Maklumat terkini,
sehingga Petang tadi, seorang lagi mangsa keracunan disahkan meninggal
dunia jam 7.15 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai
Petani menjadikan mangsa keempat meninggal dunia akibat kejadian itu.
Mangsa, seorang nelayan, Wan Razali Wan Yaacob, 56,
dari Kampung Banggol, Belau, Merbok dikatakan mula berasa sakit pada jam
4 pagi Ahad lalu selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah
kawannya jam 6 petang hari sebelumnya. Adik mangsa, Roslinda
Ibrahim, 35, berkata, pada mulanya keluarga menjangkakan ia hanya sakit
perut biasa dan tidak menyangka akan membawa mudarat.
"Abang dibawa ke hospital jam 4 petang Ahad
setelah mendapati keadaannya yang agak serius, ketika itu kami
belum tahu dia sakit akibat dari makanan itu kerana belum ramai yang
dikesan," katanya kepada pemberita.
Menurutnya, keadaan mangsa semakin teruk apabila
dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama. "Ketika itu
doktor mengesahkan organ dalaman termasuk buah pinggang, hati dan
paru-paru sudah mengalami kesan akibat jangkitan bakteria yang merebak
dengan cepat," katanya.
Menurutnya, selepas itu, keluarga dimaklumkan doctor
bahawa keadaan jantung mangsa semakin lemah dan tekanan darah pula tidak
stabil sehinggalah Wan Razali
disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi.
Roslinda berkata, abangnya turut mempunyai majlis kenduri di lokasi lain
pada hari kejadian menyebabkan dia agak terlewat ke rumah kawannya itu
di Kampung Huma pada lewat petang.
Mengikut kajian doktor yang merawat semua pesakit
yang keracunan makan. Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam
hidangan ayam goreng masak
merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga
menyebabkan kematian.
Pengarah Kesihatan Negeri
Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam
yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma,Tanjung
Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.
Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang
dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang
masih elok digunakan untuk memasak.
"Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi
hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik,"
katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim
(HSAH) Sungai Petani, Semalam. Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang
tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah
menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor
penyakit berkenaan.
"Setelah disiasat
mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September
untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi
mikroorganisme yang dipanggil salmonella," katanya.
Ismail berkata, individu yang dikesan terkena
jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit,
perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.
"Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa
kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan
kematian sekiranya lambat menerima rawatan," katanya.
Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa
menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya
masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Menurutnya, di HSAH,
seramai 127 pesakitmendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad
manakala 89 sudah dibenarkan pulang. Daripada jumlah itu, katanya,
seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di
ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal
dunia jam 7.15 malam semalam.
Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan,
seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah
dibenarkan pulang.Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.
Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang
mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera
bagi memastikan tahap kesihatan
mereka.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment