Friday 21 September 2018

DI MANAKAH MB KEDAH @MukhrizMahathir SEKARANG INI ?


Rungutan terhadap Datuk Seri Mukhriz kini makin memuncak bukan sahaja daripada rakyat dan ahli-ahli parti tetapi juga daripada pegawai-pegawai kerajaan yang ingin melaksanakan tugas di bawah kerajaan baharu.

Buat yang bertanyakan di mana MB sekarang ini, meh baca sini... tahu sekarang ni sedang membangkang sampai info pun tak tahu nak cari dimana. Jemput mai di wisma boleh la dapat info tepat bukan dari group whatsaap.

BETULKAH MENTERI BESAR KEDAH LA NI LAGU TU?

1.    Pertamanya, ucapan terima kasih dan penghargaan wajar diberikan kepada penulis kerana memberikan perhatian khusus terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah  yang dipimpin oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, merangkap Timbalan Presiden BERSATU Malaysia dan Pengerusi BERSATU Kedah serta Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) dan Pengerusi PH Kedah.

2.    Panjang lebar analisis beliau, bersertakan hujah, huraian dan dapatan dari “kaji selidik dan mungkin, makluman pihak-pihak tertentu”. Kredit harus diberikan di atas usaha tersebut. Namun, saya ingin bertanya kepada penulis, data mana yang dipakai untuk mengatakan bahawa Kedah adalah negeri paling banyak berhutang dengan Kerajaan Persekutuan? Mohon penjelasan kerana setahu kita, Pahang adalah negeri yang paling banyak berhutang dengan Kerajaan Persekutuan. Mohon kongsi data tepat jika ada yang lain, yang kita terlepas pandang.

3.    Untuk makluman penulis, Kerajaan Kedah sekarang telah kembali aktif berbincang dengan Kerajaan Persekutuan melalui inisiatif IMT-GT bagi merancakkan lagi aktiviti perdagangan kargo yang menggunakan keretapi sebagai medium pengangkutan. YB Johari Bulat, selaku Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, baru-baru Ini telah mewakili Menteri Besar ke satu persidangan IMT-GT di Hadyai mengenai perkara tersebut. Gerak kerja dan pelan pelaksanaan sedang diselaras oleh pihak berkaitan, termasuklah Kerajaan Negeri Kedah.

4.    Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri telah diadakan pada 6 September lepas manakala YB Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pula adalah pengerusi Mesyuarat Tindakan Negeri. Mesyuarat Pembangunan Negeri yang dikendalikan oleh ICU pula baru sahaja mendapatkan halatuju atau 'direction' untuk melaksanakan kembali tanggungjawabnya.

5.    Sedarkah penulis bahawa bermacam-macam mesyuarat pelbagai badan, agensi dan jawatankuasa negeri dan persekutuan telah diadakan dengan tujuan untuk mengenalpasti kekangan dan cabaran bagi menentukan tindakan yang perlu diambil bagi meletakkan kembali pelan pembangunan dan kemajuan Negeri Kedah di landasan yang betul? Untuk pengetahuan penulis, Menteri Besar telahpun mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negeri serta Mesyuarat Jawatankuasa Tanah pada Julai lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Bumi Negeri Kedah, Mesyuarat PKNK dan Lembaga KTPC semuanya pada Ogos serta Lembaga Sumber Air Kedah pada awal September. Cubalah penulis fikir, semasa Menteri Besar sebelum ini, tidak sekalipun Jawatankuasa Mineral Negeri Kedah bermesyuarat. Kali terakhir pada tahun 2016, semasa Dato’ Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar. Baru-baru ini mesyuarat balik. Itupun tuduh Dato’ Seri Mukhriz tak buat apa. Bagilah kredit sikit, wahai penulis yang budiman.

6.    Dalam pada itu, Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Tempatan telahpun dilantik dan menghadiri kursus khas mengenai tanggungjawab mereka. Berlaku juga rombakan Pegawai Tadbir Kedah atau KCS yang melibatkan beberapa agensi negeri dan pentadbiran di peringkat daerah baru-baru ini. Semuanya dibuat bagi melincinkan lagi Pentadbiran Kerajaan Negeri selepas PRU14 pada Mei lepas. Tidak pasti apa yang penulis maksudkan dengan Ketua Jabatan Luar kerana tiada jawatan seumpamanya di dalam Kerajaan Negeri.

7.    Untuk pengetahuan penulis, Felcra dan MARA adalah agensi pusat. Apa kaitan mesyuarat mereka dengan Kerajaan Negeri yang tiada pun wakil di dalamnya? Untuk KEDA, Menteri Besar telah dilantik sebagai Pengerusi dan boleh memanggil mesyuarat pada bila-bila masa sahaja. KEDA bakal dirombak. Kalau penulis berminat nak tahu, banyak projek serta urus tadbirnya gagal mencapai sasaran. Makanya, fungsi dan KPI KEDA perlu dikaji semua dan ditambah baik agar objektif penubuhan tidak tersasar.

8.    Selepas dilantik sebagai Presiden KFA,  Dato’ Seri Mukhriz yang penulis cop duduk sahaja, tak buat apa tu, telah mengadakan Mesyuarat Eksekutif bagi memantapkan rancangan dan tanggungjawab persatuan demi kemajuan sukan bolasepak Kedah. Mesyuarat seterusnya ialah pada 8 Oktober nanti bagi membincangkan persiapan musim hadapan. Selain itu, satu Mesyuarat Khas KFA juga telah dibuat dan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden bagi membincangkan tindakan-tindakan yang perlu diambil selepas prestasi tidak memberansangkan pasukan sebelum ini. KFA juga sedang menyiasat kehilangan jutaan wang  tajaan kepada KFA. Buat julung kalinya, wakil SPRM dan PDRM telah dilantik di dalam KFA. KFA juga telah menamatkan kontrak seorang pegawai pasukan kerana didakwa terbabit dalam rasuah. Ya, rasuah, perbuatan keji lagi membinasakan.

7.    Selepas dilantik sebagai Menteri Besar, banyak perkara yang perlu diselaraskan semula dengan Kerajaan Persekutuan yang baharu. Banyak perkara telah dikaji, terutamanya berkaitan tadbir urus kewangan. Kerajaan Negeri perlu mengikuti garis panduan yang baharu. Banyak juga dasar-dasar baharu yang diperkenalkan oleh kementerian yang memaksa Kerajaan Negeri menunggu dan bertindak selepas mendapatkan arahan yang wajib dipatuhi.

8.    Menteri Besar sendiri telah mengadakan pelbagai siri pertemuan dengan duta-duta seperti dari Jepun, China, Amerika Syarikat dan Perancis untuk mula menarik pelaburan ke Kedah. Bukan sembang kosong, minum kopi sahaja tetapi berusaha membawa masuk pelaburan untuk memakmurkan dan mensejahterakan negeri dan rakyat Kedah. Dengan menteri pun banyak  perjumpaan dan perbincangan diadakan di Alor Setar. Antaranya Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kerja Raya, Menteri Perpaduan, Menteri KPDNHEP, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli serta Timbalan Menteri Penerangan. Juga bukan sembang-sembang sambil minum teh, tetapi menrencana program-program untuk memajukan Negeri Kedah, demi manfaat rakyatnya, termasuklah penulis sendiri.

9.    Tidak cukup dengan itu, Dato’ Seri Mukhriz telah menubuhkan Kedah Economic Council, Kedah Tourism Board, dan baru-baru Think-Tank Kedah yang mengumpulkan pakar dan pemikir hebat dalam pelbagai bidang di negara ini untuk merangka pelan tindakan yang dapat memacu pertumbuhan dan pembangunan Negeri Kedah.

10.    Ada lagi. Masih ingat tentang Projek Litar Lumba Kedah yang dicadangkan di Sungai Petani, yang Dato’ Seri Mukhriz sendiri cadangkan ketika jadi Menteri Besar kali pertama dulu? Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini sudah melawat tapak litar itu dan memberikan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menjayakan projek tersebut. Bukan itu sahaja, Menteri Besar juga berjaya menarik semula minat Sepang International Circuit untuk menjadi rakan strategik dalam membina dan menggerakkan Litar Lumba Kedah itu.

11.    Apa lagi yang Dato’ Seri Mukhriz sudah lakukan?  Dia telah mengarahkan aktiviti pembalakan di Ulu Muda diberhentikan serta-merta. Pentadbiran beliau mengorbankan hasil atau pendapatan pembalakan untuk kantung negeri demi menjamin kelestarian kawasan hutan semula jadi dan kawasan tadahan air. Selain itu, Menteri Besar ini jugalah yang berunding dengan Kerajaan Persekutuan sehingga berjaya mendapat pampasan sebanyak RM10 juta setahun  bagi pajakan Pulau Pinang, sesuatu yang tiada siapapun percaya dapat dilakukan.

12.    Mungkin kerana hasil mesyuarat, pertemuan, perbincangan dan kejayaan tersebut tidak dicanang, tidak diwar-warkan meluas melalui media, maka penulis merumuskan Menteri Besar ini tidak efektif, tidak berwawasan, tidak mampu buat apa-apa. Inshaa-Allah, dapat dirasai hasilnya nanti, percayalah.

13.    Mengenai GLC pula, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri kali ini tidak bersikap sambil lewa dalam urusan pelantikan. Kerajaan Negeri kali ini sangat berhati-hati untuk melantik ahli-ahli baharu dalam Lembaga Pengarah GLC. Lantikan politik bukanlah lagi amalan yang digunapakai oleh PH. Banyak syarikat milik Kerajaan Negeri yang hampir gulung tikar atau tidak langsung menjalankan apa-apa perniagaan yang memberikan untung kepada Negeri di dalam pentadbiran yang lepas. Ia memerlukan kerajaan sekarang mencari jalan penyelesaian sama ada mahu menutup, mengecilkan atau meneruskan kewujudan syarikat-syarikat tersebut. PKNK dan KTPC telahpun bermesyuarat baru-baru Ini. Menteri Besar telah membuat beberapa keputusan drastik demi merancakkan aktiviti dan memantapkan operasi syarikat. Untuk rekod, Menteri Besar telah menemuduga hampir lapan orang profesional untuk jawatan CEO BDB.  Lantikan CEO baharu akan dibuat tidak lama lagi.

14.    Makanya, di manakah kewajaran tuduhan penulis bahawa Menteri Besar, Dato’ Seri Mukhriz, tidak mengambil peduli mengenai keadaan GLC? Hujah penulis menimbulkan keraguan. Untuk pengetahuan penulis juga, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu EXCO akan dilantik dalam anak-anak syarikat yang berkaitan dengan portfolio masing-masing. Contohnya, YB Zamri di dalam SADA, YB Azman di dalam Kedah Agro dan YB Salmee di dalam UniShams. Setiausaha Syarikat telah memulakan proses pertukaran lantikan yang lama dengan yang baharu sejak dua bulan lepas lagi.

15.    Pelik juga kenapa penulis membangkitkan mengenai lantikan Pengerusi YIKED. Sedarkah penulis bahawa mesyuarat masih boleh dijalankan kerana masih ada Ahli Lembaga Pengarah yang kekal? Untuk Kumpulan Ladang, Pengerusi serta CEO telah diminta berhenti lebih awal lagi. Menteri Besar bertindak setelah memandang serius kehilangan jutaan ringgit wang Kumpulan Ladang yang dibelanjakan dalam bentuk sumbangan kepada program-program UMNO semasa pentadbiran yang lepas. Lantikan Pengerusi dan CEO baharu akan dibuat pada bila-bila masa sahaja. Calon-calonnya juga sudah ada.

16.    Setiap Menteri Besar akan memegang portfolio tertentu. Menteri Besar juga akan dilantik sebagai Pengerusi kepada beberapa agensi. Ianya bukan atas kesukaan, kehendak atau kegemaran Menteri Besar tetapi ianya tanggungjawab yang Menteri Besar  akan galas seiring dengan lantikan sebagai Ketua Kerajaan Negeri.

17.    Untuk rekod, Menteri Besar belum dilantik sebagai Pengerusi MADA dan LADA.
Banyak perkara yang Menteri Besar ingin lakukan untuk pesawah padi di Kedah melalui MADA berbanding dengan lantikan KMC, contohnya. Mungkin penulis boleh meminta kepada Menteri bertanggungjawab untuk menyegerakan pelantikan Pengerusi MADA? Tolonglah, kasihan pak tani kita kerana MADA belum ada Pengerusi.


18.    Mengena janji-janji PH, Setiausaha PH Kedah sendiri diamanahkan untuk memantau perlaksanaan setiap manifesto PH di Kedah. Penerangan juga telah diberikan kepada semua Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri di Kedah bulan lepas.

19.    Mengenai penyingkiran Dato’ Seri Mukhriz dari UMNO dan sebagai Menteri Besar, menarik juga huraian penulis. Namun, penulis tidak perlu lagi mengungkit kisah lama itu. Tak sedarkah lagi bahawa UMNO sendiri telahpun ditolak oleh rakyat dan Dato’ Seri Mukhriz kini kembali menjadi Menteri Besar Kedah? Muka-muka yang terlibat dalam sidang media di sebuah hotel besar di Alor Setar ketika itu untuk mendesak Dato’ Seri Mukhriz berundur kini hanyalah bekas-bekas YB atau Ketua Bahagian UMNO. Tahukah penulis ada dari kalangan mereka mengubungi Menteri Besar dan menyokong  PH secara diam-diam atau mahu minta projek?

20.    Seperkara lagi, lantikan semua Penyelaras DUN dan Parlimen telahpun dibuat selepas melalui proses pertimbangan yang teliti. Ketua-Ketua Bahagian BERSATU memahami mengapa ianya mengambil sedikit masa.

21.    Ini pula satu isu yang bikin kita tertanya-tanya apakah motifnya. Salahkah Menteri Besar menyantuni rakyat yang mahu bergambar atau bersuafoto dengan beliau? Salahkah Menteri Besar mengabadikan kenangan bergambar dengan mereka yang mengundi PH dan mengangkat PH menerajui Kedah dan Kerajaan Persekutuan? Adakah salah Menteri Besar  wakilkan EXCO ke majlis-majlis tertentu yang beliau tidak dapat hadir kerana perlu hadir acara atau mesyuarat rasmi yang melibatkan Istana dan Perdana Menteri, contohnya? Atau perlu Menteri Besar biarkan langsung jemputan itu tiada wakil, lantas mengecewakan pihak penganjur yang bertungkus lumus mengadakannnya?

22.    Untuk rekod, baru sekali Menteri Besar mengadakan Mesyuarat EXCO di Kuala Lumpur. Itupun semasa Menteri Besar perlu menghadiri Mesyuarat Raja-Raja di sana, namun tanggungjawab mengadakan Mesyuarat EXCO tidak pula diabaikannnya. Untuk pengetahuan penulis, Dato’ Seri Mukhriz telah mempengerusikan Mesyuarat EXCO sebanyak 15 kali sejak jadi Menteri Besar kali kedua.

23.    Untuk makluman, BERSATU tidak pernah menjanjikan apa-apa ganjaran, khusus kepada ahli-ahlinya jika menang dalam PRU lepas. Ahli-ahli yang meninggalkan BERSATU mungkin tertarik pada kata-kata lunak dan janji-janji palsu pihak lain. Pemilihan parti juga bakal diadakan tahun hadapan. Persaingan sihat berlaku di dalam mana-mana parti. Mungkin penulis juga tahu apa yang sedang berlaku dalam parti-parti lain seperti PKR, malah UMNO sendiri apabila tibanya musim pemilihan. Inilah demokrasi. Asalkan ianya tidak memudaratkan atau menyentuh hal dalaman parti lain dan pentadbiran Kerajaan Negeri yang sah, ianya perkara biasa untuk BERSATU.

24.    Menteri Besar mempersilakan penulis untuk bersua muka bagi membincangkan halatuju yang perlu diambil oleh Kerajaan PH Kedah. Mungkin penulis boleh hadir sama dalam Mesyuarat PH Kedah nanti untuk kita lebih kenal mengenali dan mendapatkan cadangan-cadangan bernas bagaimana hendak memajukan lagi Negeri Kedah yang dicintai ini. Idea dan pandangan penulis semasa mesyuarat itu nanti amat dinantikan.

25.    Adalah diakui PH Kedah belum cukup gah dipersadanya. BERSATU pula baru berusia dua tahun. Banyak lagi yang perlu dibuat dan diusahakan demi masa depan parti.

26.    Lantikan politik bukan bersifat kekal. Kalau Menteri Besar mahu menukar Setiausaha Politiknya, beliau boleh berbuat demikian bila-bila masa sahaja. Yang pasti Menteri Besar telah memberi arahan tegas untuk Setiausaha Politiknya untuk tidak dilantik di dalam mana-mana GLC demi untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan atau “conflict of interest.”

27.    Ketahuilah Menteri Besar yang ini buat kerja tidak mengikut kelaziman. Pendekatan dia adalah secara “Berfikir Di Luar Kotak. Business Unusual”, sesuatu yang sukar digarap mahupun difahami oleh mereka yang selama ini mencangkung dalam tempurung.
Sekian.

RAKYAT KEDAH JUGA

Wednesday 19 September 2018

Merajuk Atau Di Beli : Ahli Parlimen UMNO Keluar Parti. @umnoonline #UMNOBangkit #UMNO2018

UMNO kini umpama sebuah kapal yang akan karam. Bukan kerana ahli akar umbi yang cuba menjahanamkanya TETAPI panglima & Pemimpin parti itu sendiri.

Memetik sumber dari BH, Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak menolak kemungkinan lebih ramai Ahli Parlimen dari UMNO akan keluar dari parti berkenaan.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/09/475563/18-ahli-parlimen-keluar-umno-shahidan-kassim


18 Ahli Parlimen keluar UMNO - Shahidan Kassim

Senarai Ahli Parlimen UMNO Yang Berpotensi Keluar UMNO.


1. YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED (P030)


2. YB DATO' SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH ( P033)


3. YB DATO' ROSOL BIN WAHID (P038)


4.  YB DATUK HAJI SHABUDIN YAHAYA ( P042)


5. YB DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN (P001)


6. YB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM (P003)


7. YB DATO' DR. SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH (P055)


8. YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (P061)


9. YB DATO' MOHD NIZAR BIN HAJI ZAKARIA ( P069)


10.  YB DATO' HAJI MOHD FASIAH BIN MOHD FAKEH ( P092 )


11.  YB DATO' JALALUDDIN BIN ALIAS ( P126)


12. YB DATO' HAJI SALIM SHARIF ( P127)


13. YB DATUK DR. HAJI ABD. LATIFF BIN AHMAD (P154)


14. YB DATUK ABD RAHIM BIN BAKRI ( P167 )


15. YB DATUK AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB ( P029)


16. YB DATO' SRI ANIFAH BIN AMAN (P176)


17. YB KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR ( P131 )


Wednesday 12 September 2018

Siapa Di Kalangan Pemimpin UMNO Lawan #AnwarIbrahim Di #PRKPortDickson


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding di Parlimen Port Dickson selepas penyandang kerusi tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Danyal membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar khas di ibu pejabat PKR di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.