Tuesday 31 July 2012

DAGING DIPERBUAT DARIPADA TAHI MANUSIA DI JEPUN


 Satu pasukan penyelidik dari Jepun yang diketuai oleh Mitsuyuki Ikeda dari Makmal Okayama telah mencipta satu cara untuk mengitar najis manusia jadi makanan dalam bentuk daging.


Konsep baru yang sangat menjijikkan ini ditemui apabila Ikeda telah diminta untuk melihat pelbagai kegunaan yang boleh diperolehi dari bahan kumbahan. Dia tidak merasa jijik ketika melakukan tugasan itu, malah rasa teruja bila mendapati kawasan kumbahan mengandungi banyak protein disebabkan oleh bakteria yang ada di situ. Idea ini kedengaran sangat teruk dan menjijikkan bukan? Tetapi ia bukan lah seperti "daging" dicipta dengan mengambil tahi dan terus meletakkannya ke atas burger. Proses itu melibatkan mengekstrak protein daripada kumbahan kemudian menggabungkannya dengan “reaction enhancer” dan memasukkannya ke dalam “exploder.” Magik sains pun lengkap dan dapatlah hasilnya - daging tahi.


Setelah itu, daging ini akan diletakkan pewarna merah dan rasa dipertingkatkan dengan protein soya. Produk yang telah siap dipecahkan seperti berikut: 63% protein, 25% karbohidrat, lipid 3%, dan 9% mineral. Tetapi bagaimanakah rasanya? Menurut laporan awal, rasanya seperti daging lembu. 

Bahagian paling sukar dari idea pelik ini ialah mengajak orang ramai untuk makan daging ini. Menurut Profesor Ikeda, matlamat utama adalah untuk meyakinkan orang ramai bahawa makan daging tahi tidak seburuk yang disangka dan akan membawa kebaikan pada alam sekitar. Sekarang produk ini berharga 10-20 kali ganda lebih mahal berbanding harga daging biasa disebabkan kos penyelidikan.

[VIDEO] GEMPAR :- #janjiditepati BUKAN "OMONG" KOSONG

Janji merupakan salah satu perkara biasa dalam kehidupan seorang insan.Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan janji adalah tanggungjawab insan. Adalah menjadi satu kesalahan dan berdosa besar jika janji dimungkiri. Allah telah memasukkan kesalahan mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.




DATUK Seri Mohd Najib Tun Razak mungkin pada mata sesetengah pihak kelihatan seorang ahli politik biasa.  Dari segi sejarahnya, beliau tidak terlibat dalam mana-mana pergolakkan yang berlaku dalam UMNO malah kekal setia pada parti dalam keadaan apa sekalipun.
Sekurang-kurangnya itu yang kelihatan di dasar.

Tapi hakikatnya Najib adalah seorang pemimpin politik yang penuh dengan strategi dan gaya kepimpinan yang tersendiri.  Beliau tahu dimana dan bila untuk mencelah di antara pelbagai isu yang dilemparkan Pakatan harami terhadap kerajaan pimpinannya.

Tidak hairan kenapa Pakatan harami berusaha sehabis baik untuk memastikan Najib tidak berjaya menjadi Perdana Menteri dengan mencipta pelbagai siri pembohongan yang jijik dan tidak masuk akal, termasuk yang berkaitan dengan pembunuhan!!!

Kerana Pakatan harami, terutama Anwar Ibrahim tahu, Najib adalah seorang yang kurang bercakap tapi cekap dalam menjalankan kerjanya.  Justeru menyusahkan lagi Pakatan harami nak meneruskan zaman kegemilangan 2008.

Seperti yang dilihat ramai rakyat hari ini.  Dikala Pakatan harami meninggalkan hampir kesemua janji pilihanraya 2008 mereka untuk mencipat janji baru yang nampak popular, Najib tampil dengan pelbagai program menunjukkan kepada rakyat akan segala janji dan pencapaian yang telah ditunaikan kepada rakyat.

Sudah tentu bila yang benar-benar kejadian lawan bayang-bayang, mana mungkin bayang-bayang boleh menang._MyKmu






JUAL MAKAN IKUT PINTU BELAKANG.

SUNGAI CHOH – Peniaga sebuah premis perniagaan terkedu melihat lensa kamera Sinar Harian merakam aktivitinya melayan pelanggan Melayu membeli makanan pada waktu siang, semalam.

Itu reaksi Marisol, 47, atau Noraini sebaik melihat wartawan Sinar Harian bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Stesen, Rosli Kahan tiba di kedainya di kawasan industri kecil, Taman Anugerah Suria, di sini.

Dia yang berniaga melalui pintu belakang restoran milik suaminya jelas terkejut dengan kehadiran Sinar Harian dan meminta maaf atas perbuatannya.

"Maaflah, saya tak akan jual lagi. Saya tahu saya salah," katanya sambil kelihatan serba tidak kena.

Ditanya mengapa berniaga makanan di siang hari, Noraini menjelaskan tujuannya untuk mencari wang membayar sewa kedainya.

Menurutnya, dia terpaksa berniaga walaupun sedar suatu kesalahan memandangkan keadaan memaksa ditambah suaminya sakit kencing manis dan darah tinggi.

"Suami saya sakit dia tinggal di rumah saja jadi saya terpaksa berniaga untuk bayar sewa kedai," katanya yang berasal dari Filipina.

Noraini dibantu dua pekerja warga Myanmar dan menjual makanan pelbagai lauk untuk hidangan semua pelanggan yang kebanyakannya Melayu.

Menurutnya, dia turut berniaga di bazar Ramadan namun pendapatan tidak seberapa kerana hanya menjual martabak.

Tinjauan mendapati rata-rata pelanggan di kedai tersebut adalah pekerja sebuah kilang pengeluar kereta di sini.

Sementara itu, Rosli berkata, setiap tahun apabila tiba Ramadan beliau menasihati peniaga restoran tersebut agar tidak berniaga di siang hari terutama kepada orang Islam.

Bagaimanapun, peniaga terbabit sering ingkar dan tetap berniaga melalui pintu belakang bermula seawal jam 10 pagi hingga 3 petang.

"Tinjauan saya semalam (kelmarin) sekitar jam 1.15 petang, ramai pelanggan yang makan dan membungkus makanan di kedai tersebut.

"Tapi, hari ini (semalam) kurang sebab pelanggan menyedari kehadiran saya bersama wartawan, mereka tidak berani mahu beli," katanya.

Menurutnya, peniaga terbabit turut memberi isyarat kepada pelanggannya yang berhenti di depan kedainya supaya beredar bagi mengelak perbuatan mereka dirakam.

Sumber dari Harian Metro Online & Sinar
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

EXCO AGAMA KEDAH BIARKAN KAWASAN DUN SENDIRI JADI PUSAT JUDI


http://dukeofumno.blogspot.com/

‘Membangun Bersama Islam’ dan sekarang pula "negeri berkebajikan" yang diamalkan oleh Kerajaan Pas negeri Kedah namun PUSAT JUDI DI KAWASAN EXCO AGAMA SENDIRI... Majlis Agama Islam Kedah atau Tuan empunya PORFILIO seolah-olah menutup sebelah mata kerana tiket loteri serta 4D nombor ekor, kaki judi boleh membelinya dengan mudah di kedai-kedai berdekan Rumanya di Pekan Tokai....  

Dari blog : EKSKLUSIF duke of UMNO
http://dukeofumno.blogspot.com/
Ni ke "tauke judi ekor haram" Tokai..???
Sebelum Ramadhan, aku ada turun ke Pendang. Atau lebih tepat, aku turun ke DUN Tokai bersama seorang skuad TMK, Tombak Pusaka. Menariknya, dia bagi satu cerita best kat aku...heh!

Apa yang aku dapat di Tokai? Heh!

Rupanya di pekan Tokai, terdapat lebih 5 kedai nombor ekor haram! Perghhh..!!! Ni sindiket judi haram, bukan macam Sport Toto, Magnum atau judi yang dapat lesen tu. Judi haram ni takdak lesen dan sebab tu aku kata ia beroperasi secara haram...

Menariknya, nombor-nombor judi haram tu dijual dikedai-kedai runcit di sekitar Pekan Tokai, tidak jauh dari rumah EXCO AGAMA, Taulan Rasul..!!! Jauhnya hanya sekitar 500 meter dari rumahnya...

Pada mulanya, aku tak caya. Tapi lepas lalu depan rumah Taulan Rasul (dia dah pakai Camry baru kaler hitammm!!! Perghhh..!!! kaya bebbb..!!!), aku suruh la member aku buktikan...

Dia kata dia tak reti beli sebab tak pernah main nombor. Dia mintak tolong kawan dia belikan. Kawan dia tu "orang PAS"...???!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
Nombor yang mamat tu tulis...
Kawan dia tu mulanya tulis nombor atas kertas. Sumpah Wallah! Aku pun tak tahu cara nak tulis untuk beli nombor tu. Lepas tu dia hulur kat kaunter kedai tu. Selamba je kedai tu bagi "resit"! Kiranya resit tu ialah nombor yang dipertaruhkan laaa...

Perghhh..!!! Macam tu rupanya cara judi ekor haram di DUN di bawah EXCO AGAMA PAS ni...

Lebih best lagi, ada sebuah rumah tu dikatakan pusat jual beli nombor ekor haram paling popular! Lokasinya betul-betul dekat dengan Masjid As-Syakirin depan rumah Taulan Rasul..!!! Perghhh..!!!

Aku tertanya-tanya, takkanlah Taulan Rasul tak tahu pasal semua judi ekor haram ni? Kalau dia tak tahu, maka sahlah dia tak buat kerja. Dan jika dia tahu pun, lebih sah la dia memang tak reti buat kerja...kerja goyang telur je la sambil bersiar-siar naik Camry baru...

Tak sangka perkara macam ni berlaku di dalam kawasan PAS totok! Kawasan tu PAS pekat tuuhhh..!!! Sebut DUN Tokai, semua tahu kawasan tu kuat PAS.. orang PAS suka main judi ekor haram ke...???

Aku gesa Taulan Rasul buat operasi, siasat perkara ni dan ambil tindakan segera. Kalau tidak, Azizan perlu dipertanggungjawabkan. Sanusi Setpol pula perlu jawab isu ni. Kalau kami check lagi lepas ni dan judi ekor haram tu masih ada...siap la kena balun dengan TMK lagi lepas niii..heh!

HUKUMLAH AKU JIKA AKU BERSALAH CUBA HENDAK MEMBANTU RAKAN SERTA MEREKA YANG DI TIPU.


Pemulaan aku cuma nak main-main saja dalam berblog ini. Sehinggalah suatu ketika aku di jemput oleh seorang sahabat dari KL asalnya, dia ajak aku  join pakatan dia.Pada masa aku masih "dungu" dalam menulis sampai lah sekarang cuma cikit jer....tu pun atas ihsan dan tunjuk ajar dari TMK. Sehingga sesuatu yang "DASYAT BERLAKU KAT BALING"  yang selama ini aku fikirkan tak kan terjadi kat Tempat tumpah darahku  

PEMBALAKAN DI GUNUNG INAS. itulah yang menjadi "suis" atau "alarm" aku untuk aku terus Join TMK. pelbagai cara penduduk Baling lakukan demi untuk menyelamatkan "HUTAN SIMPAN GUNUG INAS" khazanah baling yang tak ternilai harganya. di rompak demi "wang" serta nak menyelamat maruah PARTI yang selamat berbangga atas kepalsuan "pentadbiran islamnya".

Pejuangan aku belum selesai....... selagi aku mampu menekan "PAPAN KEKUNCI" Selagi  "otak kampungan " masih mampu berfikir. aku akan terus "begerak" demi AGAMA, BANGSA & NEGARA. aku merasa Sedih dan pilu apabila kami TMK disamakan dengan Iblis. Kenyataan yang dikeluarkan blog Pas Kedah yang diuruskan oleh Urusetia Penerangan Negeri Zulkifli Yahaya telah memfitnah kami TMK di bulan Ramadan yang mulia ini.



Baca penjelasan kami di SINI dan SINI

Apakah ini yang Pas panggil Islam? Mengelarkan seseorang muslim yang lain dengan panggilan buruk? Mereka mengatakan kami pemfitnah! Buktikan apa yang telah kami fitnah? Kalau benar kami fitnah, heret kami ke mahkamah. Kami tak takut berdepan dengan apa yang kami tulis di blog kami


#janjiditepati BN vs janjidimungkiri PR : SEBAB ZUL KULIM SERGAH Malaysiakini

Sebuah portal yang sememangnya sah penyokong pakatan haram. Berita-beritanya begitu hebat memutar belit fakta. 







Cubaan PAS Perkenal Hudud Tidak Cerminkan Apa Yang Diputuskan Di Muktamar PAS

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh berkata pada Isnin sebarang cubaan PAS sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas.

Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke 57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguanpun bahawa PAS telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. PAS, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataann di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.

Karpal berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan PAS mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal berkata Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.

"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.

Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan.

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

"4 Julai 2012 – Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

Sementara itu syarikat tudung berkenaan, AlHumaira Contemporary (AHC), dalam maklum balas segera dalam facebooknya berkata, kontrak itu ditamat kerana "tidak mencapai matlamat yang diharapkan".

Tanpa menyebut nama Abby, syarikat itu menegaskan bahawa pihaknya sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa yang dianggap sesuai mengikut situasi.

"Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect (hormat) keputusan ini," kata syarikat itu pada laman Facebooknya, merujuk kepada "seorang artis yang baru beberapa bulan bertudung yang juga merupakan bekas duta AHC".

Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah – ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu – menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

enurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama," kata Abby ringkas.

Sumber :Harian Metro Online
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 30 July 2012

SEKSA : GURU DI HUKUM






Kisah ini berlaku di sebuah kelas tingkatan 3. Guru mengarahkan murid-muridnya mengeluarkan buku latihan untuk memeriksa samada mereka menyiapkanya atau tidak. Bagaimanapun, seorang murid mengangkat tangan lantas bertanya:

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

Tudiaaaa.... Pengacara TV NAIK ANGIN.







kemunculan MODEL Baru Mazda cetuskan fenomena di Rusia 2012


Model Baru Mazda6 Kemunculan Pertama Di Moscow 2012. Baru - baru ini, Mazda telah mengumumkan model flagship serba baru mereka, Mazda6 yang akan membuat kemunculan pertama di Moscow Motor Show 2012 pada 29 Ogos 2012.




Mazda6 merupakan model kedua generasi terbaru Mazda selepas model SUV Mazda CX-5 yang menggunakan teknologi SKYACTIV dan bahasa rekaan KODO " Soul of Motion". Model pertama yang dilengkapi teknlogi terkini brake energy generation atau lebih dikenali dengan nama i-ELOOP. 


Model yang akan dipamerkan di Moscow hadir dengan spesifikasi untuk pasaran Russia, di mana ia menggunakan enjin petrol ‘direct-injection’ SKYACTIV-G 2.0 liter dan transmisi automatik SKYACTIV-Drive 6-kelajuan.

Beberapa lagi gambar Mazda6 untuk pandang pertama. Kelihatan rekaan Mazda6 ini tidak menghampakan bukan? dan ciri yang begitu menarik.





MODEL BARU MAZDA6 KEMUNCULAN PERTAMA DI MOSCOW 2012

DIANA AMIR LEBIH LEBIH CELIK ILMU DARI ABBY ABADI


“Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpin (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.

"Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,” kata Diana seperti dirinya yang tidak begitu arif dalam selok-belok dunia politik, Diana lebih selesa untuk tidak terlalu ekstrim berbicara.



Malah, pendekatan untuk berdiam diri itu lebih baik dilakukan untuk satu-satu isu yang timbul.


“Cuma bagi saya tentang politik ni ataupun apa apa yang berkenaan dengan polisi sepertinya lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri pun tak pasti,” katanya.

Mengulas tentang isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki tidak ada dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu.

“Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana mana parti politik periuk nasib artis ini akan tejejas, diorang yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.

“Untuk artis yang berhijrah kena kuatkan semangat sebab banyak cabaranya nanti.

Kita sentiasa kena ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapatkan ganjaran di akhirat bukan didunia ini. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak,” kata Diana._mpp

KEMATIAN EKSEKUTIF TV9 AKIBAT DIJERUT


Kematian Eksekutif TV9 Akibat Dijerut. Kes Eksekutif Pentadbiran Berita TV9 yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Damansara Damai, kelmarin.



Polis mengesahkan kematian Nursyaleza Jaafar, 31 tahun akibat dijerut dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa. Susulan itu, polis menahan suami Allahyarham sebaik pengebumian selesai di Labis, Johor malam tadi.



Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, penahanan itu bagi membantu siasatan kes berikutan terdapat unsur jenayah dari hasil bedah siasat yang dilakukan semalam. Suspek berusia 31 tahun ditahan kira-kira jam 10:15 malam tadi di Felda Redong 1, Labis.


Beliau turut mengesahkan, kes kematian Allahyarham Nursyaleza kini disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Hasil bedah siasat Hospital Sungai Buloh mendapati mangsa meninggal kerana sesak nafas akibat dijerut.



Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada pukul 7 malam, setelah pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.
sumber : eco

GEMPAR !! PELAKON SENSASI DI SERANG KERANA MENEGUR USTAZAH



Rupanya dalam sibuk-sibuk umat islam berpuasa ada dikalangan artis kita...gempar....Sebelum ini Umie Aida pernah mengeluarkan kenyataan yang agak pedas terhadap Abby Abadi dengan menyifatkan Abby sebagai individu yang berfikiran cetek.


Sungguhpun begitu, teguran Umie Aida terhadap Abby Abadi ternyata mengundang perasaan marah sebilangan lelaki hidung belang yang mungkin mendambakan bakal memiliki Mak Janda tersebut.

Walaupun teguran balas yang ditujukan kepada Umie Aida ini ada asasnya, ia dilihat tidak lebih untuk mendedahkan aib Umie Aida kepada umum.

Berikut adalah sebahagian keratan teguran balas mereka;