Thursday 21 January 2016

Tak Dapat Usik Bapa, Anak Dijentiknya. @MukhrizMahathir #MBMesraRakyat #Kedah


Bila masa pulak rakyat kedah hilang kepercayaan terhadap MB Mukhriz. Sepanjang program #MBMesraRakyat (PMR) ada ahli pembangkang mai dok maki, dok teriak, terjerit terlolong.

Pada program tersebut pondok yang dikendali oleh pembangkang MB masuk, apatah lagi MB siap tidoq lagi dirumah kekuarga angkat walaupun tak sehaluan pemikiran politik. Ini membuktikan bukan sahaja ahli akar umbi UMNO sahaja menerima MB malah ahli parti lawan pun boleh terima MB Mukhriz Mahathir.

Selain itu juga jom tengok FB page #SiakapKeli buat kajian mengenai desakan 15 'pendedak' yang mendesak MB berundur.

Memang ketahuan puak ni....Siapa yang sebenarnya kena UNDUR

*Selepas 6 jam Posting

Wednesday 20 January 2016

JANGAN CANTAS PUCUK MUDA !! @NajibRazak


Tsunami politik UMNO khususnya  bakal undang malapetaka jika budaya kerat dan cantas kepimpinan muda/pelapis.

Kempimpinan pelapis munyai idea yang lebih kreatif untuk diterjemahkan berbanding sesetengah pemimpin 'tyepwriter' suka menjilat dan 'yessBoss'. Hari ini selain dari TPM, IGP, Gabenor Bank Negara malah ketua SB sendiri di 'nyahkan' dari Jawatan Menteri Besar selepas 15 Ketua Bahagian di Kedah menyatakan hilang kepercayaan kepada beliau.

Muhkriz Mahathir yang amat di kenali dengan 'tagline' #MBMesraRakyat bakal menjadi mangsa 'punahsihat' yang bertuan. Muhkriz menjadi MB selapas BN berjaya merampas Kedah pada Pru13. Beliau dilantik menjadi MB mendapat mandat dari rakyat Kedah, malah beliau diumumkan oleh PM Najib Razak melalui aku janji BN.

KENYATAAN AKHBAR

Saya mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada kepimpinan UMNO Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, YB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar petang tadi.

Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri.

Saya menyerah kepada Rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya.

DATO’ SERI HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Alor Setar
20 Januari 2016