Thursday 31 October 2013

#PRKSgLimau : "Pemimpin Utama kantoi dengan bini " #BeraniHijrah #KEDAHDARULAMAN


Masih ingkatkah pengundi DUN Sungai Limau kepada wajah ini...." Inilah WAJAH yang menghiasi klip Video SEBELUM PRU13 yang Lepas.. kini wajah kemungkinan pengundi disini akan "terpesona" melihat wajah ini dalam siri kempen PAS, itupun kalau si lelaki seperti dalam gamabar ini berani turun berjumpa pengundi la... kalau tak ia akan jadi besi buruklah...kerana kelibat ini kelihatan di sebuah hotel di di Bandar Alor Setar.



hahah.. sampaikan bini pun dah tak percaya kat dia dah ? tu pun hampa dok percaya lagi...mungkin bini dia takuT SI SPENDA BESAR SESAT SAMPAI KE DANOK GAMAK NYA. hahahahaha



#PRKSgLimau : Masyaallah !! " Maafkan daku kerana menyesatkan mu...." @abby_abadi112 @ #BeraniHijrah #KEDAHAMANMAKMUR @MukhrizMahathir


Menggunakan artis mendidik rakyat di pentas politik akan merosakkan ummat bukan membaikinya. 


Berguru sebelum memberi ilmu - nasihat Ust Kazim Elias yang patut dijadikan pegangan artis artis di Malaysia. Jika sebelum Artis ini di tegur oleh UAI ketika dalam ceramah bersama (video kat bawah ni..) 



Abby Abadi ini memang LANTANG mengkritik mereka yang tidak sealiran "pemikiran" dan se "politik" denganya selepas beliau di "ISLE" OLEH pOK nik sebelum PRU13 lepas. Apa sahaja yang dilaksanakan dan dilakukan oleh kerajaan di "Kencam" dan di "salahkan" malah penglibatan beliau kedalam dunia hiburan sekalipun "UMN0" juga yag salah...Lagipun bapak Abby pun penyokong kuat UMNO… adakah ini bermakna Abby pun lahir dari dunia maksiat?


hudud dr asri 

Sesiapa menyokong dan mengundi parti PAS bererti dia juga membiarkan perkara yang rosak ini diamalkan secara berleluasa. kalau tak yakin dengan diri dan tak berapa pandai sesuatu bab, baik diamkan diri sahaja. Biarlah mereka yang lebih arif tentang hal tersebut yang menghuraikannya. Apa kata anda?


KK : Nak cari islam bukan masuk parti

#PRKSgLimau : Kantoi !!! PENYOKONG PARTI #BeraniHijrah SETELAH PAS GADAI ISLAM UNTUK POLITIK #KEDAHDARULAMAN


Rakyat terutama penyokong Pas sepatutnya sedar dan tidak lagi membiarkan diri mereka terus ditipu parti itu yang kononnya berjuang untuk menegakkan Negara Islam.  

Penyokong PAS sedia " Berani Berhijrah " selepas ketiadaan Azizan 

Seorang penyokong setia Pas, Awang Cha,87, menyahut slogan 'Berani Berhijrah' yang dibawa Barisan Nasional(BN) apabila berjanji akan menyokong calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Isnin ini.

Awang berkata, pada awalnya, dia adalah penyokong BN namun setelah belajar agama di sekolah pondok sekitar kawasan berkenaan, sokongan politiknya berubah kepada Pas.


"Saya sokong Pas kerana rasa hormat kepada guru-guru agama yang mengajar ketika itu dan sokongan kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pula kerana Allahyarham adalah orang tempatan dan kawan lama saya. Ketika beliau menjadi wakil rakyat, kadang-kala saya bertemunya," katanya.

Awang berkata demikian kepada pemberita ketika menerima kunjungan Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman yang melawat isterinya, Jah Mat Saman,83, yang sakit tua di sini semalam.

Menurut Awang, keadaan kini sudah berubah selepas ketiadaan Azizan yang merupakan tokoh dikaguminya apatah lagi selepas terdengar beberapa masalah yang melanda Pas kebelakangan ini.

"Awal tahun lepas, ada terdengar masalah yang melanda parti seperti dakwaan wujudnya krisis dalaman tetapi apabila bertemu Azizan, beliau tidak bercerita lanjut.

"Kali ini pula, ramai orang BN datang bertemu saya dan meminta supaya memberi sokongan kepada calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. Rasanya sudah sampai masa untuk kembali kepada BN apatah lagi Azizan tiada lagi," katanya. Ditanya mengenai calon yang dipertaruhkan Pas iaitu Mohd. Azam Samat, Awang berkata, dia difahamkan Pas meletakkan orang tempatan namun tidak kenal calon berkenaan.

Cukuplnyah selama 12 kali pilihanraya mereka diperdaya. Lebih dahsyat lagi kali ini Pas cuba berpakat dengan DAP dan PKR yang jelas menolak sebarang perjuangan untuk Negara IslamLebih malang lagi sekarang bila Pas mengadakan pakatan dengan DAP dan PKR pun, kedua-dua rakan pakatan itu siang-siang sudah tolak hasrat Pas malah untuk lantik Presiden Pas jadi Perdana Menteri pun DAP dan PKR tak mahu.  Inilah perkara atau fakta yang mesti disedar rakyat terutama penyokong Pas.

#PRKSgLimau : MASYAALLAH !! Siapa Lebih Mulia. #BeraniHijrah #KEDAHAMANMAKMUR @MukhrizMahathir


Berikut komen adalah KOMEN pembaca mengenai SIAPA LEBIH MULIA : FAKTA atau AUTA ? yang KK petik dari blog Kedah Ke Kl berhubung kempen PRK Sungai Limau.


Meh kita banding2kan. Siapa yang lebih mulia keperibadian diri diantara mereka.
Sehubungan dengan itu TPM menyatakan sebagai umat Islam beliau memohon maaf sekiranya kenyataannya menyinggung perasaan keluarga Azizan.

"Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga...saya mohon maaf.- TPM

Kes 1. 

TS Muhidin Yasin bukan ustaz pun tapi mudah saja minta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan atas kenyataan beliau berkaitan gula dan kencing manis, pada hal beliau sendiri tak pasti sama ada sebut atau tidak perkara yang dibangkitkan.

Gambar kantoi

Calon Pas Mohd adalah seorang ustaz tapi liat mahu minta maaf atas keslahan menipu orang2 melayu dalam DUN Sungai Limau dalam isu gambar superimposed, pada hal kepimpinan tertinggi Pas Kedah mengakui bahawa gambar itu " memang superimposed ".

Kes 2.

Datok Chua Soo Lek juga bukan seorang ustaz malah bukan penganut islam pun, tetapi beliau dengan senang hati mengaku kepada media (surat khabar dan tv) bahawa " lelaki dalam gambar bersama dengan seorang perempuan cina dalam bilik hotel itu adalah dirinya dengan berkata " saya mengaku, lelaki dalam gambar itu adalah saya " dalam isu fitnah skandal sex beliau satu masa dulu semasa masih sebagai Menteri Kesihatan.

Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz malah seorang penganut islam lagi tapi liat mahu mengaku bahawa beliau sebenar tidak ada bersama dalam pertemuan dengan Ustaz Azizan seperti yang disiarkan dalam gambar risalah kempen Pas dalam isu gambar superimposed.

Saya ada 2 versi jawapan :

Jawapan pertama : Kalau orang itu penyokong Umno maka dia akan kata " Sudah tentu TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada Ustaz Mohd Azam berdasar kepada fakta ".



Jawapan kedua : Kalau orang itu penyokong Pas maka dia akan kata " Sudah tentu Ustaz Mohd Azam adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek kerana Mohd Azam walau pun telah terbukti menipu tetapi dia adalah seorang ustaz ".

Ulasan saya adalah : Jawapan pertama adalah berdasarkan kepada FAKTA , manakala jawapan kedua adalah berdasarkan kepada AUTA.

Pengundi2 dalan DUN Sungai Limau boleh memilih sama ada FAKTA atau AUTA pada 4 Nov 2013. Apa juga pilihan pengundi DUN Sungai Limau, itu adalah CERMINAN KUALITI OTAK orang2 melayu di Sungai Limau.

Ana Muslimah

#PRKSgLimau : Masyaallah !! Berani sungguh Jawapan Ustaz Kazim Elias (UKE) sentuh Isu HUDUD . #BeraniHijrah #KEDAHAMANMAKMUR @MukhrizMahathir

Setiap kali menjelang musim pilihanraya, tak kiralah PR Kecil ataupun Umum Isu Hudud seringkali akan dimainkan untuk memacing undi. Hanya bebekalkan dan menggunakan Ayat dari Al-Quraan sebagai modal kempen.

Umat islam perlu bersatu untuk jalankan hukum hudud.

Umat islam perlu bersatu untuk jalankan hukum hudud. Macamana nak bersatu.. ?


Umno masih terbuka berhubung cadangannya untuk bersatu dengan PAS. Dalam lawatan pilihan raya ke Sungai Limau, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu selama-lamanya bersedia untuk bersatu dengan PAS.

Muhyiddin berkata, selain perbezaan ideologi politik kedua-dua pihak, PAS dan Umno mengamalkan prinsip-prinsip Islam yang sama.

“Kami mahu melihat masyarakat Islam bersatu,” katanya, dengan mengaitkan perpecahan di kalangan umat Islam di dunia Arab telah membawa kepada konflik berterusan dan perang saudara.

“Kita tidak memberikan ini untuk mendapatkan sokongan (untuk Barisan Nasional). Kami menghormati pandangan dan pendirian yang diambil oleh tokoh-tokoh agama masing-masing.
“Tetapi marilah kita sama-sama bekerja dalam satu pasukan untuk membina asas agama yang kukuh untuk masa depan yang lebih baik,” -Petikan dari M-star


Menjelang fasa terakhir.. PEMBANGKANG akan gunakan apa sahaja alasan dan matlamat menghalalkan cita-cita termasuklah mempergunakan Isu Hudud ini. agenda hudud perlu menjadi isu penting yang perlu diteruskan di dalam kempen kempen parti itu



Wednesday 30 October 2013

#PRKSgLimau : Masyaallah !! Begini kejam dan hina sikap sebilangan penyokong Parti Politik. #BeraniHijrah #KEDAHAMANMAKMUR @MukhrizMahathir

Mengapa masih ada manusia yang akal cetek dan berhasad dengki, sampai sanggup mengugut dan menakutkan peceramah agama. terdesak sangatkah... nak berkempen.. cubalah gunakan akal waras menerima dengan hati yang tenang..fikir setiap butir bicara yang dituturkan oleh UKE demi perpaduan Ummah... 


Penceramah yang dimaksudkan ialah Ustaz Kazim Elias yang datang berceramah di Spg. 3, Sungai Limau Luar pada malam tadi. Sebelum ini Ustaz Kazim pernah juga diugut bunuh.

Dimanakah kesilapan UKE ketika mahu berkongsi ilmu agama selaras dengan tntutan islam diperlakukan sedemikian rupa. MANA pergi sifat dan perjuangan yang dilaungkan oleh mereka selama ini. 


Sampaikan ceramah agama pun mereka sanggup nak melakukan apa sahaja.. terdesak sangatkah.. UKE mai disini bukan nak buat lawak 'lucah' dan maki orang tu tak betul, orang ni tak betul... 

#PRKSg.Limau : Tragis !! Bila dah "barai" kena buang la... @abby_abadi112 #BeraniHijrah #KEDAHARULAMAN

Seorang pelakon Malaysia yang aktif di arena perfileman dan drama. Siapa tak kenal Pelakon Hairi Othman.Selaku aktivis yang turut membantu kemenangan Pakatan Rakyat (PR) semasa PRU 13 yang lalu. Tapi sekarang ini kemana pulak beliau selepas "Dibuang" dan tidak di pedulikan... 

Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat.

Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung.

Kenyataan semasa kempen PRU13 dahulu.
"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November depan.

Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian seperti Aishah dan Bob Lokman.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen untuk Pas tetapi seakan-akan merajuk selepas apabila Pakatan Rakyat dikatakan tidak mempedulikannya termasuklah gagal memberikan projek seperti yang dijanjikan selepas PRU itu berakhir.

“Saya tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu,” tambahnya.



Barang lama boleh dijadiakan "tukun" jer la... kalau mai sungai Limau.. Berbanding dengan Ostazah Abby albodikan.... 

KK : BARU KAU TAU SEKARANG.........

#PrkSgLimau : @MuhyiddinYassin kaitkan Azizan, pertahan potong subsidi gula? " #BeraniHijrah #KedahAmanMakmur @MukhrizMahathir


Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Selasa memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berhubung kontroversi dakwaan kononnya beliau mempersenda kematian bekas Menteri Besar Kedah itu dengan penyakit kencing manis. 

Memang Haprak la.... punya wartawan Moloya kini, Depa main pusing fakta jer... Memang wartawan ini dibawar untuk memburukan imej TPM... padahal dalam video tak disebut pun "potong kaiki "
Isu ini dimainkan oleh media pemebangkang MOLOYA KINI :-


Sehubungan dengan itu TPM menyatakan sebagai umat Islam beliau memohon maaf sekiranya kenyataannya menyinggung perasaan keluarga Azizan.

"Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga...saya mohon maaf.

Ini pula video rakaman semasa TPM berucap baru baru ni...



"Sebagai seorang Islam, kadang-kadang dalam ucapan pun kalau ada ketelanjuran...awal-awal lagi kita minta maaf.

"Yang penting bermaaf-maafan sesama sendiri. Tujuannya ialah untuk kebaikkan, bukan niat apa-apa yang jahat atau nak ambil kesempatan dalam pilihan raya ini," katanya pada sidang media selepas mengunjungi Madrasah Mazahirul Ulum di Kampung Bukit Choras Dalam di sini.

Muhyiddin mengulas mengenai modal kempen pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mendakwa kononnya beliau sengaja mempersenda Azizan apabila mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula.


portal pro-pembangkang kaki penipu dan tidak mahu mengaku kesalahan mereka? 

Tuesday 29 October 2013

#PRKSg.Limau : Panas!! LUAHAN HATI @MukhrizMahathit MENGENAI FITNAH TERHADAP DIRINYA #BeraniHijrah #KEDAHARULAMAN


Mengapa pula tiba-tiba Menteri Besar Kedah menyatakan menyatakan beliau ada membuat perjanjian dengan Arwah Ustaz Azizan Razak :-

Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan, beliau tidak pernah mengkhianati janji apabila diminta oleh bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak supaya menjaga Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di bawah pentadbirannya. Beliau berkata, Kuin kini dijaga sebaik mungkin menerusi cara pentadbirannya yang tersendiri dengan memastikan kebajikan warga kolej universiti berkenaan terbela.
Katanya, beliau bukan jenis mungkir janji tetapi perlu dilihat juga apa janji yang dibuat.


"Allahyarham minta saya menjaga Kuin dan saya berjanji akan jaga. Jadi itu yang saya buat. Saya tafsirkan apabila Allahyarham menyebut supaya menjaga Kuin itu maksudnya menjaga warga Kuin, tidak semestinya bangunan kerana itu hanya fizikal. Yang kita hendak jagawarga Kuin," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dulang di sini hari ini.


Mukhriz mengulas mengenai isu yang dimainkan oleh pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kononnya beliau enggan meneruskan legasi Allahyarham Azizan termasuk melibatkan kampus Kuin. Mereka juga menuduh Menteri Besar Kedah tersebut mengkhianati amanah yang diberikan oleh Azizan berhubung Kuin.

Mukhriz berkata, beliau tidak pelik apabila pelbagai persepsi ditimbulkan mengenai beliau kerana dalam PRK seperti ini, ia merupakan masa untuk perkara seperti itu
disensasi atau dipolitikkan. Tegas beliau, apa pun keputusan yang diambil oleh
kerajaan negeri, ia akan dipastikan bertepatan dengan mandat yang diberikan oleh rakyat. Mukhriz, semua pihak memahami apabila berlaku peralihan kuasa pentadbiran, Menteri Besar baharu yang akan menentukan hala tuju kerajaan negeri.


"Apatah lagi peralihan kuasa ini berlaku antara dua parti berbeza. Tiada istilah yang mana Menteri Besar baharu yang datang dari parti berbeza mewarisi tanggungjawab daripada pihak sebelumnya. "Kita mempunyai hak eksekutif untuk membuat keputusan sendiri. Yang penting kepentingan warga Kuin tentu diberi keutamaan," ujar beliau.


Justeru, kata Mukhriz, tidak timbul isu sama ada beliau mengkhianati janjinya terhadap Allahyarham Azizan yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sungai Limau. "Ia tidak langsung berlaku. Kalau hendak cerita pasal khianat ini, saya ingat ada orang lain yang lebih mengkhianati," katanya.


Kepada pengundi N20 DUN Sungai Limau, Yakin dan percayalah...Jom kali kita bersama kempinpinan Menteri Besar DPMM yang akan meneruskan kesimnabungan pembangunan rohani dan jasmani sejajar yang di amanatkan oleh Menteri besar terdahulu. JANGAN BIARKAN DAN ROSAKAN MASA DEPAN SG LIMAU KEPADA MUSUH UTAMA ARWAH AZIZAN RAZAK...

#PRKSgLimau : Kantoi !!! PENYOKONG PARTI LEPAS AIR DISEBERANG SALAH UMNO JUGA KE ? #BeraniHijrah #KEDAHDARULAMAN @abby_abadi112


Penangan gadis dari seberang... dilaman media sosial pada semalam dan mendapat liputan meluas oleh rakan-rakan blogger. Gambar-gambar petugas Pas mula memasuki sempadan.


APA punya hal...abang oi... darurat dah ker... Sesuatu yang amat memalukan... tapi apapun memang perangai sebenar dua tiga 'ekoq' pemimpin pas yang munafik... kalau kk tak bagi tau pun hampa semua mesti lah tau kan.. hampa kenal tak Mat Sabu, Mustafa Ali, ustaz 3 pagi... yang tu otai-otai la...oppp kk telupa pemimpin agung depa Anwar Ibrahim. TAPI yang ni lah depa dok agung2 kan.


PAS selaku parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam. Tapi realitinya Pas hanya menggunakan Agama untuk kepelentingan politik 'haram' mereka.

Eloklah tu.... bangnon pun suka kalau petugas2 memperkuatkan tenaga batin...

Monday 28 October 2013

#PRKSgLimau : Ini Bukan gambar "SUPERIMPOSE" Sila Sebarkan. @MuhyiddinYassin @MukrizMahathir #BeraniHijrah #KEDAHAMANMAKMUR


Hanya tinggal enam hari sahaja lagi untuk jentera parti berkempen menjelang hari perbuangan undi di PRK N20 Sungai Limau. Diharap semua pihak terus berjuang dan memerah keringat untuk memenangkan calon Bariasan Nasional bagi membangunkan DUN Sungai Limau sebagai sebuah pekan yang maju sejajar dengan tuntutan agama.


Sekali lagi pada 29/10/2013 ini, TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turut serta bersama penduduk di Mini RTC, Simpang 3, Sungai Limau Luar.Besama beliau ialah UKE (Ustaz Kazim Elias) Kumpulan Rabbani dalam program Malam Kesenian Islam.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

#PrkSgLimau : Video Panas !! Risikan di PDM Ulu Sedaka APA ? kaitan dengan suami baru ostazah Abby. #BeraniHijrah #KedahAmanMakmur @MukhrizMahathir



Perjalanan jauh berbaloi... Walaupun semalam aku "meraban" mencari Kampung Sedaka, Sg Limau. Mengapa aku begitu teruja hendak kesana plak.. ? sememang aku amat berhayat hendak mengengenali dengan lebih dekat lagi.. watak dan perwatakan si "bro" kita ni... Siapa lagi lau bukan "En Somi" muda si Abby Abadi... bukan cuma nak kenal jer lah... lagi pun kita sembang pasal keta diorang yang rosak tu.... 


Apapun jom kita kita ikuti luahan penduduk tetap Kampung Ulu Sedaka mengenai kempimpinan kerajaan dahulu dan sekrang. Video ini hasil temurah oleh rakan setugas Team Media... Cayalah Bro Zappa...





"""""PAS YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG.....

#PRKSgLimau : MASYAALLAH !! KANTOI DALAM PEJABAT , SIAPA PULA NAK MENJAWAB "#BeraniHijrah #KEDAHAMANMAKMUR @MukhrizMahathir


Orang lain sibuk duk pancing undi.. dia orang sibuk dok "kekah" gambar... Mengapa !! ini semua berlaku sedangkan PRK Sg Limau tinggal beberapa hari sahaja lagi akan berlasung... Gambar kat atas tu hiasan lah.... 

Tinjauan wartawan Sinar Harian mendapati risalah mengandungi gambar yang dimanipulasikan itu turut diedarkan secara percuma di pekarangan pintu masuk Markas Induk Pas Kawasan Jerai semalam.


Sehubungan itu, Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan.




Kan dah kantoi !!! Memang sah la calon Pas ni proksi Phahrolrazi di Sg Limau


FAKTA
Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.

Sumber MEDAN TEMPUR KEDAH.

Sunday 27 October 2013

#PRKSgLimau : Panas !! CALON #BarisanNasinal kantoi difitnah #BeraniHijrah #KEDAHAMANMAKMUR @MukhrizMahathir


penyebaran fitnah menyerang calon BN menggunakan sms mula tersebar di Sungai Limau. Beberapa pemimpin PAS menerima sms ini dari nombor telefon Mahfuz Omar.


SMS tersebut tertulis:
Calun BN sg limau tu, Ahmad Sohemi bkn pelajar pondok pak ya tapi jadi cikgu sementara ja. Dia bkn pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik ja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di tg malim. Ramai org xkenal beliau di DUN sg limau. 

Fikirlah Memang brenset betul... si mamposss ni...

@abby_abadi112 khianati cinta suci suami tersayang !! #PrkSgLimau #BeraniHijrah #KedahAmanMakmur @MukhrizMahathir


Menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Abby dengan lantang menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair.

Inila akibat kalau kerja menabur fitnah.. busuk hati, hasad dengki yang sentiasa ada dalam diri... ada saja dugaan yang mendatang..selamat satu kampung di Sg Limau tak dapat doa sebab tak sempat nak dengar fitnah yang bakal ditaburkan oleh Abby...

Itulah hakitat yang harus ditelan oleh sesiapa sahaja yang ingin mendampingi si otazah abby ini....kena kontrol siot..siap kena marah masa kereta rosak tadi..."you buat apa kat luar..masuk dalam kereta.."..amboi..garangnya Abby..

#PrkSgLimau : Panah !!! Cg Non Memali bersedia rempuh kubu kuat PAS #BeraniHijrah #KEDAHAMANMAKMUR


Tudia.... Apa sudah jadi ni.. kini kembali kepentas ceramah Cg Non. SIAPA C.N Al-Afghani ? Di kalangan orang Pas, nama itutidak asing. Beliau merupakan exco Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah dari tahun 1991 hingga 1997.Riwayat hidupnya juga menarik. Afghani atau nama sebenarnya Zainon Ismail pernah berjuang bersama Mujahidin di bumi Afghanistan pada sekitar tahun 1988.


Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM). Khabarnya, Afghani tidak lagi bersama Pas. Beliau kini aktif menulis buku termasuk mendedahkan kepincangan dan kesesatan dalam Pas.Mengapa beliau yang dikenali

sebagai aktivis tegar Pas meninggalkan parti itu?


Rupa-rupanya ada cerita di sebalik perubahan beliau. Afghani telah menulis sebuah buku bertajuk Air Mata Di Bumi Memali yang diterbitkan pada 2010. Dalam buku itu, beliau telah mendedahkan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali, iaitu tabung yang dilancarkan oleh Pasbagi membantu anak yatim dan balu mangsa Memali.


kita pakat 'mai dengaq' apa yang hendak di luahkan dan diberikan kepada kita terutamanya ahli-ahli Pas sekalian. Cuba jangan pekakan telingan, jangan nafikan hak hati.. jom fikirkan dengan akal yang waras...

#PrkSgLimau :“Walaupun anak dia menteri tetapi jiwanya adalah PAS,” #BeraniHijrah #KedahAmanMakmur @MukhrizMahathir




PAS semakin jelas sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengorbankan prinsip yang dipaut berpuluh tahun lamanya, semata-mata mahu meraih undi dan memastikan “Politik Sesat” mereka. Mengapakah PAS sanggup menipu sehingga begitu sekali?


Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir kesal dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar dan Calon PAS, Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan ‘bahan kempen’ untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.

Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya. Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS, soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.

Sambil menyifatkan anaknya, Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, Pak Ngah dengan tegas berkata, tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik.

 “Jamil sendiri tak penah sembang pasal politik dengan Pak Ngah, Jamil baik dan bertanggungjawab, orang dia memang bagus,” ujarnya yang mengidap penyakit strok sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Baharom yang berusia 77 tahun memberitahu, calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim juga turut melawat beliau pada hari yang sama, tetapi tidaklah pula dihebahkan di mana-mana.

Berkait soal itu, MB Kedah, Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir sebelum itu turut membidas serta mempersoalkan keikhlasan Mahfuz dan Azam yang mengunjungi Baharom. Lidah rasmi PAS, Harakah melaporkan, Mahfuz memberitahu, Baharom telah mendoakan agar PAS terus menang di DUN Sungai Limau.

 Kejujuran PAS dalam perkara ini terus dipertikaikan, apatah lagi adat menziarahi orang sakit di mana doa yang sepatutnya dibacakan adalah demi kesihatan dan kesejahteraan pesakit. Pak Ngah apabila ditanya mengenai calon PAS memberitahu, calon yang diletakkan masih muda dan masih banyak yang perlu dipelajari.

 Katanya lagi, calon berkenaan adalah pilihan ‘orang atasan’ dan bukan pilihan masyarakat setempat. Apabila ditanya adakah kemenangan bakal berpihak kepada PAS, beliau sekadar menjawab bahawa beliau kurang yakin dan sebenarnya tidak ambil kisah. Ini kerana bagi Pak Ngah, mana-mana pemimpin baik dari PAS atau BN di daerah berkenaan telah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka dengan baik tanpa mengambil kira fahaman politik yang berbeza.

“Pak Ngah memang orang PAS… Tapi undi kita tu rahsia, Pak Ngah jadi orang PAS pun bukan makna Pak Ngah tak boleh nak undi BN”

 Adat melawat orang sakit, penulis, jurukamera serta dua rakan wartawan sempat mendoakan bersama-sama untuk kesihatan dan kesejahteraan Pak Ngah semoga beliau pulih dari penyakit angin ahmar yang dihidapinya.

Pas sanggup melakukan apa sahaja demi undi dan duit.  Islam yang dilaungkan hanya omongan kosong semata-mata untuk mengabui mata orang melayu. Bagi mereka undi dan duit adalah perkara utama.

Saturday 26 October 2013

#PRKSgLimau : #BarisanNasional Tabur Janji lagi !! #BeraniHijrah #KEDAHAMANMAKMUR


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan berjumlah RM3 juta bagi pembinaan asrama dan dewan Sekolah Menengah Agama Nahdzah, Bukit Besar dekat sini. Muhyiddin berkata peruntukan ini boleh dianggap sebahagian daripada peruntukan RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2014 bagi membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).


Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata beliau melihat pembangunan sekolah agama di Kedah amat istimewa dalam mempertingkatkan pendidikan Islam dimana di Dewan Undangan Negeri Sungai Limau sahaja terdapat banyak sekolah-sekolah pondok.


"Ini semua dibangunkan dengan kegigihan pimpinan Islam," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Asar di Pondok Moden Nahdzah, Bukit Besar, dekat sini, Sabtu. Untuk rekod, calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat merupakan Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Menengah Agama Nahdzah sebelum meletakkan jawatan untuk bertanding dalam PRK DUN Sungai Limau, 4 Nov ini.


Muhyiddin berkata sudah menjadi dasar Kementerian Pendidikan, bahawa bantuan diberikan kepada semua sekolah agama tanpa mengira warga sekolah itu penyokong Barisan Nasional (BN) atau PAS. "Soal utama sekarang adalah pembangunan Islam itu sendiri. Waktu saya nak beri bantuan, ada yang tegur, yang terima bantuan itu adalah orang PAS, bukan orang Umno. Saya cakap tidak apa. "Saya sendiri ada berbincang dengan Perdana Menteri dan saya maklumkan bahawa Sekolah Agama Rakyat ini banyak yang ikut sistem kita (kebangsaan). Mereka ada ko-kurikulum khusus. Ma'had Tahfiz kini pun ada gabungan dengan sistem akademik," katanya.

Hadir sama, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Lembaga Sekolah Menengah Agama, Nahdzah Nasir Othman.

Muhyiddin kemudian berlepas pulang setelah mengadakan lawatan kerja hampir sehari di DUN Sungai Limau.

-- BERNAMA

Panas !! Satu Lagi Penghinaan terhadap UMAT ISLAM selepas #KalimahAllah menjelang #PrkSgLimau . @rakyatnews @Inspirasiislami



Kewujudan sebuah tokong di kawasan perindustrian Krubong di sini yang menggunakan nama orang Islam menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan masyarakat Islam di situ.

Menurut mereka, tokong itu wujud sejak kira-kira 30 tahun lalu, namun hanya menyedari ia menggunakan nama “Datuk Haji Jawi Shamsuddin” sejak dua minggu lalu.

Gambar tokong 
KRUBONG - Seorang penduduk, Sham Kamat, 47, berkata, dia tidak berniat untuk mencampuri aktiviti keagamaan kaum lain namun, tindakan pihak terbabit menggunakan nama orang Islam memang tidak boleh diterima.

Menurutnya, perkara itu perlu disiasat pihak berkuasa termasuk untuk mengetahui sebab mengapa mereka menggunakan nama orang Islam di tokong berkenaan.

“Kita tidak mahu mengganggu urusan atau aktiviti keagamaan kaum lain tetapi tindakan mereka menggunakan nama ini boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Memanglah hari ini kerajaan melaungkan slogan 1Malaysia tetapi janganlah sampai isu keagamaan pun hendak 'di 1Malaysiakan',” katanya, semalam.

Sham berkata, tokong berkenaan juga terletak hanya kira-kira 10 meter dari surau tempat pekerja kilang terbabit menunaikan solat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (Jaim), Rahimin Bani ketika dihubungi berkata, penggunaan nama yang berkaitan Islam atau orang Islam seperti Datuk Haji Jawi Shamsuddin tidak sepatutnya dilakukan oleh bukan Islam apatah lagi ia diletakkan di tokong.

“Perkara ini boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan masyarakat Islam. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) diharap dapat menguatkuasakan garis panduan pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam,” katanya.

Beliau turut mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan Islam terus dimartabatkan di arus perdana seiring dengan peruntukan perlembagaan negara.

“Tindakan undang-undang juga akan dikuatkuasakan kepada pihak yang sengaja menimbulkan kegusaran dan isu sensitif umat Islam,” katanya.

#PrkSgLimau : Panas !! @MuhyiddinYassin kena'CULIK' dan dibawa masuk ke alam Pondok Ma'had Aa-Syatirie . @MukhrizMahathir #BeraniHijrah #KedahAmanMakmur


Aku hairan dengan puak-puak PAS ni... awat hina sangatkah pemimpin UMNO ni..sampaikan bila pemimpin UMNO masuk sekolah pondok depa nak kutuk dan pertikai..

Awat hampa semua ingat bila dah berkopiah an berjubah, islam alim sangatkah... comfirm dah ker bebas dari dosa...ishhhhh.... Islam bukan terletak pada pakaian..... kalau hampa anak tuan imam sekalipun comfirm hampa masuk syurga kah... heheh meh sini aku nak cer' iman tak boleh diwarisi....la... Dosa pahala hanya yang esa tentukan..

Ini berikutan, lawatan mengejut TPM ke Ma'had As-Syatirie atau lebih dikenali oleh masyrakat tempatan Sg. Limau ini sebagai Pondok Sg. Dedap. Sekarang Pondok ni dah maju dan Moden hasil dari usaha pengasasnya Ustaz Zul dan juga bantuan dari kerajaan.

TPM dalam lawatan sehari melawat DUN Sg. Limau sempena meninjau PRK Sg. Limau disini. Beliau singgah secara mengejut ketika dalam perjalanan untuk solat jumaat di Masjid Sg. Dedap yang terletak hanya 100 meter dari lokasi Masjid. Sebagai pemimpin kerajaan yang juga Menteri Pendidikan beliau merasa denyut nadi rakyat serta keperluan rakyat untuk menapat pendidikan akhirat (agama) dan dunia. Kedua-duanya haruslah seiring barulah dapat membangunkan madal insan yang baik demi pembangunan negara.

TPM juga berterima kasih kepada usaha murni masyarakat yang begitu prihatin kepada pendidikan dengan usaha untuk menubuhkan pusat pengajian sebegini. Ikhlas dan jujur demi perjuangan agama, bangsa dan negara asas membantu meningkat syiar islam di bumi Allah ini.

Untuk anda yang ingat kenal dengan lebih dekat lagi pengasas pondok boleh hubungi zulhairie@pondok1msia.org.my

KK : Cukup teruk perangai puak-puak PAs ni.. ingatlah Jangan peralatan agama untuk kepentingan PArti. PAS BUKAN AGAMA.






#PrkSgLimau : Video Panas !! Biar Betul Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah Isteri Arwah Ustaz Azizan Sokong Calon BN @MukhrizMahathir ? #BeraniHijrah #KedahAmanMakmur


Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah (Gambar), Merupakan Isteri kepada arwah Ustaz Azizan Razak. Dato' Paduka Mukhriz Mahathir sendiri mengakui sebelum hari penamaan Calon, telah membawa bakal Calon BN Ahmad Sohaimi Lazim MENEMUI isteri Arwah Ustaz Azizan untuk mempekenalkan calon BN kepada ISTERI arwah. Satu sikap yang terpuji dan menununjuk keikhlasan BN bagi membantu dan meneruskan kesinambungan untuk membantu membangunkan DUN Sg Limau. 

Berbanding dengan sikap PAS yang "buta-buta" membohongi rakyat terutama pengundi di DUN sungai Limau bahawa Calon mereka merupakan anak didik Arwah Azizan Razak dan amat rapat dengan beliau. Padahal calon PAS ITU SEBENARNYA MERUPAKAN SEPUPU KEPADA "PENGKHIANAT" PAS dan musuh KETIKA Arwah mentadbir Negeri Kedah dahulu ia itu IR Pharolrazi.

Bilamana Ustaz Azizan jatuh sakit dan PAS gagal pertahan Kedah pada PRU13, blogger-blogger PAS Kedah DAN IR Pharolrazi meletakan kesalahkan kepada Arwah Ustaz Azizan. 

Blogger "Musuh Dalam Selimut" Keterlaluan! - Isteri Ustaz Azizan

ALOR SETAR – Isteri kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah kesal terhadap beberapa laporan blog dan laman sosial persenda keadaan fizikal Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selepas beliau selamat jalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya 7 Mei lalu.

Faekah yang setia menemani Azizan di Hospital Pulau Pinang, turut terkilan apabila Azizan dijadikan bahan gurauan pihak tertentu.

“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan Azizan yang terlantar sakit, masih ada pihak tergamak mengkritik malah menyebar berita palsu mengenai bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu.

“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata,” katanya.

Faekah meminta pihak luar, termasuk ‘musuh dalam selimut’ hentikan segera perbuatan tidak berfaedah itu.

“Kami terguris dengan laporan itu, termasuk cerita yang boleh aibkan orang lain, sedangkan ini semua adalah takdir ALLAH. Namun saya juga bersyukur kerana masih ada pihak anjurkan solat Hajat dan bacaan Yasin untuk kesejahteraan Azizan,” katanya.

Faekah tidak menolak kemungkinan pemilik blog itu berdendam terhadap Azizan kerana serang peribadi beliau, selain punyai agenda jatuhkan Azizan ketika masih sandang jawatan menteri besar.

“Memang ramai dan ada usaha jatuhkan Azizan sejak beliau ambil alih kerajaan negeri. Musuh bukan sahaja dari luar, termasuk dalam parti. Saya percaya selagi Azizan bernafas, selagi itu musuhnya tidak akan berdiam diri untuk lihat Azizan tersungkur, bagaikan kutukan seperti zikir harian mereka,” katanya.

Beberapa blog tempatan dilaporkan menjadikan keadaan Azizan yang kini hilang kedua belah kakinya, sebagai bahan gurauan selain mengkritik kepimpinan beliau. Kecaman terhadap Azizan dilihat berterusan sejak Kedah jatuh ke BN pada PRU13.

Walaupun Azizan kini tidak lagi menerajui Kedah mahupun Pas Kedah, namun beliau tetap disanjung kawan mahupun lawan. Apa yang mendekatkan beliau dengan rakyat kini hanya statusnya sebagai Adun Sungai Limau.

Ketika Azizan terlantar terima rawatan, pemimpin pelbagai latar belakang politik hadir menziarahi beliau, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu, turut meluangkan masa melawat adalah pimpinan Pas termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Dalam lawatan Mahathir, tindakan Siti Hasmah memeluk erat Faekah sambil menangis menunjukkan hubungan mereka tetap mesra.

Sementara itu, menurut sumber, banyak pihak persoal lantikan Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Azizan, kerana sewajarnya dilantik pemangku pesuruhjaya sehingga muktamar diadakan.

Mengulas mengenai kesihatan terkini Azizan, Faekah berkata, Azizan mempunyai semangat yang kuat untuk pulih, malah cuba berkomunikasi dengan pelawat. – Sinar Harian Online


Mohon kerjasama pengundi untuk memberi peluang kepadanya. Jika terpilih segala perkara yang perlukan perhatian akan disampaikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

KK : Tu pun masih ramai lagi yang nak percaya kat depa? Astaghfirullahil 'azim...