PAS di Kedah

Wednesday, 3 April 2013

PAS Gugur Taib Azamuddin gara-gara YB Johari ADUN Kupang. #TukarKedah #TolakPAS #PRU13



Apa yang lebih menarik penyikiran ustaz Taib Azamuddin mempnyai kaitan dengan YB Johari, ADUN Kupang ?

Menurut sumber, Penyandang kerusi Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuddin Md Taib (gambar) digugurkan daripada senarai calon PAS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Tempat Taib akan diganti oleh muka baru, iaitu Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.
Najmi yang juga adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad turut diumumkan menyertai PAS pada Selasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan demikian turut menamakan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Temerloh.

Pada PRU 2008 Nasrudin bertanding sebagai calon PAS di kerusi Parlimen Maran namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ismail Abdul Muttalib.Sementara itu bagi kerusi Parlimen Titiwangsa pula, PAS mempertaruhkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Zamri Asa'ad Khuzaimi sebagai calon.

Kerusi Parlimen Titiwangsa sebelum ini dimenangi Allahyarham Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali dengan majoriti 1,972 mengetepikan calon BN, Datuk Aziz Jamaludin Mohd Tahir.

Mengulas mengenai pengguguran Taib Azamudden, Abdul Hadi berkata keputusan berkenaan dibuat berdasarkan faktor kesihatan bekas imam Masjid Negara itu.

"Datuk Taib tidak lagi dicalonkan di mana-mana kerusi pada PRU ini. Keadaan kesihatannya tidak mengizinkan."Beliau perlukan rawatan, jadi tidak bertanding," katanya.

Taib Azamudden merupakan Ahli Parlimen Baling selama dua penggal sejak 1999. Bagaimanapun pada PRU 2004, beliau tewas kepada calon BN, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Namun pada PRU 2008, Taib Azamudden merampas kembali kerusi berkenaan selepas menewaskan Datuk Abd Azeez Abdul Rahim daripada BN dengan majoriti 7,613 undi.

Ditanya mengenai pemilihan Najmi yang baru menyertai PAS mampu menarik sokongan pengundi bagi mengekalkan kedudukan parti itu di Baling, Abdul Hadi berkata pihaknya yakin bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia itu akan diterima pengundi.

"Beliau merupakan seorang tokoh di Baling dan sememangnya anak kelahiran Baling," katanya lagi.

Apa yang lebih menarik penyikiran ustaz Taib Azamuddin mempnyai kaitan dengan YB Johari, ADUN Kupang.

“Kami seperti dianaktirikan, sedangkan kerajaan negeri telah memutuskan tempoh perkhidmatan MKK disambung. Justeru, di mana hak kami sebagai MKK,”

Mohd Rusli


terbaru sikap seorang YB yang kononya memperjuangkan Islam, Seramai 41 Pengerusi dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) di Dun Kupang dan Bayu kesal setelah perkhidmatan mereka ditamatkan sejak September tahun lalu.

Tuesday, 2 April 2013

Gempar !!! Memang YB Johari ada "DENDAM" dengan Ustaz Taib. #TolakPR #TukarKedah




Dalam sibuk-sibuk YB Johari memcari Publisiti "murahan" dengan melawat Gunung Inas, dia kini dikejutkan pulak dengan geng "pakatan" yang membongkarkan pengkhianatan dan sikap dendam kesumat beliau kepada Ustaz Taib. 

Alahai tak habis-habis lagi cerita lama depa 2 orang ni... Kalau tak puas hati "habaq mai" kita jumpa atas pentas bedebat KK boleh cari NGO untuk anjurkan nak ada "bran" tak... kepada orang kuat Cg Joe boleh tetapkan tarikh..... kehhhhh kehhhh


Mohd Rusli

terbaru sikap seorang YB yang kononya memperjuangkan Islam, Seramai 41 Pengerusi dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) di Dun Kupang dan Bayu kesal setelah perkhidmatan mereka ditamatkan sejak September tahun lalu.

Penamatan itu didakwa dilakukan dengan campur tangan pemimpin politik tempatan.

Bekas Pengerusi MKK Kampung Raja, Mohd Rusli Hussin berkata, pemecatan itu ternyata mengejutkan MKK terlibat kerana kerajaan negeri telah memutuskan tempoh perkhidmatan MKK disambung bagi tahun 2013.

Jawatan yang disandang mereka dulu kini disandang oleh ‘muka baru’ yang didakwa merupakan penyokong kuat kepada kepimpinan individu berkenaan.

Mohd Rusli berkata, dia bersama rakan lain kecewa, kesal dan malu setelah perjuangan mereka selama ini seolah-olah tidak dihargai.

Menurutnya, pemecatan mereka itu diketahui setelah melakukan semakan di Pejabat Daerah yang mengesahkan bahawa nama mereka telah digugurkan.

“Kami tidak dimaklumkan mengenai pengguguran ini. Sememangnya kami malu dan rasa cukup terhina dengan tindakan seperti ini.

“Kami tidak bertujuan memburukkan nama baik parti, tetapi sekadar tidak berpuas hati dengan tindakan mereka terhadap kami,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pihaknya telah cuba mendapatkan penjelasan, namun tidak mendapat sebarang respons positif daripada pihak yang bertanggungjawab.

“Kami seperti dianaktirikan, sedangkan kerajaan negeri telah memutuskan tempoh perkhidmatan MKK disambung. Justeru, di mana hak kami sebagai MKK,” katanya.

Dakwanya, pemilihan MKK baru juga didakwa tidak mengikut garis panduan pelantikan MKK kerana ada antara mereka dikatakan tidak layak.

Ditanya mengenai sebab pemecatan itu, Mohd Rusli berkata, mereka tidak menerima sebarang surat mahupun dokumen mengenai pemecatan itu.

Dalam pada itu, usaha Sinar Harian mendapatkan kenyataan Adun Kupang, Johari Abdullah berhubung dakwaan ini gagal. Panggilan dan sistem pesanan ringkas yang dihantar juga tidak mendapat respons.

Alahai YB jOE.... Apa kes ni.... cecerta !!! cecite..... 

Sunday, 10 March 2013

PAS sapu Bangunan milik Pejabat Daerah (Bekas Pejabat Perhilitan ) jadi Markas Besar PAS Kupang. @TukarKedah




Saja nak bagi bagi tau.... nak riuh sikit pasal Bangunan tu.. Ramai yang dok tanya pasal bangunan tu.. Dulu masa zaman UMNO perintah bangunan tu dijadikan sebagai Pejabat penghulu Mukim Kupang kemudianya di jadikan sebagai Pejabat perhilitan daerah Baling.

Sememang umum mengetahui sikap PAS umpama Regim Zionis Selepas mereka berkuasa. Apa saja yang berada depan mata depa, jika mengutung periuk nasi diaorang 'comfirm' diaorang akan sapu. Malahan sanggup menipu rakyat..janji perut depa kenyang dulu.

Awat hebat sangatkah PAS Kupang sekarang ni ehhhhh.... Sehingga menjadikan Bekas pejabat Penghulu mukim dan juga pejabat Perhilitan Daerah Baling sebagai Markaz Pemuda PAS Kupang. Apa keistimewaan PAS atau ada orang dalam di Pejabat yang membenarkannya.. 

Jika bangunan berkenaan adalah milik Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pejabat Daerah.. Apa Kuasa pejabat Daerah selepas pembubaran dewan DUN. 


Jika dakwaan bangunan berkenaan telah di buka tender untuk sesiapapun yang ingin mendudukinya bila tarikh tender pengumuman tu ? 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.