Saturday 12 May 2018

Syefura Othman berasa seakan bermimpi ? #PRU14


Syefura yang lebih dikenali sebagai Rara tidak menyangka bakal memenangi kerusi itu dengan majoriti agak besar iaitu 3,710 undi.

Beliau berjaya membuktikan usia muda bukan penghalang baginya menyelami denyut nadi dan keperluan rakyat di kawasan berkenaan.

sambung baca kat sini : 

Rara bagai bermimpi https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/424112/rara-bagai-bermimpi

Thursday 10 May 2018

#PRU14 : Kebencian Rakyat Terhadap Najib.



Keputusan PRU14 merupakan manifestasi kepada kebencian membuak-buak hampir semua golongan rakyat jelata terhadap corak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dilihat memalukan negara ekoran skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilionnya.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, rakyat bangkit bila melihat bekas Perdana Menteri berusia 93 tahun merisikokan kesihatan diri untuk menjelajah ke seluruh pelosok negara semata-mata untuk mendedahkan segala salah laku yang didakwa dilakukan oleh Najib.

"Penyampaian Tun Mahathir mengenai segala salah laku ini di dalam segenap ceramah beliau pula sangat berkesan kerana ia dibuat dalam bahasa yang sangat mudah difahami oleh rakyat jelata, termasuk penduduk di luar bandar.

Ungkapan ringkas Tun Mahathir seperti 'Najib pencuri', 'Najib perompak' dan 'Najib penyamun cukup menyentuh jiwa rakyat jelata, apatah lagi bila Najib sendiri gagal membuat apa-apa yang meyakinkan untuk menjawabnya,"katanya.

Selain itu, Kamarul Zaman berkata, tindakan Tun Mahathir memaparkan diri beliau sebagai mangsa dizalimi susulan tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Bersatu sehari sebelum pembubaran parlimen meraih simpati rakyat jelata kepada beliau.

"Serangan peribadi yang keterlaluan terhadap Tun Mahathir juga turut berbalik arah kerana ia mendatangkan rasa kasihan rakyat jelata kepada beliau kerana rata-rata mereka masih mengenang jasa bakti beliau sebagai Perdana Menteri,"ujarnya.

Tambah beliau lagi, turut memainkan peranan ialah media massa seperti akhbar Sinar Harian yang sering memberikan liputan luas terhadap Tun Mahathir termasuk di dalam wacana viral yang mempersoalkan apakah beliau terlalu tua untuk jadi Perdana Menteri.
"Kesemua perkara ini menyentuh emosi dan sentimen rakyat jelata, apatah lagi bila ia dikaitkan dengan kesusahan kehidupan harian mereka, di mana emosi dan sentimen ini mendorong mereka keluar beramai-ramai untuk menolak Najib.

Signifikan kepada kemenangan Harapan dalam PRU14 ialah ia adalah lonjakan besar dalam kehidupan rakyat kerana ia membuktikan mereka juga mempunyai kuasa menentukan corak kehidupan mereka,"katanya.

Kamarul Zaman berkata, selama 61 tahun terkurung oleh kerajaan sama sebelum ini, kejayaan mereka mengubah buat pertama kali kerajaan di peringkat pusat ini memberikan mereka satu 'sense of empowerment' yang cukup besar maknanya kepada diri mereka.

"Setelah berjaya mengubah kerajaan sekali, maka sudah tentulah selepas ini mereka tidak akan ragu-ragu lagi untuk berbuat perkara yang sama jika kerajaan yang mereka pilih ini gagal memenuhi harapan dan kehendak mereka seperti dijanji,"katanya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/pru14-cermin-kebencian-rakyat-terhadap-najib-1.832961

#PRU14 : Rakyat Tolak UMNO/BN Bukan Kerana Benci.


Macamana nak jawab kepada anak cucu kenapa tukar kerajaan thun 2018.
Baru la dengar nama Tun M balik dalam TV, Kalau tidak apa yang Tun M cakap semuanya tak betul.

Kalaulah NAJIB dengar cakap Tun M dahulu letak jawatan, UMNO/BN tidak akan musnah mcm ni... Tun M dah nasihat molek dh msa tu....

Inilah yang dikatakan betapa punah dan kotornya Pemimpin setelah mejoriti rakyat malysia tolak BN kerana kebodohan egonya UMNO/BN yang menyokong dan mempertahankan kegagalan Najib selama ini. pengakhirnya UMNO/BN yg hancur lebur. Sepatutnya Najib perlu disingkirkan dari dulu lagi apabila terlibat dengan Skandal yang besar.

Sejarah telah tercipta, UMNO/BN selama berpuluh-puluh tahun memerintah akhir tumbang, apabila lelaki berumur 93 tahun kembali.

Kerana seorang pemimpin yang merasakan segalanya dirinya betul.

Betapa peritnya untuk ditelan tetapi terpaksa juga di hadap, lihatlah apa dah jadi  disebabkan keangkuhan pemimpin UMNO/BN membela kegagalan Najib , akhirnya menghancurkan UMNO/BN tewas di Malaysia.

Sepatut dan Sebetul seorang negaara perlu di hormati dan diambil padangan dan ideanya bukan dihina, dicari sebegitu rupa setiap detik dan saat di TV dan di FB.

Kuasa rakyat jangan dibuat main. Rakyat tidak membenci Parti, tetapi rakyat benci pemimpin yang tidak telus, maka ini masanya rakyat bangkit mahukan pembaharuan. Parti tidak salah, yang salah orang yang memegang jawatan tu.
Selamat Kembali Tun...

Ya Allah, Engkaulah Pemilik segala kerajaan. Engkau memberi kuasa pemerintahan kpd sesiapa yg Engkau kehendaki. Dan Engkau jualah yg melucutkan kuasa drp sesiapa yg Engkau kehendaki.

Siapalah kami utk mengatasi kekuasaanMu utk menentukan dan menzahirkan kehendakMu.
Ya Allah, Engkau pimpinlah para pemegang amanahMu agar mereka dpt membawa negara dan rakyat Malaysia ke arah yg lebih hebat.

Ya Allah, kupohon agar Engkau terus melimpahkan berkatMu kpd bumi Malaysia yg tercinta ini.

Tahniah Team MMFC kerja buat anda sememang terbaik.

Sunday 6 May 2018

#PRU14 : PANAS !! CALON PARLIMEN PAS BALING MANGSA POLITIK KOTOR !!

Image result for ustAZ HASSAN SAAD BALING

PERSOALAN ? 

KENAPA Ustaz Najmi Di DUN Kupang & Ustaz Hassan di Parlimen.


Sebelum ini Ustaz Najmi pernah bertanding Parlimen, Keupayaan, Pengalaman dan Pendidikan Ustaz Najmi lebih hebat dari Ustaz Hassan Saad. Ustaz Najmi Merupakan bekas pengarah KAGAT  Angkatan Tentera Malaysia. 

Kenapa  Brigedier Jeneral (B) Mohd Najmi Ahmad berundur dari berentap dengan Tok Azeez di kerusi Parlimen yang sememangnya beliau mahukanya pada PRU 13 dahulu...

Tidak kah Jenaral Najmi mahu 'balas dendam" kekalahkan beliau yang lepas.....

atau Jeneral Najmi menyedari bahawa calon BN untuk kerusi parlimen tidak mampu ditewaskanya.....

Bagi admin Ustaz Hassan Saad walaupun beliau YDP PAS Baling, beliau sebelum ini seorang Ustaz di Sekolah Menengah Jerai, selepas pencen baru beliau betul-betul aktif dalam 'politik' tu pun curi-curi kerana beliau terikat dengan tugas sebagai imam masjid di Kharian Kampung Tanjung......

kedua-calon PAS ini berasal dari produk Kampung Tanjung...tetapi jarang bertemu memandangkan Ustaz Najmi sebelum ini menetap di K. Lumpur.

BAGI admin... MELETAKAN Ustaz Hassan Saad di Parlimen merupakan langkah menyelamatkan karier POLITIK Ustaz Najmi, 

Image result for ustAZ HASSAN SAAD PARLIMEN BALING

Umum amat mengetahui keupayaan Ustaz Hassan Saad untuk mentadbir parlimen jika diberikan mandat nanti... kerana masaalah kesihatan beliau sebelum ini..

Sungguh pandai 'play maker' untuk menamatkan 'kareir' politik Ustaz Hassan Saad dengan meletakan beliau bertanding di Parlimen Baling.... 

jeng-jeng..... nanti kita ulas siapa yang atur 'pemaianan ini".... tunggu info seterusnya dari talibarut PAS.  

#PRU14 : Tudiaaaaa GANASnya 'Aku Benci Orang PAS' !!


"inilah orang Pas buat dekat orang UMNO pasal apa orang Pas buat Bagilah orang pakailah Aku benci orang pas sangat depa buat apa kat orang kami sampai aku jatuh sampai kakiku sakit pakat-pakat orang baling undilah UMNO tak yah undi pas pas jahat pas tak fikir orang macam-macam orang pernah buat dekat orang mana bahasa ini dekat Rambong Batu 7"

Penulisan di FB oleh sahabat ini berikutan retatan dari sekelompok penyokong Barisan Nasional yang melakukan aktiviti konvoi pemuda BN. Konvoi bergerak melalui Jalan kampung Batu 7 Rambung, apa tiba di selekoh tiba2 ada sebatang dahan kayu besar melintang jalan tersebut menyebabkan beberapa buah motosikal peserta konval gagal mengelak menlanggarkan menyebabkan kemalangan kecil. Ini berita kejadian awal pagi yang di update sebelumnya. A







dari Fb : Belangkas Bunga

PANAS PRU14 KIAN TERASA!!
Tak kiralah kita d pihak mana tp jaganlah sampai letak kayu d tengah jalan.. 
Seandainya parti lain berkonvoi terjadi kejadian mcm ni kena adik abah akak ayah mak tokche kita macam mana..
Nasip la x mati anak org.
Apa kejadahnya.. .
Perangai x berjenis lasong.
Jgn la naya org sampai mcm tu... Nk kata dahan pokok jatuh xda pula pokok besar2 nk kata pokok terbalik. Heran pula xda tunggul.
Yg paling heran seblm konvoi sampai d selekoh tu ada 2 buah moto potong team konvoi x kena pula kayu tu duk lentang jalan..
Mcm mana la hampa berfikir naya org.
5 tahun sekli ja nk mcm ni lepas 9hb dah xda dah...
Perlu ka buat naya mcm tu?
Pasai apa jahat sangat sesama islam?
#satkitatgkpuakmananakmelenting
Mesti kerja geng taksub ni panas telinga

P/S : Memang tak matang langsung perangai penyokong parti, Nama saja memperjuangkan Islam tapi sikap hampehhhh....

Tuesday 1 May 2018

#PRU14 : "Azeez Toyu"Tak Pernah Merajuk !!

Image result for azeez rahim

Cemuhan dan sindiran sedikit tidak pernah ambik kisah, malah menjadi azimat untuk terus berbakti, DSP menjadikan 'sebiji buah hijau yang pahit untuk masak menjadi merah ranum dan manis'. Sedikit tentang "Azeez Rahim'.

Pada 3 Oktober 2009, ketika penamaan calon pilihan raya kecil di Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson beliau mendakwa telah ditumbuk beberapa kali oleh penyokong PAS tetapi telah ditolak ceritanya oleh Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mendakwa bahawa ketua Putera UMNO itu hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, (lahir 19 November 1966 ) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Di peringkat akar umbi, beliau memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, ketua UMNO Bahagian Baling dan juga Ketua UMNO Cawangan Kg Charok Sikin, KupangBalingKedah.
Abdul Azeez pernah menglibatkan diri dalam kesukarelawan semasa menjadi pengerusi Logistik Yayasan Aman Malaysia untuk bencana tsunami di Aceh dan bencana tsunami di Sri Lanka/India pada tahun 2005. Kini, beliau merupakan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia dan banyak menjalankan aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Lain-lainSunting

Antara jawatan lain termasuklah:-
  • Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibubapa Nasional Negeri Kedah(Mapin)
  • Pengerusi Belia Anti Dadah dan Anti Pelumba Haram, Kedah Darul Aman.
  • Pengerusi Jawatankuasa Masjid-masjid, seluruh Parlimen Baling, Kedah Darul Aman.
  • Penaung Jawatankuasa peningkatan prestasi UPSR di seluruh sekolah rendah, Parlimen Baling, Kedah Darul Aman.
  • Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) Sek Keb Sri Subang, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
  • Ahli Kelab Rotary Goldwing
  • Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Baling.
  • Pengerusi Eksekutif Sekretariat Perunding Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)

Datuk Seri Panglima Azeez Rahim telah dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan raya umum 2008 menentang calon daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Uztaz Taib Azamudden Md Taib bagi merebut kawasan parlimen BalingKedah tetapi tewas dengan 7613 undi.[4]

Beliau telah dipilih menjadi calon BN sekali lagi pada pilihan raya umum Malaysia 2013menentang calon PAS, Datuk Najmi bin Hj Ahmad bagi merebut kawasan parlimen P.016 Baling. Kerusi tersebut telah dimenangi oleh Datuk Seri Panglima Azeez Rahim dengan majoriti 5,185. (Sumber Wikipedia)

Mungkin manusia bernama Azeez Rahim ini sudah ditakdirkan Allah swt untuk memulakan karier politiknya dengan rintangan yang menyakitkan tapi dipengakhiranya boroleh kejayaan, ketenangan dan Keberkatan untuk dikongsi rakyat Baling. Benarlah slogan yang diilhamkan oleh DSP sendiri #AzeezRahimRakyatBalingBerpisahTiada.

PS : Doa mereka yang dibantu oleh Azeez tanpa mengira pangkat dan fahaman politik yang munkin diberkati, membuka lambaran kehidupan baru untuk terus berbakti.