Thursday 26 July 2012

Pelombong Guna Permit Melombong Pasir Kaut Keuntungan Melombong Bijih Timah


Pegawai penguatkuasa menganggarkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 10 lombong bijih timah haram di negeri ini.
"Semuanya tentang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setiap tahun. Ia adalah perniagaan besar bagi mereka, jadi mereka tidak keberatan melabur RM1 juta untuk membuka operasi mereka," menurut satu sumber penguatkuasaan.
Bagi mengelakkan proses yang rumit dan mahal untuk memohon permit melombong bijih timah, pelombong haram ini akan "menyembunyikan" perniagaan mereka dengan berselindung di sebalik menjadi pengusaha lombong pasir.(MS)

No comments:

Post a Comment