Cukup-cukuplah berbalah sesama sendiri, bersatulah di antara kedua-dua parti ini. Pas buanglah ego, buka lembaran baru untuk umat Islam negara ini dan juga dunia. Pas hanya sebuah parti politik sama seperti UMNO yang mempunyai terlalu banyak titik persamaan. Urusan syurga neraka adalah hak mutlak Allah, kita hanya melaksanakan perintahNya.
Terserah kepada Allah, siapa yang diridhoi-Nya untuk masuk
ke dalam surga-Nya itu.
Ini kerana menurut ulama Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.
Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.
"Syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan Ubudiyah, bukan kepada mana-mana pengundi, manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik," katanya.
Ustaz Hassan Basri yang memang memandang tinggi kepada perjuangan PAS namun tidak sanggup melihat ahli-ahli PAS dipesongkan akidah dan akhlak kerana mahukan kuasa.
kk rasa mungkin ramai lagi artis serta orang-orang nakal yang akan menyertai PAS....selepas di janjikan keduduka dan syurga... untuk mereka insaf...
No comments:
Post a Comment