Friday 6 December 2013

GARDENIA : SEPERTI MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT. #pau2013 @lidahmelayu


MELIHATKAN usaha dan strategi terancang syarikat Gardenia menyalurkan dana kepada Portal Pembangkan.  Umum mengetahui Malaysiakini sememangnya portal milik pembangkang yang amat popular dengan berita putar belit dan fitnah serta sering menggambarkan imej kerajaan yang 'buruk' lebih jelik lagi kononnya terlibat dengan makan rasuah, skandal dan penyelewengan. Dalam menjayakan misi ini mereka menggunakan pelbagai sumber misalnya maklumat 'orang dalam' untuk meyakinkan masyarakat.


Taja Malaysiakini, Gardenia didesak beri penjelasan.

Pengurusan syarikat pengeluar roti Gardenia Bakery Sdn. Bhd. yang 30 peratus dikuasai oleh Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) diminta menjelaskan tindakannya memberi sumbangan dana kepada portal propembangkang, Malaysiakini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Johari Yazid berkata, umum mengetahui pemegang saham terbesar di dalam Gardenia ialah Bernas yang dimiliki tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Umum juga mengetahui bahawa Malaysiakini adalah portal berita propembangkang yang hanya menghentam dan mencari kesalahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional termasuk mempersoalkan fungsi Bernas.

Apakah tujuan Gardenia menyokong Malaysiakini? Apakah sokongan ini telah mendapat persetujuan daripada Bernas? Apakah sokongan ini telah mendapat perkenan pemegang saham terbesar Gardenia?

Oleh itu, Pemuda UMNO Cheras menuntut penjelasan Bernas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia, Yap Kim Shin mengenai tindakannya memberi sumbangan dana kepada Malaysiakini," kata beliau dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang bertajuk Gardenia tampil sokong dana bangunan Mkini memetik Kim Shin sebagai berkata, syarikatnya menyokong usaha Malaysiakini untuk membawakan laporan dan pandangan dengan cara yang betul".

Tidak dinyatakan nilai derma yang diberikan oleh Gardenia itu dalam kempen Malaysiakini memungut derma bagi pembinaan bangunan baharunya di Petaling Jaya.

Laporan portal berita propembangkang itu turut memetik kenyataan Kim Shin bahawa Gardenia sendiri berkongsi pengalaman sama dengan Malaysiakini - menjadi sasaran kepada kritikan secara tidak adil.

Saya rasakan perjalanan Malaysiakini selari dengan pembangunan Gardenia. Kita sama-sama melalui perjalanan panjang dan berliku untuk sampai di tempat kita berdiri sekarang," kata Kim Shin dalam laporan itu.

Johari mempersoalkan apakah Kim Shin sedar bahawa Malaysiakini lebih memihak kepada pembangkang dan laporan-laporan berita yang ditulis seringkali diputar oleh Malaysiakini dengan tujuan untuk memburukkan kerajaan.

Tidak cukupkah dengan isu bangsa Melayu ditindas dari segi ekonomi, kini hadir pula isu Gardenia yang seolah-olah tidak menghargai usaha kerajaan dan bangsa Melayu yang membantu syarikat Gardenia, dan ini yang dibalas oleh mereka," tegas beliau.

1 comment:

  1. Lepas ni jgn beli product Gardenia lg..banyak lg product roti yg serupa kat pasaran.. contoh High5

    ReplyDelete