Tuesday, 2 April 2013

Gempar !!! Memang YB Johari ada "DENDAM" dengan Ustaz Taib. #TolakPR #TukarKedah




Dalam sibuk-sibuk YB Johari memcari Publisiti "murahan" dengan melawat Gunung Inas, dia kini dikejutkan pulak dengan geng "pakatan" yang membongkarkan pengkhianatan dan sikap dendam kesumat beliau kepada Ustaz Taib. 

Alahai tak habis-habis lagi cerita lama depa 2 orang ni... Kalau tak puas hati "habaq mai" kita jumpa atas pentas bedebat KK boleh cari NGO untuk anjurkan nak ada "bran" tak... kepada orang kuat Cg Joe boleh tetapkan tarikh..... kehhhhh kehhhh


Mohd Rusli

terbaru sikap seorang YB yang kononya memperjuangkan Islam, Seramai 41 Pengerusi dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) di Dun Kupang dan Bayu kesal setelah perkhidmatan mereka ditamatkan sejak September tahun lalu.

Penamatan itu didakwa dilakukan dengan campur tangan pemimpin politik tempatan.

Bekas Pengerusi MKK Kampung Raja, Mohd Rusli Hussin berkata, pemecatan itu ternyata mengejutkan MKK terlibat kerana kerajaan negeri telah memutuskan tempoh perkhidmatan MKK disambung bagi tahun 2013.

Jawatan yang disandang mereka dulu kini disandang oleh ‘muka baru’ yang didakwa merupakan penyokong kuat kepada kepimpinan individu berkenaan.

Mohd Rusli berkata, dia bersama rakan lain kecewa, kesal dan malu setelah perjuangan mereka selama ini seolah-olah tidak dihargai.

Menurutnya, pemecatan mereka itu diketahui setelah melakukan semakan di Pejabat Daerah yang mengesahkan bahawa nama mereka telah digugurkan.

“Kami tidak dimaklumkan mengenai pengguguran ini. Sememangnya kami malu dan rasa cukup terhina dengan tindakan seperti ini.

“Kami tidak bertujuan memburukkan nama baik parti, tetapi sekadar tidak berpuas hati dengan tindakan mereka terhadap kami,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pihaknya telah cuba mendapatkan penjelasan, namun tidak mendapat sebarang respons positif daripada pihak yang bertanggungjawab.

“Kami seperti dianaktirikan, sedangkan kerajaan negeri telah memutuskan tempoh perkhidmatan MKK disambung. Justeru, di mana hak kami sebagai MKK,” katanya.

Dakwanya, pemilihan MKK baru juga didakwa tidak mengikut garis panduan pelantikan MKK kerana ada antara mereka dikatakan tidak layak.

Ditanya mengenai sebab pemecatan itu, Mohd Rusli berkata, mereka tidak menerima sebarang surat mahupun dokumen mengenai pemecatan itu.

Dalam pada itu, usaha Sinar Harian mendapatkan kenyataan Adun Kupang, Johari Abdullah berhubung dakwaan ini gagal. Panggilan dan sistem pesanan ringkas yang dihantar juga tidak mendapat respons.

Alahai YB jOE.... Apa kes ni.... cecerta !!! cecite..... 

No comments:

Post a Comment