Showing posts with label Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts

Friday, 25 July 2014

Dua Tragedi Penerbangan Yang Melibatkan Pesawat MAS #MH370 dan #MH17 - @NajibRazak


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Alhamdulillah, kita dapat menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini, walaupun ketika negara sedang berdukacita akibat dua tragedi penerbangan yang melibatkan pesawat MAS MH370 dan MH17. Dugaan yang kita hadapi ini adalah ujian dari Allah SWT, dan kita sebagai hamba-hambaNya harus kekal istiqamah dan tabah.
Secara lazimnya, saya bersama-sama dengan para anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri pada hari raya pertama di Seri Perdana.
Walaubagaimanapun, bagi menghormati mangsa-mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 dan mangsa-mangsa MH370 yang masih belum ditemui, kami telah memutuskan untuk membatalkan majlis tersebut tahun ini. Majlis rumah terbuka Aidilfitri di Pekan, Pahang akan diteruskan seperti biasa pada 23 Ogos 2014.
Dalam kita mengenang mereka yang sudah pergi serta saudara-mara seagama yang sedang dibelenggu sengsara peperangan, kita perlu ingat bahawa umat Islam adalah disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan setelah mengatasi dugaan dan cabaran dalam menjalankan ibadat puasa.

Oleh yang demikian, pada Syawal ini, saya akan menghabiskan masa sepenuhnya bersama isteri, anak-anak dan kaum keluarga. Inilah masanya untuk kita tumpukan masa dan kasih sayang kepada kaum keluarga dan mereka yang terdekat pada kita, selagi Allah mengizinkan.

Dalam bulan Ramadan dan Syawal yang penuh keberkatan ini, kirimkanlah doa kepada mereka yang sedang menghadapi pelbagai dugaan besar, di dalam mahupun di luar negara.
Ingatlah juga kepada pasukan keselamatan kita yang sedang bertugas di Aidilfitri ini, khususnya anggota-anggota ESSCOM yang menghadapi risiko setiap masa di timur Sabah demi menjamin keselamatan negara.
Tradisi-tradisi yang selama ini menyatupadukan kita haruslah dikekalkan agar hubungan silaturrahim antara kita sentiasa rapat dan utuh. Teruskan adat kunjung-mengunjungi sesama kaum. Bukalah pintu hati dan pintu rumah kita dengan penuh keikhlasan.
Kekalkanlah semangat perpaduan dan pemuafakatan sesama kita dalam semangat 1Malaysia.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda dan keluarga. Maaf zahir dan batin.
Najib Razak

Saturday, 17 May 2014

Gambar !! PM @NajibRazak Jumpa Bekas MB Terangganu.


Perdana Menteri menghadiri Majlis walimatulurus anak kepada bekas menteri besar Terangganu Ahmad Said. Alhamdulilah kini tenang kembali dan telahpun selesai krisis politik yang berlaku di Terangganu.





Friday, 7 March 2014

@NajibRazak pula Tagih Simpati" ? #DialogEkonomi @MPKotaBelut @tunfaisal


Perdana Menteri sanggup dikecam demi menjaga kepentingan Ekonomi negara dalam rasionalisasi subsidi . 

Saya utamakan kepentingan negara mengatasi populariti sendiri - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan perancangan kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia lebih kukuh dan makmur, dengan berkata pengukuhan ekonomi akan memastikan negara kekal pada kedudukan untuk merealisasikan status negara pendapatan tinggi. 


Berucap pada Sidang Kemuncak Dialog Ekonomi Kebangsaan di sini, Najib menegaskan bahawa sebagai Perdana Menteri, tanggungjawab utama beliau ialah melindungi rakyat Malaysia. 


Najib berkata kepimpinan adalah membuat apa yang betul, bukan apa yang mudah, dan keputusan salah akan merencatkan pembangunan Malaysia. 

"Saya memilih untuk menjaga kepentingan jangka penting negara, mengatasi populariti jangka pendek saya. Dan saya yakin perubahan ini akan berjaya. Rekod ekonomi kita membuktikannya," katanya pada sidang kemuncak anjuran bersama Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli). 

Pengukuhan ekonomi akan memastikan negara kekal pada kedudukan yang baik untuk merealisasikan status negara berpendapatan tinggi dan negara maju, kata Najib yang juga Menteri Kewangan. 

ini termasuk pelaksanaan pembaharuan subsidi yang menyaksikan pengurangan pembayaran untuk gula dan bahan api, selain peralihan daripada subsidi menyeluruh kepada sokongan bersasar bagi membantu mereka yang sangat memerlukannya. 

Najib yang mengambil peluang ini untuk bercakap terus kepada rakyat, Perdana Menteri menjelaskan secara terperinci beberapa isu utama, termasuk pentingnya untuk melaksanakan subsidi bersasar, usaha untuk memerangi rasuah, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan menarik pelaburan asing. 
"Jika ekonomi mahu terus berkembang kukuh, kita bukan sahaja perlu mengurangkan perbelanjaan tidak produktif, malah meluaskan aliran pendapatan, yang membolehkan kita melabur pada masa depan. 

"GST (yang akan diperkenal pada April 2015) akan membolehkan kita untuk meningkatkan perbelanjaan pembangunan. Daripada memberi subsidi, kita boleh membelanjakan lebih banyak wang untuk pelaburan produktif - ke atas infrastruktur, sekolah dan penjagaan kesihatan," katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata semasa kabinet meluluskan reformasi subsidi, ia dilakukan hasil sokongan padu Perbendaharaan, Bank Negara, dan Unit Perancang Ekonomi. 

Najib berkata beliau tidak memandang ringan terhadap keputusan untuk mengurangkan subsidi atau memperkenal GST. 

"Saya memikirkan secara mendalam mengenai risiko, kemungkinan kesannya ke atas rakyat. Namun saya memutuskan kita perlu bertindak - untuk menjamin keselamatan, kemerdekaan dan pertumbuhan masa depan," kata Perdana Menteri. 

Beliau berkata ini dilakukan berikutan Malaysia, yang sedang melakukan perjalanan, sudah pun menetapkan destinasinya - sasaran merealisasikan negara berpendapatan tinggi. 

Najib bagaimanapun berkata kerajaan mendengar kebimbangan yang dihadapi rakyat, dan akan membuat penyesuaian dasar apabila diperlukan. 

"Mentadbir adalah untuk membuat keputusan yang betul untuk esok, dan bukan hanya untuk hari ini. Kegagalan bertindak sekarang adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab," katanya. 


Sambil menyatakan bahawa memang mudah untuk ahli politik membuat janji manis, menawarkan apa yang dikehendaki rakyat dan menangani akibatnya kemudian, Najib menegaskan bahawa 'kepimpinan adalah melakukan apa yang betul, bukan apa yang mudah." - BERNAMA 

luahan Perdana Menteri, turut dikongsikan oleh @MPKotaBelud yang begitu aktif dan begitu perihatin terhadap dasar-dasar kerajaan untuk di sampaikan di alam Maya.. berbanding pak menteri yang lain...



Berapa ramai Menteri, Ahli MT dan KSU yang sanggup mengulas dan menyebarkan ucapan Perdana Menteri seperti yang dilakukan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan? Bukankah mereka ada pegawai media sosial yang dibayar oleh kerajaan untuk melakukan tugas-tugas seperti ini untuk bos mereka? Rahman telah mengambil satu inisiatif untuk menulis tweet ini sendiri dan itu menjadikan beliau lebih terkehadapan berbanding Menteri, Ahli MT, KSU dan mana-mana ahli politik dan penjawat awam yang lain. Ada kapten GLC yang buat perkara yang sama? Mungkin akaun twitter dan facebook pun mereka tak ada dan mungkin mereka fikir mereka langsung tidak bertanggung jawab untuk menyampaikan mesej-mesej kerajaan... sumber : TunFaisai.com

kk : Amat malang sekali jika apa yang diperjuangkan dan dikorban oleh PM tetapi tiada inisiatif oleh menteri-menteri yang lain.. 


Saturday, 25 January 2014

APA YANG DAIM NAK LAGI ? Cuba Cetuskan Perang @NajibRazak Vs Tun Mahathir.



Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Krisis jati diri atau untuk "kocek sendiri" Dimana ianya membabikan keluarga yang besar UMNO Malaysia. Sikap "angkat bakul" serta menghentam "kormo" kempimpinan. Gunakanlah akal dan pertimbangan yang waras, seharusnya yang dikurniakan "kebijaksaan" untuk menilai penulisan tersebut jangan terima mentah-mentah.



Malah lebih malang sekali, seorang otai, yang KK sangat "tabik spring" seperti  Kadir Jasin sanggup digunakan Tun Daim untuk mengkritik pentadbiran Najib yang kononnya sekarang ni sangat teruk dan perlu dibuat sesuatu untuk diselamatkan.

Walaupun kita tahu Tun Mahathir agak lantang dalam menegur kerajaan sekarang ni, namun kita percaya Tun Mahathir takkan terlibat dalam permainan Kadir dan Tun Daim. Maknanya suara mereka berdua tidak ada kena mengena langsung dengan Tun Mahathir. Sumber : @mctheory

Tun Mahathir takkan keluarkan statement yang menghina para blogger UMNO. Negarawan terbilang tersebut, diantara blogger pro kerajaan paling awal yang membuat blog. Malah beliau juga menjadi pelopor kepada blogger pro kerajaan sekarang ni.


Janganlah perasan yang diri tu dah hebat sangat hingga nak "menghentam" sembrano.Yang jadi persoalan adalah "tujuan" perang yang dilrancang oleh pihak tertentu dengan matlamat tertentu, TUJUANNYA itu mungkin satu "MENJATUHKAN".


Apakah punca Tun Daim Zainuddin tidak berpuas hati terhadap Najib Tun Razak sehingga menggunakan khidmat wartawan pencen bernama Kadir Jasin bagi merealisasikan impiannya ?




Thursday, 16 January 2014

CINA DAP BANGSAT !! Mulut @NajibRazak KENA SUMBAT DENGAN #KANGKUNG .



Cerita paling ngeri ini KK, "Copy" bulat dari blog Cucu Tok selampit Tiada apa lagi yang harus di luahkan melihatkan aksi paling Biadap dengan kelalu "si mata sepek" ini..... 

Ini sudah tahap kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Cina-cina DAP bangsat sudah mula mencabar sensitiviti orang-orang Melayu. Kita boleh berjenaka ringan dengan sinikal kangkung sejak dua hari lepas. Namun apabila cina-cina DAP haram jadah membuat karikatur muka Perdana Menteri Malaysia dan menyumbat kangkung ke dalam mulut karikatur berkenaan, ini sudah melampau dan biadap. Lebih kurang ajar, berita ini mendapat publisiti meluas daripada Malaysiakini versi English.


Kejadian ini dirakamkan di Pusat Khidmat DAP Machang Bubuk petang tadi. Apa haram jadah binatang Cina DAP ini mahu? Apakah mereka mahu mencabar orang-orang Melayu Islam dengan menghina dan memijak maruah pemimpin Melayu? Apakah perlakuan yang serupa mereka lakukan kepada bapa, datuk atau saudara mara mereka? Cina DAP sudah keterlaluan dan perlu diajar. 








Wednesday, 15 January 2014

AL-KISAH #KANGKUNG DI SEBALIK KEBENARANYA. @NajibRazak

Tambah kapsyen
cerita sumbangan RM96 juta dengan parodi kangkung. 

Hargai apa yang kita miliki saat ini. Kebahagiaan tak akan pernah datang kepada mereka yang tak menghargai apa yang telah dimiliki.


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan bantuan kepada 19,205 mangsa banjir di negeri ini yang disifatkan sebagai bantuan luar biasa.

Bantuan banjir ini mencatatkan sejarah apabila produk berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal bernilai RM5,000 disumbangkan kepada setiap keluarga mangsa banjir di Terengganu.

Bantuan banjir peringkat nasional itu yang disampaikan Perdana Menteri membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu rakyat yang ditimpa musibah.

Antara produk yang diterima mereka adalah peti sejuk yang disumbangkan UMNO, televisyen sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta bantal dan tilam sumbangan Kelab Putera 1Malaysia.

Selain itu, kesemua 19,205 keluarga yang terlibat dengan banjir di Terengganu turut menerima bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan Pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.

Najib memberitahu, komitmen kerajaan BN dan UMNO untuk membantu rakyat yang ditimpa malapetaka itu dilakukan tanpa mengira parti dan fahaman politik selain bertepatan dengan prinsip ‘rakyat didahulukan’.

“Tidak pernah dalam sejarah sebelum ini, dalam satu majlis, pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat. Kalau ikut dasar kita, kita beri sumbangan RM500 kepada setiap keluarga," kata beliau ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir Peringkat Kebangsaan dan Meraikan Sukarelawan Peringkat Negeri di Padang Astaka Chukai di sini hari ini.

Najib seterusnya melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai sehingga mencecah hampir 20,000 orang pada majlis itu dalam keadaan cuaca mendung dan hujan renyai.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Perdana Menteri berkata, pemberian bantuan seumpama itu membuktikan tiada kerajaan selain BN yang sanggup bersama-sama rakyat dalam apa jua keadaan dan pemberian itu bagi memulihkan semangat mereka dan kembali menjalani kehidupan harian seperti biasa.

“Banjir yang berlaku baru-baru ini saya lihat tahap bantuan tak berbaloi dengan nilai kerugian yang ditanggung mangsa. Saya lihat di Kuantan, di kawasan perumahan, air mencecah bumbung dengan kerugian dari RM20,000 hingga RM30,000.

“Kalau semua peralatan ditenggelami air, bayangkan jumlah kerugian yang mereka tanggung. Sebab itulah saya fikir kita berpegang kepada falsafah ‘rakyat mesti didahulukan’. Kita nak buktikan sama ada masa senang atau susah, siapa yang berada di sisi rakyat, bukankah UMNO?," katanya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan menerusi kerjasama dengan agensi berkaitan, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan mengambil inisiatif memberikan bantuan tambahan bagi meringankan bebanan mereka.

Najib berkata, para pemimpin UMNO dan BN sentiasa berlaku adil kepada rakyat tanpa mengira parti dengan memastikan nilai bantuan yang dihulurkan lebih tinggi daripada kepentingan politik.

“Pemimpin kita sanggup tinggalkan Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu seperti Ahmad Said dan Shabery yang sama-sama turun padang bantu mangsa banjir di Kemaman. Sebagai pemimpin kita sentiasa bersama-sama rakyat yang dalam kesusahan.

“Janganlah sekali-sekala muncul (pemimpin pembangkang) sambil kibar bendera besar tapi tak sampai tahap bantuan seperti UMNO dan BN buat," katanya.

Tambah Najib selepas Terengganu, mangsa banjir di negeri lain juga akan menerima bantuan ini secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata, apa yang penting kaedah menyampaikan bantuan itu perlulah cekap bagi memastikan mangsa menerima bantuan berkenaan dan di negeri ini beliau difahamkan mangsa diberikan kupon untuk mendapatkan di rangkaian kedai yang ditentukan. utusan



Saturday, 4 January 2014

PEMIMPIN MELAYU DIBAWAH TAPAK KASUT !! @NajibRazak #Lifestyle

MENGHINA BANGSA MELAYU DAN PEMIMPIN MELAYU.
MARUAH MELAYU TERCABAR DAN DICABAR

Posting ini bukan Rasis, sekarang melepaskan geram dan berkongsi keBiadapan sesetengah pihak yang tidak tahu bersyukur berda di Bumi berdaulat ni... tiga situasi gambar yang berbeza. Dimana nilai toleransi yang ada pada rakyat Malaysia sekarang. Inilah sifat dan sikap yang dijaja sesetengah pemimpin yang gilakan kuasa. Mencabar undang-undang serta pelembangaan negara. 


Sikap penumpang Cina yang duduk di situ tanpa ada rasa prihatin dan kasihan kepada ibu mengandung ini amatlah dikesali dan dianggap sebagai hanya mementingkan diri sendiri. 



Sikap rakus yang terlalu mengikut perasaan yang mencaba undang-undang boleh mengundang padah terhadap kedamaian negara. Adalah menjadi kewajipan kita untuk sentiasa memuliakan undang-undang ini kerana ia menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia. Tanpa undang-undang, kita semua mungkin tidak menjadi rakyat Malaysia dan menikmati semua kebebasan yang tertanam erat di dalamnya.

Sunday, 22 December 2013

WOW !! Seksinya "PEMANDU" yang Bakal begelar Profesor rakyat !! #LifeStyle



Kalau macam ni lah... gayanya, tak sia-sia kita ada bakal "Prof" yang hebat dan ummph!!! Mampukah graduan lulusan Universiti Islam Malaysia ini memahami kesengsaraan rakyat bukan bergelar jutawan, ahli perniagaan berjaya dan menteri?

 Farah Intan Burhanuddin.

Beliau memegang jawatan Penganalisis Kanan Unit Pengurusan dan Penyampaian Jabatan Perdana Menteri dan sebelum ini Farah dikatakan bertugas di Zaid Ibrahim & Co. BACA KAT  SINI


Tidak perlu ditubuhkan makmal untuk mengkaji kos sara hidup rakyat Malaysia sebab penubuhan makmal itu sendiri sudah menggunakan ribuan, mungkin jutaan ringgit duit rakyat.

Masihkah pejabat PM nak diam lagi. jangan sampai rakyat bertindak. Maka ketika itu menyesal pun tak berguna. Kesian rakyat yang teraniaya akibat sikap dan perangai para pegawai PEMANDU yang menjadi kuda trojan mensabotaj dasar-dasar kerajaan.



Masalah pentadbiran kerajaan BN/UMNO adalah suka melantik orang yang tidak bersemangat membantu kerajaan. Mereka hanya tahu nak wang dari kerajaan. Sejak dari dulu hingga kini masalah lantikkan tidak pada orang yang sebenar. Main tangkap muat sahaja. Memang mereka mempunyai ijazah tetapi dalam masa yang sama mereka merosakkan kerajaan. Bekas musuh diambil bekerja untuk kerajaan dan parti. Akhirnya rahsia kerajaan disebarkan kepada kroni. Kerajaan tak pernah serik... Baca di Sini lagi dan di SINI


Tuesday, 22 October 2013

Harga barang lebih MURAH jika #GST dilaksanakan. #Bajet2014 @RakyatNews #NajibMyPM


Rakyat Malaysia boleh menikmati barangan dan perkhidmatan yang lebih murah bagi banyak keperluan asas sekiranya kerajaanmelaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada. Cukai itu, yang dijangka dilaksanakan pada 2015, akan menyaksikan cadangan kadar empat peratus bagi menggantikan kadar 10 peratus bagi cukai jualan dan lima peratus cukai perkhidmatan yang diguna pakai sekarang.


GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan. Sekiranya dilaksanakan, 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenarai -kan sebagai barangan sifar cukai, manakala
perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.


Kebanyakan barangan ketika ini dikenakan cukai di bawah SST dan peralihan kepada GST akan meringankan beban golongan miskin, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, dipetik sebagai berkata. GST akan memasti -kan harga barangan tidak akan meningkat.

Selain itu, tidak semua produk akan dikenakan cukai penuh di bawah cadangan GST kerana produk tertentu akan dikenakan hanya separuh daripada kadar GST.

"GST suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan," kata Mohd Irwan Serigar sambil menambah sekiranya rejim cukai baharu itu dilaksanakan, kerajaan yakin dapat mengurangkan defisit fiskal keluaran dalam negara kasar pada 2015 dan mencapai lebihan menjelang 2020.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan/Ketua Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Zulkifli Hamzah berkata walaupun pelaksanaan GST mengakibatkan inflasi, ia hanya bagi tempoh jangka pendek kerana corak penggunaan dapat disesuaikan dari masa ke semasa.


"Kami menjangka GST akan membawa kesan inflasisementara ke atas harga, sama dengan bukti yang ditemui di banyak negara yang telah memperkenalkan cukai itu.

"Kesan inflasi GST akan bergantung kepada kadar yang akan diputuskan, pengecualian dan langkah-langkah selari bagi mengurang -kan kenaikan harga," katanya kepada Bernama.

Jabatan Kastam Malaysia berpendapat kesan inflasi GST adalah minimum kerana barang makanan asas dan keperluan tidak akan dikenakan cukai manakala kemudahan awam akan dikecualikan. Faktor lain ialah kos pengeluaran rendah kerana GST dibayar bagi input boleh dituntut oleh perniagaan, mana -kala penjimatan daripada kredit cukai input boleh disalurkan kepada pengguna dalam bentuk harga rendah.

GST, cukai penggunaan secara meluas, atau cukai tokokan nilai, kali pertama dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Disember, 2009, untuk menggantikan SST sekarang,tetapi telah ditarik balik tahun lepas untuk pindaan.


Peralihan itu akan menjadi sebahagian daripada pembaharuan fiskal yang dilaksana -kan kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dan mencapai bajet seimbang neutral pada 2020, membantu negara mencapai ekonomi berpendapatan tinggi serta statusnegara maju.


Pakar ekonomi berpendapat sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan hasil kerajaan.

Apabila dilaksanakan pada kadar hasil-neutral empat peratus, cukai baharu itu dianggarkan meraih hasil RM18 bilion, yang hampir sama dengan hasil RM16 bilion hingga RM17 bilion daripada cukai jualan dan perkhidmatan sekarang pada kadar purata tujuh peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan GST dalam Belanjawan 2014 pada 25 Oktober ini. GST akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia diumumkan.

- Bernama

#Bajet2014 : Minyak Naik 20 sen ? @rakyatnews


Salam 1Malaysia,
 
Baru-baru ini, pihak kerajaan telah mengambil langkah untuk merasionalkan beberapa subsidi yang sedia ada bagi membantu kita mengharungi keadaan ekonomi global yang tidak menentu, termasuk merasionalkan subsidi minyak.
 
Pada bulan September lepas, saya telah mengumumkan langkah untuk memotong subsidi minyak sebanyak 20 sen, dan ini secara langsung telah menyebabkan kenaikan harga minyak.
 
Saya percaya kita perlu mengambil langkah jangka masa panjang untuk mengurangkan kebergantungan kepada subsidi kerajaan pada masa kini, supaya kita tidak akan membebankan generasi yang akan datang kelak.
 
Walaubagaimanapun, saya ingin meyakinkan semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah, bahawa kerajaan sentiasa peka dan bersedia dengan langkah-langkah pelaksanaan bagi membantu anda mengatasi kenaikan harga ini.
 
Sila ikuti laman blog saya di http://www.1malaysia.com.my/blog/langkah-langkah-bertanggungjawab-dalam-mengurus-subsidi/ untuk mengikuti perkembangan mengenai isu rasionalisasi subsidi ini serta maklumat terkini tentang Bajet 2014.
 
Najib Razak

Sunday, 15 September 2013

PM @NajibRazak Nyalakan "API KETUANAN MELAYU" #rakyatnews #1Malaysia #Merdeka56 #UMNO #BetterNation


Umat Islam mesti tahu hak-hak mereka di bumi sendiri. Apatah lagi untuk memartabatkan agama dan bangsanya. Peliknya, orang lain bergaduh juga. Namun, hak mereka terjamin dan terjaga. Kita pula, bergaduh setiap masa dan sepanjang masa, malangnya hak semakin hilang dan terhakis.
 

Alhamdulilah.. DS Najib mula sedar mengenai "MELAYU"

Menjiwai kepentingan dan perjuangan Bumiputera, saya ingin memetik Tujuh Wasiat, oleh Sembilan Raja-Raja Melayu, semasa memperkenankan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan. 

Bahawasanya: 

“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain”. 





Maka, berpasak dan bertunjang dengan Majlis Ekonomi Bumiputera ini, kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera, usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah, kerana selagi ada bulan dan bintang selagi hayat dikandung badan survival Melayu dan Bumiputera tetap menjadi keutamaan dan pelita perjuangan kita sampai bila-bila. 

saya berikrar akan terus beristiqamah memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Mudah-mudahan dengan izin dan ketentuan Allah jua, semuanya akan tercapai. 

HIDUP MELAYU 

HIDUP BUMIPUTERA 

HIDUP MALAYSIA 

Saturday, 14 September 2013

Jangan curiga usaha kerajaan perkasa ekonomi Bumiputera. @NajibRazak #rakyatnews #1Malaysia #Merdeka56 #UMNO #BetterNation


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya jangan menaruh sebarang syak wasangka terhadap langkah kerajaan mahu meneruskan usaha memperkasakan ekonomi Bumiputera.

Tegas beliau, apa yang dilakukan oleh kerajaan itu bukan satu jalan pintas untuk memajukan orang Melayu dan Bumiputera, bukan juga mengambil hak kaum-kaum lain dan bukan menafikan kepentingan mana-mana pihak.

"Bagi pihak kerajaan, secara tulus ikhlas saya meminta kepada semua pihak agar jangan bersalah sangka atau sesekali bersalah faham tentang pemerkasaan ekonomi Bumiputera ini.

"Sesungguhnya, inisiatif dan haluan besar ini kita lakukan bukan dengan jalan memintas, tidak dengan cara mengambil hak orang lain mahupun menafikan kepentingan sesiapa," katanya.

Najib menegaskan demikian dalam ucapannya pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam hari ini.

Dalam ucapannya itu, beliau mengumumkan lima fokus untuk mengukuhkan ekonomi Bumiputera yang merangkumi antaranya usaha-usaha membangunkan modal insan melalui latihan kemahiran dan pendidikan sehinggalah kepada soal pegangan ekuiti dan hartanah.

Semua inisiatif itu akan dipantau strategi pelaksanaannya oleh Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Majlis itu menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.

Selain lima fokus itu, Najib juga mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi.

Dana itu dibentuk dengan nisbah satu kepada satu antara Majlis Amanah Rakyatr dan kerajaan yang akan disalurkan secara berperingkat.

Berikut adalah 34 Touch Points yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena Majlis Permerkasaan Ekonomi Bumiputera yang berlangsung di Dewan Canselor, UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Fokus Pemerkasaan Pertama: Mendaya Modal Insan Bumiputera.

1. Memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran.
2. Mempergiatkan Program Latihan Semula atau Re-Skilling.
3. Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil.
4. Memperluaskan Program Pendidikan Lepas Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan.
5. Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) diperluaskan.
Fokus Pemerkasaan Kedua: Memantapkan Pemilikian Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat.
6. Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham.
7. Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).
Fokus Pemerkasaan Ketiga: Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera.
8. Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia.
9. Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad(PHB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.
10. Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan Kerajaan Negeri.
11. Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.
12. GLC yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera.
Fokus Pemerkasaan Keempat: Memperhebatkan Keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera.
13. Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.
14. Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta.
15. Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta.
16. Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor.
17. Memastikan jangkamasa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank.
18. Melonjakkan program VDP di bawah PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM).
19. Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan Bumiputera sebagai KPI.
20. Program VDP PETRONAS RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk Bumiputera.
21. GLC dan GLIC menerajui usaha mengwujudkan konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor rangkaian perbekalan.
22. Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan Kerajaan secara terpilih.
23. Memperluaskan dasar carve out.
24. Membina satu komuniti baru entrepreneur Bumiputera.
25. Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).
Fokus Pemerkasaan Kelima: Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan.
26. Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstraktif
27. Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian.
28. Meningkatkan enrolmen pelajar UiTM kepada 250,000 menjelang 2020.
29. Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM.
30. Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion.
31. Membestarikan TERAJU.
32. Mewujudkan komuniti entreprenuer Bumiputera.
33. Meletakkan INSKEN dan SUPERB di bawah TERAJU.
34. Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.