HKC
$entry.content.caption.value
KELAB Penyokong Hijau Kuning (HKC) menuntut mahu mengadakan dialog bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), lapor MOHD FAHMI ISMAIL.

Ia berikutan kekecewaan peminat setia negeri jelapang padi itu selepas pasukan Kedah kembali terjerumus ke saingan Liga Perdana musim hadapan.

Presidennya, Shahar Saad berkata, satu surat rasmi permohonan dialog akan dihantar kepada KFA dalam masa terdekat.

“HKC menuntut agar KFA mengadakan dialog dengan semua Kelab Penyokong dan peminat pasukan Kedah dengan dihadiri oleh pegawai tertinggi KFA.

“Ini sebagai langkah kepada semua peminat untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabkan prestasi pasukan merudum,” katanya._SINAR