Friday 27 June 2014

Memilih Jihad Memburu Syahid Di Syiria ?




Semua orang boleh menyebut berjihad dengan jiwa raga demi kerana Allah. Tapi tidak semua orang boleh meninggalkan tilam empuk, makanan enak, isteri yang cantik serta anak-anak yang comel demi kerana Allah..


Jihad Di Kalangan Rakyat Malaysia Di Luar Negara Perlu Dipantau – Muhyiddin

Aktiviti jihad membabitkan rakyat Malaysia di luar negara tidak boleh dipandang ringan dan perlu terus dipantau pihak berkuasa bagi memastikan aktiviti keganasan tidak menular di dalam negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata aktiviti seumpama itu agak membimbangkan kerana mereka yang terlibat dianggap sebagai pelampau walaupun mungkin tujuan mereka ialah ke arah jihad fisabilillah.

“Mereka ini dilatih dalam bentuk ketenteraan oleh pasukan-pasukan bersenjata, jadi ini sesuatu yang kita harus pantau (dan) walaupun ia berlaku di luar negara, tetapi kemungkinan ada (di dalam negara) kalau mereka pulang ke tanah air.

“Kalau tidak dipantau, inilah kumpulan-kumpulan yang boleh memberi masalah dan mempunyai hubung kait dengan keganasan dan sebagainya,” kata beliau di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas aktiviti jihad membabitkan rakyat Malaysia di luar negara yang semakin membimbangkan.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, Muhyiddin berkata kerajaan tidak mahu sebarang perkara yang boleh menimbulkan huru-hara.

“Jadi walapun peristiwa itu berlaku di luar negara seperti Syria dan di mana pun, kita tidak boleh pandang ringan, memang pihak kerajaan ada buat pemantauan melalui hubungan kita dengan rakan-rakan pihak berkuasa di peringkat antarabangsa.

“Kita sudahpun terima laporan pihak Kementerian Dalam Negeri menerusi Interpol. Kita sudah dapat maklum balas tentang keadaan yang sebenar tetapi kita belum dapat memastikan secara terperinci,” kata beliau.


Dua hari lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti identiti sebahagian daripada 15 individu yang terkorban dalam kegiatan keganasan dan jihad di Syria pertengahan bulan ini.

Bagaimanapun, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mendapatkan butiran tepat sebelum mendedahkan sama ada 15 individu itu adalah rakyat Malaysia atau sebaliknya.

Sebuah laporan akhbar tempatan baru-baru ini mendedahkan terdapat aktiviti merekrut pejuang jihad melalui laman sosial yang turut membabitkan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment