Showing posts with label BN KEDAH. Show all posts
Showing posts with label BN KEDAH. Show all posts

Tuesday, 1 May 2018

#PRU14 : "Azeez Toyu"Tak Pernah Merajuk !!

Image result for azeez rahim

Cemuhan dan sindiran sedikit tidak pernah ambik kisah, malah menjadi azimat untuk terus berbakti, DSP menjadikan 'sebiji buah hijau yang pahit untuk masak menjadi merah ranum dan manis'. Sedikit tentang "Azeez Rahim'.

Pada 3 Oktober 2009, ketika penamaan calon pilihan raya kecil di Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson beliau mendakwa telah ditumbuk beberapa kali oleh penyokong PAS tetapi telah ditolak ceritanya oleh Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mendakwa bahawa ketua Putera UMNO itu hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, (lahir 19 November 1966 ) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Di peringkat akar umbi, beliau memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, ketua UMNO Bahagian Baling dan juga Ketua UMNO Cawangan Kg Charok Sikin, KupangBalingKedah.
Abdul Azeez pernah menglibatkan diri dalam kesukarelawan semasa menjadi pengerusi Logistik Yayasan Aman Malaysia untuk bencana tsunami di Aceh dan bencana tsunami di Sri Lanka/India pada tahun 2005. Kini, beliau merupakan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia dan banyak menjalankan aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Lain-lainSunting

Antara jawatan lain termasuklah:-
  • Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibubapa Nasional Negeri Kedah(Mapin)
  • Pengerusi Belia Anti Dadah dan Anti Pelumba Haram, Kedah Darul Aman.
  • Pengerusi Jawatankuasa Masjid-masjid, seluruh Parlimen Baling, Kedah Darul Aman.
  • Penaung Jawatankuasa peningkatan prestasi UPSR di seluruh sekolah rendah, Parlimen Baling, Kedah Darul Aman.
  • Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) Sek Keb Sri Subang, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
  • Ahli Kelab Rotary Goldwing
  • Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Baling.
  • Pengerusi Eksekutif Sekretariat Perunding Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)

Datuk Seri Panglima Azeez Rahim telah dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan raya umum 2008 menentang calon daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Uztaz Taib Azamudden Md Taib bagi merebut kawasan parlimen BalingKedah tetapi tewas dengan 7613 undi.[4]

Beliau telah dipilih menjadi calon BN sekali lagi pada pilihan raya umum Malaysia 2013menentang calon PAS, Datuk Najmi bin Hj Ahmad bagi merebut kawasan parlimen P.016 Baling. Kerusi tersebut telah dimenangi oleh Datuk Seri Panglima Azeez Rahim dengan majoriti 5,185. (Sumber Wikipedia)

Mungkin manusia bernama Azeez Rahim ini sudah ditakdirkan Allah swt untuk memulakan karier politiknya dengan rintangan yang menyakitkan tapi dipengakhiranya boroleh kejayaan, ketenangan dan Keberkatan untuk dikongsi rakyat Baling. Benarlah slogan yang diilhamkan oleh DSP sendiri #AzeezRahimRakyatBalingBerpisahTiada.

PS : Doa mereka yang dibantu oleh Azeez tanpa mengira pangkat dan fahaman politik yang munkin diberkati, membuka lambaran kehidupan baru untuk terus berbakti.

Sunday, 29 April 2018

#PRU14 [VIDEO]: 'Jangan bila tewas menuduh calon tak terpilih mencantas"Penyandang Kerusi Dun Bayu

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing, hat and outdoor

Penyandang Kerusi Dun Bayu, berharap BN terus kekal menerajui Kedah.
Datuk Azmi Che Husain berkata, beliau reda tidak dicalonkan dan tidak mempunyai masalah dengan keputusan berkenaan.
Menurutnya, beliau yakin calon baharu dipilih lebih baik berbandingnya.

Video : Pak Lang Mie hadir di hari penamaan Calon Baling.
“Saya tetap akan berikan sokongan kepada calon BN. Pengundi mempunyai hak memilih, tetapi saya seru mereka bantu menangkan calon BN.


“Walaupun saya tidak terpilih tidak akan ada cantas-mencantas, jangan bila tewas menuduh calon tak terpilih mencantas bila menang mereka bekerja kuat, itu tidak betul,” katanya.
Image may contain: 1 person, text

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Dun Bayu, tadi.
Azmi berkata, penggantinya diharap akan sentiasa mendampingi rakyat.
“Perjalanan saya selepas ini tidak tentu lagi, rezeki ALLAH ada di mana-mana. Saya tidak ada dijanjikan apa-apa.
“Tetapi sebagai ahli parti dan pejuang, saya akan terus berjuang sebagai pejuang sejati, Melayu sejati demi untuk bangsa, agama dan tanah air,” katanya.


Sumber : Azmi reda tak tercalon 

Saturday, 28 April 2018

#PRU14 : LIVE UPDATE !! PENAMAAN CALON P16 BALIING PANAS !!



Baling Bahagia namun tanggal 28 hb April 2018 keaadaan bertukar panas apabila 20 ribu orang berhimpun menyatakan sokongan kepada parti masing-masing.













Tuesday, 24 April 2018

#PRU14 : SAH !! UMUM CALON PRU14 BN BALING, JANGAN ADA YANG MERAJUK !!


Ahli dalam parti perlu menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan, lupakan dahulu mengenai pemilihan parti, yang ada sengketa dan berselisih faham lebih baik ketepikan demi kemenangan parti BN pada PRU14.

Image result for azeez rahim

Untuk Calon BN yang akan bertanding di kerusi Prlimen dan DUN, BN mengekalkan DSP Azeez Rahim bagi kerusi Parlimen Baling (P16). KK memang dapat mengangak DSP Azeez akan terus diberikan kepercayaan untuk terus berkhidmat di Baling kerana kerja buat serta keupayaan DSP memang sudah terbukti.

Image result for mohd noor bin mohd amin ketua pemuda umno baling

Kejutan berlaku dikerusi DUN Bayu N30 apabila calon dari pemuda Mohd Noor Mohd Amin diangkat menggantikan Dato Azmi Bin Che Husain yang telah pun berkhidmat sebagai YB di kwasan tersebut selama 2 penggal. 

Image result for yb harun aziz

N31 DUN Kupang, Datuk Harun Aziz di berikan kepercayaan untuk terus berkhidmat bagi kelansungan UMNO/BN disini. Datuk Harun merupakan penyandang untuk kerusi DUN Kupang.

Image result for khairul azhar kuala ketil

Penyelaras DUN Kuala Ketil N32 Datuk Khairul Azhar sekali lagi mendapat kepercayaan kempimpinan BN Negeri Kedah untuk mewakili BN merampas DUN Kuala Ketil dari pembangkang. Pada PRU 13 Datuk Khairul Tewas kepada calon PAS.

Senarai calon Barisan Nasional Negeri Kedah

P.04 LANGKAWI
Dato' Ir Nawawi Ahmad
Kuah - Nor Saidi Nanyan
Ayer Hangat - Dato'Haji Mohd Rawi B Abd Hamid

P.05 JERLUN
Dato' Seri OTHMAN bin ABDUL AZIZ 
Ayer Hitam - Dato Abu Hassan Sharif
Kota Seputeh- Ahmad Azhar Abdullah

P.06 KUBANG PASU
Dato' Wira MOHD JOHARI bin BAHAROM
Bukit Kayu Hitam - Datuk Ahmad Zaini Jaapar
Jitra - Datuk Aminundin Omar

P.07 PADANG TERAP
Dato' Seri Mahawangsa MAHDZIR bin KHALID
Pedu - Kamanoriah Bt Ibrahim
Kuala Nerang - Datuk Badolhisham Hashim

P.08 POKOK SENA
Dato' SAID ALI bin SYED RASTAN
Bukit lada - Datuk Arifin Man
Bukit Pinang - Dr Munawar Ariffin
Derga - Dr Cheah Soon Hai

P.09 ALOR SETAR
Dato' YOO Wei Hoo
Suka Menanti  - Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
Alor Mengkudu - Abdul Malik Bin Saad
Kota Darul Aman - Tang Beng Hua

P.10 KUALA KEDAH
Dato' Wira ABDULLAH HASNAN bin KAMARUDDIN
Anak Bukit - Jihati Bin AzizS
Kubang Rotan - Datuk Mutalib Harun
Pengakaln Kundor - Datuk Halim Said 

P.11 PENDANG
Dato' Wira OTHMAN bin ABDUL 
Sg Tiang - Dato Suraya Yaacob
Tokai - Ahmad Fatahi Omar 

P.12 JERAI
Dato' Seri JAMIL KHIR bin BAHAROM
Gurun - Boey Chin Gan
Guar Chempedak - Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail
Sg limau - Datuk Norma Awang


P.13 SIK
Dr MANSOR bin ABDUL RAHMAN
Jeneri - Mahadzir Bin Abd Hamid
Belantik - Datuk Tajudin Abdullah

P.14 MERBOK
Dato' TAJUL URUS bin MAT ZIN
Tanjung Dawai - Annuar Bin Ahmad
Bkt Selambau - Datuk Jaspal Sigh Al Kuman Sigh

P.15 SG PETANI
SHAHANIM Binti MOHD YUSOF
Pantai Merdeka - Datuk Ali Bin Yahya
Bakar Arang - Koo Hua Huai
Sidam - Tan Kok Seong

P.16 BALING
Dato' Paduka ABDUL AZEEZ bin ABDUL RAHIM
Bayu -Dato’ Mohd Noor Bin Dani
Kupang - Datuk harun Abd Aziz
Kuala Ketil - Dato’ Khairul Azhar Abdullah

P.17 PADANG SERAI
Dato' Dr LEONG Yong Kong
Merbua Pulas -Asmadi Abd Talib
Lunas - Thuraisingam
*P.18 KULIM / B.BAHARU
Dato' ABDUL AZIZ bin SYEIKH FADZIL
Kulim - Chua Tiong Ghee
Bandar Baharu - Datuk Noor Sabrina Bt Mohd Noor


P/S : Jangan merajuk lama sangat...

Monday, 23 April 2018

PANAS !! N30 DUN BAYU MILIK SAYA !! SAH #PRU14


Apapun dalam mana-mana parti kerajaan dan parti pembangkang, kalau anda semua nak jadi orang nombor satu atau orang nombor dua, nombor tiga.....


Tengoklah Nasib juga, walaupun selepas PRU lepas kita target nak jadi Calon pada PRU akan datang, kita punya lah kerja kuat untuk Parti, tiba-tiba kita tak dicalonkan terima sahaja lah.
Namun bagi kita terutamanya calon UMNO, ia bergantung ak­hirnya kepada rezeki dan ketentuan-Nya.
Tiada sesuatu dalam politik yang kekal.. Kawan boleh lawan dan lawan boleh jadi kawan.
Yang kekal hanya isu dan perjuangan. Yang dicari dan dipilih ialah perjuangan yang sentiasa mengenal diri.

Antara calon yang di sebut !!

Image result for mohd noor amin ketua pemuda umno baling
MOhd Noor Bin Mohd Amin
Ketua Pemuda UMNO Bhg. Baling / CEO Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia.

Image result for yb azmi che hussain

YB DATO' AZMI BIN CHE HUSAIN DSDK., PJN., AMK., PJK.
TIMBALAN SPEAKER.






#PRU14 : PANAS !! BAKAL ADUN BAYU MOHD NOOR AMIN DIFITNAH !!



Banner dikatakan, berniat jahat untuk mencemarkan reputasi 'Bakal' Calon ADUN Bayu. cakap-cakap orang politik menyatakan bahawa Hj. Mohd Noor "lekat' sebagai Calon Adun Bayu.

Kurang dari 24 Jam lagi MB Bashah yang juga Pengerusi Barisan Nasional Kedah akan mengumumkan siapa bakal menjadi CALON bagi setiap Kerusi DUN Kedah ini. Esok jam 11:00 pagi pasti Ahli UMNO, yang lebih mendebarkan lagi 'calon-calon' syiok sendiri menantikan panggilan telepon/whatsaap dari pejabat parti untuk hadir menerima watikah pelantikan sebagai Calon.


Lain pulak cerita di Baling ini, Bagi kerusi DUN bayu N30, makin memuncak 'peperangan' menjadi Calon, kawasan selamat  pakat berebut nak duduk lah...... KK bukan nak melagakan calon-calon cuma nak bagi info jer.... entah team manalah yang dok pi gantung kain tertulis ' kami ditipu oleh ketua pemuda Baling.....' marah sungguh depa dekat Ketua Pemuda UMNO Baling....... 

Image result for ketua pemuda umno baling

Selama ini KK tengok KPU Baling, Mohd. Noor Mohd. Amin sangat aktif dan banyak program dan bantuan yang beliau salurkan, tak kira kepada pemuda, puteri, wanita, cawangan, NGO malahan seluruh institusi/jabatan beliau bantu. Khidmat bakti beliau mengalahkan YB kawasan itu sendiri.

‘berperang’, berebut untuk menjadi calon pada pilihan raya memang baik untuk rakyat..... tetapi jangan sampai mencemarkan maruah diri.... 

pesan KK : “Nak jadi calon (PRUjangan berebut. Ia adalah 'kerja' Tuhan. “Kalau kamu sudah ditakdirkan (oleh Tuhan) sebagai calon, maka kamulah yang menjadi ...