KELUH kesah macai pembangkang sebab Anwar Ibrahim lebih banyak membisu dari memberi kenyataan sejak harga minyak dinaikkan kerajaan, sudah banyak kedengaran di mana-mana.
Ikut perangai Anwar yang biasa, pada waktu ini sudah ada perancangan untuk mengadakan protes besar-besaran di seluruh negara, NGO hantu ditubuhkan untuk membantah kenaikan minyak dan yang seumpama dengan itu.
Tapi tarak.
Menambah kusut keadaan, pemuda PAS pulak semakin lantang mengkritik Anwar, bermula dari perutusan hari kemerdekaannya yang antara lain mengatakan mahu mengadakan perbincangan dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. PAS tak setuju sebab dulu PAS juga nak gerak usaha kerajaan perpaduan, tapi Anwar tak bagi.
Kononnya menurut Anwar, Majlis Presiden Pakatan Rakyat tak setuju. Yang dia nak jemput Najib berbincang kali ni, tak pulak rujuk Majlis Presiden ke apa benda? Eh, Pakatan Rakyat pun tak wujud, macam mana Majlis Presiden Pakatan Rakyat nak wujud?
Ini orang bodoh nak memperbodohkan orang lain ke?
Anyway, yang penting pada pemuda PAS sekarang kenapa Anwar pulak yang diam-diam nak berunding dengan Najib. Ini bukan kali pertama, sebelum ini Anwar guna Jusof Kalla untuk berunding secara senyap-senyap dengan Najib, pun tanpa pengetahuan PAS dan DAP jugak.
Sebab itulah agaknya Pemuda PAS kecoh. Gamaknya, Pemuda PAS baru tahu yang Anwar hanya pentingkan dirinya sendiri dari dulu. Sebelum ini, Ezam Mohd Nor pernah dedahkan, sewaktu kecoh-kecoh Anwar hentam Tun Dr. Mahathir kerana pecat dia atas dakwaan meliwat, dalam senyap-senyap Anwar utus surat mintak maaf pada mantan Perdana Menteri ke-4 itu dan minta berdamai.
Sekarang anak Anwar, Nurul Izzah pun dah masuk campur dengan mengkritik pemuda PAS kerana mengkritik bapaknya. Ini masalah bila anak beranak, laki bini duduk sama-sama dalam politik, cuit peha kiri, celah peha pulak yang miang.
Pun begitu penulis berminat nak tahu, apa sebenarnya yang pemuda PAS tahu, tapi macai-macai dibawah ini tidak tahu? Sebab menurut kenyataan semalam, pemuda PAS kata mereka ada maklumat kenapa wajar untuk kritik Anwar sekarang.
Apa maklumat tersebut, tak pulak didedahkan, tapi penulis yakin ada kaitan dengan usaha dalam diam Anwar untuk dapatkan keuntungan bagi dirinya sendiri.
Mykmu.net
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kan gua dah kata dari dulu lagi. Si Anwar ni akan jadi giler sebab kalah PRU13 dan tak dapat jadi PM. Kini hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Woi pencacai semua, tak malu ke dapat pemimpin macam nih.
ReplyDelete