Showing posts with label pasagamasyiah. Show all posts
Showing posts with label pasagamasyiah. Show all posts

Monday, 30 September 2013

Gempar !! Pengikut #SYIAH rancang kuasai jabatan agama. #fb #rakyatnews #1Malaysia @inspirasiislami #DEMIRAKYAT


Tatkala menjejaki ke dalam markas berkenaan tulisan memuji serta memuja Saidina Ali tertera di dinding markas berkenaan.

Turut ditemui 'batu Karbala' serta kitab-kitab mengenai ajaran Syiah.


Pengikut Syiah di negara ini dikesan mempunyai perancangan untuk mengusai jabatan agama Islam.


Bagi merealisasikan rancangan itu, pengikut Syiah mendaftarkan anak mereka ke dalam akademik berteraskan Islam dalam usaha jangka panjang menguasai jabatan itu.

Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohamad Ismail mendakwa, dalam tempoh 10 tahun, anak pengikut Syiah kemudiannya akan memohon sebarang jawatan di dalam jabatan agama Islam.

"Apabila sudah memperoleh jawatan, tugas mereka seterusnya akan cuba mengubah polisi keagamaan dalam jabatan tersebut.

"Mereka kemudiannya akan menimbulkan isu seperti isu mazhab untuk melagakan para ulama dan pemimpin," katanya ketika berucap dalam dialog Umat Melayu dalam Menghadapi Konspirasi dan Agenda Asing di Dewan Sri Semantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, semalam.

Majlis anjuran Ikatan Muslim Malaysia (Isma) dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) itu, turut dihadiri empat ahli panel lain iaitu Penulis dan Pengkaji Sejarah Persatuan Arkeologi Malaysia, Zaharah Sulaiman; Ketua Pegawai Eksekutif Maljis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar; Penganalisis Muslim Moderat dan Projek Peng'Amerika'an, Mohd Hazizi Ab Rahman dan Pengkaji Ilmu Perbandingan Antara Agama, Shaharuzzaman Bistamam.

Mohamad berkata, langkah pengikut Syiah itu sudah terjadi dan terbukti berkesan di Lubnan dan Iraq di mana dua negara tersebut kini sudah dikuasai oleh fahaman Syiah.

"Langkah itu yang mereka cuba lakukan di negara kita. Dua negara itu dijadikan rujukan.
"Apabila mereka berjaya melagakan pemimpin dan ulama, mereka seterusnya akan menimbulkan rusuhan supaya mereka akan dapat menguasai negara, sama seperti Lubnan dan Iraq" katanya.

Selain itu Mohamad mendakwa, hampir 250 buah syarikat yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah milik orang Iran.

"Tujuan mereka tetap sama iaitu menyebarkan fahaman Syiah melalui syarikat yang mungkin akan berurusan dengan agensi-agensi kerajaan," katanya.

Dalam membanteras penyebaran fahaman Syiah ini Mohamad berkata, agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan polis harus berusaha di mana perlu kerap melakukan operasi bersepadu dalam usaha menyekat usaha pengikut Syiah di negara ini.

"Kita tidak mahu, bila sudah parah baru hendak bertindak. Syiah ini merupakan ancaman kepada negara. Akidah, kemasyarakatan, politik dan keselamatan negara sedang tergugat dengan kehadiran syiah," katanya.

Mohamad turut tidak menafikan kemungkinan wujud 'tangan-tangan ghaib' dalam jabatan agama Islam sehingga menyebabkan kelewatan dalam usaha membanteras penyebaran Syiah.
"Saya bukan hendak menuduh kerana apabila kita mendakwa di mahkamah, kita perlu kemukakan bukti. Tetapi kemungkinan itu tetap ada.

"Tidak mudah untuk kita membuktikan seseorang itu merupakan pengikut Syiah kerana mereka mengambil pendekatan taqqiyah," katanya.


Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 20 September 2013

Ketua #SYIAH Cabar Institusi Raja, Buat Laporan Polis Terhadap Mufti - Jamil Khir #KEDAHAMANMAKMUR #OhMalaysiaKu #rakyatnews


Tindakan Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan membuat laporan polis terhadap Mufti Negeri Datuk Syeikh Baderudin Ahmad, Ahad lepas boleh dianggap sebagai mencabar institusi Raja-Raja Melayu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata ini kerana mufti negeri dilantik oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga ketua agama Islam negeri (dan juga Yang di-Pertuan Agong).

"Tindakan ketua Syiah itu langsung tidak hormat kepada fatwa mufti kerajaan negeri, perlembagaan dan perundangan Islam negeri ini sekaligus mereka mencabar kedudukan Sultan," katanya kepada pemberita ketika ditemui bersarapan pagi bersama penduduk Kampung Dato Abdullah, Sungai Limau dekat sini Jumaat.

Jamil Khir berkata kerajaan negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap ketua Syiah itu dan pengikutnya yang cuba melakukan provokasi.

Katanya beliau akan bertemu dengan penguat kuasa Majlis Agama Islam dan peguam syariah Rabu ini di ibu negara bagi membincangkan cara untuk menangani fahaman Syiah dan tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka menerusi undang-undang Islam di negeri-negeri.

Mengenai ugutan ketua Syiah itu mahu menerbitkan buku mengenai fahaman Syiah setebal 500 muka surat sekiranya dia atau pengikutnya ditahan pihak berkuasa, Jamil Khir berkata Majlis Agama Islam mempunyai kuasa untuk menghalangnya.

Laporan polis terhadap Syeikh Baderudin yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini mendakwa mufti itu secara sengaja mempersembah kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kewujudan masyarakat minoriti Syiah Immamiah Ja'afariah di Kedah telah menyebabkan suasana masyarakat di negeri ini tidak tenteram. -

BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 13 September 2013

Agong titah semua pihak tangani fahaman #SYIAH - Mufti Kedah . #KEDAHAMANMAKMUR @MukhrizMahathir #1Malaysia #rakyatnews


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu semua pihak menggembleng tenaga untuk menangani penyebaran fahaman syiah di negara ini.
 
Mufti Kedah Datuk Syeikh Mohamad Baderuddin Ahmad berkata Yang di-Pertuan Agong menitahkan perkara itu semasa beliau menghadap Seri Paduka yang juga Sultan Kedah di Istana Anak Bukit dekat sini Rabu.
 
Katanya Seri Paduka melahirkan kebimbangan terhadap penularan fahaman syiah yang semakin serius di negara ini termasuk di Kedah walaupun penyebaran fahaman itu dilarang di negara ini.
 
Tuanku Abdul Halim turut menitahkan supaya hukuman berat dikenakan terhadap mereka yang dikesan menyebarkan fahaman itu yang cuba menghakis pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini, katanya.
 
Syeikh Mohamad Baderuddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama di seminar menangani isu Syiah di Malaysia peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Zon Utara, di sini, Khamis.
 
Mohamad Baderuddin berkata golongan muda antara mereka yang mudah tertarik terhadap fahaman syiah kerana difahamkan ditawarkan wang ringgit dan lawatan ke luar negara.
 
"Baru-baru ini ada maklumat yang diterima, ada remaja yang telah menunjukkan kepada rakannya kesenangan selepas dia ikut syiah. Remaja ini tak ada kereta sebelum ini dan bila dia masuk syiah dia dah ada kereta dan kesenangan. "Umpan-umpan macam ini boleh menawan hati remaja untuk ikut syiah ini. Mereka juga tertawan dengan tarikan nikah mutaah yang memudahkan pasangan untuk berkahwin selain dibawa membuat lawatan ke negara yang dipimpin syiah. Semua ni nak tarik ramai orang masuk syiah," katanya.

Antarapos.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 3 September 2013

Fatwa Sesat Syi'ah Isteri Boleh Curang Dengan Niat Sedekah. #Syiah #fb #rakyatnews #1Malaysia @inspirasiislami

Fatwa Sesat Syi'ah Isteri Boleh Curang Dengan Niat Sedekah
Adakah kita masih berkompromi lagi dengan golongan fahaman syiah dalam masyarakat kita...Golongan Syiah memalsukan kisah saidina Ali. hairan ada gerakan islam yang masih mengiktiraf puak-puak sesat ni... 

Mengikut fatwa ajaran sesat syi'ah seorang isteri itu dibolehkan curang (selingkuh) dengan lelaki lain. Dan ia akan mendapat pahala asalkan niatnya bersedekah untuk menyenangkan para lelaki dan mengharapkan wajah Allah dan inilah perkataan sesat tersebut.

Ulama ' Syi'ah berfatwa :

يجوز للمتزوجة ان تتمتع من غير أذن زوجها ، وفي حال كان بأذن زوجها فأن نسبة الأجر أقل 

شرط وجوب النية انه خالصاً لوجه الله

( ٤٣٢/١٢ فتاوى )

maksudnya: diperbolehkan bagi seorang wanita yang sudah berkahwin untuk bersenang-senang dengan lelaki lain tanpa izin suaminya, dan (kalau) dalam keadaan diizinkan suaminya maka pahalanya berkurang.

Syarat wajib niat adalah ikhlas hanya kerana mengharapkan wajah Allah.

[fatwa 12/432]



Baca selanjutnya :- Klik di sini

Thursday, 29 August 2013

ADUN Kedah "Bela" Syiah al imam ayatullah khomeini ? #rakyatnews #1Malaysia @inspirasiislami


Adakah kita masih berkompromi lagi dengan golongan fahaman syiah dalam masyarakat kita...Golongan Syiah memalsukan kisah saidina Ali. hairan ada gerakan islam yang masih mengiktiraf puak-puak sesat ni... 

Nyatalah kebenaranya... bahaya Dalam PAS ada gerakan Syiah.. kenapa 9 orang Adun Pakatan Haram menolak undang-undang nak banteras syiah ni? 

Apakah mereka juga ada kaitan dengan syiah?

SENARAI NAMA-NAMA ADUN PR YANG TAK SOKONG / BERKECUALI ATAU TIDAK MENGUNDI DALAM MELULUSKAN ENAKMEN PENGHARAMAN SYIAH DI KEDAH


PAS :

1) Romani Bin Wan Salin : N10 BUKIT PINANG

2) Ahmad Bin Saad @ Yahaya : N14 ALOR MENGKUDU

3) Datuk Amiruddin Bin Hamzah : N15 ANAK BUKIT

4) Mohd Nasir Bin Mustafa (SYIAH) : N17 PENGKALAN KUNDOR

5) Datuk Mohamed Taulan Bin Mat Rasul : N18 TOKAI

6) Datuk Seri Azizan Bin Abdul Razak : N20 SUNGAI LIMAU

7) Datuk Siti Ashah Binti Ghazali : N33 MERBAU PULAS

DAP :

8) Tan Kok Yew : N11 DERGA

9) Teoh Boon Kok @ Teoh Kai Kok : N13 KOTA DARUL AMAN

PKR :

10) Ooi Tze Min : N28 BAKAR ARANG

11) Dr Robert Ling Kui Ee : N29 SIDAM


12) Md. Zuki Bin Yusof : N32 KUALA KETIL

Kedah wartakan enakmen pengharaman Syiah

Persidangan Dewan Undangan Negeri  Kedah selama tiga hari yang berakhir malam tadi merupakan ujian pertama yang dihadapi Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Menteri Besar ke-10.


Kedah mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama mewartakan enakmen pengharaman penyebaran fahaman Syiah.

Keputusan meluluskan enakmen jenayah Syariah itu dibuat dengan cara undian apabila pembangkang secara prinsip tidak bersetuju dengan pindaan enakmen itu .

Dalam undian berbelah bahagi itu 21 daripada 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyokong manakala 13 wakil rakyat pakatan pembangkang ada yang membantah dan berkecuali.

Menurut Mukhriz pindaaan enakmen dibuat selepas mendapat penjelasan penasihat undang-undang.


SENARAI NAMA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG MENYOKONG PENGHARAMAN SYIAH

BARISAN NASIONAL

1) Mohd Rawi Bin Abd Hamid : N1 AYER HANGAT

2) Nor Saidi Bin Nanyan : N2 KUAH

3) Datuk Abu Hasan Bin Sarif : N3 KOTA SIPUTEH

4) Datuk Mukhriz Tun Mahathir : N4 AYER HITAM

5) Datuk Ahmad Zaini Bin Japar : N5 BUKIT KAYU HITAM

6) Aminuddin Bin Omar : N6 JITRA

7) Badrol Hisham Bin Hashim : N7 KUALA NERANG

8) Kama Noriah Binti Ibrahim : N8 PEDU

9) Datuk Ahmad Bin Sudin : N9 BUKIT LADA

10) Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Md Hanipah : N12 BAKAR BATA

11) Datuk Suraya Binti Yaacob : N19 SUNGAI TIANG

12) Datuk Dr Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail : N21 GUAR CHEMPEDAK

13) Dr. Leong Yong Kong : N22 GURUN

14) Datuk Mohd Tajudin Bin Abdullah : N23 BELANTEK

15) Mahadzir Bin Abdul Hamid : N24 JENERI

16) Datuk Tajul Urus Bin Mat Zain : N26 TANJONG DAWAI

17) Ali Bin Yahaya : N27 PANTAI MERDEKA

18) Datuk Azmi Bin Che Husain : N30 BAYU

19) Harun Bin Abdul Aziz : N31 KUPANG

20) Chua Thiong Gee : N35 KULIM

21) Norsabrina Binti Mohd Noor : N36 BANDAR BAHARU


KK : Kesian orang Kampung kena "pedajel" dengan anak Ustaz Pondok...

Friday, 23 August 2013

[Video] "SULTAN BABI" Siapa sebanarnya Ustaz Wan Ji Yang enjadi Pujaan Ramai. #KalimahAllah #Merdeka56 #HinaIslam


Misteri yang menyebabkan tragedi yang menyebabkan kematian akan terungkai apabila Bangkai bas yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di Genting akhirnya dikeluarkan oleh polis dan Jabotan Bomba dan Penyelamat pada pukul 12.45 tengah hari Jumaat.
Air lumpur dan dahan-dahan pokok besar keluar daripada bas sewaktu bangkai itu ditarik keluar menggunakan kren 200 tan.

Minyak petrol dapat dilihat mengalir keluar dari tangki dan polis menggesa semua anggota untuk berundur ke belakang sehingga lokasi berkenaan dianggap selamat.
Puspakom, forensik dan pegawai-pegawai pasukan dalam operasi nahas mengadakan taklimat dengan Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohd Mansor Mohd Nor.
Bas dijangka akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bentong untuk siasatan sebelum ia akan dihancurkan dan dimusnahkan.

Wednesday, 21 August 2013

#Syiah mula ‘tarik’ pelajar, profesional. #fb #rakyatnews #1Malaysia @inspirasiislami


Jabatan hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) hari ini mendedahkan penularan fahaman Syiah di negeri itu bertumpu dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi dan golongan profesional.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Rozali Saleh berkata bagaimanapun keadaan masih terkawal.

Mereka ini dikesan bergerak secara senyap-senyap dan ini menyukarkan pihak JHEAT mengambil tindakan kerana tidak ada bukti kukuh, katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam), di sini.

"Kita pantau mereka ini setiap masa dan jika sampai masanya kita akan ambil tindakan. "Sebelum ini kita telah menahan edaran buku-buku syiah di negeri ini.

Buku-buku ini datangnya dari Melaka dan Selangor," katanya.

Menurut Rozali fahaman Syiah dibawa masuk ke Terengganu oleh seorang pensyarah pada tahun 1980an. - Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 14 August 2013

[VIDEO] Lebai #Syiah bernafsu lakukan "ciummulut" dikhalayak ramai. #TolakPR #demirakyat #SyiahSesat #rakyatnews #1Malaysia @inspirasiislami


Syiah melakukan pelbagai perkara bertentangan dengan ajaran Islam hingga sanggup menghina Nabi Muhammad SAW apabila menganggap malaikat Jibril tersilap menghantar wahyu kepada Baginda dan sepatutnya wahyu itu adalah untuk Saidina Ali. Lebih untuk mengetahui lebih lanjut klik link ini:- Penganut Syiah dan juga dalang disebalik penyebaran Fahaman Syiah di negeri Kedah. 
(Kat atas tu gambar hiasan jer..jangan terpesona plak)


Video diatas diperolehi dari seseorang yang telah memuat naik kedalam salam satu group FB.. Kejadian ini berlaku di salah sebuah Masjid di Pendang..

Kandungan video menunjukkan seorang Khatib sedang membaca Khutbah Jumaat dan diakhir khutbah tersebut, beberapa orang bangun menerpa khatib dan beberapa orang jemaah lagi sedang menunggu Khatib dibelakang mimbar datang mencium khatib tersebut setelah selesai membaca khutbah.. Sumber : Medan Tempur Kedah

Apatah lagi di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri, taqiyyah juga merupakan pakaian mereka semenjak dahulu kala. Penipuan, pembohongan dan pemerdayaan terutama sekali yang membabitkan ayat-ayat al Quran sudah terlalu lama berlaku sehinggakan pada suatu ketika, para pemimpin PAS tanpa ragu-ragu mengamalkan budaya takfir terutama terhadap pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

Sudah tentulah gelagat dan tindakan itu amat kena dengan kehendak Syiah.Dan sekarang, apabila diberitakan bahawa PAS diserapi dan menjadi sarang puak Syiah, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dengan tegas menolak kenyataan tersebut. Bahkan dengan bangga memberitahu, PAS akan memecat mana-mana ahli yang mengamalkan mazhab Syiah.

Tuesday, 13 August 2013

BONGKAR !! #Syiah Bakal Bertapak di USM. @AspirasiUSM @PKamalanathan #rakyatnews #1Malaysia


Gempar !! Umum mengetahui wujudnya fahaman syiah adalah gara-gara mulut celupar seorang yahudi yg mggelar saidina Ali sbgai tuhan, umum juga mgetahui kbangkitan dajal adalah di Iran, ibunegara bagi syiah.

Ni apa dah jadi USM Pulau Pinang ambil pelajar yang dah kena buang dari universiti lain? Ramai anak anak melayu yang tidak mendapat tempat dan cuba untuk mencari tempat pengajian tinggi dan ramai yang masih belum mendapat tempat.

Alangkah ruginya apabila USM memberikan peluang pada Khalid Ismath yang dilabel sebagai pelajar gagal dari segi moral diterima masuk ke USM.

Sepatutnya Khalid dibiarkan belajar di Universiti swasta untuk mempelajari berapa banyak wang perlu dikeluarkan jika belajar di tempat tersebut berbanding dengan Universiti kerajaan yang banyak kemudahan disediakan.

Kita semua tahu yang Khalid Ismat bukanlah anak melayu yang mampu untuk menjadi pemimpin yang baik jika beliau terus diberi peluang untuk belajar di Universiti kerajaan.

Harap kementerian pelajaran memantau perkara ini kerana ramai pelajar lain yang lebih memerlukan tempat yang diberikan kepada Khalid Ismath.

Sumber : klik disini

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 12 August 2013

Panas !! Lebai #Syiah buat kecoh di Kuala Kedah Pemimpin Tertinggi PAS jadi Setan Bisu. #rakyatnews #HanyaDikedah



Mudah sangat kah bangsa melayu terpesong? Andai hal aqidah yg mnjadi prioriti dlm hidup pn bole terpesong apa pula hal2 kecil sperti kedaulatan negara? Umum mgetahui ujudnya fahaman syiah adalah gara2 mulut celupar seorang yahudi yg mggelar saidina Ali sbgai tuhan, umum juga mgetahui kbangkitan dajal adalah di Iran, ibunegara bg syiah. [KOMEN BLOG]

Maklumat dari Medan Tempur bahawa pengikut Syiah yang meninggal dunia itu adalah ahli Pas dan pernah menjawat jawatan dalam Pas Kuala Kedah..Menurut sumber, si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada ketua Syiah Kedah dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian(kebumikan mengikut fahaman Syiah)ketika sedang sakit di sebuah hospital.

Selepas si mati meninggal dunia, jenazah beliau dibawa balik ke Kuala Kedah dan segala urusan mandi dan kafankan jenazah mengikut wasiat yang ditulis si mati.. Orang orang kampung tidak dibenarkan untuk melihat urusan mandi mayat kerana kumpulan Syiah yang didatangkan khas dari Pendang melakukan semua proses ini..

Menurut sumber lagi, si mati dimandikan dengan cara menegak dan dikafankan dengan kain yang ditulis doa doa didatangkan khas dari Iran..

Di fahamkan semua pimpinan Pas Kedah datang ziarah arwah dan beberapa pemimpin Pas pusat juga datang tetapi mereka tidak menegur langsung upacara tersebut..

Yang peliknya pemimpin Pas seperti menghalalkan ajaran Syiah dalam parti mereka dengan membiarkan hal ini berlaku tanpa ada sebarang suara untuk menyekat ajaran ini ...
Malaysiakini Pertahan Syiah Sesat:-


Malaysiakini memang sengaja cari pasat. Itu Syiah sudah lama fatwa Sesat lagi Haram di Malaysia. Semua 14 negeri sudah pun mengharamkan Syiah. Tetapi Malaysiakini yang diwakili oleh Director Malaysiakini.tv Syufiyan Shukur pergi jumpa ketua Syiah Malaysia Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz mengadakan sesi interview dan mempertikaikan hak kebebasan penganut agama Syiah Sesat ini. 





Apa sudah jadi dengan ini Melayu Syufiyan Shukur ni..? Dia agama apa..? Kenapa dia pertahankan Syiah Sesat ini..? 


KK : Jangan sangka orang biasa jer yang mudah terpengaruh.. Pak lemai Malang pun join sekali.

Monday, 5 August 2013

Syabas !! Anak Muda Malaysia turut serta Jihad di #Syria. #rakyatnews #1Malaysia @NajibRazak


Seorang pemuda warga Malaysia yang pada mulanya hanya pergi menghantar bantuan kemanusiaan di Syria mengambil keputusan untuk terus tinggal di sana dan mengangkat senjata menentang tentera rejim syiah Basyar Assad.


Faisal Hamdi, anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah namun menetap di Kuala Lumpur dikatakan berlepas bersama kumpulan team kemanusiaan ke Syria untuk berkhidmat membantu rakyat dan pelarian Syria pada 28 Julai lalu.

Namun tidak tahan melihat kekejaman berlaku di Syria dan dia sendiri sudah lama memendam hasrat untuk jihad fisabilillah, Faisal dikatakan menyertai mujahidin Free Syrian Army (FSA) untuk turut sama menggempur rejim Syiah Basyar Assad.

Keputusannya ini disokong oleh keluarga malah isterinya, dilihat turut memberikan kata-kata semangat.


Bagaimanapun dalam gambar yang memaparkan dirinya memegang senapang, Faisal meletakkan ‘disclaimer’ bahawa keputusan untuk bertempur dengan tentera rejim adalah keputusan peribadi dan tidak melibatkan kumpulan team kemanusiaan yang diwakilinya.

Sebagai persediaan sebelum berjihad di Syria, Faisal dikatakan sudah mempersiapkan diri termasuk dengan menyertai latihan keras rejimen askar wataniah di samping mendalami ilmu agama.

Jika dilihat pada laman Facebook Faisal, dia sentiasa memberikan update terkini keadaan di Syria termasuk kawasan tempatnya berada yang sering digempur rejim Basyar. Fasai juga menulis Status di FB bersetuju dengan kerajaan Malaysia menyekat serta meharamkan Syiah di Bumi Malaysia.


Jika sebelum ini, Majlis Fatwa Negeri Kedah belum memutuskan sama ada jenazah pengikut fahaman Syiah boleh dikebumikan bersama pengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah ataupun tidak di tapak perkuburan Islam yang sama.

Mohamad Baderudin Ahmad

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad berkata, pihaknya memerlukan penelitian lebih terperinci mengenai perkara itu sebelum boleh dikuatkuasakan.

“Selagi belum diwartakan fatwa itu, kita tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kepada mereka yang berkenaan.

“Kita perlu tunggu keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum boleh membuat sebarang tindakan dan penguatkuasaan kepada jenazah atau pengikut ajaran itu,” katanya.

Menurutnya, meskipun perkara ini menjadi persoalan penting, namun beliau terpaksa menunggu arahan dan keputusan daripada pihak Pusat terlebih dahulu.

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, Syiah di negara ini menguruskan pengikut mereka dengan baik, sama dengan cara dilakukan pengikut fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Menurutnya, jenazah pengikut Syiah juga dikafankan dengan kain putih. Bezanya dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah kain itu yang dibeli dari Iran, tertulis dengan doa-doa.
Abdullah juga menafikan dakwaan bahawa Syiah pernah merampas jenazah untuk diuruskan pengebumian mengikut fahaman Syiah di Kuala Kedah.

Jelasnya, beliau mengambil jenazah seorang ahli Syiah dari Kuala Kedah untuk diuruskan mengikut fahaman Syiah kerana si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada beliau dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian ketika sedang sakit di sebuah hospital di sini.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini juga pernah melaporkan bahawa telah berlaku satu insiden apabila jenazah pengikut fahaman Syiah tidak dibenarkan dikebumikan di satu tanah perkuburan dekat sebuah masjid di Pendang.

Menurutnya, perkara itu berlaku selepas imam masjid berkenaan mendapat aduan bahawa jenazah pengikut berkenaan diuruskan dengan cara yang bertentangan dengan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Difahamkan, jenazah tersebut kemudiannya dikebumikan bersebelahan pagar masjid berkenaan.


KK : Tahniah di semangat juang anda....

Wednesday, 31 July 2013

#SYIAH Bergerak aktif di wilayah selatan Thailand. di dalangi Pemimpin Politik ? @inspirasiislami #rakyatnews

Puak Rafidhah (Syiah) Jadikan Selatan Thailand Sebagai Markas Penyebaran Agama Mereka.



Kegagalan mewujudkan sebuah kompleks penyebaran dan pendidikan Rafidhah di Gombak, ternyata tidak mematahkan semangat musuh Allah Taala dan Rasul-Nya itu. Sebaliknya mereka yang cukup licik menipu, memperdaya dan menyelewengkan akidah umat Islam menerusi pengakuan bahawa mereka adalah pencinta Ahlul Bait walhal merekalah sebenarnya yang jadi pembunuh, berusaha mencari tapak lain yang lebih bebas dan tidak terkongkong dengan undang-undang Malaysia.

dn_02.1

Undang-undang Malaysia tidak membenarkan fahaman Syiah dikembang-biakkan mahupun dianuti kerana menyalahi mazhab Sunnah Wal Jamaah.

Seringkali kalau berhadapan, puak  Syiah akan cuba menunjukkan kejantanan dengan bertanya, adakah Syiah sesat?

Sememangnya, kesesatan itu hak Allah Taala. Tiada sesiapa yang boleh menyatakan orang lain sesat melainkan telah nyata kesesatannya, tetapi kaedah dan amalan yang menjadi darah daging Syiah sememangnya adalah untuk menyesatkan umat Islam daripada jalan kebenaran dan meletakkan diri ke kancah neraka.

Undang-undang di Malaysia tegas menghalang Syiah daripada berkembang biak secara terang-terangan. Walaupun ada kalangan puak Syiah yang tidak lagi berselubung dan berselimut dengan taqiyyah mereka, mendesak agar Malaysia mengiktiraf fahaman sesat lagi menyesatkan itu, namun sehingga setakat ini, pihak berkuasa masih tegas mempertahankan keputusan dan peraturan yang telah dibuat berdekad-dekad lalu.

Syiah sebenarnya tidak boleh diberi ruang walaupun seinci. Namun, berbanding UMNO, Syiah sebenarnya lebih tertarik dan mudah menyusup masuk ke dalam PAS. Apatah lagi di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri, taqiyyah juga merupakan pakaian mereka semenjak dahulu kala. Penipuan, pembohongan dan pemerdayaan terutama sekali yang membabitkan ayat-ayat al Quran sudah terlalu lama berlaku sehinggakan pada suatu ketika, para pemimpin PAS tanpa ragu-ragu mengamalkan budaya takfir terutama terhadap pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

Sudah tentulah gelagat dan tindakan itu amat kena dengan kehendak Syiah.Dan sekarang, apabila diberitakan bahawa PAS diserapi dan menjadi sarang puak Syiah, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dengan tegas menolak kenyataan tersebut. Bahkan dengan bangga memberitahu, PAS akan memecat mana-mana ahli yang mengamalkan mazhab Syiah.

Temberang yang dilakukan oleh Tuan Ibrahim ibarat menepuk air ke muka sendiri. Bagaimana seorang Ketua Penerangan tidak boleh tahu tentang ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS yang berfahaman Syiah sedangkan buktinya begitu jelas dan nyata?

Barangkali kerana itulah, Syiah mengambil keputusan untuk ‘keluar’ dari Malaysia dan bersarang di selatan Thailand iaitu di Wilayah Satun. Dengan menggunakan modal sebanyak RM24 juta, Syiah sedang merancang untuk membina pusat pendidikan serta penyebaran Syiah di seluruh Semenanjung.

Wang yang nilainya begitu besar, dilihat mampu menarik perhatian umat Islam di Satun dan wilayah selatan Thailand yang sekarang ini sedang berhadapan dengan pergolakan politik dan pertumpahan darah.

Syiah memang bijak mengambil kesempatan. Asal ada peluang, mereka pasti akan menyusup. Selama berabad-abad, Syiah telah meracuni pemikiran dan kefahaman agama Islam. Selama berdekad-dekad juga, Sirah Nabawiyyah telah dipalsukan untuk memberikan cerminan negatif kepada Junjungan Mulia s.a.w sehinggakan hampir semua orang percaya bahawa Nabi s.a.w mengahwini Syaidatina Aisyah r.a, pada usia Ummul Mukiminin itu baru menginjak 6 tahun. Kisah-kisah palsu oleh Abu Ishak telah diterima secara terbuka oleh umat Islam sebagai sejarah Nabi.

Bahkan terlalu ramai yang mempercayai bahawa Syaidina Hussin r.a telah dibunuh oleh tentera Yazid bin Muawiyah di Karbala sedangkan catatan sejarah yang sama juga membuktikan bahawa Syaidina Hussin r.a telah dibunuh oleh kaum Syiah di Karbala sehingga kepala cucunda Rasulullah s.a.w itu dipenggal.

Bayangkanlah apabila puak Syiah mempunyai markas terbesar di Asia Tenggara di Satun… bayangkanlah kemusnahan yang bakal mereka lakukan, terutama apabila mereka mula terbabit secara langsung dengan pertumpahan darah di selatan Thailand dengan alasan, kononnya membantu umat Islam, padahal secara hakikatnya, Syiah tidak pernah membantu umat Islam, bahkan mereka membantu Zionis dan Yahudi untuk membunuh umat Islam sepertimana yang berlaku di Syria dan beberapa negara Timur Tengah yang lain.

By 

Sunday, 28 July 2013

Penganut Syiah 'mula 'panas' pungkuq' #HanyaDiKedah @inspirasiislami #rakyatnews


Rakyat amat mengetahui bahawa Iran merupakan negara berfahaman Syiah yang terbesar.Syiah wujud akibat perasaan kecewa. Pengasas Syiah iaitu seorang Yahudi dari Yaman bernama Abdullah Saba kecewa kerana tidak diberikan jawatan selepas memintanya daripada Khalifah Uthman Affan lalu bertindak menentang khalifah itu.

Menurut sumber, Ada ahli Pas di Kedah yang diakui amalkan Syiah. Bagaimanapun, tuduhan kaitkan fahaman itu dengan pemimpin Pas di negeri ini, disifatkan karut.

"Jangan buat tuduhan melulu. Kalau nak dakwa kena ada bukti. Jangan cakap saja, label dari pemerhatian sedangkan ini perkara serius, babitkan akidah orang," kata bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi selepas sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan wujud beberapa pemimpin parti politik di negeri ini terlibat fahaman itu. Menurutnya, tuduhan itu jelas tidak berasas, selain tanpa bukti kukuh.
"Tuduhan itu berunsur politik semata-mata," katanya.

Klik untuk mengetahui lebih lanjut Isu syiah di Kedah :

  1. gempar-penyokong-syiah-dikesan di Kedah
  2. gempar-syiah-minta-dymm-ydp-agong.
  3. gempar-mat-sabu-bakal-dipecat-dari-pas.


Menurutnya, tuduhan itu juga membahayakan kesepakatan yang terjalin antara umat Islam yang berbeza fahaman politik, dan jika disalah tafsir boleh memecahbelahkan umat Islam.


"Setahu saya ada ahli Pas yang amal Syiah tetapi saya tegaskan, bukan daripada kalangan pimpinan tertinggi parti," katanya.

Phahrolrazi diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi, Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis), Ashiq Elahi yang bersedia mendedahkan nama pemimpin parti politik yang terlibat dengan kegiatan Syiah selepas pengharaman Syiah diwartakan.

Dakwanya, sekurang-kurangnya enam pemimpin utama sebuah parti politik di negeri ini terlibat Syiah. Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak berkuasa mempunyai maklumat mengenai pemimpin dalam parti politik tertentu amalkan Syiah dan membuka jalan kepada penyebaran fahaman itu di negara ini.

Katanya, tindakan akan diambil jika ada laporan daripada Majlis Agama Islam negeri atau pertubuhan bukan kerajaan Islam serta Jakim.

Dalam pada itu, Phahrolrazi, yang juga Adun Pengkalan Kundor berkata, setakat ini, belum ada pemimpin parti itu yang mengisytiharkan diri sebagai pengikut Syiah, dan tohmahan yang dilemparkan mungkin ada kaitan dengan hubungan baik pemimpin Pas dengan pemimpin Iran.

"Tidak dinafikan ada pemimpin Pas termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan lawatan ke Iran dan berjumpa pemimpin politik di sana atau hadir pada persidangan ulama. Tetapi itu tidak bermakna kita sokong atau amalkan Syiah," katanya.
Menurutnya, adalah tidak wajar membuat andaian sebegitu hanya kerana pemimpin Pas menjejak kaki ke negara Iran.

"Selama bergaul dengan pemimpin Pas di Kedah atau Pusat, saya tidak nampak aktiviti yang menjurus kepada amalan Syiah dalam kalangan pimpinan. Cara Syiah berbeza, kita boleh kenal pasti dan saya yakin tiada kalangan pimpinan parti terlibat," katanya.

Mengulas tohmahan yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sering kali dikaitkan dengan Syiah, Phahrolrazi berkata, ia lebih kepada propaganda politik.

"Sebelum ini, perkara sama dihebohkan, kini kembali selepas BN berkuasa di Kedah. Saya percaya kempen memburuk-burukkan Mat Sabu diuar-uarkan sejak beliau terpilih sebagai calon PRU13 di Parlimen Pendang," katanya.

Menurutnya, sebagai pemimpin yang rapat dengan pemimpin nombor dua Pas itu, beliau tidak pernah menyaksikan amalan Mat Sabu terpesong daripada ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Syiah melakukan pelbagai perkara bertentangan dengan ajaran Islam hingga sanggup menghina Nabi Muhammad SAW apabila menganggap malaikat Jibril tersilap menghantar wahyu kepada Baginda dan sepatutnya wahyu itu adalah untuk Saidina Ali.

KK: atau PAS sudah 'buat-buat' lupa ???????

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 24 July 2013

Pertubuhan Syiah menyalahi undang-undang - KDN @PDRMsia @Zahid_Hamidi #rakyatnews #PRKKualaBesut


Syiah melakukan pelbagai perkara bertentangan dengan ajaran Islam hingga sanggup menghina Nabi Muhammad SAW apabila menganggap malaikat Jibril tersilap menghantar wahyu kepada Baginda dan sepatutnya wahyu itu adalah untuk Saidina Ali.

Kisah Syiah Klik disini : gempar-syiah-minta-

Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berkuatkuasa hari ini.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, keputusan itu dibuat Menteri Dalam Negeri berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Abdul Rahim berkata, pengikut-pengikut Syiah pernah memohon untuk mendaftarkan pertubuhan itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka pada 18 Jun 2011, namun ditolak pada 4 Ogos tahun yang sama.

Rayuan pertubuhan itu kepada Menteri Dalam Negeri turut ditolak pada 31 Okt 2011, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagaimanapun, persatuan yang tidak diluluskan ini terus bergerak aktif sehingga memudaratkan ketenteraman awam dan mencetuskan suasana keresahan dan kebimbangan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang majoritinya mengikuti fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah," katanya. - BERNAMA

KK : Cegah sebelum parah !!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 23 July 2013

Gempar !! Syiah Minta DYMM YDP Agong Mansuh Fatwa Pengharaman Syiah Sesat. #PRKKualaBesut #TolakPR #demirakyat #SyiahSesat



Syiah wujud akibat perasaan kecewa. Pengasas Syiah iaitu seorang Yahudi dari Yaman bernama Abdullah Saba kecewa kerana tidak diberikan jawatan selepas memintanya daripada Khalifah Uthman Affan lalu bertindak menentang khalifah itu. Syiah melakukan pelbagai perkara bertentangan dengan ajaran Islam hingga sanggup menghina Nabi Muhammad SAW apabila menganggap malaikat Jibril tersilap menghantar wahyu kepada Baginda dan sepatutnya wahyu itu adalah untuk Saidina Ali.


Untuk makluman semua, surat rayuan ini bertujuan untuk meminta kerajaan menarik balik fatwa haram dan sesat dikaji semula.. Bagi aku, eloklah kerajaan kekalkan fatwa bahawa ajaran syiah ini sesat.Dah terbukti pun apa yang mereka buat.. Sumber Medan Tempur Kedah

Tarikh : 6 Jun 2011/ 5 Rejab 1432H

Kepada:-
DULI YANG MAHA MULIA,
YANG DI PERTUAN AGONG,
AL-WATHIQU BILLAH,
TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI,
ALMARHUM AL-SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH AL-HAJ

Melalui,

PERDANA MENTERI MALAYSIA
Y.A.B DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Kerajaan Persekutuan Pusat Pentadbiran,
62502 Putrajaya, MALAYSIA 


RAYUAN RAKYAT MALAYSIA BERMAZHAB SYIAH AGAR FATWA & PEWARTAAN PENGHARAMAN & KESESATAN SYIAH DIKAJI SEMULA & DIMANSUHKAN SAMADA DI PERINGKAT NEGERI & KEBANGSAAN

Dengan rasa hormatnya, seperti perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung dengan ini, patik sekalian rakyat Malaysia yang bermazhab Syiah menjunjung kasih kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dapatlah kiranya meneliti dan menerima rayuan patik sekalian agar tidak diganggu serta ditangkap dan tidak dihapuskan. Kalau boleh patik sekalian dapat hidup dan bebas beramal seperti rakyat Malaysia yang lain. Patik sekalian bermazhab Syiah adalah minoriti umat Islam di Malaysia (200,000 – 300,000 orang), dari segi amalan tidak jauh berbeza dengan amalan umat Islam yang majoritinya bermazhab Syafie.

3. Rentetan peristiwa 15 / 12 / 2010 dimana Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu dan menahan lebih kurang dua ratus (200) orang pengikut Syiah yang sedang berkabung mengingati kesyahidan cucunda Rasulullah s.a.w iaitu Imam Husein bin Ali a.s di salah sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak yang dikenali sebagai Hauzah Ar-Ridha. (Lampiran 1). Pengarah JAIS ketika itu Datuk Khusrin Munawi telah memfitnah kami pengikut Syiah kononnya, “Syiah tidak mewajibkan ibadah haji”, “Syiah mengkafirkan dan menghalalkan darah pengikut Islam yang bermazhab lain”, dan banyak lagi. Semua ini adalah tidak benar sama sekali.

4. Rentetan dari peristiwa di atas, kami telah bertemu dengan SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) untuk mendapatkan pembelaan dan hak sebagai rakyat Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan.

5. Mazhab Syiah juga telah dituduh sebagai “Bahaya” oleh JAKIM dan JAIS, dan perkara ini bertentangan dengan kenyataan Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu YB Dato` Seri Hishammuddin bin Tun Hussein bahawa, “Syiah tidak ancam negara” dan “gerakan Syiah tidak menjejaskan sama sekali keselamatan Negara” (Lampiran 2).

6. Kenyataan KDN ini benar-benar terbukti jika dinilai sejak dari tahun 1984 yang mana Syiah telah diterima sebagai mazhab Islam yang sah di Malaysia. Umat Islam Syiah di Malaysia belum pernah direkodkan membunuh atau menyerang masyarakat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.1 Bahkan, Syiah sebuah mazhab yang mengutamakan kedamaian dan persaudaraan sesama Islam. Umat Islam Syiah sentiasa memandang positif dan menyambut seruan kerajaan Malaysia yang mahukan kemajuan dan perpaduan sesama rakyat (1Malaysia). Hidup 1Malaysia!! Umat Islam Syiah di Malaysia sentiasa mengimbangi dalam arena politik Malaysia. Dari sudut ekonomi, umat Islam Syiah di Malaysia tidak pernah ketinggalan ke belakang. Bahkan, mereka sentiasa berada di hadapan memacu ekonomi rakyat Malaysia tanpa mengira aliran pemikiran mazhab dan agama juga membantuDasar Ekonomi Baru. Manakala dari sudut pendidikan, umat Islam Syiah di Malaysia juga telah bersama-sama mengambil bahagian memajukan diri mereka dan menaik-taraf pada setiap sudut bidang hingga mengatasi cendekiawan dunia antarabangsa, dan ini bertepatan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang diseru oleh pihak kerajaan Malaysia. Inilah juga ajaran dan petunjuk al-Quran, as-Sunnah dan Ahlul Bait yang dipegang dan diamalkan oleh masyarakat Islam Syiah di Malaysia dan di seluruh dunia sejak dulu sehingga kini. Seandainya ketulusan kami patik bermazhab Syiah di Malaysia ini diragui, kami, patik bermazhab Syiah rela dan sanggup untuk bersumpah laknat diri (mubahalah) sebagai bukti bahawa Kami sanggup berkorban demi kebenaran dan cinta kami kepada Agong kami, Sultan-sultan (Raja & Yam Tuan Besar) kami, Perdana Menteri kami, pemimpin-pemimpin kami, saudara-saudara kami dan negara kami Malaysia. Ini janji kami dan ini juga SUMPAH kami.

7. Demi keadilan seperti rakyat Malaysia yang lain dimana pada 9 / 3 / 2011 semasa Persidangan Parlimen telah berlaku perbahasan mengenai Syiah dimana telah berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Senator Mejar Jeneral Dato` Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom, “Syiah boleh diamalkan tapi tidak boleh disebarkan” (Lampiran 3). Meskipun kenyataan menteri ini menjadi dinyatakan Di Palimen Malaysia, namun pihak JAIS tetap menyerbu kami patik sekalian bermazhab Syiah di tempat kami sendiri dan kemudian menuduh kami dengan tuduhan-tuduhan palsu dan dusta. Lebih teruk lagi, kami, patik rakyat malaysia bermazhab Syiah tidak dibenarkan atau tidak diberikan ruang untuk bersuara untuk menepis pendustaan tersebut ataupun sekurang-kurangnya mempertahankan kebenaran kami bermazhab Syiah yang berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah serta Ahlul Bait, samada menerusi media-massa dan cetak. Akhirnya, dusta yang disuarakan pihak JAIS menjadi hasutan, dan akhirnya kami, patik rakyat Malaysia bermazhab Syiah dicemuh dan disesatkan masyarakat kami sendiri yang termakan hasutan jahat tersebut.

8. Paling menyedihkan patik sekalian yang bermazhab Syiah sekali lagi JAIS bersama pengarah barunya iaitu Tuan Haji Marzuki bin Husin telah membuat penangkapan empat (4) orang pengikut Syiah pada 24 / 5 / 2011 semasa patik sekalian bermazhab Syiah sedang meraikan ulangtahun Puteri Rasulullah s.a.w, Fatimah Az-Zahra a.s (Lampiran 4), sedangkan rakyat Malaysia memiliki hak kebebasan meraikan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih (Valentine Day), Hari Wesak, Tahun Baru Cina, Hari Kkrismas dan berbagai lagi bentuk perayaan samada yang bertujuan menyanjung seseorang atau sempena kemuliaan sesebuah hari, apatah lagi hari memperingati puteri tercinta Rasul s.a.w yang digelar sebagai Penghulu Wanita di dunia dan di syurga. 2 Untuk makluman DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri bahawasanya pihak kami telah mendapat Permit dari Majlis Perbandaran Selayang dan sesalinan kepada telah dihantar oleh Majlis Perbandaran tersebut kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (sebagaimana yang ditulis dalam Surat Permit kelulusan tersebut).

9. Demi keadilan dan kebenaran sebagai rakyat Malaysia, patik sekalian yang bermazhab Syiah menuntut kebebasan beragama menurut Perlembagaan Negara dan sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan Negara - “ 1Malaysia”. Patik sekalian yang bermazhab Syiah mempunyai seramai 200,000 hingga 300,000 orang pengikut Syiah menjunjung kasih dan taat setia kepada negara yang sepertinya telah termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara. Tiada sebarang niat untuk menderhaka kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan Kerajaan Malaysia. Patik sekalian berharap agar kesetiaan dan kecintaan kami kekal ke anak cucu terhadap negara Malaysia.

10. Para ulama dan dunia Islam telah mengakui Syiah sebagai salah satu mazhab yang diakui sebagai Islam yang sah. Namun, ia amat berlainan sekali dengan apa yang telah berlaku di Malaysia terutamanya di Negeri Selangor diikuti JAKIM dan Majlis Fatwa kebangsaan (MFK/MKI). Penangkapan dan penyebaran fitnah dan hasutan yang menyatakan “Syiah Sesat” dan “Syiah perlu dihapuskan di Malaysia secepat mungkin” masih berlaku seperti 15 / 12 / 20103, 9 / 5 / 20114, 23 / 5 / 20115 dan 24 / 5 / 20116. Perkataan-perkataan sesat dan kafir masih kedengaran, Bukankah perkara ini telah menentang Perlembagaan Persekutuan yang telah memberikan hak kebebasan beragama kepada rakyat Malaysia dan KDN mengatakan “Syiah tidak mengancam keselamatan negara”.

11. Patik sekalian yang bermazhab Syiah ingin mendapat penjelasan kukuh dari pihak Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK/MKI) berkenaan fatwa MFK/MKI yang dikeluarkan pada tahun 1984 yang mengakui Syiah sebagai ajaran Islam yang sah di Malaysia, telah dimansuhkan oleh muzakarah MFK/MKI pada tahun 1996. Patik sekalian bermazhab Syiah bukan ingin mempertikaikan tetapi ingin penjelasan. Jika dinilai dari sudut keadilan dan hak, mengapa ajaran Salafi-Wahabi yang pada awalnya ditentang dan dinilai oleh MFK/MKI sebagai ajaran yang memecah-belah umat Islam khususnya di Malaysia yang telah diperbincangkan mengenainya sebanyak sembilan (9) kali dari tahun 1985 sehingga tahun 2003 oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, namun telah diterima7 sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah? Jika ajaran Salafi-Wahabi diterima sebagai Islam di Malaysia, maka mengapa tidak bagi Islam Syiah? Isu ajaran dan fahaman Salafi-Wahabi diberi peluang membuat penjelasan tetapi berkenaan Syiah, tiada seorapun wakil kami mazhab Syiah yang dipanggil untuk memberikan penjelasan. Berkenaan ajaran dan fahaman Salafi-Wahabi telah diberikan penjelasannya oleh YM Sobibus Samahah Mufti Perlis ketika itu Dato’ Haji Mat Jahya bin Haji Hussin (1980-2007) yang menyebabkan Salafi-Wahabi diterima sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia dan negeri Perlis terkecuali dari terikat pada mana-mana mazhab empat (4) Ahli Sunnah Wal Jamaah – Hanafi, Maliki, Syafi`ie dan Hanbali -. Demi keadilan seperti rakyat Malaysia yang lain, sepatutnya patik sekalian bermazhab Syiah juga harus diberi peluang yang sama seperti pihak Salafi-Wahabi, bukan menidakkan hak kami sebagai minoriti di dalam masyarakat Islam di Malaysia dan bukan menghapuskan etnik kami.

12. DYMM Yang Dipertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, ajaran Salafi-Wahabi merupakan ajaran yang benar-benar terpesong dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang empat (4) iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi`ie dan Hanbali. Mereka menentang sifat 20 yang telah ditetapkan oleh ijma` mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan ajaran Salafi-Wahabi juga tidak mentakwilkan ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah berkenaan sifat-sifat Allah s.w.t. Mereka meyakini bahawa Allah ada tangan, kaki, pinggang, muka dan anggota-anggota lainnya seperti makhluk. Mereka juga meyakini Allah berada di langit dan di atas Arasy. (Lampiran DVD). Semua ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah yang menolak pentajsiman dan pentasybihan (penyerupaan) Allah seperti makhluk.

Ajaran Salafi-Wahabi juga menuduh umat Islam yang menyambut maulud Nabi, kenduri arwah, zikir beramai-ramai, menggunakan tasbih, memanggil Nabi Muhammad sebagai Saidina (Tuan), sambutan isra` mikraj, membaca tahlil untuk si mati, membaca qunut, membaca bismillah, selawat dan berbagai lagi sebagai pelaku syirik dan pembuat bid`ah yang menyesatkan. Bahkan, ajaran Salafi-Wahabi juga menghalalkan umat Islam menternak babi. Tulang dan kulit babi halal untuk dipakai dan digunakan melainkan dagingnya diharamkan makan bukan untuk dipegang.8 Dengan ini semua, pihak Majlis Fatwa Kebangsaan masih menganggap ajaran Salafi-Wahabi sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah, sebaliknya menentang ajaran Islam Syiah yang diakui oleh ulama dan dunia Islam sebagai kelompok Islam yang sah sebagai sesat oleh pihak Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, JAIS dan jabatan-jabatan agama di setiap negeri di Malaysia. Bahkan ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Othman Mustafa telah menyebut bahawa Syiah perlu dihapuskan dengan segera. (Lampiran 5 )

13. DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, walaupun Islam di Nusantara kini majoriti bermazhab Syafi`ie, tetapi pada awalnya ia dipengaruhi oleh fahaman Syiah. kedatangan Syiah ke Asia Tenggara bermula semasa gabenor bani Umayyah yang zalim bernama al-Hajjaj bin Yusuf ats-Tsaqafi (695-705M). Ketika itu ramai golongan Syiah telah melarikan diri dan ada yang datang ke nusantara dan mereka menuju ke Campa9kemudian ke pulauan Sulu, Sulawesi dan Kalimantan. Semua ini terdapat pada batu-batu nisan di mana terdapatnya kubur-kubur orang Islam. Pada abad ke-9M dan ke-12M, golongan Syiah mencapai kekuatan politik di Timur Tengah, lalu kedatangan mereka ke Asia Tenggara bertukar corak dari pelarian kepada politik. Mereka menyebarkan dakwah Syiah di dunia Islam khususnya Nusantara. Pada abad ke-10M pula berlaku penghijrahan kaum muslimin Parsi ke Nusantara seperti antaranya keluarga Lor (dari wilayah Lor di Parsi) ke Jawa Timur. Mereka mendirikan perkampungan Lorin di Gresik dan keluarga Jawani di Pasai dan keluarga Syiah di Sumatera Timur. Maka boleh dikatakan bahawa sepanjang abad ke-11M dan 12-M, Indonesia dan Nusantara dipengaruhi oleh aliran Syiah. Ini bererti, sebelum kedatangan mazhab Ahli Sunnah - yang dominan di Nusantara ini - adalah mazhab Syiah dan ia telah mempengaruhi masyarakat dan kerajaan Islam di Nusantara ini.10 Pada tahun 878M, telah berlaku pemberontakan oleh Hwang Chao yang menyebabkan hampir 10,000 orang asing (kebanyakan Arab-Islam) terbunuh. Ramai yang melarikan diri ke Semenanjung khususnya ke Kedah.

Kesan dari itu, maka amalan Islam mazhab Syiah lalu menyerap masuk ke dalam budaya dan adat penduduk setempat, antaranya mendirikan kuburan, membesarkan orang-orang alim dan wali-wali yang sudah meninggal dunia, memperingati hari kematian atau “hari hol”. Begitu juga dengan berzanji, sambutan maulud, membaca talkin, bacaan surah Yassin secara berjemaah pada setiap malam Jumaat, tahlil, sambutan Isra’ Mikraj, Nisfu Sya’ban, hari Hol, bubur Merah, bubur Putih dan banyak lagi. Semua amalan-amalan yang berasal dari Syiah ini tetap diteruskan masyarakat Malaysia sebagai amalan agama yang tidak boleh ditinggalkan, jauh sekali ditentang.

Jika dilihat perkembangan Islam di Aceh serta Nusantara, peninggalan Syiah masih ada dan sejarahnya kekal seperti Sambutan Asyura masih disambut setiap tahun di Palembang. Universiti Syiah Kuala di Aceh, Makam Habib Noh di Singapura11 dan buku-buku seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Mohammad Ali Hanafiah. Bahkan adat pepatih - disamping adat temenggong - yang masih lagi diamalkan di negeri melaka dan negeri sembilan wujud pengaruh ajaran Syiah di dalamnya. Diikuti sejarah Hamzah Fansuri yang merupakan salah seorang ulama tamadun melayu Islam juga bermazhab Syiah. Sultanul Arifin yang menjadi mubaligh kepada keislaman Parameswara juga bermazhab Syiah. Parameswara telah mengubah namanya kepada Megat Iskandar Shah.12 Bahkan sebahagian besar alat muzik diraja di Istana Melayu dari dulu sehingga kini adalah berasal dari Parsi atau Iran. Salah satu yang paling terkenal ialah Naubat atau Nobat, Nafiri dan rubab (Rebab). Tidak ketinggalan songkok yang juga berasal dari Parsi (Iran). Satu masa dahulu songkok melambangkan keparsian (justeru, ke-Syiah-an). Hari ini songkok sebagai budaya Parsi telah menyerap dan sebati sebagai budaya Melayu. Meskipun kini masyarakat Parsi telah meninggalkan budaya bersongkok, namun songkok dalam kalangan Melayu menjadi lambang kehormatan. Kanun Melayu yang terkenal susunan Tun Sri Lanang ada menghantar satu hint yang penting tentang pencinta Ahlul Bait (Syiah) di alam Melayu. Tun Sri Lanang dalam buku Hikayat Silatu Salatin telah menulis dengan sejelas-jelasnya tentang asal usul Raja-raja Melayu. Mereka adalah berasal dari darah – daging Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) . Mereka dari darah Parsi Syiah dan sekarang ini dikenali sebagai Iran Syiah. Menurut Persatuan Silat Kalimah Malaysia dan tertera dalam Website mereka: http://www.silat-kalimah.com, pengasas mereka adalah bernama Syeikh Abdullah Rafaei Qibrari atau Syeikh Tajred. Beliau adalah seorang pedagang dan juga seorang mubaligh Islam. Beliau berasal dari Tanah Besar Parsi dan seorang Islam yang bermazhab Ahlul Bayt (Syiah). Sultan Kedah pada waktu iaitu yang bernama Phra Ong Mahawangsa telah memeluk Islam dan menggantikan nama Baginda kepada Sultan Muzaffar Shah.
Pengaruh Parsi (Syiah) telah mencorak kemasukan Islam di alam Melayu serta Benua Kecil Siam. Pengaruh Parsi dalam tamadun Melayu jelas dapat dilihat dalam lapangan bahasa, kebudayaan dan keagamaan umpamanya kitab Taj al-Salatin13 banyak merujuk daripada kitab-kitab Parsi.14 Betapa eratnya hubungan Melayu dan Parsi terjalin sehingga sejak awal-awal lagi kesultanan Melayu sudah memakai nama Syah dari bahasa Parsi yang melambangkan kedudukan mereka sebagai raja. Ketika itu pengaruh Parsi ini juga berkembang pesat di Shahr Nuwi Ayuthiya.15

Semua ini bukti bahawa Syiah sudah lama bertapak dan berakar umbi di Malaysia ini sebelum kemasukan mazhab-mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang lain, diikuti fahaman dan ajaran Salafi-Wahabi yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab.

14. Gerakan Salafi-Wahabi telah memberi penerangan yang salah kepada pihak berkuasa16 terutamanya Jabatan Agama Islam dengan niat yang jahat dan telah menghasut, mengatakan Syiah itu sesat dan perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun meskipun dibunuh sebagaimana yang telah terjadi di Iraq, Sri Lanka, Afghanistan, Indonesia, Thailand, Pakistan dan Bahrain. Penghapusan etnik (Genocide) yang sedang dilakukan pihak Salafi-Wahabi di dunia luar dan di Malaysia ini benar-benar merupakan salah satu jenayah berat bagi bidangkuasa undang-undang no. 26 Mahkamah Jenayah Dunia (Jurisdiction International Criminal Court) yang diasaskan pada tahun 2000. Bahkan ia melanggar undang-undang yang ditemui di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1948 Konvensyen tentang Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid (CPPCG)17. Bagi patik sekalian bermazhab Syiah adalah satu peristiwa hitam dan pahit untuk kami terima. Kami, patik sekalian bermazhab Syiah di Malaysia memohon ampun jika menyebut bahawa tindakan pihak JAKIM yang benar-benar mahu menghapuskan Syiah di Malaysia ini telah mengancam rakyat bukan Islam di negara ini. Pasti mereka akan berfikir bahawa, jika kelompok Islam mahu menghapuskan kelompok Islam yang lain, maka pasti tidak ada jaminan bagi agama-agama lain selain Islam - seperti hindu, budha, kristian, sikh - juga bakal dihapuskan oleh pihak Jabatan Agama di Malaysia khususnya JAKIM dan MFK/MKI.

15. Apa yang berlaku di dalam dunia Islam, ianya amat bertentangan sekali dengan apa yang berlaku di Malaysia, diskriminasi dan hak sebagai rakyat Malaysia minoriti Islam telah dinafi bahkan etnik kami mahu dihapuskan. Jika dilihat, Dunia Islam telah menerima Syiah sebagai mazhab Islam yang sah dan boleh diamalkan dan bebas untuk disebar dan dipelajari. Fatwa Mufti-mufti Mesir (yang terbaharu fatwa Dr. Ali Jum`ah), Para Ulama’ Universiti Al-Azhar, Deklarasi Amman Message 2004,18 Deklarasi OIC 199619 serta Islam Hadari 2010. (Lampiran 6 ). Merujuk kepada 26 / 12 / 2010, Perjanjian Madinah diantara Syiah, Ahli Sunnah dan Salafi-Wahabi telah dimeterai dimana Syiah telah diterima oleh semua para ulama dan Dunia Islam.

16. Melihat akan kesungguhan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak Salafi-Wahabi ini yang berbagai cara dengan mengadakan berbagai seminar “Bahaya Syiah” dan menggunakan media-massa dan cetak untuk memfitnah Syiah dan menghasut masyarakat sekaligus memecah-belahkan rakyat 1Malaysia dan menjejaskan keselamatan negara, maka kami, patik mazhab Syiah ini ingin DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dapat mengarahkan kepada pihak JAKIM dan JAIS agar menghentikan provokasi terhadap mazhab Syiah serta menitah kepada pihak yang terlibat mengkaji semula fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan 1984 yang membolehkan Syiah di 1Malaysia yang telah dibatalkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1996.

Patik sekalian bermazhab Syiah mengetahui bahawa wujud pengaruh Salafi-Wahabi dalam perkara pengharaman dan penghapusan Syiah ini. Ini disebabkan terdapat beberapa orang pegawai JAKIM dan JAIS yang dilihat pro kepada fahaman Salafi-Wahabi, atau kalaupun mereka bukan berfahaman Salafi-Wahabi, namun tindakan mereka sedikit sebanyak berjaya merosak dan memecah-belahkan kesatuan dan perpaduan masyarakat Islam di 1Malaysia, atau tindakan mereka menguntungkan musuh-musuh Islam (Yahudi & Nasrani) yang sememangnya mencari peluang untuk memusnahkan Islam dan umatnya dari dalam. Mereka adalah seperti Dr. Juanda Jaya (mufti Perlis), Datuk Marzuki Husin (Pengarah JAIS), Datuk Othman Mustafa (Pengarah JAKIM) dan Datuk Abdul Shukor Husin (Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan) serta pegawai-pegawai JAKIM yang lain seperti Prof. Zakaria Stapa, Dato’ Dr. Johari Mat, Datuk Khusrin Munawi (mantan Pengarah JAIS), Dr. Asri bin Abu Thalib @ Zainal Abidin (mantan Mufti Perlis), Datuk Seri Shahidan Kasim (mantan Menteri Besar Perlis). Manakala penyokong-penyokong tindakan dan agenda Nawasib samada disedari atau tidak ataupun disengaja atau tidak sengaja adalah (Dr.) Uthman El-Muhammady20, Asri Yusuf21, Rasul Dahri, Fauzi (Abu Huzaifah), Latif (Harun Embong), Husin Yee, Mohd Aizam Mas`ud, Abdullah Yasin, Arif Nazri, Dr. Azwira Abdul Aziz, Mazlee Malek, Abdul Basit Abdul Rahman (Abu Anas Madani), Ahmad Najib Abdullah, Hasliza Hasan (Berita Harian), Haryati (Metro), Fathul Bari, Kapten Hafiz Firdauz, Abu Hasan Din (bekas imam masjid negara), Dr. Aziz Hanafi, Yusoff bin Abbas22, Dr. Muhamad Rahimi Osman (UiTM)23, Fadlan Mohd. Othman24, Ruwaifi Sulaimi25, Mohd. Yaakub Mohd. Yunus26, Salahuddin27 dan lain-lain (mohon pihak berkuasa menyiasat dan mengesahkan perkara ini). Bukan sekadar api perpecahan yang Salafi-Wahabi ini tiupkan ke dalam masyarakat kita. Tetapi mereka juga adalah golongan yang membawa nama buruk kepada Islam. Jika diperhatian dari gerakan mereka bermulanya dengan pengeboman World Trade Center di New York, pengeboman di Bali, pengeboman station keretapi api di Britain, pengeboman station kereta api di Portugal, pembunuhan umat Islam di Sri Lanka sewaktu mereka menyambut Mauludi Rasul, kewujudan Jemaah Islamiyyah di Indonesia, kewujudan gerakan Al Maunah di Malaysia adalah hasil dari gerakan Salfi-Wahabi ini. Mereka golongan yang mewujudkan Islamphobia di dalam dunia masa kini. Kesannya dapat dirasakan oleh hampir semua orang Islam yang ada hubungan negara Dunia Barat terutamanya dengan negara Amerika Syarikat dan Great Britan.

17. Tindakan mereka seakan menyahut deklarasi yang pernah ditandatangani oleh 38 orang ulama Saudi berfahaman Salafi-Wahabi yang bersetuju untuk menyebarkan kepada dunia bahawa “Syiah adalah musuh Ahli Sunnah” dan “Syiah penyebar ajaran sesat” dan berbagai lagi fitnah dan pembohongan liar yang disebarkan ke seluruh dunia. Kami, patik sekalian bermazhab Syiah khususnya bimbang nama-nama yang kami sebutkan di atas akan terpengaruh dengan dakyah dan penipuan Salafi-Wahabi tersebut. Seluruh Dunia Islam sedang melihat Kerajaan 1Malaysia yang dikenali sebagai Negara Islam contoh. Syiah yang ada di 1Malaysia seramai 200,000 - 300,000 orang dan di Dunia Islam seramai 700 juta orang sedang memerhati langkah kerajaan 1Malaysia mengambil tindakan yang bijaksana bagi mengatasi masalah dan ancaman serta penghapusan etnik yang sedang dihadapi oleh umat Islam Syiah di 1Malaysia. Tindakan mereka yang pro atau menyebelahi agenda Salafi Wahabi telah melemahkan kekuatan dan Ketuanan Melayu Islam di 1Malaysia.

Ia menjadi lebih rumit akan ketegangan ini apabila, Kerajaan Saudi telah memberi peruntukan yang begitu besar kepada penuntut-penuntut 1Malaysia yang mahu menuntut ilmu di universiti-universiti aliran Wahabi-Salafi. Patik sekelian memohon agar penghantaran penuntut ke sana di kaji dan diperhalusi sebaik mungkin.

18. Untuk pengetahun DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, Syiah adalah golongan mazhab yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai ikutan dan pegangan ajaran mazhab. Juga menerima kepimpinan Ahlul Bait yang mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah 100%. Gerakan yang memusuhi pencinta Ahlul Bait ini disebut sebagai Nawasib. Kaum Nawasib pembunuh imam Ali sahabat dan menantu Nabi di medan Siffin. Nawasib pembunuh imam Husein cucu Nabi di Karbala. Nawasib adalah golongan yang menyakiti Ahlul Bait dengan perkataan dan perbuatan. Syiah adalah pencinta dan pengikut ajaran Ahlul Bait sebagaimana yang telah diperintahkan Allah (Al-Quran) dan Nabi (As-Sunnah). Syiah adalah Ahli Sunnah kerana mengakui dan mengikuti kepimpinan (wilayah/mawla) Allah dan Rasul. Setelah kewafatan Rasul, Syiah adalah Jamaah yang mengakui dan mengikuti kepimpinan (wilayah/mawla) Allah, Rasul dan Ahlul Bait. Syiahlah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

19. DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dirayu agar menitah pihak-pihak berkuasa meneliti gerakan ini di 1Malaysia dan mereka (yang telah disebutkan nama-nama di atas) yang dilihat pro kepada fahaman Salafi-Wahabi. Mereka telah menggunakan berbagai cara untuk menuduh pencinta dan pengikut ajaran Ahlul Bait yang dikenali sebagai Syiah ini sebagai sesat dan bahaya serta perlu dihapuskan dengan segera meskipun dengan cara membunuh. Mereka telah menyalah-guna kuasa mereka di Jabatan-jabatan agama, JAKIM, JAIS dan pusat-pusat pengajian tinggi (IPT). Tidak mustahil juga mungkin mereka telah menerima rasuah (moral dan / atau material) dari pihak tertentu kerana mereka-lah yang menjadi sebab pembatalan Fatwa 1984 yang mengakui Syiah sebagai mazhab Islam yang diterima di 1Malaysia. (Mohon pihak SPRM danCawangan Khas menyiasat perkara ini untuk pengesahan). Di sini dengan izin, patik merakamkan Peristiwa Seminar Bahaya Syiah dari sudut Aqidah, Syariah dan Negara anjuran JAIS di Peringkat Kebangsaan yang di dijalankan di Intekma Resort UiTM pada 27 / 4 / 2011 dan kemudiannya satu Seminar sepatutnya di buat di D’Plama Hotel, Ampang terpaksa di batalkan; setelah beberapa pengikut Syiah telah membuat laporan polis ke atas Seminar yang dianjurkan oleh JAIS di Intekma Resort. Mengikut maklumat yang patik sekian yang bermazhab Syiah perolehi Seminar itu di biayai oleh KEDUTAAN SAUDI sebanyak RM160,000 (Ringgit Malaysia Ribu; Satu Ratus dan Enam puluh sahaja). (Minta disiasat).

20. Adakah tindakan JAKIM, JAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK/MKI) akan menjejaskan nama baik 1Malaysia sebagai negara Islam contoh? Bagi pihak kami, patik sekalian bermazhab Syiah tidak mahu sama sekali nama 1Malaysia terjejas, dan Dunia Islam akan mengatakan bahawa 1Malaysia sedang mendiskriminasi, menafikan hak dan mahu menghapuskan etnik kami mazhab Syiah dengan berselindung di sebalik fatwa mufti. Apatah lagi fatwa tersebut berlanggar dengan Perlembagaan Persekutuan dan fatwa-fatwa dunia Islam, yang jelas melanggar hak kebebasan beragama bagi semua negara bertamadun dan berperadaban. Bahkan, keputusan yang salah yang sedang dilakukan oleh pihak JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan di 1Malaysia ini berkenaan isu Syiah ini mungkin bakal merosakkan hubungan politik, sosial dan ekonomi antara 1Malaysia dan negara-negara yang majoriti berfahaman Islam Syiah khususnya Iran (98% Syiah), Iraq (60% Syiah), Syria (13% Syiah), Bahrain (80% Syiah), Lubnan (45% Syiah), Afghanistan (15-19% Syiah), Pakistan (28% Syiah), Yaman (46% Syiah), Arab Saudi (10-15% Syiah), Turki (9.9% Syiah), Kuwait (20-30% Syiah), Qatar (10% Syiah), Oman (17% Syiah), UAE (15% Syiah), Myanmar (4% Syiah), Indonesia (2-3% Syiah) dan negara-negara yang lain. Tidak dilupakan negara-negara yang telah menetapkan perlembagaan negara mereka bahawa Syiah adalah salah sebuah mazhab yang bebas diamal dan dipelajari seperti Indonesia, Sri Lanka, Pakistan, Brunei, Thailand, Kemboja, Vietnam, Singapura dan lain-lain. Cukup dinyatakan bahawa Perlembagaan negara republik Iran28 – disamping negara-negara yang telah disebutkan di atas - yang telah menjadikan Syiah sebagai mazhab rasmi negara mereka, namun perlembagaan mereka juga tidak pernah sekali-kali menghalang lain-lain mazhab seperti mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Hanafi, Maliki, Syafi`ie dan Hanbali, diikuti mazhab selain Ahli Sunnah seperti Zaidiyah, Ibadhiyah dan Zohiriyah untuk mengamalkan ajaran mereka. Bahkan mereka bebas untuk diadili mengikut mazhab masing-masing. Keputusan JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan benar-benar telah mencemarkan nama baik 1Malaysia yang terkenal dengan sebuah negara yang aman dan damai meskipun berbilang bangsa dan agama, namun dalam soal hak kebebasan rakyat untuk beragama yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan telah dicemari oleh pihak-pihak berkenaan.

21. Atas keperihatinan DYMM DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, kami, patik sekalian bermazhab Syiah merayu agar keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1996 yang telah membatalkan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1984 yang mengakui Syiah sebagai Islam yang sah dan bebas untuk diamal dan dipelajari di 1Malaysia dikaji dengan teliti dan dimuzakarahkan semula. Jika fatwa MFK/MKI 1984 boleh dibatalkan oleh MFK/MKI 1996, maka tidak mustahil ia juga boleh dimuzakarahkan dan dipinda semula kembali kepada pewartaan fatwa asal iaitu Syiah diterima sebagai mazhab Islam yang sah di 1Malaysia. Kami, patik sekalian bermazhab Syiah juga memohon agar wakil kami diizinkan hadir dan duduk bersama-sama berbincang dan memberikan penjelasan yang sewajarnya berkenaan Syiah agar tidak wujud lagi salah faham dan tuduhan yang tidak berasas sebagaimana pihak JAKIM, JAIS dan MFK/MKI pernah menggunakannya dari tahun 1996 (zaman pengharaman Syiah) hingga sekarang. Inilah rayuan kami, patik bermazhab Syiah. Bahkan rayuan ini tidak bertentangan dengan hak kami yang menjadi Orang Kena Tuduh (OKT) untuk membela diri kami sendiri demi kebenaran dan kesejahteraan Islam dan umatnya, khususnya di 1Malaysia.

22. Isu perbezaan pemikiran antara mazhab-mazhab bukanlah suatu perkara yang perlu diperbesarkan.29Seharusnya, pihak JAKIM dan jabatan-jabatan agama negeri membantu pihak kerajaan 1Malaysia dan lebih memfokuskan teknik dan cara terbaik untuk menangani isu-isu sosial yang sedang melanda masyarakat Islam di 1Malaysia. Pelbagai kes keruntuhan akhlak dilaporkan seperti pembuangan bayi, pelacuran, penyalah-gunaan dadah, pembunuhan, rompakan dan berbagai lagi jenayah yang merupakan masalah besar kepada kemajuan rakyat dan negara 1Malaysia. Pihak JAKIM seharusnya memainkan peranan utama selaku badan agama yang diamanahkan dengan cari jalan penyelesaiannya sehingga ke akar umbi agar ia dapat dihapuskan atau setidak-tidaknya mengurangkannya hingga ke paras paling minimum. Pihak JAKIM diseru agar memandang serius perkara-perkara tersebut dengan mendidik masyarakat Islam 1Malaysia agar celik al-Quran dan as-Sunnah supaya 1Malaysia menjadi sebuah negara contoh terbaik dunia Islam dan bukan Islam. Anjakan paradigma dari berbagai sudut khususnya dari sudut ekonomi perlu diketengahkan kepada masyarakat Islam 1Malaysia agar kadar kemiskinan yang lebih sinonim dituju kepada masyarakat melayu Islam dihapuskan. Lebih dianjurkan kepada pihak JAKIM dan jabatan-jabatan agama negeri yang banyak membuang masa, tenaga dan wang ringgit rakyat 1Malaysia untuk menghapuskan pengikut-pengikut mazhab Islam Syiah di 1Malaysia lebih baik bekerjasama dengan komuniti Syiah di 1Malaysia ini bersama-sama menjayakan seruan kerajaan 1Malaysia yang mahukan rakyat 1Malaysia menjadi bangsa yang bersatu – padu, maju dari sudut ekonomi dan sosial mereka.

23. Akhir kalam, kami patik bermazhab Syiah tidak mahu 1Malaysia sebuah negara yang disanjung oleh Dunia Islam terjejas disebabkan tindakan yang diambil oleh JAKIM, JAIS dan MFK kepada pengikut Syiah. Sekali lagi, kami, patik sekalian bermazhab Syiah secara telus merayu DYMM Yang Dipertuan Agong dan YAB Perdana Menteri untuk meneliti dan mengkaji semula fatwa MFK 1984 yang mengakui keIslaman Syiah dan membolehkan Syiah diamalkan di 1Malaysia. Kami patik sekalian bermazhab Syiah amat berbesar hati sekiranya dipanggil untuk memberi penjelasan sama ada secara terbuka (dialog) atau tertutup. Demi keadilan, harapan kami agar permasalahan ini diberi perhatian oleh pihak Tuanku DYMM Yang Dipertuan Agong dan Datuk Seri YAB Perdana Menteri Malaysia agar kami sebagai rakyat 1Malaysia tidak dianiaya dan keselamatan kami terjamin. Dalam masa yang sama keselamatan negara dan juga hak ketuanan melayu Islam tidak tergugat dan kekal dipertahankan. Segala jasa baik dan keperihatinan serta tindakan DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, kami patik rakyat 1Malaysia bermazhab Syiah mendahulukannya dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah memberkati dan merahmati DYMM Yang DiPertuan Agong, sultan-sultan, YAB Perdana Menteri Malaysia, pemimpin-pemimpin dan saudara-saudara kami rakyat 1Malaysia, sekaligus memakmurkan bumi 1Malaysia ini dengan keamanan dan perpaduan umat Islam dan rakyat 1Malaysia seluruhnya. Hidup 1Malaysia!



Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Salam 1Malaysia kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia.

Sekian.

Yang Ikhlas


………………………………………………………….….
(Setiausaha Agung Majlis Syiah Malaysia)
Mohd Haidar bin Mohd Hashim.
+6012-9357821

Melalui / Dengan Persetujuan Presiden Majlis Syiah Malaysia.

** Bersama memorandum ini disertakan 4 buah buku sebagai rujukan kajian YDMM Yang DiPertuan Agung & YAB Perdan Menteri Malaysia

Memorandum ini di sokong juga oleh NGO-NGO lain Seperti di bawah :-
1. Majlis Pendekatan Mazhab – Mazhab Islam Malaysia.
2. Majlis Pembebasan Al-quds Malaysia.
3. Persatuan Insaf Malaysia.

s/k
1. Duli Yang Maha Mulia Sultan selaku Ketua Agama Negeri
2. YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran
(Mohon jabatan YAB Datuk mengkaji semula buku-buku teks yang menjadi silibers (sukatan) pelajaran tingkatan 5 di Malaysia berkenaan mazhab Islam Syiah yang disebut sebagai ajaran sesat dibatalkan)
3. YB Menteri Dalam Negeri
4. YB Menteri Hal-Ehwal Agama Islam
5. YAB Menteri-Menteri Besar
6. YAB Ketua-Ketua Menteri
7. YB Sohibul Samahah Para Mufti Negeri
8. YB Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan
9. YB Pengarah JAKIM
10. YB Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri
11. YB Ketua Polis Negara
12. YB Pengarah Cawangan Khas
13. YB Ketua Polis Negeri-Negeri
14. YB Ketua Cawangan Khas Bukit Aman
15. YB Ketua Pengarah SPRM
16. PAS
17. SUHAKAM
18. SUARAM
19. SHURA
20. PUM
21. ABIM
22. MAJLIS PENDEKATAN MAZHAB-MAZHAB ISLAM MALAYSIA
23. MAJLIS PEMBEBASAN AL-QUDS MALAYSIA
24. MAJLIS PEMIKIR, CENDEKIAWAN, INTERLEK & ULAMA MALAYSIA
25. MAJLIS PERSAUDARAAN & PERPADUAN ISLAM MALAYSIA
26. MAJLIS AHLUL BAIT MALAYSIA
27. PERSATUAN INSAF MALAYSIA