"Setelah kerajaan Barisan Nasional mengambilalih tampuk pemerintahan negeri Kedah, segala permasalahan yang berkaitan negeri Kedah telah diselesaikan dengan cukup teratur dan rapi. "
Surat Terbuka kepada YAB MB Kedah berkenaan KUIN.
Assalamulaikum dan salam sejahtera…
Y.A.B. Datuk,
Setelah kerajaan Barisan Nasional mengambilalih tampuk
pemerintahan negeri Kedah, segala permasalahan yang berkaitan negeri Kedah
telah diselesaikan dengan cukup teratur dan rapi. Begitu jugalah isu KUIN yang
selama ini menjadi masalah besar dalam Pemerintahan Pakatan Rakyat-PAS sehingga
tersungkurnya kerajaan tersebut kerana kuasa yang ada pada rakyat. Kini
kakitangan KUIN berasa tenang dengan pemerintahan baru yang membela nasib
warganya. Namun terdapat dua perkara yang sedang dinanti-nantikan oleh warga KUIN
iaitu :
1. Status KUIN sebagai Badan Berkanun Negeri
- Umum mengetahui bahawa kedatangan Y.A.B. Datuk ke KUIN tempohari
telah mengumumkan 6 penambahbaikan yang selama ini ditunggu-tunggu oleh warga
KUIN. Salah satunya adalah menjadikan KUIN sebagai sebuah badan berkakun di
bawah kerajaan negeri. Malangnya, sehingga kini tiada langsung kedengaran
tentang perkara tersebut. Yang ada hanyalah ura-ura untuk menaikkan yuran
pelajar dan sebagainya. Kita khuatir sekiranya KUIN tidak dijadikan badan berkanun
negeri, isu lama seperti pembayaran gaji yang terlalu tinggi kepada kroni,
kemasukkan ahli keluarga yang bekerja tanpa prosedur pengambilan yang sah,
penubuhan anak syarikat yang lintang pukang dan kenaikkan yuran pelajar tidak
munasabah akan berlaku sekaligus akan memberikan imej yang buruk terhadap
kerajaan negeri pimpinan Y.A.B Datuk. Sekiranya KUIN diletakkan di bawah badan
berkanun negeri, pemantauan oleh pihak SPA negeri akan berlaku dan segala
permasalahan akan dapat selesaikan. Jesteru itu, besarlah harapan warga KUIN
agar perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.
2. Status Kampus Kuala Ketil.
- Salah satu sebab kakitangan KUIN membantah kerajaan terdahulu
adalah disebabkan Kampus Kuala Ketil yang hanya gah didalamnya tetapi penuh
dengan pembaziran. Ramai yang mengetahui bahawa KUIN Mergong telah beroperasi
selama hampir 18 tahun di Alor Setar. Kebanyakkan kakitangan KUIN telah membeli
rumah di Alor Setar dan selesa tinggal disini. Sekiranya perpindahan berlaku,
sudah tentulah kakitangan akan terbeban dengan perkara ini. Tambahan pula KUIN
masih belum mampu untuk mengurus sebuah kampus sebesar itu. Kami tidak
menentang pembangunan, tetapi biarlah pembangunan tersebut rasional dan tidak
membebankan samaada pelajar mahupun kakitangan KUIN. Yakinlah bahawa sekira
berlakunya perpindahan ke kampus tersebut, yuran pelajar terpaksa dinaikkan
untuk menampung kos seperti api, air, penyelengaraan bangunan dan sebagainya.
Pengambilan 2 kali ganda kakitangan turut akan berlaku kerana kampus sebesar
itu tidak akan mampu dikendalikan oleh kakitangan yang sedia ada sekaligus akan
membebankan kewangan KUIN dan kerajaan negeri.
Y.A.B. Datuk
Kami faham untuk menguruskan sebuah universiti yang sudah sedia
bercelaru bukan suatu perkara yang mudah. Tambahan pula hutang Kampus KUIN
Kuala Ketil yang tinggi telah memberi kesan kepada kewangan negeri. Namun, kami
yakin dangan pengalaman yang ada kepada Y.A.B. Datuk, isu KUIN dapat
diselesaikan sedikit demi sedikit. Warga KUIN kini sedang dalam mood untuk
bekerja dengan tenang dan aman. Diharapkan segala masalah yang diharungi
sebelum ini akan terpadam dengan kepimpinan baru Sekali lagi, kami warga KUIN
berterima kasih di atas segala keprihatinan pihak kerajaan negeri terhadap
KUIN. Semoga Allah S.W.T. bersama Y.A.B. Datuk dalam menguruskan KUIN. Sekian
terima kasih.
insantulis007
-INSAN TULIS-
Petikan dari Kedah Lanie.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete