Sunday 30 November 2014

Kecoh Kelibat "Mak Lampir" Gegarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. #Misteri


Gempar.. Kejadian berlaku awal pagi, di pada ketika kejadian tiada sebarang aktiviti mencurigakan di laporkan. Secara tiba-tiba kecoh menggemparkan....


Berita penahanan Zuraida telah kecoh di dalam media sosial sebagai satu tujuan untuk memberikan imej yang tidak baik kepada pemerintahan negeri Sarawak.


Kenapa pula membenarkan Anwar Ibrahim, Nik Nazmi, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin PKR yang lain memasuki Sarawak ? Baca seterusnya disini.

Friday 28 November 2014

PANAS !! MACAI UPAHAN PR CUBA CEMAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO #PAU2014 #UMNO2014


Sekitar 30 ' macai upahan' , menggunakan nama pertubuhan GAMIS bertindak untuk merosakan Perhimpunan UMNO 2014 berjaya dihalang oleh 'pahlawan' dari  pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Saudara Razlan Rafii dan Saudara Armand Azhar. Tindakan berdemo ini, sengaja dirancang untuk mendapatkan perhatian Media.

Walau bagaimanapun 'macai' upahan ini tidak berani untuk membawa memorandum tersebut di pintu masuk PWTC.

Sambung baca di sini http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/11/razlanrafii-halang-tindakan-pembangkang.html?m=1









Tuesday 25 November 2014

#ParlimenBaling : Suami Isteri Dibunuh Kejam di Taman Bidara Kuala Ketil.


Sepasang suami isteri ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan kesan tetakan di bahagian tengkuk di rumah mereka di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Kedah.

Mayat pasangan itu ditemui anak angkat mereka tengahari semalam, dalam keadaan berlumuran darah masing-masing di ruang tamu dan ruang makan.

Motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Info group.




Wednesday 19 November 2014

#Memali : Sekali Lagi Air Mata Rakyat Memali Penuhkan Kantung PAS.


Entah di mana silapnya, Sekali lagi Memali mencipta sejarah hitam. Kali kedua ulangtahun pengkisahan Memali tanpa kelibat presiden Parti.

Dalam isu PASma,  Mereka yang menganggotai PasMa adalah juga daripada spesis PAS. Ertinya anak beranak dan keturunan Pas juga. Phahroralrazi Mohd Zawawi yang kini dianggap sebagai presiden PasMa, adalah bekas Exco Kanan Kerajaan Pas Kedah dan pada waktu ini masih menjadi wakil rakyat Pas di Kedah. Beliau merupakan Adun Pengkalan Kundur dalam kawasan Kuala Kedah.



SEDANGKAN pihak pengangjurkan sudahpun  mencanangkan kehadiran Tuan Guru Haji Hadi. Harapan 1000 penduduk dan penyokong Pakatan Rakyat di sini untuk mendengar amanat pimpinan tertinggi mereka 'terkubur' apabila beberapa pemimpin yang diharapkan berucap di pentas ceramah tidak kesampaian.


Pengkisahan Memali, selepas tsunami yang melanda PAS selepas Muktamar 'kurang berseri' kerana ketiadaan pemimpin yang ditunggu-tunggu. Tahun lepas pun ahli PAS dimomokan dengan kehadiran Pemimpin tertinggi tetapi hanya dusta belaka.


Wajah presiden parti, menghiasi poster iklan ceramah berkenaan. Tiada kelibat kempimpinan PAS kedah. Ahli PAS suah sedia maklum sekarang PAS kedah sedang berantakan dengan dua puak.

Nyatalah.. ketidakhadiran Hj. Hadi disebabkan kekecewaan beliau terhadap kempimpinan PAS kedah, yang terang-terang mentang menentangnya.



#ParlimenBaling : Bas Penumpang Terbabas Terjun Sungai di Kuala Ketil.


Sebuah Bas terjunam Jatuh di Sungai Ketil, Kuala Ketil kira jam 4:45 petang tadi. Bas tersebut dari Kuala Ketil ke Sg Petani.

Di maklumat awal, ketika kejadian hanya ada 3 penumpang termasuk pemandu. 2 penumpang dan 1 driver selamat. salah sorang penumpang cedera muka. Maklumat awal bas dari City Liner.

Mangsa dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut.

Info dan Gambar dari krew #BalingToday






Monday 3 November 2014

#ParlimenBaling : Mohon PBT Daerah Baling Pantau Taman Permainan Padang KEDA #DUNKupang cc @azeezputera @TajudinSik


Bukan nak 'peburuk' atau nak menuduh pihak PBT tempatan tak buat kerja ataupun mengulat. Ini hakikat yang harus diterima sekiranya jika kita diamanahkan oleh masyarakat.

Berbekalkan beberapa keping gambar dari 'facebook' dengan izin ishhhh macam dalam parlimen plak, pengadu meluahkan rasa kecewa berkenaan penyelengaraan taman permainan kanak-kanak yang terletak di Padang KEDA ( Pekan Kupang). Sungguhpun ia merupakan lokasi strategik bagi orang ramai menggunakan kemudahan awam tersebut tapi penyelenggaraan amat mendukacitakan.

Tapi amat malang sekali, Apabila peralatan serta keadaan tempat tersebut tidak dijaga dan diselenggara dengan baik oleh pihak berkenaan. Ada sesetengah peralatan hanya tinggal tiang sahaja, rumput dan lalang pajang mengurai. Macamana la.... Baling boleh kerajaan tempatan cakap Daerah Baling bahagia.

Harap pihak PBT serta ADUN yang diamanahkan oleh RAKYAT buat kerja la ye...
KK bukan apa kesian kat rakyat yang dok bagi undi..


KK nak pesan kat orang2 Kuat Pejabat Daerah/Majlis Daerah yang nak pi Korea tu... tolong tengok sama taman permainan atau padang kat korea tu.... dema selenggara camana ?

P/S : Banyak peruntukan kot.....