Tuesday, 23 April 2013

Cari Nahas : Bocor @PDRMsia patut siasat kenyataan Hadi Awang.Calon PKR Jual Pil Kuda & Terap Ideologi Komunis. #PRU13 #GE13 #TolakPR



Tak kan ini pun UMNO yang sebotaj, Ini bukan KERJA UMNO atau mana-mana parti komponen BN, tapi dinyatakan sendiri oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mendedahkan ada antara calon PKR merupakan pengedar pil khayal tersebut.
“Ada calon-calon yang kita khuatir, calon-calon yang kita ada maklumat, tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana, edar pil kuda… orang PAS tak boleh kerja calon macam ini.”
“Terang-terang saya sebut orang Keadilan pun tak terima, sedar-sedar mari jadi calon, dengar cerita edar pil kuda, tak perlu sebutlah di mana-mana,” demikian kata Hadi sewaktu berceramah di Marang, Terengganu.



Polis wajar menyiasat dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang bahawa ada calon pembangkang melakukan kerja haram seperti menjual pil kuda (dadah) dan menyanjungi pejuang komunis seperti Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Alhabshee, perbuatan menjual pil kuda (sejenis dadah) dan penerapan idelogi berunsur komunis sememangnya diharamkan di negara ini.
Oleh sebab itu katanya, polis perlu meneliti pendedahan yang dibuat oleh Haji Hadi selaku salah seorang pemimpin tertinggi pakatan pembangkang.
“Ini perkara serius membabitkan soal keselamatan negara, negara kita pernah digugat oleh komunis, fahaman ini jika dibiarkan boleh meruntuhkan negara, rakyat serta syiar Islam,” tegasnya.
Katanya,Malaysia telah mengharamkan sebarang bentuk ideologi komunis di negara ini dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Gerakan haram itu amat serius jika benar membabitkan calon pembangkang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13,” tegasnya.
Oleh itu katanya, dakwaan Haji Hadi itu perlu segera disiasat oleh pihak berkuasa kerana ianya membabitka soal kelamatan negara.
Terkejut dengan pengakuan Presiden PAS itu, beliau berkata perbuatann tersebut adalah sebahagian daripada anasir jahat pihak tertentu yang berselindung disebalik pertubuhan politik untuk menghancurkan negara ini.
“Dalam soal ini, saya tidak fikir Haji Hadi berbohong, tentu ada kebenarannya,” ujar beliau.
“Selama ini kita cuma dengar ada cubaan (pembangkang) akan melakukan revolusi politik, tetapi semalam terbukti sebagai benar apabila Haji Hadi sendiri mendedahkan ada calon pembangkang jual dadah dan memuja fahaman komunis.
Justeru, Syed Ali mahu Haji Hadi mendedahkan secara terperinci siapakah calon pembangkang yang dimaksudkan beliau terbabit dalam kegiatan harama tersebut.
“Jika dia berani dedahkan perkara itu, saya minta Haji Hadi beritahu kepada rakyat siapakah calon-calon pembangkang yang dimaksudkan itu,” tambahnya.
Lagipun tegas Syed Ali, pendedahan yang mengejutkan rakyat itu dibuat oleh Haji Hadi selaku Presiden PAS dan bukannya oleh pemimpin UMNO mahupun BN.
“Jika pemimpin UMNO buat dakwaan, sudah tentu mereka (pembangkang) akan kata itu fuitnah dan provokasi untuk hancurkan pembangkang, tetapi ini keluar daripada mulut Haji Hadi,” tegasnya.
Dalam ceramah politik di Alor Limbat, dalam kawasan Parlimen Marang, Terengganu semalam, Haji Hadi menegaskan tindakan PAS menurunkan calon bertanding di tiga kawasan yang turut ditandingi oleh PKR adalah untuk menyelamatkan parti itu dan pakatan pembangkang daripada ‘anasir syaitan’.
“Ada calon yang kita khuatir, tak boleh sebut di mana-mana, calon-calon yang kita ada maklumat, tukang jual pil kuda, nak jadi calon macam mana? Ada calon yang menjulang gambar Lenin, Stalin dan Karl Marx, idealogi komunis di haramkan di Malaysia..” kata Haji Hadi.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata gerakan tersebut amat berbahaya kepada keamanan negara dan kesejahteraan hidup rakyat.
“Sekali lagi saya minta pihak polis siasat dakwaan Haji Hadi kerana ini amat serius,” katanya sambil berharap penyokong pembangkang sedar dengan perancangan halus pemimpin mereka untuk menghacurkan masa depan negara ini – umnobahagiancheras

PSSTTTTT : Memang PAS ni kaki..rembat yang mana yang haram semua ada..anak haram,sumbang muhram. Filem haram.. 

No comments:

Post a Comment