Tu dia....apabila penasihat bertauliah memberi nasihat secara free jer. Tak payah membazirkan berbilion ringgit pun.
Sepatutnya PM Menggunakan khidmat nasihat Tun M sebagai rujukan berhubung dengan Hal Ehwa Negara di samping menggunakan PEMANDU "lesen terbang" . Jika dilihatkan seolah-olah PM begitu mengikut telunjuk Punahsihat/PEMANDU sehinggakan sampai tak ambil tau langsung keresahan rakyat.
Apa yang lebih "menterujakan" sehinggalah bekas PM, Tun M memberikan "kata dua" berkenaan isu yang sedang hangat kini.
Putrajaya boleh meningkatkan pendapatan melalui
pengurangan kos dan bukan melalui kenaikan harga barang keperluan, kata Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Mantan perdana
menteri itu berkata meskipun kerajaan memerlukan dana lebih besar setiap tahun
bagi menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat, kerajaan boleh menggunakan
konsep ‘cost down’ untuk mengurangkan pembaziran.
“Kita faham
kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti
yang diumumkan.
“Adalah lebih baik
mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh
dilakukan kerajaan,” katanya dalam tulisan di blog Che Det hari ini.
Menurut Dr
Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak berikutan
Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan kerajaan.
“Kerajaan biasanya
melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk
perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka
boleh melakukannya,” tulis beliau.
Dr Mahathir berkata
Putrajaya boleh melakukan penjimatan sebanyak 50% jika lampu jalan digantikan
dengan mentol LED.
“Penjimatan kepada
bekalan elektrik dapat disalurkan kepada pengurangan subsidi bahan bakar bagi
menjana tenaga namun ini tidak dilakukan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata
meskipun rakyat memahami cukai lebih tinggi diperlukan bagi menanggung kos
pembangunan tetapi peningkatan kos sara hidup harus selari dengan jumlah
pendapatan.
“Pembayar cukai
tidak mampu menanggung kenaikan cukai mendadak,” katanya.
Dr Mahathir turut
menyarankan kesan kenaikan cukai perlu dikaji terlebih dahulu.
“Mesti diingat
adalah kenaikan cukai meningkatkan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan,
mengurangkan keuntungan serta pengurangan cukai korporat kerajaan,” katanya.
Mantan Perdana
Menteri itu turut menyelar kerajaan kerana meningkatkan tarif elektrik pada
kadar 15% yang disifatkannya satu lonjakan besar kepada pengguna elektrik
domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri.
Katanya, kenaikan
tarif elektrik itu sewajarnya dinaikkan secara berperingkat bagi mengelakkan
industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.
“Kenaikan tarif
elektrik pada kadar 15% adalah satu perubahan besar. Kerugian pemain industri
akibat kenaikan tarif elektrik itu akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat
yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar.
“Kenaikan tarif
boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun
atau lebih lama. Jika formula itu digunakan, peningkatan sebenarnya boleh
meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang,”
katanya.
Dr Mahathir berkata
melalui kaedah itu, kerajaan boleh menikmati kadar kenaikan lebih dari 15%
tanpa menanggung apa-apa kerugian sebaliknya melengahkan kadar kenaikan
tersebut.
Beliau tidak menafikan
kerajaan memerlukan wang bagi mentadbir negara tetapi perlu memikirkan kos
rakyat dan perniagaan sebelum memperkenalkan cukai baru.
“Ia tidak terlalu
memberi kesan kepada kerajaan sebaliknya memberi faedah besar kepada rakyat.
Malah hal itu akan dikenang dalam pilihan raya umum akan datang.
“Baru-baru ini,
Presiden Perancis Francois Hollande meningkatkan cukai kepada 50% tetapi ramai
yang meninggalkan Perancis bagi membangunkan perniagaan di negara lain,”
katanya.
Awal bulan ini,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semakan semula tarif elektrik
mengambil kira kepentingan rakyat dengan memastikan kebanyakan rakyat tidak
terjejas.
Beliau berkata
kenaikan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 71% daripada pengguna domestik di
seluruh negara dengan tidak sampai 30% pengguna yang terlibat dengan kenaikan
adalah pengguna industri dan komersial.
Tapi sebenarnya ramai yang tak sedar bahawa Tun M memiliki otak yang
genius. Otak Tun M seorang sebenarnya boleh menggantikan berpuluh-puluh otak
penasihat yang dilantik Najib. Free jer, boleh jimat duit kerajaan. Idea pun
boleh diterima pakai dan sudah tentu rakyat akan terima dengan senang hati. Sekarang ni, idea penasihat Najib @ PEMANDU kebanyakannya semua tak boleh
pakai. Makin menambahkan kebencian rakyat terhadap kerajaan adalah. {Copy dari komen pembacaca }
No comments:
Post a Comment