Tuesday 24 July 2012

Baddrol Bakhtiar Masih Pertimbangkan Lamaran Pasukan Lain


Baddrol masih pertimbang lamaran pasukan lain

Baddrol (kiri) mahu beri tumpuan 100 peratus pada 
kempen Piala Malaysia 2012, Ogos depan



BADDROL Bakhtiar mengakui masih belum menandatangani sebarang kontrak baharu bersama skuad Hijau Kuning seperti digembar-gemburkan peminat di laman sosial Facebook, lapor MOHD FAHMI ISMAIL.


Pada masa sama, pemain sayap Kedah berusia 24 tahun itu juga masih memikirkan tawaran daripada pasukan negeri lain yang dikatakan turut berminat mendapatkan khidmatnya mulai musim depan.

“Mengenai kontrak baru dua hingga tiga tahun bersama Kedah hanyalah khabar angin semata-mata. Fokus saya sekarang ini adalah untuk pasukan kebangsaan,” katanya yang turut tersenarai menjalani latihan pusat bawah kendalian Datuk K Rajagobal menentang pasukan Arsenal dan Manchester City, hujung bulan ini.

Kegagalan anak didik Wan Jamak Wan Hassan itu beraksi di kancah Liga Super 2013 memberi tamparan hebat buat pasukan unggul dari utara yang pernah merangkul gelaran juara berganda musim 2007 dan 2008.

Dikhabarkan, ramai pemain Kedah mahu ‘angkat kaki’ selepas kempen Piala Malaysia berakhir kelak selepas terpaksa bergelut pada saingan Liga Perdana musim akan datang.

Sementara itu, Baddrol berazam melakukan yang terbaik kepada skuad Kenari menjelang saingan Piala Malaysia yang dijadualkan bermula pada Ogos depan. – SH-


No comments:

Post a Comment