Thursday, 12 July 2012

UFB - Fenomena Artis Menjadi Ulama Segera

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=-RN2UlMDpmw[/youtube]

Komen Abu Aqif: Key-point - ILMU - Bukan Nafsu

Fenomena artis mahu bertaubat sering diperguna oleh golongan tertentu. Sehinggakan ada yang "pencen" dari menjadi artis lalu menjadi "ustaz segera" atau "ustazah segera" mahupun ada juga yang menjadi "ulama segera". Bila masa mereka menuntut ilmu sehingga diberikan pentas untuk mengajar masyarakat berkenaan ilmu yg mereka sendiri tidak pelajari.?? Ada juga menjadi ustaz lalu orang lain pula dikafirkannya. Ada juga mengambil kesempatan mempergunakan artis yg mahu bertaubat ini sebagai pencetus populariti untuk diri mereka sendiri. Ada yang suka-suka petik hadith yang dia sendiri tidak mendalaminya lalu tak semena-mena men-dhaif-kan hadith yg berkurunnya sahih. Hairan.. hairan.. hairan.. 

Bukan tidak boleh menceritakan pengalaman diri. Tetapi sampai bila kita mahu dengar pengalaman mereka..? tidak cukupkah cerita mereka yang kita lihat di kaca televisyen dan kisah hidup mereka di dada akhbar..? Tidakkah sudah sampai waktunya mereka pula duduk di bawah dan mengikut pengajian yang telah lama mereka tingalkan..?? Atau masih beratkah hati mereka meninggalkan dunia hiburan. Jangan kita terlalai dengan keduniaan yang disangkakan agama ini. 

Mari kita cek semula, adakah perkara yang kita lakukan ini benar-benar kerana Allah...???



Link Video: http://www.youtube.com/watch?v=-RN2UlMDpmw
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment