Sunday 15 July 2012
RAKAN SETUGAS, KEKASIH LAMA KINI MENJADI SETERU AKIBAT CINTA TERPENDAM
Boom... bom jangka yang hampir meletup....... perbalahan mereka, ABBY umpama askar yang baru habis training bersemangat.. untuk berperang.. PESANAN UNTUK ABBY JANGAN HANGAT-HANGAT TAHI AYAM SUDAH... faham-faham je lah......
Sebelum ini, AC Mizal telah mencabar Abby Abadi untuk berdebat berkenaan isu yang dikatakan telah menghina dan mencabar kredibiliti PDRM.
Lantaran dari itu, Abby telah menyahut cabaran AC menerusi kenyataannya di laman sosial, Twitter.
Dia turut menyatakan yang tindakan serta kata-katakannya sewaktu perhimpunan di hadapan Kem Kemunting pada 8 Julai lalu bukanlah satu penghinaan.
Justeru, Abby telah mencabar AC sama ada boleh menerima hakikat jika Abby berjaya membuktikan yang kata-katanya bukanlah satu penghinaan.
Abby turut menyatakan apa yang diluahkannya pada perhimpunan tersebut merupakan kritikan terhadap salah laku segelintir mereka (PDRM).
Selain itu, dia juga akan hadir membawa bukti, saksi dan magsa untuk ditunjukkan kepada AC Mizal.
SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment