Wednesday, 25 July 2012

PERISTIWA NGERI KEMPINPINAN NEGARA TAK AKAN BERULANG.

 

APA KAH ADA DI KALANGAN AHLI BN ATAU UMNO AKAN MEMBIARKAN SEJARAH YANG LALU BERULANG KEMBALI.

SHAH ALAM: Exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz berkata 'mimpi ngeri' Barisan Nasional (BN) yang berlaku empat tahun lalu tidak akan berulang pada pilihan raya umum akan datang.


Ini kerana, katanya, program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja berjaya mendekati rakyat tetapi dilihat mengubah pendirian pengundi-pengundi di negara ini.

"Banyak perubahan transformasi yang dibawa Datuk Seri Najib sebab itu perdana menteri daripada kedudukan 2009 sampai sekarang meningkat manakala kedudukan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semakin menurun termasuk di Selangor rakyat marah dan macam-macam korupsi yang berlaku.

"Ini menunjukkan bahawa cakap memang mudah nak menggantikan kononnya pemimpin yang korup tapi akhirnya bila dapat kuasa, kuasa itu sendiri yang korupkan mereka," katanya pada program Diskusi Meja Bulat "Melayu Pasca PRU 13?" anjuran Antarapos, Khamis lalu.

Hasil 'tsunami' 8 Mac 2008, PAS-DAP-PKR yang membentuk kerjasama politik, menawan kuasa kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

                                                                                                                                   
Kelantan diterajui PAS sejak 1990. Pentadbiran Kerajaan nNegeri Perak bagaimanapun tumbang awal 2009 ke tangan BN, apabila beberapa ADUN Pakatan berpaling tadah.

Selain lima kerajaan negeri, ketiga-tiga parti berkenaan turut memperoleh 84 kerusi Parlimen, sekali gus menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN.

Selepas kejayaan itu, ketiga-tiga parti tersebut membentuk kerjasama politik atas nama Pakatan Rakyat.

Mengambil contoh di kerajaan negeri pimpinan Pakatan, Tun Faisal berkata gabungan tiga parti komponen itu iaitu PAS-PKR-DAP tidak mampu melakukan perubahan termasuk dalam aspek pembangunan.

"Kita lihat sendiri apa yang berlaku di Kedah, apa sahaja pembangunan di Kedah kalau Melayu yang kita nak pertahankan kuasa Melayu tidak membawa apa-apa pembangunan, jadi ini adalah satu masalah.

"Tiga tahun Datuk Seri Najib, empat tahun pembangkang... 22 tahun di Kelantan, saya rasa perubahan yang dibawa Datuk Seri Najib lebih banyak daripada Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) di Kelantan.

"Ini menyebabkan rakyat berfikir semula apa sebenarnya perjuangan Pakatan sama ada mereka boleh terjemahkan dalam keadaan mereka berpakat tapi mimpinya lain-lain," katanya.

Kata Pengerusi Unit Media Baru Pemuda Umno ini, setiap ungkapan atau janji yang ditabur pemimpin Pakatan tidak boleh dipercayai 100 peratus.

"Cerita memang mudah, PKR kata untuk keadilan tetapi yang keluar dari mulut DAP adalah kesaksamaan. Itu perkara yang berbeza sebab itu dalam dasar Pakatan kita tanya juga kalau mereka pertahankan semua perkara yang Umno pertahankan, kita tiada masalah.

"Kononnya mereka pertahankan institusi di raja tapi institusi di raja diserang begitu rupa, jadi cakap dengan perbuatan sudah nampak tidak bersama... cakap dalam manifesto dengan realiti dan dasar pelaksanaan tidak sama," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment