Monday 26 March 2018

#DiMatamu Ternyata ramai di sini pernah dikecewakan #1st




Lagu yang diberi judul Di Matamu Official Music Video ini terbukti menarik minat masyarakat apabila ia menerima lebih 3 juta kali tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 22 Mach 2018 lalu menjadi paling trending di Malaysia.


kisah mereka dilihat semakin rancak diperkatakan apatah lagi apabila kisah putus tunang ini melibatkan ibu bapa kepada pasangan tersebut.
Selepas ibu kepada Elfira Loy membuat kenyataan bahawa wang hantaran tidak cukup punca anak perempuannya itu putus tunang, kali ini ayah El pula bersuara mengenai isu tersebut. Menurut ayah Elfira Loy, Ahmad Sabri Ariffin beliau seolah-olah dapat merasakan hubungan anaknya bersama penyanyi, Sufian Suhaimi itu tidak akan kekal lama memandangkan ketika majlis pertunangan sahaja perjalanan majlis dilihat seperti tidak berjalan seperti apa yang dirancangkan.

P/S : semua orang boleh buat penilaian sendiri tentang kisah dalam lagu ni kan ? aku nak buat penilaian yang mungkin aku atau smua orang nampak dalam mv ni. ia tentang seseorang yang terlalu mencari kesempurnaan dan akhirnya terlepas kesempurnaan itu kerana ego nya sendiri semua orang pernah rasa btol tak ?

Monday 19 March 2018

"4 Beradik Bergabung Singkirkan @azeezrahim Ahli Parlimen Baling #PRU14"


Baling, 4 beradik lafazkan ikrar bergabung untuk tumpaskan UMNO/BN Baling pada PRU14.


4 beradik keluarga Hj Ahmad

1. Prof Madya (dulu) Ustaz Zawawi Bin Hj Ahmad
(CEO Kolej Islam Darul Ulum KIDU)
2. Datuk Nakhaie Bin Hj Ahmad.

Pernah menjadi Naib Presiden PAS kemudianya menjadi Ahli UMNO ( Ketua Cawangan Kg Hangus dan dilantik menjadi Yang Dipertua YADIM sekarang kembali menjadi ahli PAS.
3. Briged Jeneral (B) Ustaz Najmi Bin Hj Ahmad
Hj Ahmad merupakan sepupu kepada TG Hj Yahya Taha. Beliau juga adalah pengasas bersama Madrasah Pondok Pisang (YK).
(Tim. Pesuruhjaya PAS Kedah) 4. Ustaz Musoddak Bin Hj Ahmad (SU Badan Perhubungan PAS Kedah) p/s
Mampukah PAS mengugat kekuatan yang ada pada UMNO sekarang, sedangkan kebanyakan ahli dan bekas pemimpin mereka sudah berpatah arang serta menyertai parti lain.

strategi lapuk yang digunakan secara bermusim itu kelihatan agak menjengkelkan apabila digunakan di Baling yang pernah mendapat jolokan daerah paling bahagia di Malaysia pada 2014.
Kebajikan penduduk tidak pernah dilupakan Ahli Parlimen itu tanpa menggira batas politik, kaum mahupun bangsa itu termasuk di kawasan ‘hitam’ untuk pemimpin Barisan Nasional (BN) di situ seperti Kampung Memali.
Apa yang lebih penting kebajikan penduduk ini diberikan secara berterusan tanpa menggira masa dan bukan bermusim terutama ketika pilihan raya umum sahaja.

Sunday 18 March 2018

‘Saya akan pergi rumah Mahathir raya nanti’


 “Raya Aidilfitri nanti saya akan ke rumah Tun Dr Mahathir Mohamad makan lemang, kalau nak marah dengan saya, marahlah, demikian ungkapan  Penasihat Sosiobudaya Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim.

Menurut Rais, sebelum beraya ke rumah bekas Perdana Menteri keempat itu, beliau akan berkunjung ke rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu.

Bekas menteri kabinet itu turut mendedahkan bahawa sebelum ini beliau ditegah untuk berkunjung ke rumah Tun Dr Mahtahir ketika negara di bawah pimpinan, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Dulu saya di tegah untuk pergi ke rumah Tun Mahathir masa itu Pak Lah berkuasa. Trend itu juga timbul, ia membawa sifat politik yang membelahkan kesatuan pada hari-hari mulia seperti itu, sedangkan kita orang Islam harus akur kepada asas agama,” katanya ketika sesi Facebook Live Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini Rais  pernah menzahirkan rasa sedihnya apabila hanya sebilangan kecil pemimpin negara menziarahi pengebumian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid hanya kerana perbezaan politik.

Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, Allahyarham Sanusi adalah kawan kepada semua menteri yang ada dalam kabinet sekarang.

“Sanusi bekas setiausaha agung Umno, bekas menteri besar Kedah, menteri pertanian dan juga menteri pembangunan luar bandar jadi sahabat beliau ada beratus-ratus dalam kerajaan sekarang.

“Jadi apabila sampai saya dapati dan tanya kawan-kawan tak ada rakan lama yang hadir ini mengejutkan saya kerana tak ramai kawan-kawan lama sampai,” keluhnya.

Menurut Rais, sepatutnya inilah masanya kita mengetepikan perbezaan politik.

“Kita harus sama-sama mengucapkan selamat tinggal kepada seorang yang telah berjasa.

“Tetapi trend di negara kita ini,  bila sudah berbeza pendapat, seseorang itu tidak lagi bersama dengan pemikiran mereka maka dianggap bukan lagi kawan.Tak baik buat begitu kerana yang tentukan itu ALLAH bukannya manusia,” tegur beliau.

Beliau mengingatkan bahawa dalam urusan kahwin ,sakit, lahir, meninggal dunia, sahabat tak boleh putus.

“Kalau ini tidak dapat dipegang oleh kawan-kawan dalam mana parti poitik sekali pun tolong kembali kepada harkat yang sebenar.

“Kita hidup dalam pegangan Islam, hanya kerana berbeza ideologi politik, hubungan silaturrahim tidak wajar diputuskan begitu saja,” kata Rais.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my