Amat memualkan jika diceritakan kepada rakyat berkenaan sesuatu yang panas di PEMANDU menjadikan para blogger naik
angin. Sebelum kita teruskan dengan Kisah "Farah" ni.. Jom kita baca dan kenali dulu kisah "PEMANDU" ni...
Menurut entri Rocky, pada hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan 20 sen pada harga petrol RON95 iaitu Isnin lepas, beberapa blogger arus perdana dijemput untuk menghadiri satu sesi taklimat media di Kementerian Kewangan.
Para blogger diminta memberikan maklumbalas kepada pihak kementerian berkenaan program rasionalisasi subsidi, pembentangan Bajet 2014 dan juga beberapa polisi.
Blogger yang hadir diminta memberikan maklumbalas berkenaan melalui sesi perbincangan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.
Selesai taklimat, blogger terus memulakan tugas diamanahkan. Maklumbalas para blogger ialah, langkah rasionalisasi subsidi tidak akan berjaya jika kerajaan berterusan membazirkan wang.
Pegawai Rasmi : Membazir ke atas apa?
Blogger : Saya boleh sertakan senarai 100 perkara ketika ini yang kerajaan sedang membazir wang.
Pegawai Rasmi : Seperti apa?
Blogger : Seperti membayar gaji yang tinggi kepada pakar rujuk atau konsultan yang tidak penting dan tidak diperlukan.

[ Di Sini ] |
LANCAR SERANGAN KE ATAS PEMANDU
Menurut entri Rocky, PEMANDU kini dipandang
sinis oleh para blogger pro-kerajaan. Menurut beliau, beberapa anggota kabinet
Najib turut mengesyaki sesuatu ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Seri Idris Jala yang diamanahkan untuk memimpin PEMANDU.
Perbandingan pun mula berlaku di antara
PEMANDU dan juga Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang lebih berkesan di Jabatan
Perdana Menteri yang telah berhasil memberikan kesan positif kepada ekonomi
negara berbanding membelanjakan jutaan ringgit kepada pakar rujuk.
Rocky turut menampilkan beberapa entri
serangan blogger pro-kerajaan kepada PEMANDU ini dan isunya sekali.
Antaranya ialah tulisan Syed Akbar Ali melalui
blognya syedoutsidethebox.blogspot.com yang menulis PEMANDU memiliki beberapa
orang pegawai yang akan mengagalkan perancangan Najib dalam mentadbir negara.
SENARAI PEGAWAI KANAN DALAM PEMANDU
Entri beliau pada 29 Ogos mengatakan beliau
menerima satu email pada awal pagi itu yang disertakan dengan senarai
pegawai-pegawai kanan di PEMANDU yang didakwa mentadbir negara dengan kebenaran
Perdana Menteri.
Menurut email yang diterimanya, para individu
itu masih muda tetapi diberikan jawatan tinggi di PEMANDU dan menurut pengirim
email di laman blog Syed Akbar, ada di antara pegawai di PEMANDU juga adalah
penyokong BERSIH.
Pengirim email turut memberikan senarai 17
kakitangan PEMANDU dengan sembilan dari mereka berbangsa cina, dua berbangsa
India dan Melayu cuma enam orang.
Menurut tulisan entri Syed Akbar, takkan di
sebuah jabatan yang sensitif di bawah seliaan Perdana Menteri yang bangsa
Melayu menjadikan populasi hampir 60 peratus hanya boleh melantik enam orang
Melayu di dalam PEMANDU.
Rocky turut berkongsi entri tulisan blog The
Benchmark pada 3 September lepas yang mempersoalkan integriti salah seorang
pegawai di dalam PEMANDU.
KK : Kalau hampa nak baca kisah KONTROVERSI FARAH INTAN BURHANUDDIN ? individu dimaksudkan ialah ........ ?? BACA SELANJUTNYA
[ Di Sini ]
[ Di Sini ]
Sumber Mynewpmshub.my
No comments:
Post a Comment