Tuesday, 30 April 2013

Gempar !!! Siapa Jejaka "jambu" yang ikut @NajibRazak "mai" ke Kupang, Kedah. #PRU13 #TukarKedah #TolakPR #GE13 #TolakPR #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN .

Sempat juga tersenyum...
cayalah, walaupun baru besua aku sempat la juga berkenalan,
nampak jer pendiam tapi kelakar la jugak. 
KK ada antara rakyat Baling, Khusus penduduk tempatan Mukim Kupang, Kedah yang paling gembira bila mendengar perkhabaran yang menyatakan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak akan hadir di Kupang. Seluruh warga Kupang amat menantikan kehadiran PM yang amat disanjungi dan disayangi seluruh rakyat Malaysia ini.

Apa tidak di duga, dalam jangkamasa 8 bulan sudah tiga kali PM menjejakkan kaki di Bumi Baling ini. "Seriuosly" memang PM amat mengambil berat rakyat di Baling ini. Seawal pagi KK bersiap untuk menanti dan menyambut kedatangan PM. 

Siapalah KK, nak duduk dibarisan hadapan pentas untuk merakam gambar pemimpin-pemimpin bahagian yang lain bersama PM yang KK sayangi. "So" KK pusing-pusing la "kot" kerusi di tengah khemah... terus KK duduk dan berbual dengan sahabat tersebut yang menjemput KK duduk bersebelahan dengan dia.KK di perkenalkan oleh sahabat yang berada disebelah KK ni.. Anak PM, "CUAK" juga KK mendengarnya...lalu KK berkenalan dan mempernalkan diri.. "bro ashman" ni nampak je pendiam dan pemalu tapi peramah dan suka buat lawak. Tak "lokek" dengan senyuman. 

antara yang sempat di abdikan dalam memori kad KK.

DAAR beramah mesra dengan penduduk Baling.

  
Bersemangat !! untuk mendengar amanat DSN.

Calon DUN Bayu, Datuk azmi Che Hussain.

Saya pilih Malaysia...













Kuanter yang di wujudkan oleh UITM bagi memudahkan
dan menyalurkan maklumat untuk pelajar.







cayalah adik..... tersenyum dan bersemangat.


Pegawai dari Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU)
antara orang kuat bagi menjayakan program  di Kupang









Ucapan dari Pengerusi Yayasan Pembangunan Rakyat Baling.
(YPRB)

ehhh !!! Macam kenal jer.. bro kat sebelah aku ini"
Ashman Najib anak kepada kepada DSN. 




I Love U PM....


Ashman Najib menjadi tumpuan kanak dan juga macik-macik.. 



#PRU13 : Jangan Ulangi Kesilapan Pilih Parti Pembangkang Pada PRU12 - @NajibRazak #TukarKedah #TolakPR #GE13 #TolakPR #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN .

Pakcik ini menangis bila dapat bersalam dengan PM 

Rakyat di kawasan yang dikuasai pembangkang diminta tidak mengulangi kesilapan pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) apabila memilih calon parti pembangkang sebagai wakil rakyat mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata selepas lima tahun, mereka dapat melihat sendiri kegagalan wakil rakyat pembangkang dan kerajaan negeri pimpinan pembangkang termasuk di Kedah, tetapi mereka masih ada peluang untuk memperbetulkan keadaan pada PRU13, Ahad ini.

"Kalau dah silap boleh betulkan pada 5 Mei ini (PRU13). Dulu tersasar, terpesong takpe, buat silap sekali takpe, jangan dua kali buat silap," katanya pada majlis Perjumpaan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Padang Keda, Pekan Baru Keda, Kupang dekat sini Selasa.

Najib berkata umat Islam di Malaysia juga tidak boleh melihat Islam daripada sudut yang sempit kerana Islam itu luas dan syumul.

"Islam itu akhlak...Islam itu kebajikan, Islam itu ilmu. Islam bukan terletak pada bulan (lambang PAS) yang besar tu. Itu senang sangat. Ada bangunan cat hijau, tak cukup bangunan pagar pun hijau. Itu hanya lambang.

"Kita mesti ada agenda untuk bangunkan Islam. Islam suruh buat baik. Kalau nak tegur dengan baik. Jangan nak maki hamun, aibkan orang dan pecah-belah masyarakat. Itu bukan Islam, itu jahat namanya," katanya.

Najib berkata kerajaan yang bertanggungjawab akan membina sebuah peradaban dan kerana itu BN melaksanakan agenda transformasi nasional bagi mencapai hasrat itu.

"Berbeza dengan Pakatan Rakyat, banyak tabur janji tapi janji kosong. Dia bohong. Ini tak boleh pakai. Kalau nak buat perubahan kena ada wawasan, dan kena ada kemampuan untuk menterjemahkan agenda menjadi realiti dan kenyataan," katanya.

Beliau berkata ketika ini harga getah di pasaran jatuh dan sebagai kerajaan yang mempunyai kemampuan kewangan telah meminta Risda memberi bantuan RM500 kepada semua pekebun kecil untuk meringankan beban mereka.

"Sebab itu hari ini rakyat lebih yakin kepada kita (BN)," katanya.
-- BERNAMA

Monday, 29 April 2013

[video] Panas !!! "Ustaz" Sekolah Agama "Belasah" pelajar kenapa ada yang "gabra". #TukarKedah @PDRMSia


Peristiwa ini berlaku di kawasan asrama, Memang dasyat sungguh kelakuan seorang "ustaz' ni. Sememangnya Sekolah agama yang di maksudkan ini banyak melahirkan ekstrim PAS. Kebanyakan kepimpinan PAS dikawasan Baling ini dilahirkan dari pengajian disini. 

Saksikan video keganasan seorang yang di dakwa "manantu" kepada seorang yang amat di kenali dan berpengaruh di sekolah agama ini. "Menantu" ini juga salah seorang guru dan kira macam kroni jugalah di sekolah tersebut. Peristiwa ini, didakwa berlaku beberapa minggu sahaja, atas  dasar ketidakpuasan hati rakan pelajar tersebut dia menyebarkan rakaman ini. 

ini merupakan kali kedua video ini di muatnaik kerana pada yang pertama video ini telah di "nyahkan" dari "you tube"....




Gempar #PRU13 !!! Perdana Menteri @NajibRazak 'nak mai' Kupang, Kedah. #TukarKedah #TolakPR #GE13 #TolakPR #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN .

Jom rakyat Baling dan kawasan sekitarnya kita pakat 'p' sambut kedatangan Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 30 hb APRIL 2013, SELASA jam 11:00 pagi. Bertempat di Padang Awam KEDA, Kupang Kedah.

Perdana Menteri 1 Malaysia akan menyampaikan "Amanat khas untuk rakyat Baling".

Rakyat yang cintakan Keamanan dan kemakmuran kita bersama pemimpin yang disayangi dan disanjungi DS Najib. Jangan lupa temujanji kita esok di Pekan Baru Keda Kupang ( tapak pasar malam ).


Salam 1Malaysia,
 
Hari ini menandakan bermulanya minggu terakhir berkempen bagi musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pada hari mengundi nanti, setiap rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan kepercayaan agama, akan keluar untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi dan memilih pentadbir negara untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
 
Sejak tempoh berkempen bermula pada 20 April lalu, saya telah turun padang ke beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Sabah, Sarawak dan Johor termasuk negeri saya, Pahang untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kandungan Aku Janji kami di Barisan Nasional (BN). Perjalanan kempen saya akan diteruskan ke seluruh negara sehingga hari mengundi nanti. Anda boleh mengikuti perjalanan kempen saya setiap hari di sini.
 
Calon-calon BN di kawasan anda juga kini sedang bekerja keras untuk menerangkan kepada masyarakat di kawasan masing-masing mengenai Aku Janji BN dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. Oleh itu, saya berharap anda semua akan memberikan sokongan kepada calon-calon BN ini dengan menghadiri ceramah dan kempen mereka di kawasan anda. Selain itu, ikutilah juga perkembangan semasa calon-calon di kawasan anda dengan mengikuti laman sosial mereka seperti Facebook dan Twitter yang sebahagiannya boleh didapati di sini.
 
Sokongan anda kepada BN amat diperlukan dan dihargai kerana ia akan membolehkan kita semua untuk terus bersama-sama berganding bahu dan bersatu padu bagi memastikan masa depan Malaysia terus terjamin. Berilah BN mandat anda agar kami dapat terus berkhidmat untuk anda.
 
Najib Razak

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Video] #PRU13 : Syuhhhh panas !! Jangan sesekali cuba gangu periuk nasi orang. #GE13 #TolakPR



Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa rakyat Johor menolak "anasir luar" yang akan menghancurkan hubungan akrab masyarakat berbilang kaum di negeri berkenaan yang disifatkan seperti "hubungan abang dan adik."

Timbalan Perdana Menteri sementara itu menegaskan, masyarakat Johor seharusnya menolak anasir asing itu kerana mereka bakal menghancurkan hubungan berkenaan yang telah terbina sejak sekian lama.
"Jangan kita terima anasir asing yang cuba nak bawa perubahan.
"Orang Johor tidak akan terima. Di Johor, masyakat Melayu, Cina, dan India hidup sebagai abang dan adik," katanya dihadapan 500 penduduk ketika berucap dalam Majlis Himpunan Rakyat dan penawaran rumah mampu milik kepada bekas penduduk rumah rakyat Tampoi dan Senai Permai di sini.

Muhyiddin bagaimanapun tidak menamakan anasir asing yang dimaksudkannya itu.
Beliau juga menegaskan dengan kepesatan ekonomi Johor sebagai kesan daripada pembangunan ekonomi Wilayah Iskandar, pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) tertarik untuk memasuki negeri kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) itu.
"Johor pun dah maju di bawah pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman, dan kini menjadi paksi Selatan tanah air.
"Negeri ini menjadi pusat pertumbuhan utama negara, sebab itu ada pemimpin pembangkang cuba-cuba nak masuk," katanya yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Paloh.
Muhyiddin turut menegaskan hanya dengan pemerintahan BN sahaja rakyat Johor akan mempunyai keupayaan untuk memiliki rumah memandangkan pakatan kerajaan itu telah menjanjikan sejuta unit rumah mampu milik akan dibina jika diberi mandat selama lima tahun untuk mentadbir negara dalam Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU 13) akan datang.
"Kalau nak rumah lebih lagi, sokong BN dalam pilihan raya umum akan datang ... di Johor tiada pilihan terbaik selain pilih BN, dan bagi Pusat tiada pilihan selain memilih Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
"Boleh saudara?" soalnya dan dijawab dengan tepukan gemuruh dan sahutan "Boleh .." oleh penduduk yang hadir.
"Alhamdulillah, selesai tugas saya ..." kata Muhyiddin.
Johor menjadi negeri paling panas dalam PRU 13 pada 5 Mei depan apabila PR meletakkan Lim Kit Siang untuk mengetuai pembangkang menembusi tembok BN di Johor di kerusi Parlimen Gelang Patah.
Selain itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga diturunkan ke Johor apabila bertanding menentang Datuk Nur Jazlan Mohamed di Parlimen Pulai, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya.



#PRU13 : Apa Kes ? Pendaratan sebuah helikopter gemparkan penduduk Kupang, Kedah. #GE13 #Transfomasi #VoteBN


PANAS !!!


Suasana tenang di pekan Kupang sebentar bertukar panik apabila, sebuah helikopter mendarat secara tiba-tiba di Padang Awam Keda Kupang. Orang ramai yang terkejut dengan pendaratan 'helikopter' keluar melihat apakah sebenarnya berlaku.


Itu merupakan, latihan serta percubaan bagi pihak berkenaan untuk merima tetamu istimewa yang akan hadir pada esok hari.

Jom rakyat Baling dan kawasan sekitarnya kita pakat 'p' sambut kedatangan Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 30 hb APRIL 2013, SELASA jam 11:00 pagi. Bertempat di Padang Awam KEDA, Kupang.

Perdana Menteri 1 Malaysia akan menyampaikan "Amanat khas utk rakyat Baling".

Rakyat yang cintakan Keamanan dan kemakmuran kita bersama pemimpin yang disayangi dan disanjungi DS Najib. Jangan lupa temujanji kita esok di Pekan Baru Keda Kupang ( tapak pasar malam ).


* sekitar persiapan untuk program esok.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas !! @ustazfathulbari Semakin Teguh Di Sanglang. #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN

Bagi yang tidak biasa dengan keadaan sawah di Perlis, kita dapat menyaksikan pandangn baharu apabila melihat pukat atau jaring yang biasanya digunakan bagi menangkap ikan, dibentang luas di kawasan persawahan.

Inilah apa yang dapat dilihat di Sanglang yang terletak di selatan Perlis, pukat sering digunakan bagi menangkap burung ayam-ayam dan wak-wak di bendang, yang turut menggambarkan aktiviti sampingan penduduknya.

Sanglang sebagai kawasan pertanian juga tidak mempunyai bangunan konkrit yang tinggi, yang ada hanya bangunan batu yang dijadikan sarang burung walet, satu lagi lambang aktiviti ekonomi penduduk setempat.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang ialah Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahya, 33, yang berazam akan meningkatkan taraf hidup petani dan nelayan jika beliau terpilih sebagai wakil rakyat.

Menurut calon termuda BN di Perlis ini, para nelayan di Sanglang terutama dari golongan muda perlu diperkasakan melalui pelbagai latihan dan kursus supaya mereka menjadi nelayan moden.

"Para nelayan di Sanglang juga perlu dibangunkan ekonomi mereka dengan mengajak mereka menyertai industri hiliran yang secara tidak langsung dapat menangani isu lambakan hasil laut pada musim tertentu," katanya dengan memberi contoh aktiviti hiliran di Terengganu yang menjadikannya pengeluar utama keropok.

"Mungkin kita boleh buat bebola ikan sehingga menjadikan Perlis sebagai pengeluar utama produk tersebut," katanya.

Beliau yang merupakan anak bekas Mufti Perlis Datuk Mat Jahya Hussin, pernah berada di Sanglang sejak waktu Subuh untuk bertemu penduduk hingga lewat malam.

"Antara masalah yang disampaikan kepada saya ialah dari soal lambakan ikan hingga soal membaiki rumah yang uzur," katanya.

Fathul Bari yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia turut menekankan soal pendidikan apabila berkata beliau berhasrat mewujudkan markas atau Pusat Komuniti.

"Di markas ini mungkin boleh disediakan pusat pendedahan tentang Islam atau dijadikan pusat latihan atau kursus untuk golongan muda," katanya yang juga berhasrat membawa cadangan kepada kerajaan pusat untuk mewujudkan pusat pengajian berkaitan perikanan.

Seorang bakal pengundi, Remeli Yahya, 54, berkata pengundi memilih jenama parti selain calon.

Namun kali ini ada calon tanpa jenama turut menyertainya, katanya merujuk kepada calon Bebas yang akan turut bertanding di DUN Sanglang yang kini disandang PAS.

Beliau berkata calon perlu kreatif memikat pengundi terutama yang di atas pagar dan muda.

- BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 28 April 2013

#PRU13: @hajihusammusa perlu berguru dengan Ustaz Don bukanya dengan @ustazharidrus ? #TolakHusam!! #TolakPR



ALLAH memberi petunjuk awal bila surah asas dalam muqaddam, al-Nasr pun Husam gagal membacanya dengan betul...



Kemunafikan Husam agak tipikal dengan pemimpin2 PAS lain yang cuba untuk mempergunakan sebanyak mungkin ayat2 suci al-Quran di dalam ucapan/ceramah demi menunjukkan kealiman, supaya senang berlagak seperti khawarij dengan mempertikaikan keimanan pihak lawan mereka



Berkaitan pemecatan AJK Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 ternyata satu FITNAH JAHAT oleh Husam Musa dan konco-konconya bila berita itu disebarkan melalui FBpage rasmi kempennya. Baca penafian oleh pihak JAWI Husam sudah mula memainkan peranannya sebagai politikus kemaruk kuasa bila mengaitkan rumah ibadah dengan fitnah yang tidak berasas. JAWI akan mengemukan saman terhadap Husam Musa kerana memfitnah pihaknya.


#PRU13 : Kisah sedih dan perit mengusung bendera @dapmalaysia #TolakPR #GE13



Komen dari salah seorang pembaca blog yang sangat menerik untuk dikongsikan :-

Pemimpin Pas tahu. Ahli Pas juga tahu. Pas dan DAP berdepan dengan musuh yang sama (common enemy). Pas mahu menumbangkan Umno. DAP juga mahu yang serupa. Kerjasama politik Pas - DAP adalah atas matlamat yang saya, " Menumbangkan Umno ". Sebab itu mereka masih boleh bersama walau pun tak sekepala dalam isu Hudud atau Negara Islam. 


Mungkin yang dimaksudkan oleh Haron Din baru2 ini adalah, " kita tumbangkan Umno dahulu kemudian baru kita bincang pasal Hudud, pasal negara islam "


Adakah ini boleh disamakan, " tak apa kita robohkan dulu rumah lama yang sedia ada, selepas tu baru kita bincang berapa pampasan nak beri kepada tuan rumah, berapa pampasan nak beri kepada tuan tanah, nak bina mesjid sahaja atau nak bina tokong saja atau nak bina mesjid dan tokong dalam satu kompleks, kemudian kita boleh bincang "


Anda tahu apa akan berlaku selepas rumah lama dirobohkan dan tanah telah diratakan.

1. Tuan rumah mungkin tak dapat pampasan walau pun sikit.
2. Tuan tanah juga mungkin tak dapat pampasan walau pun sikit.
3. Mesjid tak menjadi kenyataan.
4. Tokong juga tak menjadi kenyataan.
5. Tanah itu akhirnya ditumbuhi semak dan samun.
6. Pemaju sesama dia naik turun mahkamah tak sudah2.

Berdoalah supaya selepas PRU13 nanti KITA SELAMAT dan NEGARA JUGA SELAMAT.

*komen asal dari blog

Memetik kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh pada Rabu menegaskan, keputusan awal parti itu untuk menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) tidak sama sekali bermakna yang mereka bersetuju untuk menerima Hukum Hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS di negara ini.



Kebenaran yang diberikan oleh PAS itu, kata Karpal tidak mengambarkan yang DAP telah berganjak daripada pendirian mereka untuk menolak Hudud.
sebagai respon kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menegaskan bahawa rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat akhirnya akan menerima pelaksanaan Hukum Hudud sebagaimana yang ditunjukkan oleh DAP untuk menerima penggunaan logo PAS sekiranya perlu pada PRU-13 ini.
walaupun PAS telah menjelaskan yang Hukum Hudud hanya akan digunakan ke atas masyarakat Islam sahaja tetapi pelaksanaan dua sistem perundangan khususnya berkaitan jenayah akan mencetuskan konflik dan huru-hara apatah lagi jika ia melibatkan dua orang bukan Islam dan Islam dalam kes yang sama tetapi dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza.
Malah Karpal turut mengingatkan PAS yang Perlembagaan Persekutuan juga tidak memperuntukkan undang-undang untuk pelaksanaan sebuah negara Islam.
“Jika sekali pun PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan, DAP atau PKR tidak akan sama sekali membenarkannya


#PRU13 : apa kes ? akak muslimah ni serang "taico" @dapmalaysia. #GE13 #TolakPR


Tahniah la... puan muslmah PAS rasa teruja bila dapat salam "ngan" Taico DAP lahanat....tuiiiihhhhhhhhhhhhh perempuan Melayu di atas sanggup bersalaman dengan Kit Siang yang bercita-cita mahu menyapu Melayu. Malahan, sebelah tangan Kit Siang bersalaman dan sebelah lagi memegang lengan perempuan Melayu tersebut.

Jangan risau kak suami akak genrenti "cool" punya.....nanti pok nik ampunkan "dosa-dosa" akak.

[video] Kesal !! Kisah benar "Ustaz" Sekolah Agama "Belasah" pelajar. #TukarKedah @PDRMSia

Terkejut juga KK bila menonton sebuah rakaman klip video apabila melihat seorang lelaki "membelasah" seorang pelajar. Rakaman tersebut juga diperolehi dari seorang pelajar lain yang tidak tahan dengan keganasan yang berlaku di sekolah agama berkenaan.

Peristiwa ini berlaku di kawasan asrama, Memang dasyat sungguh kelakuan seorang "ustaz' ni. Sememangnya Sekolah agama yang di maksudkan ini banyak melahirkan ekstrim PAS. Kebanyakan kepimpinan PAS dikawasan Baling ini dilahirkan dari pengajian disini.


Macamana rakaman ini tersebar, ???????????????????????????????????????????????????????????????????
Itu yang peliknya. Tentang politik di sekolah tersebut, Kabanyakan aktiviti Parti PAS banyak bermula di Sekolah ini.  



Sesungguhnya Sekolah Agama tersebut memang aktif "merekrut" tatok PAS. Kalau korang nak tau LEBIH LANJUT KLIK : EKSKLUSIF DAN HANGAT!