Showing posts with label PKR PEMBOHONG. Show all posts
Showing posts with label PKR PEMBOHONG. Show all posts

Sunday, 30 November 2014

Kecoh Kelibat "Mak Lampir" Gegarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. #Misteri


Gempar.. Kejadian berlaku awal pagi, di pada ketika kejadian tiada sebarang aktiviti mencurigakan di laporkan. Secara tiba-tiba kecoh menggemparkan....


Berita penahanan Zuraida telah kecoh di dalam media sosial sebagai satu tujuan untuk memberikan imej yang tidak baik kepada pemerintahan negeri Sarawak.


Kenapa pula membenarkan Anwar Ibrahim, Nik Nazmi, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin PKR yang lain memasuki Sarawak ? Baca seterusnya disini.

Monday, 12 May 2014

Hebat !! " Memuaikan dan Menjijikan Apa Yang Digambarkan ni" @n_izzah




Semalam, kita di kejutkan dengan berita ngilu dan memalukan... apa tidaknya sampai kedalam kedalam disondolnya....

Berita tentang kekecohan proses pemilihan PKR di Selangor yang merupakan negeri terakhir membuat pengundian dan pemilihan, telah disiarkan oleh media massa dan elektronik secara meluas. Tumpuan sudah tentulah kepada TV3 memandangkan TV3 adalah syarikat penyiaran yang saham-sahamnya dikuasai dan dimiliki oleh UMNO. Namun, tidak sahaja TV3, bahkan beberapa rangkaian televisyen yang lain turut menyiarkan kekecohan tersebut.


Anwar Ibrahim yang sudah pun melarikan diri ke luar negara bagi mengelak malu, segera menuding jari ke arah UMNO apabila pendedahan tersebut dibuat. Menurutnya, terdapat 'ASAS KUKUH' pembabitan UMNO dalam semua kekecohan tersebut. Bukti yang diberikannya ialah KEHADIRAN WARTAWAN PENYIAR TV3 di lokasi kejadian.


Hanya kerana disiarkan, maka kesimpulan mudah yang dibuat ialah, semua kekecohan tersebut diatur.




Insiden pergaduhan ini dikatakan berlaku pada pemilihan cabang Kuala Langat, Selangor. Hampir kesemua tempat pemilihan PKR di Selangor kecoh dan ada diantaranya peti undi di satu daripada cabang PKR dilarikan..



12 daripada keseluruhan 22 pemilihan cabang parti itu di Selangor dibatalkan hari ini atas pelbagai sebab termasuk dakwaan wujudnya unsur penipuan dan ketidaktelusan dalam proses pengundian.Pemilihan yang dibatalkan membabitkan cabang Sabak Bernam, Klang, Kota Raja, Shah Alam, Kapar, Sungai Besar, Subang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang,Kuala Selangor dan Selayang.

Pembatalan pemilihan cabang Kuala Selangor diumumkan oleh wakil petugas pemilihan cabang itu pada 1.45 tengah hari selepas beberapa anggota parti membuat bantahan berhubung cara ia dikendalikan selain terdapat dakwaan ada wakil calon menandakan kertas undi yang sepatutnya ditanda pengundi sendiri.

Situasi sama turut berlaku di PKR Cabang Kota Raja apabila pemilihannya terpaksa dibatalkan ketika proses pengundian apabila sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melemparkannya ke lantai dewan pusat pengundian di Dewan Kompleks Sukan MPK.

Pembatalan pemilihan cabang itu diumumkan oleh wakil jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) parti, Nadarajan K. Raju kira-kira 4.30 petang ini atas alasan peti undi dipecahkan.

Selain itu, pemilihan PKR Cabang Klang juga turut dibatalkan apabila tiga calon jawatan ketua cabang berkenaan iaitu P. Krishnasamy, Zudin Asrmad dan
Arahyah Ibrahim sepakat memboikot proses pemilihan itu yang didakwa tidak telus.

Mereka mendakwa wujudnya pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mensabotaj proses pemilihan parti itu di cabang Klang dengan menukarkan senarai calon yang diberikan kepada para pengundi.

Ekoran dakwaan itu, ketiga-tiga calon berkenaan menggesa pemilihan cabang itu dibatalkan sebelum ia diumumkan secara rasmi oleh wakil JPP kira-kira 2.30 petang ini.

Selain itu, pemilihan cabang Sabak Bernam dan Sungai Besar turut dibatalkan masing-masing pada 1 tengah hari dan 3 petang tadi berikutan anggota parti cabang itu tidak berpuas hati dengan proses pemilihan yang didakwa tidak telus serta wujud unsur penipuan.

Pada masa sama, pemilihan PKR bagi cabang Subang, Sepang, Selayang, Hulu Selangor, Kapar dan Hulu Langat turut dibatalkan atas alasan yang sama.

Dalam pada itu, pemilihan PKR Cabang Shah Alam dibatalkan kira-kira 6 petang ini atas dakwaan proses pemilihan lemah selain wujud kertas-kertas undi yang dipinda.

Rata-rata penyokong calon yang bertanding serta pengundi menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mengetahui ada segelintir pengundi yang mengundi sebanyak dua kali, malah terdapat calon ketua cabang yang berkempen di kawasan larangan.

Sebelum itu, calon Ketua Cabang PKR Shah Alam Rodziah Ismail dilaporkan mencetuskan rasa tidak puas hati para penyokong lawannya, Yaakop Sapari apabila didakwa berkempen di kawasan larangan serta meraih undi ketika proses pemilihan sedang berlangsung.

Dalam perkembangan lain, kekecohan berlaku ketika proses pemilihan PKR Cabang Kuala Langat apabila sekumpulan lelaki dipercayai anggota parti berang dan mencetuskan kekecohan berikutan tidak puas hati terhadap proses pengundian pemilihan cabang itu di Dewan Wawasan Batu 9, Telok Panglima Garang, lima minit sebelum pusat pengundian ditutup pada 5 petang ini.

Mereka mendakwa proses pengundian cabang berkenaan tidak telus dan bertindak memecahkan sebahagian daripada tujuh peti undi di pusat pengundian tersebut selain cuba mengasari anggota parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga calon ketua cabang serta beberapa petugas di pusat pengundian.

Bagaimanapun, pemilihan cabang berkenaan tidak dibatalkan sebaliknya kesemua peti undi dihantar ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya untuk proses pengiraan. - Bernama

Monday, 21 April 2014

"Mungkin Kematian Si Kafir Lebih Mulia Daripada Kematian Saudara Seagama Islam" @Inspirasiislami


Kalau orong islam pun kita sembanhyang jenazah tak ada rukuk atau sujud. Ini kan pula kita tunduk pada kafir yang terang-terang menentang islam!



Satu soal jawab di ambil dari Abu Aqif Studio mungkin berguna :

"Ustaz Idris sudah menerangkan haram diletakkan mayat di hadapan ketika jemaah sedang bersolat waktu. Orang yang sedang bersolat tiada niat langsung untuk tunduk hormat kepada jenazah. Namun ianya tetap diharamkan di dalam Islam. Apa tah lagi jika menunduk dengan sengaja dengan bertujuan untuk memberi penghormatan terakhir kepada si mati.

Bagi umat Islam perkara ini diharamkan dan perlu dielakkan. Jika dilihat pada solat jenazah sekalipun, rukun solat jenazah, tidak ada satu pun rukunnya menunduk atau rukuk ataupun sujud. 

Namun ada di kalangan pemimpin Islam tidak peka akan isu ini dan sewenang-wenangnya melakaukan perkara yang diharamkan. Diharap selepas ini, dapat dikongsikan video dan kenyataan ini kepada seluruh umat Islam supaya perkara yang sama tidak berulang lagi."

Soalan:

Anwar Ibrahim datang ziarah orang kafir mati tapi tak datang sahabat Islamnya yang mati seperti arwah Ustaz Azizan dan arwah Ustaz Harun Taib?

Jawab:

Sesama muslim kita mempunyai hak antara satu sama lain. Terdapat beberapa hadith yang membicarakan berkenaan hak sesama muslim. Ada yang menyatakan 5 hak Ada juga membicarakan 6 hak yang boleh dituntut dan wajib diberi oleh semua umat Islam yang terdapat di dalam hadith sahih di antaranya adalah apa yang disebutkan dalam sebuah hadits shahih bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيْتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْهُ وَإِذَا عَطِسَ فَحَمِدَ اللهَ فَشَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

"Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam: Jika engkau bertemu dengannya maka ucapkan salam, dan jika dia mengundangmu maka datangilah, jika dia minta nasihat kepadamu berilah nasihat, jika dia bersin dan mengucapkan hamdalah maka balaslah (dengan doa: Yarhamukallah), jika dia sakit maka kunjungilah dan jika dia meninggal maka antarkanlah (ke kuburan) (Riwayat Muslim)

1. Bagi salam bila bertemu
2. Penuhi jemputan
3. Apabila diminta nasihat, berilah nasihat
4. Apabila bersin, doakanlah dia
5. Apabila sakit, ziarahilah dia

6. Apabila mati, iringilah jenazahnya

Tuesday, 11 February 2014

Kisah Entiti Menumpang Di Majlis Sumbang Mangsa Banjir. @fuziah99


Bukan setakal Muka tak malu... tapi tak masul akal lah....agak-agaklah wey jika nak menempel pun YB...hahahaha

Ini memang jenis muka tak tahu malu. Jenis muka tebal setebal getah sekerap. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, tanpa ada rasa malu dan bersalah telah hadir ke Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ikhsan Mangsa Banjir bagi Daerah Kuantan yang mengalami banjir buruk baru-baru ini. Majlis ini telah diadakan di Dewan SUKPA, Indera Mahkota pagi tadi.


Kehadiran MP Kuantan di majlis berkenaan dengan mengedarkan borang pendaftaran parti PKR telah mengelirukan penerima sumbangan. Ramai penerima sedar bahawa sumbangan berkenaan tidak ada kena mengena dengan MP Kuantan itu ataupun PR atau PKR. Ianya dilacarkan di bawah pengurusan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Biarlah pihak MKN menguruskan bantuan berkenaan. Yang YB sibuk-sibuk menempel buat apa? Kalau tak ada kerja sangat eloklah buat saja demo Anti Lynas sekali lagi.

Monday, 27 January 2014

Gempar !!! @anwaribrahim 'Bakal' MB baru Selangor .


Ketua Pembangkang, Datuk SeriAnwar Ibrahim dengan segera menafikan spekulasibahawa beliau akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Spekulasi...Terdapat cadangan ini sejak 2008 lagi," jawabnya ketika hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini pada Isnin.

Menurut Anwar, beliau telah menemui Abdul Khalid seperti biasa dan kali terakhir pada Jumaat dan bukan hari Ahad sepertimana yang dilaporkan media.

"Saya bertemu beliau (Abdul Khalid) setiap minggu. Seperti biasa kami bertemu di pejabat atau di rumah," kata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketika ditanya berkaitan spekulasi yang dia telah mencapai persetujuan dengan Khalid Ibrahim untuk mengambilalih kerusi menteri besar.

Ditanya adakah perbincangan mereka menyentuh mengenai kedudukan menteri besar Selangor, Anwar berkata, ia hanya melibatkan perkara penting berkenaan parti dan negeri tersebut sahaja.

Selain itu, beliau turut bertanya sekiranya terdapat cadangan mengenai kerusi yang 'selamat' untuk ditandingi bagi melayakkannya menjadi menteri besar.

"Kerusi selamat? Boleh anda cadangkan satu kerusi yang selamat di Selangor?" soalnya sambil sekali lagi menolak spekulasi berkenaan.

Sebelum itu, portal berita The Star Online melaporkan yang Abdul Khalid telah bersetuju untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dalam masa terdekat ini.


Laporan yang memetik sumber-sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyebut yang Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini.


Mereka berkata, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Satu pilihan raya kecil dijangka terpaksa diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor sebelum mengambil alih kedudukan tersebut. 

Abdul Khalid yang kini berhadapan dengan tekanan kuat oleh partinya sendiri berhubung kemelut dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan isu serbuan Jabatan Agama Islam (Jais) ke atas Pertubuhan Bible Malaysia dikatakan bersetuju dengan perubahan itu selepas mengadakan mesyuarat dengan Anwar pada Ahad.

KK : APA HAL NI??-ADUN PKR Kajang,Lee Chin Cheh umum letak jawatan serta merta.Ia diumum Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh dalam PC sebentar tadi-

Sunday, 26 January 2014

Masih ada yang sayang pernikahanmu, @n_izzah


MEMANG mengikut peraturan penjara Anwar tidak boleh keluar untuk menikahkan anaknya sendiri.

Maka saya diberi arahan untuk mendapatkan pelepasan Anwar daripada Penjara Sg. Buloh dan mengendalikan urusan-urusan berkaitan upacara pernikahan.

Masih ingat lagi masa itu saya membawa seorang bernama Ustaz Shamsul, masa itu Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara masuk ke Penjara Sg. Buloh.

Tujuannya untuk mendapatkan perwakilan wali daripada Anwar, dan diwaktu yang sama membuat latihan upacara akad nikah.

Masih saya ingat masa itu saya berlakon jadi pengantin, dan Ustaz Shamsul konon Tok Kadi yang mempersaksikan Anwar menikahkan Izzah.

Gelak besar masa itu bila Ustaz Shamsul kata "ini macam mau orang lain jadi menantu ni kang!"

Pada masa itu Tun Mahathir masih lagi menjadi perdana menteri. Dan Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah adalah menteri dalam negeri. Saya ingat lagi diarah berjumpa dengan Pak Lah untuk memohon kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar penjara untuk majlis akad nikah Syahrir-Izzah.

Memang tension masa tu. Turun naik tangga KDN, berulang-alik Penjara Sg. Buloh, panjat tangga Jabatan Agama Islam Wilayah untuk mengurus pernikahan mereka.


Alhamdulillah akhirnya Pak Lah memberi kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar untuk menghadiri upacara akad nikah Syahrir-Izzah. Masih saya ingat lagi suasana masa itu.

Sesampai sahaja Anwar dirumah, suasana sedih dan hiba diiringi tangisan sedih bercampur gembira dengan kehadiran Anwar, bapa pengantin.


Hasil perkahwinan Syahrir-Izzah, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Raja Nur Safiyah (7) dan Raja Jarith (4).

Saya mendengar pelbagai cerita mengenai sebab permohonan perceraian itu difailkan oleh Izzah.

Saya percaya tentu ada sebab yang serius untuk menyebabkan perkara ini berlaku. Namun saya berdoa dan berharap Syahrir dan Izzah akan berusaha keras untuk menyelamatkan perkahwinan mereka yang sudah berusia 10 tahun itu.


Kalau boleh, kenangkan betapa susah payahnya kami semua masa itu untuk mengurus perkahwinan kamu berdua. Pernikahan kamu disempurnakan di atas airmata ramai orang.
Memang saya sekarang menentang ayah Izzah, tapi itu atas soal prinsip mempertahankan aqidah dan agama saya.


Saya juga menentang pendirian Izzah dalam soal memberi kebebasan untuk umat Melayu-Islam memilih agama termasuk boleh murtad, sebagaimana yang disebut oleh Izzah dalam Forum 'Islamic State: Which Version: Who's Responsibility' di Gereja Tabernacle USJ pada 03.11.2012 lepas. Tetapi dalam hal perkahwinan Izzah-Syahrir, saya mengambil pendirian bahawa ini soal peribadi mereka yang tidak sepatutnya digembar-gemburkan, apatah lagi dipolitikkan.


Berilah mereka ruang dan peluang untuk mencari jalanvpenyelesaian yang terbaik demi menyelamatkan perkahwinan mereka, juga demi anak-anak mereka yang masih kecil.

Nasihat saya kepada Izzah dan Syahrir, berusahalah mencari jalan perdamaian. Carilah kesepakatan. Ingatlah perceraian adalah suatu keharusan yang paling dibenci ALLAH.


Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada kamu berdua.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.
Zulkifli Nordin

Friday, 3 January 2014

KERAJAAN @NajibRazak ZALIM !! PENDIDIKAN KEBANGSAAN "HAPRAK" . @chegubard


Begitulah, apabila akal telah dipenuhi dengan nafsu duniawi. sangkanya, apabila bersyukur bermakna tunduk mengakui kebaikan kerajaan semata. Akal tidak mampu meletakkan Allah di tempat sewajarnya. Marilah tinggalkan sebentar ego manusia. Kehidupan kita tidak akan ke mana2 akhirnya kepada Dia juga.

Ingatkan kutuk-kutuk Kerajaan, demo sana demo sini menentang Kerajaan, pastinya ahli politik pembangkang tidak percaya dengan sistem yang dilaksanakan oeh Kerajaan. Nurul Izzah, anak Ketua Pembangkang sendiri pernah berkata bahawa tahap pendidikan negara semakin merudum.

Tup tup Chegubard, anarkis penentang Kerajaan yang sentiasa berada di barisan hadapan sewaktu mana-mana demo yang dianjurkan oleh pembangkang, kelihatan malu-malu anjing menghantar anak beliau ke sekolah Kerajaan. Zalim sungguh Kerajaan Barisan Nasional sehingga memaksa Chegubard menghantar anak beliau ke sekolah Kerajaan.

Tentu Chegubard dan anaknya dizalimi Kerajaan pusat dengan fasiliti pembelajaran sekolah yang sempurna, yuran percuma, bantuan buku teks dan bantuan RM100 untuk pelajar sekolah. Zalim sungguh!

Sunday, 8 September 2013

Ehhhh !! Lambang apa @anwaribrahim tunjuk tu 'F_*K' ke ? #UBAH #rakyatnews #1Malaysia #Merdeka56


KELUH kesah macai pembangkang sebab Anwar Ibrahim lebih banyak membisu dari memberi kenyataan sejak harga minyak dinaikkan kerajaan, sudah banyak kedengaran di mana-mana.

Ikut perangai Anwar yang biasa, pada waktu ini sudah ada perancangan untuk mengadakan protes besar-besaran di seluruh negara, NGO hantu ditubuhkan untuk membantah kenaikan minyak dan yang seumpama dengan itu.

Tapi tarak.

Menambah kusut keadaan, pemuda PAS pulak semakin lantang mengkritik Anwar, bermula dari perutusan hari kemerdekaannya yang antara lain mengatakan mahu mengadakan perbincangan dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. PAS tak setuju sebab dulu PAS juga nak gerak usaha kerajaan perpaduan, tapi Anwar tak bagi.

Kononnya menurut Anwar, Majlis Presiden Pakatan Rakyat tak setuju. Yang dia nak jemput Najib berbincang kali ni, tak pulak rujuk Majlis Presiden ke apa benda? Eh, Pakatan Rakyat pun tak wujud, macam mana Majlis Presiden Pakatan Rakyat nak wujud?
Ini orang bodoh nak memperbodohkan orang lain ke?

Anyway, yang penting pada pemuda PAS sekarang kenapa Anwar pulak yang diam-diam nak berunding dengan Najib. Ini bukan kali pertama, sebelum ini Anwar guna Jusof Kalla untuk berunding secara senyap-senyap dengan Najib, pun tanpa pengetahuan PAS dan DAP jugak.

Sebab itulah agaknya Pemuda PAS kecoh. Gamaknya, Pemuda PAS baru tahu yang Anwar hanya pentingkan dirinya sendiri dari dulu. Sebelum ini, Ezam Mohd Nor pernah dedahkan, sewaktu kecoh-kecoh Anwar hentam Tun Dr. Mahathir kerana pecat dia atas dakwaan meliwat, dalam senyap-senyap Anwar utus surat mintak maaf pada mantan Perdana Menteri ke-4 itu dan minta berdamai.

Sekarang anak Anwar, Nurul Izzah pun dah masuk campur dengan mengkritik pemuda PAS kerana mengkritik bapaknya. Ini masalah bila anak beranak, laki bini duduk sama-sama dalam politik, cuit peha kiri, celah peha pulak yang miang.

Pun begitu penulis berminat nak tahu, apa sebenarnya yang pemuda PAS tahu, tapi macai-macai dibawah ini tidak tahu? Sebab menurut kenyataan semalam, pemuda PAS kata mereka ada maklumat kenapa wajar untuk kritik Anwar sekarang.

Apa maklumat tersebut, tak pulak didedahkan, tapi penulis yakin ada kaitan dengan usaha dalam diam Anwar untuk dapatkan keuntungan bagi dirinya sendiri.


Mykmu.net

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 18 August 2013

Sunway Mentari "Syurga Dunia" ala Pekan Pattaya. #rakyatnews @Khalid_Ibrahim

Foto
WARGA asing yang dipercayai menjadi tukang urut menunggu pelanggan di kaki lima sejak tengah hari.

‘Bagai suasana pekan Pattaya’

Kawasan komersial dan kediaman di sekitar Sunway Mentari, di sini, tidak seluas mana tetapi kini umpama ‘neraka’ dunia bagi masyarakat setempat berikutan kewujudan pelbagai premis pelacuran, hiburan dan perjudian selain kekerapan berlaku jenayah.
Lebih membimbangkan, jumlah warga asing yang bekerja dan menetap di situ dikatakan melebihi penduduk tempatan.
Jika satu ketika dulu kawasan itu dipenuhi warga Afrika, kini keadaan bertambah teruk apabila turut menjadi tumpuan pendatang dari Indonesia, Thailand, China, Vietnam dan Filipina hingga terasa seolah-olah berada di luar negara.

Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan warga asing terbabit dalam kegiatan tidak sihat seperti menjadi pekerja seks, tukang urut batin, pelayan pelanggan di kelab malam, aktiviti perjudian dan dadah, selain bekerja tanpa permit dengan menyalahgunakan pas pelancong. akhbar Metro Ahad


Dengan maklumat dan laporan yang meluas dari media, apakah pihak PBT di bawah Kerajaan Pakatan Haram Selangor tidak dapat berbuat sesuatu mengenainya ? 

Bukankah Unit Amal PAS itu ditubuhkan untuk memerangi perkara mungkar dan batil? Atau Unit Amal PAS memang bacul untuk menguruskan perkara sedemikian? Atau Unit Amal PAS takut nak kacau periuk nasi Cina DAP.

Tuesday, 23 July 2013

PANAS !! [VIDEO ] " CALON PKR JUAL PIL KUDA, BALAS DENDAM TERHADAP HADI AWANG". #PRKKualaBesut #TolakPR #demirakyat



Gempar !! dengan berbaki satu hari lagi pembuangan undi di PRK Kuala Besut untuk menentukan samaada Barisan Nasional mampu untuk mempertahankan kemenganya pada PRU13 yang lalu atau Kerusi N01 jatuh ketangan Pembangkang. Apa yang menarik pada Pilihan Raya Kecil ini digemparkan dengan Kemunculan bekas calon PKR untuk "menuntut" keadilan kepada PAS.
   

Hadi Awang bakal menghadapi tindakan undang undang kerana dikatakan memfitnah calun PKR untuk DUN Bukit Besi semasa PRU13 yang lalu. Mohd Shamsul Mat Amin, Ketua AMK Terengganu tidak minat dengan permohonan maaf dari Hadi dan akan mengarahkan peguam beliau untuk mengambil tindakkan sivil selanjutnya. Pada PRU13 yang lalu Hadi telah 'membayangkan' bahawa Shamsul adalah pengedar Pil Kuda.. 

Sumber


"Abdul Hadi dipercayai mengeluarkan kenyataan itu ketika menyampaikan ceramah di Tebakang, Alur Limbat, Marang, malam kelmarin.

Terdahulu, Presiden Pas itu berkata tindakan Pas menurunkan calon bertanding di tiga kawasan yang turut ditandingi PKR adalah bagi emnyelamatkan parti itu dan pakatan pembangkang daripada anasir `syaitan’.

Menurut Abdul Hadi, Pas mendapat maklumat ada calon yang melakukan kerja `haram’ dengan bertindak mengedar pil kuda serta mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.

          


Pas bukannya menentang PKR tetapi "kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak. Dalam ceramahnya, Abdul Hadi juga menyebut antara calon yang dikemukakan oleh PKR yang dipertikaikan oleh Pas termasuk seorang "tukang edar pil kuda" dan "calon yang menjulang gambar Stalin.

KK : kahhh..kah nah..rasakan kau Hadi Awang.. 

Friday, 31 May 2013

Cubaan @n_izzah seludup 'ajaran sesat' #black505 ke Sabah berjaya diPatahkan. @PDRMsia


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah dilarang daripada memasuki Sabah.

Anwar Ibrahim telah mengutuskan anaknya, Nurul Izzah ke Sabah sebagai persiapan untuk melancarkan kunjungannya ke Sabah pada 8 Jun nanti.Ketegasan pihak berkuasa Sabah untuk menghalang 'anasir' yang berhajat merosakan perpaduan dan tolenrasi kaum di negeri itu amatlah dipuji. Cubaan untuk mengeksport Blackout 505 ke Sabah, nampaknya telah gagal.

Beliau tiba di Kota Kinabalu pada petang Khamis, tetapi ditahan di imigresen.

"Mereka mahu mengusir saya. Saya akan berurusan dengan Pejabat Ketua Menteri Sabah," katanya tergesa-gesa kepada The Star dalam satu perbualan telefon.

Timbalan Ketua Setiausaha PKR Darell Leiking yang menunggu ahli Parlimen Lembah Pantai itu di lapangan terbang menerusi Twitternya berkata pada ketika itu beliau sedang menunggu senarai hitam untuk melihat jika nama Nurul turut tersenarai dalamnya.

Beliau berkata Nurul Izzah mahu melawat Sabah untuk perayaan Kaamatan.

Nurul menulis di Twitternya "imigresen Sabah mengatur penghantaran pulang saya. Saya tidak dibenarkan untuk berbincang dengan ahli Parlimen, Darrell Leiking, yang menunggu saya di sini."

Beliau juga menulis di Twitternya bahawa terdapat ahli Parlimen lain juga yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah.

"Terdapat ahli Parlimen lain yang tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila nama mereka ditekan, akses dinafikan. Menurut portal Mstar.

KK nak kata :
Itulah kerana mulut badan binasa, pengajaran yang sangat berharga buat pemimpin Muda ini. Suka Menabur fitnah serta huru haran perpaduan negara. Macam 'babak seks' dia juga.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.