Friday 20 July 2012

KENARI TERSUNGKUR LAGI. KEM HIJAU KUNING PERLU DIROMBAK.

Ini padahnya..bila kalah asyik salah pemain jer.. Pengurusan yang bodoh sombong,

Tok Gajah isi slot terakhir Liga Super


NAIB juara Liga Perdana, Pahang akhirnya kembali semula ke kancah liga elit tempatan setelah mengalahkan Kedah menerusi sepakan penalti 3-2 selepas kedua pasukan terikat 2-2 pada saingan Play-Off Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam tadi. Lapor,

Tok Gajah terlebih dulu membuka jaringan awal hasil rembatan luar kotak penalti, pemain tengah, Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-7.

Belum sempat Sang Kenari kembali menyusun rentak, Tok Gajah mengandakkan jaringan hasil penalti pada minit ke-29, pemain tengah import Rusia, Boris Kochkin.

Separuh masa kedua Kedah kembali bangkit merapatkan kedudukan menerusi jaringan pemain tengah, Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-47.

Ketua Pasukan Kenari, Baddrol Bakhtiar memberi harapan kepada Hijau Kuning menerusi jaringan pada minit ke-68 seterusnya mengikat perlawanan 2-2 sehingga perlawanan berakhir.

Kedah terpaksa bermain 10 pemain apabila Minit ke-99 Khyril mendapat kad merah selepas mendapat kad kuning qkedua kerana menghalang guna tangan kemudian disusuli Pahang yang kehilangan pertahanannya, Gopinathan pada minit ke-113.

Tempoh masa tambahan kedua-dua pasukan masih gagal menemui rentak penyudah sekali gus memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti yang mana dimenangi Pahang, 3-2.

Penjaga gol Pahang, Wan Azraie Wan Teh muncul wira skuad Tok Gajah apabila menyelamatkan empat daripada enam sepakan penalti Kedah.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Pahang kembali semula ke Liga Super manakala Kedah terpaksa beraksi dalam Liga Perdana pada musim depan. Sinar


Nak pesan: Lain kali pengurusan Kedah ukuq lah baju di badan sendiri.. Jangan ukuq kat perdu nyok... Dah tak tau buat cara tak tau.. Jangan bodo sombong.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment