Saturday 7 September 2013

Bahana gajikan pengawal keselamatan 'Durjana' main gesel-gesel di sekolah. #rakyatnews #1Malaysia


SETIAP ibu bapa pasti menitikberatkan keselamatan anak mereka. Hanya ibu bapa tidak waras tidak mementingkan keselamatan anak.Tugas pengawal keselamatan bukan setakat buka dan tutup pintu pagar sekolah saja. Setiap pengawal keselamatan perlu tahu tugas mereka dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan sekolah. Tetapi lain pula berlaku di sebuah sekolah di Selatan tanah air.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mendakwa pengawal keselamatan sekolah meletakkan kepala serta menggeselkan janggut di paha selain memeluknya dalam dua kejadian berasingan pada Ogos lalu.

Ibu kanak-kanak berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zainab, 35, berkata, anaknya yang dikenali sebagai Amira memaklumkan kejadian itu kepadanya selain tidak mahu ke sekolah sejak kejadian terbabit.

"Saya bekerja di sekolah tempat anak saya belajar dan Amira akan menunggu saya habis bekerja di pondok pengawal keselamatan berkenaan setiap hari.

"Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana turut mengenali pengawal keselamatan itu. Bagaimanapun, ada guru dan rakan sekerja menasihati berhati-hati selain tidak membenarkan anak saya menunggu di situ," katanya, semalam.

Menurut Zainab, dia bagaimanapun tidak mengendahkan nasihat itu sebelum terkejut apabila Amira memaklumkan kejadian terbabit kepadanya pada 28 Ogos lalu.

Zainab berkata, sebelum itu, Amira secara tiba-tiba tidak mahu ke sekolah selain menangis.
"Amira memaklumkan seorang pengawal keselamatan lingkungan 50-an meletakkan kepala selain menggesel janggutnya di atas pahanya.

"Bimbang perkara sama berulang, saya melaporkan kejadian di Balai Polis Larkin pada 29 Ogos lalu," katanya.

Menurut Zainab, selepas dipujuk, Amira akhirnya ke sekolah, tetapi pergerakannya sentiasa dipantau ahli keluarga bagi memastikan tiada perkara buruk berlaku.

Zainab turut berharap pengawal keselamatan terbabit dikenakan tindakan di atas perbuatan tidak bermoral itu demi keselamatan murid di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

"Kami sudah merekodkan keterangan individu berkaitan dan setakat ini, siasatan masih dijalankan," katanya. sumber.

Anak adalah permata berharga bagi setiap insan yang bergelar ibu bapa dan menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan anak sentiasa berada dalam keadaan selamat biar apa jua keadaan.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.












No comments:

Post a Comment