Monday 23 July 2012

BULAN KEMERDEKAAN : SURAT DARI ROSLI DHOBI


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDM1uwzbGGZY3N3tIbjj6e-_gRjiREEhBgr6EwvPp_kLntXu-9vtTgSKYXL75KIrBz71oGIQ5s0R6Uy2lFNIy6MDnc0y-p-pZWEAzGvreHJ1n-1auZRVHl8tZV_FnzskJfuwdnC2GJK5M/s320/insidepix1.jpg
Langkah seorang pejuang negeri Sarawak

Petikan surat yang ditulis oleh Rosli Dhobi sebelum hukuman ke atas beliau dijatuhkan. Untuk kita semua baca kemudian hayati. Mudah-mudahan, kita mampu mengerti akan makna tersurat dan tersirat disebalik warkahnya yang terakhir. Semoga kita mengerti semangat perjuangan yang dikatakan pemberontakan oleh kerajaan pemerintah ketika itu.

Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’genter saya ta’takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.
Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan
Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.
Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.
Ditulis pada 1‑3‑1950
Saya yang akan meninggalkan endah ini,
R.D.

- Dipetik dari buku Rosli Dhobi Di Tali Gantung tulisan Rudi Affendi Hj. Khalik, 1997.

Di bawah ni pula surat kepada keluarga sebelum beliau dihukum
Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita – Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 Mac, 195
0.
 -Malaysiasensasi.Net

No comments:

Post a Comment