Showing posts with label KUIN. Show all posts
Showing posts with label KUIN. Show all posts

Saturday, 22 February 2014

APA LAGI KISAH YANG BERLAKU DI #KUIN ? @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


Terdetik di hati KK untuk sama-sama berfikir dan berkongsi kisah KUIN. Kalau dahulu pada zaman pemerintahan "rejim PAS" PELBAGAI MASALAH DALAMAN yang berlaku dalam pentadbiran KUIN. Sehinggakan ada yang berdemo, ada yang buat laporan kepada pihak yang berkenaan dan bermacam lagi "tragedi" pahit dan "busuk" yang berlaku. 

Akhirnya wujud sebuah gerakan yang di namakan "GERAKAN BERSIH KUIN" sebagai kumpulan pendesak dan juga memperjuangkan nasib-nasib kakitang KUIN yang tertindas hasil "idea" dan sikap "rejim PAS" masa itu.

Kali ini.. Blog BERITA KUIN sekali lagi tampil dengan nama yang lebih TEGAS mengenai Kulliyyah Perubatan akan diserapkan dibawah INSANIAH. Aps kisah sebenar yang berlaku pula kali ini....


Bagus dan Tahniah....Kewangan INSANIAH akan kembali terbeban. Apa dah jadi dengan kerjasama dengan pihak MAHSA?? Admin tidak mahu mengulas berkenaan isu ini. Perkara ini sudah banyak kali dicakap dan ditegur tetapi tidak diambil peduli. Pengalaman lama masih tidak dijadikan pengajaran. Kita sebenarnya tidak diberi tempoh "bertenang". Segalanya hendak dibuat dengan cepat dan terburu-buru sehingga tidak diambil kira berkenaan kewangan INSANIAH yang tidak stabil. Keputusan terburu-buru inilah yang menyebabkan kewangan INSANIAH suatu ketika dahulu tunggang-langgang dan huru-hara. Admin nak beri peringatan kepada sesiapa sahaja di dalam INSANIAH.

SEKIRANYA MASALAH-MASALAH LAMA BERLAKU LAGI SEPERTI :-

1. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN GAJI KEPADA KAKITANGAN
2. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN PEMBIAYAAN PERIBADI KEPADA PIHAK BANK
3. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN KERETA KEPADA PIHAK BANK
4. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN RUMAH KEPADA PIHAK BANK
5. KAKITANGAN INSANIAH MENDAPAT AMARAN DARIPADA CRISS DAN CTOS
6. MASALAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK ZAKAT
7. MASALAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK KOPERASI
8. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN MOTOSIKAL KEPADA PIHAK BANK
9. MASALAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK INSURANS SEHINGGA KAKITANGAN 
    MENDAPAT NOTIS LUPUS
10. KAKITANGAN INSANIAH MENDAPAT NOTIS MAHKAMAH

GBK tidak teragak-agak akan :

1. BERDEMO DEMI MENUNTUT HAK YANG DIABAIKAN
2. MEMBUAT LAPORAN POLIS
3. MEMBUAT LAPORAN KEPADA PIHAK SPRM
4. MEMBUAT ADUAN KEPADA PIHAK CUEPACS DAN MTUC
5. MEMBUAT ADUAN KEPADA PIHAK KPT

Ini sebenarnya luahan hati serta keperihatinan Kakitangan KUIN yang ingin melihat KUIN terus UNGGUL sebagai Pusat pendidikan ISLAM bukanya KUIN terkenal sebagai pusat pendidikan yang sabab hari dibebani Masaalah. "BEBURU KEPADANG DATAR, MENDAPAT RUSA BERBELANG KAKI, BERGURU KEPALANG AJAR, BAGAIKAN BUNGA KEMBANG TAK JADI. APAKAH MASIH ADA "TANGAN-TANGAN GHAIB" DALAM PENTADBIRAN KUIN ? Sehinggakan banyak pekara ajaib berlaku....

Saturday, 25 January 2014

KRISIS EXCO KEDAH : Pembentangan Proposal #KUIN KITAR SEMULA !! @MukhrizMahathir



Dulu keadaan Kuin jadi kucar kacir kerana apa yang dirancang oleh beliau langsung tak menjadi. Asrama yang kata nak siap dalam 4 minggu langsung tak siap2 walaupun pelajar diberi cuti selama 7 minggu. Sekarang Tajul Urus dikatakan menjadikan puak2 ni sebagai tink tank beliau dalam Kuin. 

Skuad Bersih berkata demikian kerana orang yang membentangkan pada Tajul Urus adalah orang yang sama yang menjahanamkan kerajaaan negeri dulu iaitu Hj B. Tak kan kerajaaan Kedah sekarang nak jadi macam kerajaan dulu.??
haji B
Skuad Bersih tau Tajul urus tak berapa peka tentang Kuin masa Pru 13 dulu, jadi senang la puak2 tu masuk jarum sambil gorelng Tajul sampai hangit. Tajul Urus kena sedar mereka ni la yang merosakan Kuin dulu, la ni dia ambik puak2 tu sebagai penasihat. Kerajaan Kedah kena sedaq apa yang berlaku, jangan ulang kesilapan dulu. Tajul Urus perlu baiki kesilapan dan jangan hancurkan kerajaan yang ada sekarang.

Staf Kuin kini ingin mengetahui apa peranan Hj B dalam Kuin. Apa jawatan beliau dalam Kuin sehinggakan beliau boleh berjanji pada pihak Klinik Mahkota yang beliau akan menguruskan bayaran tunggakan bil Kuin pada klinik Mahkota secepat mungkin. Janji ini dibuat beliau pada 3 minggu yang lepas tapi hingga sekarang tunggakan bil rawatan di klinik Mahkota belum dijelaskan dan staf terpaksa membayar untuk mendapatkan rawatan. 

Soalnya sekarang apa tugas Hj Besar ini di Kuin hingga beliau boleh berjanji demikian. Mungkin Rektor telah memberi jawatan yg lebih besar pada beliau selepas apa yg buat zaman Jamil berjaya ditutup.

Doktor di klinik mahkaota berkata ada orang atasan bernama Hj B telah berjanji akan selesaikan masalah bayaran bil rawatan tapi sampai sekarang sebarang bayaran tidak dibuat. Kita staf Kuin masih ingat jasa Hj Besar pada kita masa zaman Jamil dulu. Dia adalah salah seorang `failure` yg merancang bangunan Kuala Ketil yg menyebabkan nama Kuin tercalar. 

Tapi beliau dilantik oleh Rektor baru untuk mengeruskan hal di Kuala Ketil. Cukuplah apa yang dia buat dulu masa zaman Jamil. Takkan tak dak orang lain yang boleh buat selain dia. Hj B patutnya tidak diberi sebarang jawatan dalam Kuin tunggu kontrak dia tamat sudah la. Umur pun dah nak expired. Rektor pun kena ambik iktibar atas apa yang berlaku dulu jangan sampai pisang berbuah dua kali. Kerajaan dulu dah terkena ta kan kerajaan barupun nak terkena jugak.

Email dari staff KUIN baca seterusnya di ISU KUIN ! TAJUL KENA TIKAM


Monday, 16 December 2013

Surat Terbuka kepada YAB MB Kedah @MukhrizMahathir .#HanyaDikedah


"Setelah kerajaan Barisan Nasional mengambilalih tampuk pemerintahan negeri Kedah, segala permasalahan yang berkaitan negeri Kedah telah diselesaikan dengan cukup teratur dan rapi. "

Surat Terbuka kepada YAB MB Kedah berkenaan KUIN.

Assalamulaikum dan salam sejahtera…

Y.A.B. Datuk,

Setelah kerajaan Barisan Nasional mengambilalih tampuk pemerintahan negeri Kedah, segala permasalahan yang berkaitan negeri Kedah telah diselesaikan dengan cukup teratur dan rapi. Begitu jugalah isu KUIN yang selama ini menjadi masalah besar dalam Pemerintahan Pakatan Rakyat-PAS sehingga tersungkurnya kerajaan tersebut kerana kuasa yang ada pada rakyat. Kini kakitangan KUIN berasa tenang dengan pemerintahan baru yang membela nasib warganya. Namun terdapat dua perkara yang sedang dinanti-nantikan oleh warga KUIN iaitu :

1. Status KUIN sebagai Badan Berkanun Negeri

- Umum mengetahui bahawa kedatangan Y.A.B. Datuk ke KUIN tempohari telah mengumumkan 6 penambahbaikan yang selama ini ditunggu-tunggu oleh warga KUIN. Salah satunya adalah menjadikan KUIN sebagai sebuah badan berkakun di bawah kerajaan negeri. Malangnya, sehingga kini tiada langsung kedengaran tentang perkara tersebut. Yang ada hanyalah ura-ura untuk menaikkan yuran pelajar dan sebagainya. Kita khuatir sekiranya KUIN tidak dijadikan badan berkanun negeri, isu lama seperti pembayaran gaji yang terlalu tinggi kepada kroni, kemasukkan ahli keluarga yang bekerja tanpa prosedur pengambilan yang sah, penubuhan anak syarikat yang lintang pukang dan kenaikkan yuran pelajar tidak munasabah akan berlaku sekaligus akan memberikan imej yang buruk terhadap kerajaan negeri pimpinan Y.A.B Datuk. Sekiranya KUIN diletakkan di bawah badan berkanun negeri, pemantauan oleh pihak SPA negeri akan berlaku dan segala permasalahan akan dapat selesaikan. Jesteru itu, besarlah harapan warga KUIN agar perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.


2. Status Kampus Kuala Ketil.

- Salah satu sebab kakitangan KUIN membantah kerajaan terdahulu adalah disebabkan Kampus Kuala Ketil yang hanya gah didalamnya tetapi penuh dengan pembaziran. Ramai yang mengetahui bahawa KUIN Mergong telah beroperasi selama hampir 18 tahun di Alor Setar. Kebanyakkan kakitangan KUIN telah membeli rumah di Alor Setar dan selesa tinggal disini. Sekiranya perpindahan berlaku, sudah tentulah kakitangan akan terbeban dengan perkara ini. Tambahan pula KUIN masih belum mampu untuk mengurus sebuah kampus sebesar itu. Kami tidak menentang pembangunan, tetapi biarlah pembangunan tersebut rasional dan tidak membebankan samaada pelajar mahupun kakitangan KUIN. Yakinlah bahawa sekira berlakunya perpindahan ke kampus tersebut, yuran pelajar terpaksa dinaikkan untuk menampung kos seperti api, air, penyelengaraan bangunan dan sebagainya. Pengambilan 2 kali ganda kakitangan turut akan berlaku kerana kampus sebesar itu tidak akan mampu dikendalikan oleh kakitangan yang sedia ada sekaligus akan membebankan kewangan KUIN dan kerajaan negeri.

Y.A.B. Datuk

Kami faham untuk menguruskan sebuah universiti yang sudah sedia bercelaru bukan suatu perkara yang mudah. Tambahan pula hutang Kampus KUIN Kuala Ketil yang tinggi telah memberi kesan kepada kewangan negeri. Namun, kami yakin dangan pengalaman yang ada kepada Y.A.B. Datuk, isu KUIN dapat diselesaikan sedikit demi sedikit. Warga KUIN kini sedang dalam mood untuk bekerja dengan tenang dan aman. Diharapkan segala masalah yang diharungi sebelum ini akan terpadam dengan kepimpinan baru Sekali lagi, kami warga KUIN berterima kasih di atas segala keprihatinan pihak kerajaan negeri terhadap KUIN. Semoga Allah S.W.T. bersama Y.A.B. Datuk dalam menguruskan KUIN. Sekian terima kasih.

insantulis007
-INSAN TULIS-

Petikan dari Kedah Lanie.


Thursday, 19 September 2013

Bekas Pengarah UUMKL dilantik rektor baharu #KUIN @MukhrizMahathir @rakyatnews #HanyaDiKedah


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir hari ini mengumumkan perlantikan bekas Pengarah Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL), Prof Datuk Mohd. Yusof Kasim sebagai rektor baharu Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Datuk Mukhriz yang membuat pengumuman tersebut dalam satu majlis bersama warga pendidikan di sini berkata, perlantikan tersebut berkuatkuasa 16 September lalu. -utusan onlineSent from my BlackBerry 10 smartphone.Datuk Mukhriz yang membuat pengumuman tersebut dalam satu majlis bersama warga pendidikan di sini berkata, perlantikan tersebut berkuatkuasa 16 September lalu. -utusan online

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, 11 September 2013

#KUIN Tawar Tempat Pelajar Mesir Sambung Pengajian. #1Malaysia #rakyatnews #KEDAHAMANMAKMUR @MukhrizMahathir


Mahasiswa yang dibawa pulang dari Mesir akibat pergolakan di negara itu baru-baru ini, berpeluang menyambung pengajian mereka di Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Pengarah Jabatan Perhubungan Awam Kuin, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim berkata kursus-kursus yang ditawarkan ialah dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Al-Quran dan Perubatan.

"Pihak Kuin membuka peluang khas kepada pelajar yang pulang dari Mesir yang tidak berhasrat untuk menyambung semula pengajian di sana memandangkan keadaan di negara itu yang masih tidak stabil," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata, bagi pelajar-pelajar yang sedang menuntut dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar Mesir, mereka boleh menyambung pengajian di Kuin dalam program Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab dan Al Quran.

Katanya pengajian di Kuin amat bertepatan serta selari dengan universiti di Mesir kerana kebanyakan pensyarah yang mengajar bidang pengajian Islam adalah tenaga pengajar yang diambil dari Universiti Al-Azhar. Muhammad Azki Hafizi berkata, selain itu kurikulum yang digunakan Kuin juga mengikut silibus universiti terkemuka itu dan bahasa pengantar program pengajian Islam di Kuin turut menggunakan Bahasa Arab.

Menurutnya pengambilan terdekat Kuin adalah pada Disember ini, namun syarat kemasukan tertakluk kepada syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sementara itu, katanya, bagi pelajar-pelajar bidang perubatan dari mana-mana Universiti di Mesir pula, mereka boleh menyambung pengajian di Kuin dalam bidang Ijazah Perubatan dan Pembedahan.

"Bidang perubatan di Kuin juga mempunyai kesinambungan dengan pelajar dari Mesir kerana pengajian di sini pelajar diwajibkan menghafaz surah-surah tertentu di samping tambahan kurikulum pengajian Islam yang lain. "Kemasukan ke bidang ini akan dibuat pada 29 September 2013 dan kemasukan bagi bidang ini seperti bidang lain tertakluk dengan syarat KPM, MQA dan Lembaga Perubatan Malaysia (MMC)," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pelajar yang berminat boleh menemui wakil Kuin di Kementerian Pendidikan di Putrajaya esok untuk mendapatkan maklumat serta membuat permohonan menyambung pengajian di kolej universiti itu.

"Bagi pelajar yang tidak berkesempatan hadir, mereka juga boleh menghubungi terus Jabatan Hal Ehwal Akademik Kuin di talian 04-7320163," katanya.


-BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 10 September 2013

“Aku buat KUIN saja, hutang #KUIN biaq MB lepas aku pikiaq”. #1Malaysia #rakyatnews #KEDAHAMANMAKMUR @MukhrizMahathir


Secara realitinya projek KUIN di Kuala Ketil ini boleh dianggap sebagai projek "Air Mata Rakyat" kerana ianya dibuat dalam keadaan menindas dan tidak mengambil kira soal kebajikan kakitangan di KUIN.

Kerajaan Kedah tidak berhajat mengeluarkan kertas putih mengenai masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dan anak syarikatnya, Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata audit forensik yang dibuat jelas menunjukkan kemelut yang berlaku dalam Kuin dan IHSB.

Ketika ditanya perkembangan siasatan kemelut Kuin berikutan cadangan wakil rakyat pembangkang dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini agar kerajaan negeri mengeluarkan kertas putih berikutan banyak pendedahan salah tadbir dan penyelewengan dalam Kuin dan IHSB semasa pakatan pembangkang memerintah, beliau berkata ia tidak perlu.

Mukhriz ditemui pemberita di sini hari ini selepas menyampaikan sumbangan peribadi dan zakat oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada 35 pelajar negeri ini yang akan melanjutkan pengajian di tiga buah universiti di Jordan.

Mengenai tindakan undang-undang, menteri besar berkata kerajaan negeri akan melihat keperluannya kemudian.

"Sekarang belum perlu kerana kita menghadapi masalah dengan akaun anak-anak syarikat IHSB. Nak dapat penyata kewangan yang boleh diterima pun susah," kata Mukhriz.

Mengenai pelajar Kedah, beliau berkata seramai 156 orang yang sepatutnya melanjutkan pengajian di Mesir menerima tawaran Kementerian Pendidikan untuk belajar di universiti tempatan termasuk Kuin.

Di samping itu sebahagian besar pelajar Kedah di Mesir masih berada di negara bergolak itu atas sebab tertentu namun kerajaan negeri tetap memantau perkembangan mereka untuk dibawa balik sekiranya perlu, kata Mukhriz.

Mengenai Rektor Kuin yang baharu, menteri besar berkata seorang calon tempatan telah dipilih dan akan diumumkan apabila surat pelantikannya dikeluarkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan telah bersetuju dengan calon itu yang akan bertanggungjawab memulihkan maruah dan martabat Kuin dalam tempoh tiga tahun.

Terdahulu, ketika berucap kepada pelajar yang akan ke Jordan Rabu ini, Mukhriz menasihati mereka supaya menjaga hubungan baik Malaysia dengan negara tempat mereka belajar dengan tidak mencampuri urusan dalaman negara berkenaan.

"Jauhilah golongan penyebar ajaran Syiah dan politik yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia. Belajarlah menjadi cemerlang," katanya.


KK: "Siapa makan cabai... Dia yang rasa pedih"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 27 August 2013

Pelajar Kolej Awam Hampir jadi Mangsa Majikan !! @rakyatnews_my


Nasib malang menimpa pelajar sebuah pusat pengajian disebuah Kolej di utara tanahair sekiranya Kerajaan PAS terus memerintah Negeri Kedah.


Pihak KPT telah meluluskan permohonan itu pada 10 Ogos 2012.. Jika Pas berjaya mengekalkan kuasa mereka di Kedah, bermakna pelajar pelajar baru akan menerima kenaikkan yuran sehingga 200%.


Sebelum kerajaan BN merampas Kedah dari pimpinan Pas, Jamil dan semua ahli lembaga pengarah telah menghantar permohonan kepada KPT untuk menaikkan yuran kursus pengajian pada 13 julai 2012 untuk kemasukkan bulan September 2013.


Baca selanjutnya disini : sumber : medantempurkedah

Apa-apa pun koranglah nilah sendiri tindak puak-puak penyamun PAS dalam Insaniah. Antaranya cubaan mencetuskan provokasi bagi menyalahertikan fakta yang sebenar. Post-post yang diletakkan di dalam Facebooknya adalah bertujuan menimbulkan keraguan sehingga boleh membuatkan orang lain berfikiran negatif terhadapa penambahbaikan terhadapa KUIN. Tapi bila dapat kenaikan gaji baru-baru ini yang diumumkan oleh pentadbiran baru KUIN.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 13 August 2013

Kakitangan Insaniah Holding Dapat "Durian Runtuh" . #KUIN #HanyaDiKedah #rakyatnews


Insaniah Holding ditubuhkan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat dahulu, Kerajaan BN Kedah sekarang memandang serius dan sedang menilai semula kewajaran Insaniah Holdings Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya dalam usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Wujud kepincangan dalam pengurusan Kuin dan bagi menyelesaikan masalah ini tindakan daripada kerajaan negeri diperlukan.

Laporan siasatan dalaman terhadap urus tadbir Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sewaktu di bawah pemerintahan kerajaan Pas Kedah mendedahkan, punca bebanan kewangan Kuin bertambah buruk disebabkan Kuin menubuhkan Insaniah Holdings Sdn. Bhd. (IHSB).

Pada masa sama, IHSB didapati mewujudkan pula lima anak syarikat iaitu Insan Maya Sdn. Bhd., Insan Fasih Sdn. Bhd., Insan System Sdn. Bhd., Insan Hospitality Sdn. Bhd. dan Insan Medic Sdn. Bhd. selain menubuhkan Sekolah Insan Bestari.

Menurut sumber, laporan siasatan itu menyatakan IHSB ditubuhkan secara berskala besar dengan gred jawatan yang diwujudkan terlalu tinggi dan melebihi keperluan 'semula jadi perniagaan'.

"Syarikat berkenaan tidak menjana hasil dan keuntungan selari dengan kekuatan jawatan berkenaan. Tiga jawatan tinggi diwujudkan dalam syarikat itu menerima pembayaran gaji maksimum mencecah RM35,000 sebulan," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sumber itu memberitahu, laporan tersebut juga mendedahkan IHSB dan anak syarikatnya tidak mempunyai kecairan mencukupi untuk menampung kos operasi menyebabkan Kuin terpaksa memberi pendahuluan bagi membayar gaji setiap bulan dan menampung sebahagian kos operasi.

Katanya, berdasarkan analisis yang dijalankan, Kuin menyalurkan pendahuluan sebanyak RM13 juta setahun untuk menampung kos emolumen IHSB dan anak-anak syarikat di bawahnya.
"Jumlah terkumpul yang didahulukan oleh Kuin sehingga Mei lalu ialah sebanyak RM39.52 juta dengan punca penyalurannya merupakan pemberian kerajaan negeri kepada kolej universiti tersebut," ujarnya.


Sumber itu menambah, laporan juga mengesan Kuin menyerahkan operasi kuliah kepada empat anak syarikat IHSB menyebabkan berlaku pertindihan fungsi dan peningkatan kos berganda yang terpaksa ditanggung dan diserap kepada Kuin.

"Kuin menyerahkan pungutan yuran pelajar kepada syarikat yang mengendalikan kuliah dengan purata RM4.39 juta setahun.

"Kakitangan akademik dilantik di bawah syarikat yang mengendalikan operasi kuliah dan sebahagian dilantik atas jawatan bukan pengarah tetapi bertanggungjawab sebagai pensyarah di Kuin," katanya.

Menurut sumber itu lagi, laporan berkenaan turut mengesan beberapa masalah lain melibatkan IHSB yang dilihat tidak mempunyai hala tuju perniagaan jelas dan lebih cenderung menjual perkhidmatan kepada Kuin berbanding pasaran atau pelanggan luar.

Antaranya, kata sumber itu, IHSB dan anak syarikatnya mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi dan berlipat kali ganda kepada Kuin sekali gus meningkatkan kos operasi berbanding jika kolej universiti itu mendapatkan perkhidmatan daripada pembekal luar.

"Jumlah terkumpul yang dikenakan oleh IHSB dan anak syarikatnya kepada Kuin yang belum dibuat pembayaran adalah sebanyak RM20.31 juta," ujarnya.

Dalam pada itu, sumber tersebut memberitahu, kerajaan negeri terpaksa menyalurkan peruntukan menerusi pemberian kepada Kuin pada setiap tahun bagi menampung kos operasi kolej universiti berkenaan.

Menurutnya, laporan sama menyatakan bahawa pada 2005 kerajaan negeri hanya menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.5 juta namun dengan pengembangan operasi Kuin, jumlah berkenaan meningkat kepada RM17 juta pada tahun ini.

Angka itu dijangka terus meningkat jika kolej universiti tersebut terus bergantung kepada kerajaan negeri.

Katanya, laporan itu mendedahkan, pembinaan Kampus Kuala Ketil mengakibatkan liabiliti kerajaan negeri meningkat sebanyak RM534 juta dan terpaksa menanggung kos bayaran secara tertangguh berjumlah RM44.508 juta setahun.

"Jumlah keseluruhan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri adalah sebanyak RM61.508 juta setahun untuk pembiayaan Kuin," katanya.

-UTUSAN ONLINE

Saturday, 27 July 2013

Gempar !! "Tarian sumbang" dalam #KUIN rakyat Kedah perlu tahu siapa dalangnya. #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur


Info terbaru dari berita KUIN yang mendedahkan sikap 'hantu' yang sekarang begerak bebas dan Institusi pengajian itu, yang melancarkan serangan dan fitnah 'jahat' kepada kerajaan baharu Kedah. Projek KUIN dilihat sebagai simbol 5 tahun pemerintahan PAS di Kedah selepas ianya diserahkan kepada BN untuk kembali memerintah.

Projek "Air Mata Rakyat" kerana ianya dibuat dalam keadaan menindas dan tidak mengambil kira soal kebajikan kakitangan di KUIN.

INSAN TULIS MENJAWAB ISU KUIN
Warkah email : Insan Tulis


Assalamualaikum


Saudara blogger...Cadangnya saya malas nak menulis isu KUIN terutamanya di bulan puasa ni. Saya tak mahu menulis kerana dalam keadaan marah, apa saja ayat-ayat yang tidak berkenaan  timbul dan boleh mengurangkan pahala puasa saya. Tetapi setelah banyak pihak yang menyerang KUIN terutamanya Ustaz Azki, saya terpaksa memberatkan tangan menaip apa yang patut dalam mempertahankan KUIN dan warganya. Terlalu banyak ayat-ayat yang ditulis dalam blog adalah fitnah semata-mata dan bertujuan untuk menyerang pentadbiran baru Kerajaan Negeri Kedah. Sangkaan saya, semua fitnah ini akan berhenti sejurus selepas bermulanya puasa Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya, namun semakin kita menghampiri kemuncak Ramadhan yang mulia, lagi banyak fitnah yang ditaburkan terutamanya kepada Ustaz Azki dan seluruh Gerakan Bersih KUIN. Nampaknya di bulan yang mulia ini tidak memberi apa-apa makna kepada mereka yang suka manabur fitnah kepada KUIN. Puasa hanya membolehkan lapar, dahaga dan dosa sahaja. Saya akan menerangkan satu persatu isu yang telah di fitnahkan kepada KUIN.


1. Isu Kampus Kuala Ketil (KKK)

Umumnya semua mengetahui bahawa kampus ini merupakan projek Kerajaan Negeri PR Kedah terdahulu pimpinan Ustaz  Azizan Abdul Razak. Projek yang menelan belanja hampir RM330 juta pada awalnya merangkumi prasarana asrama dan masjid. Namun apabila siap, kedua-dua kemudahan ini tidak ada. Tak mengapa, mungkin kos bahan binaan yang tinggi menyebabkan ada perkara yang perlu di ubah di saat-saat akhir. Tetapi isunya sekarang selepas siapnya pembinaan kampus ini (kononnya siap), bermulalah episod demi episod yang menyesakkan warga KUIN. Walaupun kedua-dua kemudahan ini belum siap, perpindahan secara tergesa-gesa ke KKK sebelum pilihanraya seolah-olah ada unsur politik di sini. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya masalah penempatan asrama kepada para pelajar KUIN dan pentadbiran terpaksa mencari kemudahan  asrama yang lain. Tidakkah ini menyusahkan para pelajar, pihak pentadbiran dan ibubapa. Sepatutnya, Kerajaan Negeri terdahulu menangguhkan perpindahan pelajar ke KKK sehingga kampus ini benar-benar siap. Mengapa ada pihak yang sanggup mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDA dalam merasmikan sebuah kampus yang belum siap sepenuhnya? Ini secara tidak langsung telah mencemar nama baik Baginda yang sangat kita sayangi dan sanjungi. Ampun Tuanku.

Selain dari itu,  dalam pembinaan KKK ini,  kerajaan negeri terdahulu telah berhutang bank. Anggaran kos yang diperlukan untuk membayar hutang tersebut adalah sebanyak RM48 juta setahun selama 15 tahun. Ini belum termasuk belanja mengurus sebanyak RM20 setahun dan penyelenggaraan kampus sebanyak hampir RM4 juta setahun (api, air, potong rumput, syiling jatuh ka, aircond tersumbat ka,upah jaga kolam ayaq dan sebagainya). Jika dijumlahkan kesemuanya hampir RM72 juta dalam setahun dan dijumlahkan selama 15 tahun??? Hampir satu billion diperlukan!!! Tidakkah ini akan membebankan kerajaan negeri sedia ada. Berapa banyak rakyat yang boleh dibantu dengan jumlah yang sebesar ini? Percayalah sekiranya semua pelajar KUIN di Mergong berpindah ke KKK, yuran pelajar pasti akan dinaikkan sebanyak 300% kerana untuk membiayai sebuah kampus yang besar ini, jumlah dana yang sangat banyak diperlukan. Sememangnya KUIN memerlukan sebuah kampus yang selesa tetapi belum masanya ianya memiliki kampus sebesar ini. Para pelajar yang tidak berpuas hati dengan tidakkan kerajaan baru ini akan meninggalkan KUIN setelah tamat pengajian nanti. Tetapi bagaimana pula para pelajar baru selepas ini? Sudah tentulah mereka akan terbeban dengan hutang pelajaran yang berlipat kali ganda. Fikirlah dulu sebelum membuat tindakan kerana bukan sahaja anda yang rugi, malah adik-adik anda yang bakal mendaftarkan diri ke KUIN juga akan rasa bahangnya. Jangan terlalu emosi ketika membicarakan isu KKK ini sehinggakan mengabaikan pelajaran anda. Kampus Mergong pun kita tidak mampu berdikari, bagaimana pula untuk mengurus sebuah kampus besar seperti di KKK. Tindakan kerajaan negeri pada hari ini sangatlah tepat demi untuk mengurangkan kos operasi KUIN.


2. Pemecatan Dato' Latifah sebagai Pendaftar KUIN

Zulya dalam blognya baru-baru ini mempertikaikan pemecatan Dato' Hajah Latifah Hassan secara serta merta dan dianggap zalim. Tetapi persoalannya, mengapa pada ketika En. Najib (Pendaftar sebelum ini) ditamatkan perkhidmatan ketika Jamil berkuasa, Zulya tidak mengulas isu ini dan menyatakan kerajaan terdahulu bertindak zalim kepada kakitangan KUIN. Mengapa pada hari ini berkokok seolah-olah ayam jantan kehilangan  ayam betina dengan menyatakan kerajaan sedia ada zalim dan menyingkirkan mana-mana individu yang mereka anggap tidak sehaluan dalam pentadbiran? Yang peliknya, En. Najib pada ketika itu berumur 58 tahun manakala Dato' Hajah  Latifah berumur dalam lingkungan 60-an. Mengapa En. Najib diberhentikan dengan alasan sudah mencapai tahap umur pencen. Bagaimana pula dengan umur Dato' Hajah Latifah??? Pelik bukan?? Tambahan pula En . Najib telah berkhidmat di KUIN melebihi 15 tahun dan mengetahui isu KUIN dari segenap sudut. Manakala Dato' Hajah Latifah masih terkial-kial dalam memberi setiap respon berkenaan isu KUIN. Adilkah kenyataan yang dibuat oleh Zulya kepada kerajaan negeri hari ini  yang dianggap zalim? Alangkah indahnya Zulya ketika menjadi Ketua Penerangan  suatu ketika dulu mengulas isu KUIN ini dengan jelas dan terang tanpa ada apa-apa agenda.

3. Gaji Insaniah Holding Sdn. Bhd. (IHSB)

Terdapat banyak pihak menyatakan kerajaan negeri pada hari ini tidak membayar gaji pekerja IHSB. Persoalan diatas, atas dasar apakah gaji mereka ini perlu dibayar oleh kerajaan yang sedia ada. Sebelum berhujah berkenaan isu ini, IHSB perlulah membentangkan penyata kewangan mereka selama 4 tahun beroperasi. Apa yang telah dibuat? Setakat mana kejayaan yang telah mereka capai. Berapakah keuntungan dan kerugian yang telah dicatatkan? Tunjukkan dahulu siapa ahli lembaga pengarah IHSB. Selepas semua ini selesai, barulah boleh menyatakan bahawa KUIN tidak membayar gaji anda. Ini kerana gaji yang dibayar kepada IHSB adalah wang rakyat yang perlu dijaga dengan telus dan tulus. Tahukah pembaca sekalian, seramai 26 orang pekerja bawahan IHSB telah diserap masuk ke KUIN dengan gred jawatan N1/R1 dan sebagainya. Tahukah anda bahawa seluruh kakitangan Kulliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal termasuk dapur, kuali, senduk, tong gas, tong sampah yang dahulunya di bawah IHSB diserap ke KUIN? Tahukah anda seramai 10 orang pensyarah  Kulliyyah Multimedia diserap masuk ke KUIN dengan melalui proses temuduga yang betul dan telus tanpa menggunakan kroni ? Mengapa tidak didedahkan semua ini? Adakah kerajaan hari ini bertindak zalim??? Jangan salahkan kerajaan yang ada hari ini, tetapi salahkan kerajaan yang meluluskan penubuhan IHSB tanpa perancangan yang betul dan rapi. Ini bukan soal balas dendam politik seperti diwar-warkan banyak pihak.

4. Status Badan Berkanun KUIN

Bekas Exco Kerajaan Negeri Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini dalam laporan akhbar Sinar Harian menyifatkan langkah KUIN menjadi badan berkanun sebagai mundur ke belakang dan boleh menjejaskan perkembangan universiti berkenaan. Beliau turut menjelaskan bahawa "taraf KUIN yang berstatus syarikat milik kerajaan berpotensi untuk dinaik taraf kepada status korporat, bukannya kembali bernaung di bawah kerajaan negeri. Apabila sesebuah institusi menjadi badan berkanun, ianya tertakluk pada peraturan kerajaan termasuk wujudkan jawatan, pengambilan pensyarah dan kakitangan. Perkembangan KUIN akan terbatas dan sebarang keputusan terhad kerana perlu dirujuk kepada lembaga pengarah dan kerajaan negeri. Selain itu  ia akan terikat dengan apa saja prosedur dan birokrasi kerajaan negeri." Ya benar pendapat beliau itu. Tetapi beliau kena ingat, tanpa tertakluk kepada peraturan kerajaanlah, KUIN semasa pemerintahan kerajaan terdahulu haru biru, kucar kacir dan tunggang langgang.  Pengambilan kroni yang berleluasa, pemberian gaji sehingga RM35 ribu sebulan  tanpa prosedur yang betul, penambahan kursus yang tiada langsung pelajar dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana keputusan yang dibuat tidak mengikut peraturan kerajaan negeri sehinggakan KUIN menjadi nyawa-nyawa ikan. Sekiranya menjadi syarikat korporat, sudah tentulah yuran boleh dinaikkan. Bagaimana pula dengan pelajar nanti yang terpaksa menanggung jumlah yuran yang begitu tinggi. Tidakkah status badan berkanun ini akan menyebabkan kakitangan KUIN terbela pada masa hadapan? Fikirlah sebelum membuat kenyataan seolah-oleh KUIN hebat pada zaman pemerintahan anda.

5. Pengambilan pelajar bulan Julai 2013 sebanyak 500 ++

Adilkah kerajaan negeri yang baru memegang tampuk pemerintahan selama 2 bulan dipersalahkan kerana kemasukan pelajar yang merosot? Trend penurunan jumlah pelajar ke KUIN  telah berlaku sebelum ini lagi. Cuba lihat contoh yang diberikan oleh blog merah (Julai intake 2010 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1900,Julai intake 2011 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1600, Julai intake 2012 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri  900, Julai Intake 2013-Bilangan pelajar yang mendaftar diri 500 ). Tidak adil rasanya menyalahkan kerajaan yang ada pada hari ini. Berikan masa kepada PRO baru iaitu Ustaz Azki kerana pada zaman beliau menjadi PRO (sebelum 2009), KUIN terpaksa menolak permohonan pelajar kerana terlalu ramai ingin ke Universiti ini. Saya tidak mahu menyebut nama PRO sebelum ini yang gagal dalam mempromosikan KUIN ke luar. Biarlah pentadbiran baru merencanakan promosi yang akan dibuat.

6. Penutupan Kulliyyah di KUIN

Untuk pengetahuan pembaca, ini merupakan satu pembohongan yang ketara. Fitnah yang tidak akan dimaafkan oleh seluruh warga KUIN. Sesiapa yang menabur fitnah ini, pasti akan mencari seluruh warga KUIN di Padang Masyhar nanti. Takutlah anda semua kepada Allah dengan perkara ini. Sebenar-benarnya sehingga kini, tidak berlaku langsung penutupan Kulliyyah seperti yang difitnahkan sebelum ini. Yang ada hanyalah penggabungan Kulliyyah  di bawah satu bumbung. Diantara kulliyyah yang digabungkan menjadi satu ialah Kulliyyah KTSM, Kejuruteraan dan Multimedia. Ketiga-tiga kulliyyah ini telah bersatu untuk mengurangkan kos operasi KUIN. Janganlah kita mengurangkan pahala apabila membuat fitnah di bulan yang mulia ini.

 Adalah diharapkan dengan penjelasan ini akan menjernihkan keadaan KUIN yang tidak putus-putus difitnah. Gerakan Bersih KUIN (GBK) akan terus menegur kepimpinan baru sekiranya berlaku ketidakadilan terhadap warganya. Berilah masa kepada kepimpinan baru dalam merencakan KUIN sebagai sebuah universiti tersohor bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia secara amnya. Seperti kata dari Ustaz Azki, GBK tidak pernah dibubarkan.Sekian, terima kasih.

-Apabila Insan Tulis Menulis-
*Sekiranya keadaan selepas ini tidak berubah, saya akan menulis pula berkenaan KHI dan pekeliling yang tidak digunapakai di dalam KUIN.
-IT-

Sumber : http://beritakuin.blogspot.com

KK : rupanya dalam bulan yang Mulia (Ramadhan) perangai cai-cai PAS sama, kheja nak fitnah jer...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 26 July 2013

Ramai keliru pasal @MukhrizMahathir dan #KUIN. #HanyaDiKedah #rakyatnews


Pembaharuan pentadbiran akan mengambil masa beberapa bulan kerana pentadbiran yang lama adalah selama 5 tahun terutama yang melibatkan kerumitan di KUIN.

Pelbagai tomahan dan keburukan yang di jana oleh sekumpulan Pelajar dan pensyarah yang di dalangi oleh Pembangkang. Fitnah menjadi rutin seharian kumpulan ini bagi memberi gambaran "palsu" berhubung status KUIN.

Kerajaan Kedah akan mengambil pendekatan terbaik untuk menyelamatkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang menghadapi kemelut kewangan daripada dijual, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya pendekatan itu bukan sekadar menyelamatkan Kuin malah bagi memastikan kebajikan semua warga Kuin mendapat pembelaan sewajarnya.


"Kerajaan negeri sedang melihat pilihan-pilihan yang ada supaya Kuin dapat diselamatkan, infrastruktur dan secara fizikal keseluruhannya," kata Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan program Bubur Lambuk anjuran Telekom Malaysia (TM) di sini, Khamis.


Menurutnya apa-apa pun pendekatannya, ia tetap mengutamakan kepentingan mahasiswa iaitu mereka dapat mengikuti pengajian dengan sempurna.

"Kita akan pastikan kepentingan mahasiswa terbela dan ijazah yang diterima laku di pasaran," kata Mukhriz yang menambah ramai mahasiswa dan staf Kolej Universiti itu mengadu menghadapi masalah tempat tinggal.

Beliau berkata walaupun kerajaan membelanjakan RM330 juta bagi membina Kuin masalah kemudahan seperti rumah dan masjid masih gagal dibangunkan.

Katanya masalah itu memberi kesan secara langsung ke atas mahasiswa selain Kuin sendiri gagal berfungsi dengan sempurna sebagai universiti milik kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata sejak Kedah mewartakan fatwa anti-Syiah pada 18 Julai lepas, kerajaan negeri menerima tindak-balas cukup baik daripada rakyat Kedah termasuk ahli-ahli pondok-pondok agama yang bersetuju dengan tindakan itu.

Mereka juga berpendapat tindakan itu tepat bagi membanteras penularan fahaman Syiah yang memberi kesan negatif termasuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam, katanya kepada wartawan bernama.

Katanya kerajaan negeri akan terus memberi penerangan agar rakyat tidak terkeliru perbezaan fahaman Syiah dan Ahli Sunnah Waljamaah.

Mukhriz berkata fatwa anti-Syiah sebenarnya telah diwartakan di Dewan Undangan Negeri Kedah pada 1998 selepas dua tahun ia diwartakan di peringkat kebangsaan tetapi tiada tindakan jelas dikenakan kepada orang yang menyebarkannya.

KK : Pelbagai rencana jahat bertujuan memburukan imej MB Kedah DPMM serta kejaraan Baharu. Insyaallah segala niat jahat 'ular air' yang bertapak dalam KUIN akan di atasi dan dipatahkan dengan kebijaksaan kerajaan Kedah dibantu oleh rakyat yang cintakan dan sayangkan Istitusi pendidikan agama di Kedah.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 23 July 2013

Gempar !! Cybertroopers Pembangkang cuba ROSAKAN #KUIN dari dalam. #HanyaDiKedah #rakyatnews

WARNA WARNI BERSIH KUIN 3.0

Ada pihak-pihak tertentu cuba mengambil kesempatan untuk memburukkan keadaan dalam KUIN dengan mengapi-apikan Pelajar. Mereka ini didalangi oleh mereka yang berhasrat dengki dengan pentadbiran Baharu Kedah. Di bawah MB Baru, Dato' Mukriz Mahathir melakukan "tranformasi" ke atas KUIN yang amat bermasaalah dan bercelaru di bawah pentadbiran kerajaan PAS.

Pelbagai tomahan dan kebuburakan yang di jana oleh sekumpulan Pelajar dan pensyarah yang di dalangi oleh Pembangkan. Fitnah menjadi rutin seharian kumpulan ini bagi memberi gambaran "palsu" berhubung status KUIN. 

Mahu atau tidak sesiapa yang mengambil alih pentadbiran KUIN pasti akan menghadapi masalah bagaimana ingin membetulkan keadaan. Pembaharuan pentadbiran akan mengambil masa beberapa bulan kerana pentadbiran yang lama adalah selama 5 tahun terutama yang melibatkan kerumitan Insaniah Holdings Sdn Bhd.

WARIS SOKONG PINDAH DEMI KEBAIKAN PELAJAR


Email dari pembaca :

Syukur Alhamdulillah!! itulah reaksi para waris yang menelefon ke Kuin Mergong untuk meminta kepastian apakah anak-anaj mereka yang berada di kuliah Muamalat akan dibawa kembali ke Mergong. Apabila ditanya kenapa mereka berkata demikian para waris memberitahu bahawa anak mereka sering merungut sejak tinggal di Kuala Ketil dengan keadaa asrama yang tidak selesa, jarak asrama yang terlalu jauh dan para waris juga terbeban kerana terpaksa menghantar anak mereka pulang ke asarma bila hujung minggu kerana jarak rumah ke Kuala Ketil terlalu jauh. Mereka juga memaklumkan bahawa anak mereka merungut kerana terdapat terlalu banyak lalat di sana yang menimbulkan rasa tidak selesa terutama waktu makan.

Tetapi apabila waris dimaklumkan anak mereka membantah untuk dibawa pulang ke Mergong mereka kecewa dan bagi tau bukan semua yang tak mau pindah mungkin yang tinggal dirumah sewa saja. Para waris juga memaklumkan bahawa tuan punya rumah sewa juga mengenakan cas sewa mengikut semester dan bukan lagi secara bulanan. Ini membebankan pelajar dan waris, Oleh itu para waris berharap anak mereka akan kembali ke Mergong untuk meneruskan pelajaran.

Oleh itu para pelajar sedarlah apa yang dilakukan oleh Kuin untuk kebaikan para pelajar dan juga waris. Bersabarlah dalam menghadapi apa jua dugaan dan Kuin akan berusaha yabg terbaik untuk memastikan semua pelajar selesa dalam menghadapi pembelajaran mereka.

WARIS PELAJAR MUAMALAT

Tindak pelajar KUIN yang didorong PHD penyokong Tegar Pembakang :-


Paparan print screen FB pelajar, alumni dan pensyarah KUIN anda akan dapat tahu apa di sebalik perancangan untuk menentang pentadbiran KUIN yang sebenar ...dalam nukilan saya yang seterusnya saya akan dedahkan satu persatu :-


https://www.facebook.com/muhamad.helmi.50

Gerakan ? Ajaran pemuda PAS ?

Komen Ahmad Pintu : benarkah gerakan ini dipimpin oleh orang dalam KUIN Azlina,Redho dan Ubai, pokok tak bergoyang kalau taka ada angin




Step pertama buat pertemua pelajar sebelum step kedua pelajar akan berdemo : siapa dibelakang mereka ?

Facebook yang agak kontra dengan tindkan yang diambil sekarang.... Hmm macam-macam
Sumber

KK : Memang Ular ayaq ler... puak-puak ni... 

Friday, 19 July 2013

#KUIN : Kolej Universiti Isaniah bakal DITUTUP ? @MukhrizMahathir #HanyaDikedah


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir enggan ulas desas desus mengenai penjualan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) yang kini tersebar di blog-blog ketika ini.

Sebaliknya Mukhriz berkata, Kerajaan Negeri Kedah akan terus mengutamakan kebajikan dan kepentingan pelajar di kolej tersebut.

"Kalau dilihat dari segi kewangan, pembinaan kampus induk itu sahaja menelan belanja sebanyak RM350 juta dan menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun.

"Perbelanjaan tersebut belum termasuk gaji pekerja dan sebagainya yang mencecah lebih RM50 juta setahun. Tanggungan kewangan itu memang tinggi.

"Bagaimanapun, kita telah berjaya membuatkan Insaniah sebagai satu badan berkanun," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, hari ini.

Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan berkata, Kerajaan Kedah sedang menilai semula kewajaran Insaniah Holdings Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya dalam usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah Kolej Insaniah.

Mukhriz berkata, menerusi penilaian semula itu kerajaan negeri antara lain mempertimbang langkah untuk memperkemaskan pengurusan anak syarikat berkenaan.
"Hasil siasatan awal yang dijalankan, kita dapati memang wujud kepincangan dalam pengurusan Insaniah dan bagi menyelesaikan masalah ini tindakan daripada kerajaan negeri diperlukan.

"Kita juga dapati terdapat beberapa entiti yang terpaksa menanggung kerugian dan terpaksa bergantung kepada sumber dana Insaniah yang disalurkan oleh kerajaan negeri dan suntikan bantuan ini telahpun mencecah jutaan ringgit yang seharusnya boleh digunakan untuk kegunaan rakyat," kata Mukhriz.

Sementara itu, ketika mengulas perkara sama, Mukhriz menambah, sekiranya kerajaan negeri terpaksa memilih opsyen itu, kakitangan dan pengurusan Insaniah secara menyeluruh tetap diberi perhatian.

Katanya lagi, penukaran status Insaniah itu juga memudahkan kerajaan negeri membela nasib setiap warga Insaniah. Klik untuk menonton berita http://www.youtube.com/watch?v=2Jtx8cJuji0&feature=youtu.be

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, kerajaan negeri akan membuat penambahbaikan terhadap Kulim Teknologi Park Corporation supaya usaha menarik pelabur berjalan lancar.

"Dalam masa sama, kita perlu memberi respon lebih pantas kepada pelabur. Juga boleh fikirkan mengenai cara terbaik untuk memenuhi piawaian yang kita berikan kepada pelabur.

"Hal ini termasuk mempercepatkan kelulusan permohonan semua aktiviti yang diberikan kepada mereka (pelabur)," katanya.
Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 8 July 2013

Blogger 'kantoi' cuba perkosa #KUIN #HanyaDiKedah



Fitnah yang dibuat dalam blog kedahlanie adalah kerana sudah tak dak isu nak jatuhkan KUIN terpaksa berbohong.

Hari ini dalam blog Kedahlanie satu artikel telah dikeluarkan mengatakan bahwa pihak KUIN telah mengeluarkan program Nursing, Multimedia, Engeenering, Medic dan Hospitality dan memaparkan print screen pictures untuk membuktikannya


petikan gambar yang dipaparkan di atas adalah dari blog kedahlanie

Admin menjawab :

Rasulullah saw berkata :
Jika datang berita dari orang fasik maka hendaklah jangan terima (berjaga-jaga)"

Demi memarkan membongkarkan pembongan dan FITNAH JAHAT blog tersebut, B E R I T A K U I N . B L O G S P O T . C O M paparkan gambar di bawah yang diambil dari laman web KUIN dan anda boleh layari pautan ini 


Semua kulliyyah yang pernah dijalankan dahulu tiada langsung terjejas. Cuma ada orang fasiq yang mereka-reka cipta fitnah untuk tujuan jahat.

semoga Allah memberi hidayah kepada admin blog agar menapis cerita betul dan benar supaya nampak lebih berwibawa artikel blog.

GAJI KAKITANGAN KUIN

Fitnak kakitangan KUIN tak dapat gaji adalah peluru sesat ala syiah yang ditembak oleh blog. Sehingga kini semua staf KUIN yang bekerja dengan KUIN dan staf KUIN yang dipinjamkan ke Insaniah Holdings langsung tak ada masalah gaji macam zaman dulu..

Kalau ada sungguh yang tak masuk gaji saya cadangkan saman saja apa tunggu lagi . Kalauu tak tahu macamana nak buat mari  jumpa skuad BERSIH kitanak tolong.

Yang tak bayar tu Insanaih Holdings Sdn Bhd. Blogger-blogger kena buat study dulu beza antara Kolej Universiti Insaniah dan Insaniah Holdings Sdn Bhd barulah nampak cerdik cikit bila berhujjah.

Jika Insaniah Holdings Sdn Bhd yang tak bayar gaji carilah CEO dia, PSM Insaniah Holdings Sdn Bhd atau Shkri pegawai kewangan Insaniah Holdings Sdn Bhd, bukan KUIN.

KK : Kebenaran pasti akan muncul, walau apapun serta sebanyak manapun fitnah direka dan cipta oleh mereka yang munafik.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.