Paparan video selama 3 minit 3saat itu dimuat turun di laman You Tube dengan menyaksikan seorang lelaki sedang menyiapkan empat bahan peranti letupan (IED) di bahagian belakang dalam Proton Saga BLM tersebut.
Isu Jihad semakin diperkatakan dan dipandang serius apabila dikalangan rakyat Malaysia yang di katakan terlibat berjuang di bumi syiria klik link ini Memilih Jihad Memburu Syahid Di Syiria ?
IED itu dipasang bagi kawalan letupan dan kereta itu juga di ubahsuai untuk bergerak secara kawalan.
Lelaki
di dalam video tersebut memandu ke arah jalan sebelum membiarkan kereta itu
bergerak secara kawalan dan sejurus itu letupan besar berlaku.
Lokasi
sebenar kejadian ini di salah satu tempat di Syria yang berlaku konflik sejak
2011.
Proton
Saga BLM telah dilancarkan pada tahun 2008 dan Proton turut dijual ke Syria
sejak tahun 2001.
"Ia
tidak menunjuk Proton digunakan secara sengaja. Anggota militan dengan mudah
boleh menggunakan mana-mana kereta. Mereka tidak perlu menggunakan
Proton," jelas satu sumber.
Bagaimanapun,
sumber tersebut berkata, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan militan cuba
mencemarkan nama Malaysia dengan menggunakan Proton Saga. sumber
No comments:
Post a Comment