Wednesday, 30 April 2014

CERITA SEDIH : MOGA SAHABAT INI TERUS TABAH MENGHADAPI DUGAAN MENDATANG. #HanyaDiKedah

Malam ini, tiba-tiba aku dikejutan dengan berita sedih. Jiwa KK meruntum pilu, Apakah nasib pada sahabat ini akan berlaku kepada aku, kamu dan kalian semua jadikan ini pengajaran dan tauladan kepada  kita semua.

'BIAR JASA JADI KENANGAN'

Pagi tadi pukul 4am aku keluar rumah bawa isteri pegi hospital.  minyak dah merah. . Masa tu Tuhan saja tau perasaan aku. 

Aku hanya mampu doa kat Allah,  beri aku sampai kat hospital dan Alhamdulillah selamat sampai hospital diteman anak sulung aku.

Pukul 10 am.  anak sulung aku lapar nak makan,  dua dalam poket ada rm2.  aku minta dia makan roti planta dulu buat tahan lapar.  nasib baik anak2 aku dah biasa berlapar.  Alhamdulillah ada sahabat pinjamkan aku rm20

Pukul 2pm aku bawa anak aku balik,  kami masih lagi tak makan apa2.  sampai rumah terus makan meegie buat tahan perut. 

Apa yang aku nak cakap sebenarnya bukan untuk tarik simpati.  aku cuma terfikir inikah balasannya aku berjuang dlm media maya untuk umno. 

Dah sebelas bulan aku dijanjikan kerja utk aku sara anak2 aku.  tapi inilah hasilnya.  org kata macam2 tak pandai simpan duit dab boros. .. Bagaimana aku nak simpan duit dan boros sedangkan aku 11 bulan tak ada gaji. ..

Sehingga saat ini aku masih sabar menanti kerja untuk aku sara diri dan terus berjuang. ..

Tapi hari ini Tuhan tau hati aku sedaang menangis. .. Menangis kenangkan nasib aku dan keluarga. 

Aku sayangkan perjuangan ini,  aku sayangkan wadah perjuangan melayu iaitu umno tapi adakah umno itu sayang dan fikirkan aku. ..

Saat ini masih menanti kelahiran anak baru ku. .. Selepas azan nanti insyaAllah aku akan bisikkan di telingganya. .. Jangan jadi seperti aku,  jgn berjuang seperti aku,  jgn jadi pengemis seperti aku,  kita dihina nak,  kita dikeji nak !!

Tapi aku akan pesannya ' pertahankan agamamu dan tanahairmu. 

Wallahualam

"COPY PASTE"

KK : Moga dipermudahkan perjalanan sahabat ini.

Saturday, 26 April 2014

Kenapa Tidak Terima Aku Seadanya. #HanyaDiKedah



Bukan macam tu tapi macam ni....

nape" lah sehari dua ni aku malas sangat nak menaip... mahupun melayari internet, lagi pun sapalah aku ni kan.. memanglah ada sesetengah rakan maya cakap aku ni macai upahan UMNO, kalau tak dapat upah maka tak jalanlah kerja.. depa yang cakap", Siapa depa tu" nak tuduh dan jatuhkan hukum kat aku.. 

GST dan Hudud !! memang 2 benda semakin "hot" di media sosial tak kira apa-pun "jenama" nya aku malas nak ambil 2 benda... sebab benda lama yang sengaja di "Ulang" untuk publiciti.... bukan "port" nak ulas 2 benda besar ni... aku sekadar ambil dan jadikanya sebangai ilmu didada.

Berkaitan HUDUD .. pihak sana cakap pihak sini, pihak sini cakap pihak sana... so" layan video panas ni...


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah melalui Ketua Pemudanya, Dato Shaiful Hazizy telah menegur Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang atas tindakan beliau menghantar memorandum bantahan undang-undang hudud kepada pemimpin atasan Pas semalam.

"Undang-undang hudud adalah undang-undang Islam, perkara ini bukan main-main sepatutnya Tan Keng Liang berbincang dulu dengan pucuk pimpinan tertinggi BN sebelum membuat tindakan begitu" 

Kata Dato Shaiful yang membuat sidang medianya di Medina Cafe bersama Ketua Pemuda Bahagian dan pelajar AIU.

Sepatutnya Tan Keng Liang mempertimbangkan tindakan tersebut dan membawa perkara ini ke meja rundingan tertinggi parti. Sambung Dato Shaful.

Teguran ini berpunca daripada tindakan Tan Keng Liang yang menghantar memorandum bantahan keatas Pas yang mahu melaksanakan hudud di Kelantan semalam.

Friday, 25 April 2014

Kubur bercahaya, Mufti Perak berirespon. #SelawatPerdana


“Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.


Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.


Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.

Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.


“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro. kisah Kubur bercahaya disini Subhanallah ! Kubur IbuTunggal Bercahaya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.



Thursday, 24 April 2014

Subhanallah ! Kubur IbuTunggal Bercahaya.


Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi
(Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8,
Changkat Jering, Taiping selepas Asar.
Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan
meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014
jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap
Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-
sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal
kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya
dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah
menghadapi segala dugaan yang dihadapi
dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir
LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4
jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah
ke akhir nafasnya yang berhenti
 perlahan-lahan.

Sumber : www:josrevelution.net

Wednesday, 23 April 2014

"Ajaran agama Dajjal Al-Maseh yang menjadi ikutan para-para ulamak politik" ?

Biar betul ! atau sekadar edit berhubung kad jemputan untuk majlis tahlil untuk mendiang Karpal.

KK tengok pun memang keterlaluan puak PR ni, agak melampau dengan perbuatan mereka menghormati si mediang Karpal Siang seolah-olah 'seorang Syuhada'.

Kalau nak buat tuduhan pun mesti ada bukti kukuh. Bukan nak berpihak mana-mana tapi
jangan keluarkan maklumat tanpa ada usul periksa dan bukti yang boleh dipercayai. 

Jika benar bagai diedarkan.... Moga Allah peliharalah dan teguhkanlah iman Umat islam.

Tuesday, 22 April 2014

AKHIRNYA BEKAS KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA DEDAH SIAPA SEBENARNYA "DIA". @tantawi100



"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, di amanah sebagai ketua dewan pemuda Pas malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat pemuda jalan raja laut, isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang, simpanan tunai rm 9,000 dalam akaun simpanan tetap.  

Kalau hampa nak tau... ini kehidupan sebenar Ahli Parlimen Temerloh merangkap mantan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Tantawi yang juga sebagai MP Temerloh




Sedihla tengok orang-orang Melayu PAS.. apa lah depa ni mudah sangat kena tipu.. 



Monday, 21 April 2014

"Mungkin Kematian Si Kafir Lebih Mulia Daripada Kematian Saudara Seagama Islam" @Inspirasiislami


Kalau orong islam pun kita sembanhyang jenazah tak ada rukuk atau sujud. Ini kan pula kita tunduk pada kafir yang terang-terang menentang islam!



Satu soal jawab di ambil dari Abu Aqif Studio mungkin berguna :

"Ustaz Idris sudah menerangkan haram diletakkan mayat di hadapan ketika jemaah sedang bersolat waktu. Orang yang sedang bersolat tiada niat langsung untuk tunduk hormat kepada jenazah. Namun ianya tetap diharamkan di dalam Islam. Apa tah lagi jika menunduk dengan sengaja dengan bertujuan untuk memberi penghormatan terakhir kepada si mati.

Bagi umat Islam perkara ini diharamkan dan perlu dielakkan. Jika dilihat pada solat jenazah sekalipun, rukun solat jenazah, tidak ada satu pun rukunnya menunduk atau rukuk ataupun sujud. 

Namun ada di kalangan pemimpin Islam tidak peka akan isu ini dan sewenang-wenangnya melakaukan perkara yang diharamkan. Diharap selepas ini, dapat dikongsikan video dan kenyataan ini kepada seluruh umat Islam supaya perkara yang sama tidak berulang lagi."

Soalan:

Anwar Ibrahim datang ziarah orang kafir mati tapi tak datang sahabat Islamnya yang mati seperti arwah Ustaz Azizan dan arwah Ustaz Harun Taib?

Jawab:

Sesama muslim kita mempunyai hak antara satu sama lain. Terdapat beberapa hadith yang membicarakan berkenaan hak sesama muslim. Ada yang menyatakan 5 hak Ada juga membicarakan 6 hak yang boleh dituntut dan wajib diberi oleh semua umat Islam yang terdapat di dalam hadith sahih di antaranya adalah apa yang disebutkan dalam sebuah hadits shahih bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيْتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْهُ وَإِذَا عَطِسَ فَحَمِدَ اللهَ فَشَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

"Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam: Jika engkau bertemu dengannya maka ucapkan salam, dan jika dia mengundangmu maka datangilah, jika dia minta nasihat kepadamu berilah nasihat, jika dia bersin dan mengucapkan hamdalah maka balaslah (dengan doa: Yarhamukallah), jika dia sakit maka kunjungilah dan jika dia meninggal maka antarkanlah (ke kuburan) (Riwayat Muslim)

1. Bagi salam bila bertemu
2. Penuhi jemputan
3. Apabila diminta nasihat, berilah nasihat
4. Apabila bersin, doakanlah dia
5. Apabila sakit, ziarahilah dia

6. Apabila mati, iringilah jenazahnya

Sunday, 20 April 2014

GEMPAR! PEMAIN KEDAH JERSI 7 @BakhtiarBaddrol AKAN BERPINDAH KE PASUKAN LAIN ? #ThisIsDarulman #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir



Kemana Badrol Bakhtiar akan Berpindah !! Satu keputusan mendukacitakan kepada penyokong dan pasukan Kedah !!


Menerusi satu laman sosial, Pemain terbaik yang juga merupakan tonggak pasukan kedah Badrol Bakhtiar MELUAHKAN PERASAAN. Tweet  tersebut berbunyi " Cukuplah Demi Masa Depan..Next Episod.." tweet mengundang pelbagai persoalaan terhadap penyokong dan peminat pasukan Kedah...


Apapun kita tunggu dan lihat perkembangan mengenai isu ini dan diharapkan KFA berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan Kepten Mavel dan juga membawa masuk pemain bintang baru bagi meningkatkan pretasi pasukan Hijau Kuning yang terumbang ambing. 

Apakah Badrol akan ke Negeri Sembilan... ?




SUBAHANALLAH !! RAJA BOMOH BERAKSI DI LOKASI KARPAL SINGH TERBUNUH.


Kiriman gambar memberitahu bahawa Raja Bomoh 1M’sia Sedunia Nujum VIP telah pergi ke lokasi kemalangan yang meragut nyawa mendiang YB Karpal Singh hari ini untuk melakukan ritual.

Pemergian beliau disana bukannya sebarang arahan dan permintaan dari mana-mana waris mendiang YB Karpal Singh atau mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat.

Untuk apa dia lakukan ini semua langsung tidak dapat difahami. .. berterusan dengan kerja syirik, kurafat dan tahyulnya.

Korang rasa apa sebenarnya tujuan beliau buat ritual tersebut? Apa pendapat anda?

Sumber

Friday, 18 April 2014

Kalau Melayu Laju Kalau Bangsa Lain Nantilah Dulu.



Walaupun pemandu lori tersebut dikatakan positif ganja melalui saringan ujian air kencing namun beliau tidak bersalah. Ujian tersebut juga sepatutnya tidak dikenakan hanya terhadap pemandu lori sahaja pihak polis sepatutnya membuat ujian saringan ujian air kencing juga terhadap C. Selvam pemandu Toyota Alphard juga.



Sambung Baca :-Pemandu Alphard KS 9898 Tidak Buat Ujian Air Kencing? 

KONSPIRASI !! Anak Saudara Mendiang Karpal Singh Dakwa Kematian Adalah diracang pihak Kerajaan.


Tersebar meluas di laman Facebook di mana seorang pengguna Facebook yang mengaku dirinya anak saudara kepada mendiang Karpal Singh mendakwa kemalangan telah dirancangan oleh Kerajaan.

Kita memahami saat ini ahli keluarga mendiang pastinya sedih dengan berita yang mengejutkan ini. Tetapi apabila membuat tuduhan memba-bi buta seperti ini, ia adalah satu tindakan yang melampau.

Apa yang dilaporkan oleh media, kemalangan mungkin berlaku disebabkan kereta mendiang Karpal dipandu laju dan tambahan pula kenderaan itu memiliki rekod kesalahan trafik yang banyak masih belum dibayar.

Kenapa kaitkan dengan politik? Jelas sekali, Anil JS mencabar pihak berkuasa untuk melakukan tangkapan ke atas dirinya. 

Kalau dah siap memfitnah kononnya kemalangan dirancang, memang sesuatu tindakan yang agak berani dan Anil JS perlu ditahan untuk siasatan lanjut. Lebih-lebih lagi kes ini melibatkan individu yang berprofil tinggi.

Tindakan mengeluarkan kenyataan sedemikian seolah-olah dia mengetahui apa yang berlaku sehingga terjadinya kemalangan tersebut.‎ Sumber

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, 17 April 2014

"AL FATIHAH : PERGINYA SEORANG SYUHADAH"- Unit Amal


"Semoga YB Karpal Singh di saat-saat akhir nafasnya sempat mengucapkan kalimah Syahadah...maka syurga lah tempat yang sebaik-baiknya keatas mendiang."




VIDEO !! PERGINYA #KarpalSingh MEMBAWA 1001 RAHSIA @AnwarIbrahim ?


Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon kenderaan Toyota Alphard dipandu seorang lelaki warga India yang dinaiki oleh Karpal Singh itu dikesan mempunyai 29 rekod kesalahan lalu lintas mengikut Seksyen 079 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan 15 saman itu belum dijelaskan.

Pemimpin Veteran DAP itu, terbunuh di tempat kejadian apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori sebaik tiba di lokasi kejadian. 


Laporan Kemalangan


Laporan dari Balai Polis Kampar

1. No Rpt:Trafik Kampar Rpt:
960/14
2. Tkh: 17/04/2014
3. Masa: 0110hrs
4. Lokasi: KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah (Utara)
5. Sek APJ: Sek 41 (1) APJ 1987
6. Kend Terlibat: 
K1: M/Mpv No.KS 9898
(Toyota Alphard)
K2: M/Lori No. WTL 9909 (Mitsubishi Canter - 5 tan) 

7. Mangsa:
M1: Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut)
Kpt: 400628-07-5079
Umur:74thn
Alamat: No.144 A, Jalan Utama
10450, Georgetown,
Pulau Pinang 
M2: Nama: dikenali sebagai Michael - pembantu peribadi (penumpang MPV/maut)
M3: Nama: (1) (P) Indonesia - pembantu rumah (penumpang/cedera parah) dirawat d Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Kpt: belum diperolehi
Umur: -
Alamat:-
M4: Nama: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (penumpang MPV/tidak cedera)
Kpt: 760409-07-5211
Umur: 38thn
Alamat: 14-1-4 City Gardens Persiaran Raja
Chulan, 50200, W. P.

M5: Nama: C.Selvam. (pemandu MPV /tidak cedera)
Kpt: Warganegara India
Umur: 27thn
Alamat: -
M6: Nama: Abu Mansor bin Mohd (pemandu M/Lori/cedera)
Kpt: 690830-05-5 053
Umur: 45thn
Alamat: No 528 Blok B,
Flat Petaling Utama 13, 46000 Petaling Jaya,Selangor

M7: Nama: Nur Azlina Ahmad (penumpang M/Lori/tidak cedera)
Kpt: 910829-08-6356
Umur: 23thn
Alamat: No 17-12 Blok C
PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara 47810
Petaling Jaya,Selangor

M8: Nama: Nurieman Diana Qhaleesha binti
Abdullah
(penumpang M/Lori/tidak
cedera)
Kpt: 101230-10-2508
Umur: 4thn
Alamat: No 17-12 Blok C PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor

8. Ringkasan/Siasatan Awal: 

Pada 17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkn sebuah M/MPV jenis Toyota Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5 tan/muatan simen,besi,mozek). Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB, Ipoh.

Siasatan:
1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit
2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu
3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan.
4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas)

Peg Penyiasat: 
ASP Abd Aziz Abd Rahman
KBKA/KTD 
IPD Kampar

Utk mkluman YDH Dato/Tuan...

AHLI PARLIMEN GELUGUR , KARPAL SINGH - MAUT DALAM KEMALANGAN.


Heboh berkenaan dengan kematian Karpal Singh dalam satu kemalangan maut di lebuhraya utara selatan dekat Gua Tempurung.

Kenderaan jenis Alphard milik Karpal dikatakan telah melanggar belakang sebuah lori yang tiba tiba keluar membuatkan kenderaan yang dinaiki oleh Karpal melanggar bahagian belakang lori tersebut.

Karpal MP pembangkang yang kuat menetang perlaksanaan hukum hudud.  Parlimen seharusnya merasakan kehilangan seorang ahli parlimen dan peguam yang disegani.

Semoga keluarga Karpal menerima berita kematian Karpal dengan hati yang tabah dan cekal.

Sumber :  - http://sangkakalajari9.blogspot.com

KK : Dah boleh langkah.....

Wednesday, 16 April 2014

WARDINA Puji UAI KENCAM USTAZ DON "Bukan alim tetapi terlalu alim dan terlalu pandai "


Mari baca status panjang lebar beliau di facebook.

"Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama'..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah... It is an amazing mukjizat on its own. We don't need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran. 


Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam.


KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL...

Mana2 yg sekadar dtg kat wall ni nak ckp :

1.Ini aib
2.Mengumpat
3.Pergi jumpa dulu face to face
4.Ini cela ulama
5.Ini ustaz dh kira bnar

Maka baca dulu riyadhus salihin bab ghibah yg dibenarkan dlm islam

Saya juga tak teragak2 utk BLOCK siapa saja yg berkata 5 benda yg dh pun jadi modal lama...Bab penyelwengan dlm agama ISLAM wajib yg tahu sebarkan...

Please sy akan terus blok siapa yg dtg ke rumah saya buat benda yg dilarang...

Jika ada hujah berikan secara ilmiah bahawa don daniyal ni mmg sedang membawa kebenaran...

Must See sampai habis video ini...

Mohon rakan2 doakan Encik DOn supaya kembali kpd quran dan sunnah bukannya dengan aqal dan hawa nafsu serta ikut kalam tok sheikh yg jauh dgn quran dna sunnah...

Hentikan menyebarkan hadis2 palsu..Takutlah ancaman dari nabi s.a.w apabila berbohong ats nama baginda maka tempatnya di bangku neraka...

Pendustaan ini cukup berat sampai kini DON belum menjawabnya berkenaan hadis mana yg dia sebutkan,dalilnya mana ???

Please hentikan pembohongan kesian pd org ramai yg anda dh tipu mereka mentah2...

Wardina Safiya merupakan antara 29 individu yang dilantik menjadi ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) dan pernah mempertikaikan DBKL menyatakan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014 adalah membazir.
Perkongsian video yang telah diedit itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada kalangan orang ramai sehingga menegur tindakan Wardina mengecam Ustaz Don Daniyal menegur Ustaz Don secara terbuka. 


KK : Nak tegur biar beradap......

Monday, 14 April 2014

Kepala kita sudahpun dipijak. Masihkah tidak sedar?



Orang kita kelihatan semakin tak endah. Perbincangan dan perbahasan dalam parlimen juga macam bebudak berkelahi saja. Bodoh benau kelihatannya. Tak setaraf langsung dengan taraf pendidikan seorang wakil rakyat.


Apa sudah jadi dengan Parlimen?



Saya masih ingat lagi ketika menjadi pelajar suatu masa dahulu, malah sehingga kini, untuk memasuki kawasan parlimen, dikenakan syarat-syarat yang begitu ketat. Jika lelaki, pakaiannya adalah lounge suit dan bertali leher, baju kemeja lengan panjang dan bertali leher, baju batik lengan panjang, baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok, seluar panjang berwarna gelap (slack) dana berkasut kulit.

Manakala, untuk wanita pula, berbaju kurung atau kebaya labuh/blouse berlengan panjang, skirt panjang di bawah paras lutut, bersari dengan blouse berlengan dan pakaian kebangsaan kaum-kaum lain, seluar panjang (slack), atau lain-lain pakaian yang kemas dan sopan serta berkasut.

Pakaian yang tidak dibenarkan adalah, baju tanpa lengan, jaket, seluar jeans, pakaian ketat dan menjolok mata, berselipar/kasut sukan, berbaju berkolar bulat dan  baju T.

Pada ketika itu, sesiapa sahaja yang mahu memasuki kawasan parlimen, pemeriksaan dilakukan dengan ketat. Kami akan ‘dihalau’ balik jika tidak berpakaian dengan elok.

Kini tidak lagi. Sejak BN tidak mendapat dua pertiga majoriti, etika pakaian sudah tidak dititikberatkan. Parlimen sudah menjadi pasar. Tidak mustahil nanti ada yang datang dengan berseluar pendek atau mungkin tidak berseluar.

Peraturan sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Pergilah ke mana-manapun, boleh dikatakan semua parlimen negara di dunia ini, ada etika berpakaian tersendiri mengikut cara dan budaya masing-masing. Tradisi ini adalah sebagai salah satu cara menghormati kedudukan parlimen yang mulia.

Tiba-tiba kita dikejutkan dengan pakaian seorang ahli parlimen yang perasan dirinya cantik dan menarik perhatian, berpakaian seperti nyonya pasar. Malangnya, speaker dewan tidak mengindahan teguran ahli parlimen terhadap wanita tersebut.

Malah wanita malang tersebut turut mengadakan posing bagi menunjukkan betapa cantiknya dengan baju berwarna-warni. Naik muntah saya. Ingatan saya kepada speaker, jika etika pakaian tidak penting, lain kali tidak perlulah speaker memakai pakaian dewan yang ditetapkan. Pakai sahaja topi dan pakaian koboi.

Peraturan tetap peraturan, tidak kira hari apa sekalipun. Apatah lagi ketika hari terakhir dewan bersidang. Kemuliaan dewan mesti dijaga. Hatta dalam majlis perkahwinan sekalipun ada kod etikanya.  

Begitu juga etika berpakaian ke pejabat kerajaan dan swasta.  Kita tidak boleh berpakaian sewenang-wenangnya, termasuk pelanggan. Jika ada yang tidak tahu etika berpakaian, kita perlu ajar, agar mereka tidak jadi kurang ajar.

Adik saya, seorang peguam mengatakan, di mahkamah, sekiranya seseorang peguam dan anak guamnya tidak berpakaian mengikut etika, peguam tersebut akan dihalau oleh hakim. Ini bermakna, etika berpakaian adalah suatu perkara yang besar walaupun pada kita mungkin perkara kecil.

Apa jua alasan yang diberikan harus mencerminkan daya keintelektualan ahli parlimen. Tidak semestinya memakai pakaian putih hitam itu menandakan kesedihan dan kematian. Jika begitu keadaan di mahkamah, hakim dan peguam, semua berpakaian sedemikian, bermakna menunggu masa untuk mati.

Sebagai seorang pelajar jurusan sains politik, ingin saya memberikan sedikit nasihat kepada sidang ahli parlimen yang mulia.

Pertama, parlimen adalah institusi tertinggi negara dan berdaulat. Rakyat sedang melihat kamu semua di parlimen. Jagalah akhlak dan tingkah laku. Mana perlu bertegas, kita kena bertegas, tidak kira masa dan tempat. Tidak kira kumpulan dan fahaman politik mana. Sikap berlembut kita tidak akan menjadikan mereka hormat atau menyokong kita. Mereka semua hari ini sengaja mahu mencabar kita. Mereka mahu lihat, sejauh mana kuatnya kita.

Kedua, di negara barat, walaupun mereka bukan Islam, peraturan tetap peraturan, tidak ada kompromi. Sebab itulah mereka dihormati. Bukan macam kita, bila dah terkena, baru terhegeh-hegeh nak bertegas seperti pemeriksaan imigresen hasil insiden kehilangan MH370. Belajarlah dari Singapura, walaupun saya meluat menggunakan contoh negara ini. Tetapi ketegasan mereka telah menyebabkan mereka merasai kemanisan hari ini. Kita pula, terbalik. Tegas tidak kena tempat, lembut tidak kena masa. 

Ketiga, kaduk sudah naik junjung. Kepala kita sudahpun dipijak. Masihkah tidak sedar? Boleh dikatakan apa jua perkara berkaitan dengan Islam akan ditentang dan dicabar. Apakah kita masih tidak sedar atau sengaja memejamkan mata? Nasihat saya, jangan jadi pemimpin jika tidak berani bertegas.

Saban hari membaca berita, sudah naik muak. Kita asyik mengalah. Banyak keputusan mahkamah tidak menyebelahi Islam. Ini tidak termasuk pesta berhibur dan minum arak sehingga ada yang mati sia-sia. Apakah kita sudah tidak mengenal dosa dan pahala? Syurga dan neraka?

Jika kita tidak menyelamatkan agama Islam dan umatnya, nak harapkan siapa lagi? Semuanya bermula dengan ketegasan kita di parlimen. Justeru, jangan biarkan parlimen dinodai. Jika ada yang tidak mahu mengikut peraturan dan mencabar parlimen, tunggu apa lagi, ajar secukupnya. Jika tidak, mereka akan menjadi kurang ajar. 

(Sinar Harian 14.1.2014)


Bukan menghina tapi dengan hati yang penuh kerisauan apa akan terjadi dengan nasib Malaysia akan depan.