Selepas break-off dengan Nabila (mereka kata hanya
mesra bukan bercinta), senyap sekejap kisah budak ni. Kemudian sejak beberapa
bulan lalu, dia dikatakan gitu-gitu dengan Shila Amzah. Ramai peminat
yang suka.
Pelakon
Johan As'ari mengakui mengakui terpaut hati dengan seorang wanita yang juga
merupakan salah seorang selebriti hiburan tempatan.
Johan
atau nama sebenarnya Johan Arrif As’ari, 27, bagaimanapun berkata, dia enggan
meluahkan perasaan hatinya kepada artis wanita berkenaan walaupun tahu dia
bukan bertepuk sebelah tangan.
"Saya
dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain
tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan sebagai pasangan kekasih.
"Pada
saya biarlah kami diikat sebagai ikatan suami isteri yang sah, barulah boleh
merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana
andaikata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri," katanya kepada mStar Online.
Tambah
Johan, dia juga bercadang ingin melamar artis wanita berkenaan dengan mengikat
tali pertunangan pada tahun ini, namun ia sekadar rancangan sahaja.
Dalam
pada itu, Johan berkata dia juga cukup senang apabila mereka saling mempercayai
dalam setiap perkara yang dilakukan tanpa perlu timbul rasa cemburu dihati.
"Perhubungan
yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain
tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan
urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu.
"Malah,
kami biarkan masing-masing mengejar cita-cita dahulu sehingga berpuas hati
dengan zon masing-masing. Andaikata perhubungan ini menjadi, InsyaAllah saya
akan sebarkan pada semua, doakan ya," tuturnya.
No comments:
Post a Comment