Showing posts with label UMNO baling. Show all posts
Showing posts with label UMNO baling. Show all posts

Tuesday, 1 May 2018

#PRU14 : "Azeez Toyu"Tak Pernah Merajuk !!

Image result for azeez rahim

Cemuhan dan sindiran sedikit tidak pernah ambik kisah, malah menjadi azimat untuk terus berbakti, DSP menjadikan 'sebiji buah hijau yang pahit untuk masak menjadi merah ranum dan manis'. Sedikit tentang "Azeez Rahim'.

Pada 3 Oktober 2009, ketika penamaan calon pilihan raya kecil di Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson beliau mendakwa telah ditumbuk beberapa kali oleh penyokong PAS tetapi telah ditolak ceritanya oleh Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mendakwa bahawa ketua Putera UMNO itu hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, (lahir 19 November 1966 ) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Di peringkat akar umbi, beliau memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, ketua UMNO Bahagian Baling dan juga Ketua UMNO Cawangan Kg Charok Sikin, KupangBalingKedah.
Abdul Azeez pernah menglibatkan diri dalam kesukarelawan semasa menjadi pengerusi Logistik Yayasan Aman Malaysia untuk bencana tsunami di Aceh dan bencana tsunami di Sri Lanka/India pada tahun 2005. Kini, beliau merupakan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia dan banyak menjalankan aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Lain-lainSunting

Antara jawatan lain termasuklah:-
  • Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibubapa Nasional Negeri Kedah(Mapin)
  • Pengerusi Belia Anti Dadah dan Anti Pelumba Haram, Kedah Darul Aman.
  • Pengerusi Jawatankuasa Masjid-masjid, seluruh Parlimen Baling, Kedah Darul Aman.
  • Penaung Jawatankuasa peningkatan prestasi UPSR di seluruh sekolah rendah, Parlimen Baling, Kedah Darul Aman.
  • Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) Sek Keb Sri Subang, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
  • Ahli Kelab Rotary Goldwing
  • Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Baling.
  • Pengerusi Eksekutif Sekretariat Perunding Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)

Datuk Seri Panglima Azeez Rahim telah dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan raya umum 2008 menentang calon daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Uztaz Taib Azamudden Md Taib bagi merebut kawasan parlimen BalingKedah tetapi tewas dengan 7613 undi.[4]

Beliau telah dipilih menjadi calon BN sekali lagi pada pilihan raya umum Malaysia 2013menentang calon PAS, Datuk Najmi bin Hj Ahmad bagi merebut kawasan parlimen P.016 Baling. Kerusi tersebut telah dimenangi oleh Datuk Seri Panglima Azeez Rahim dengan majoriti 5,185. (Sumber Wikipedia)

Mungkin manusia bernama Azeez Rahim ini sudah ditakdirkan Allah swt untuk memulakan karier politiknya dengan rintangan yang menyakitkan tapi dipengakhiranya boroleh kejayaan, ketenangan dan Keberkatan untuk dikongsi rakyat Baling. Benarlah slogan yang diilhamkan oleh DSP sendiri #AzeezRahimRakyatBalingBerpisahTiada.

PS : Doa mereka yang dibantu oleh Azeez tanpa mengira pangkat dan fahaman politik yang munkin diberkati, membuka lambaran kehidupan baru untuk terus berbakti.

Sunday, 29 April 2018

#PRU14 [VIDEO]: 'Jangan bila tewas menuduh calon tak terpilih mencantas"Penyandang Kerusi Dun Bayu

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing, hat and outdoor

Penyandang Kerusi Dun Bayu, berharap BN terus kekal menerajui Kedah.
Datuk Azmi Che Husain berkata, beliau reda tidak dicalonkan dan tidak mempunyai masalah dengan keputusan berkenaan.
Menurutnya, beliau yakin calon baharu dipilih lebih baik berbandingnya.

Video : Pak Lang Mie hadir di hari penamaan Calon Baling.
“Saya tetap akan berikan sokongan kepada calon BN. Pengundi mempunyai hak memilih, tetapi saya seru mereka bantu menangkan calon BN.


“Walaupun saya tidak terpilih tidak akan ada cantas-mencantas, jangan bila tewas menuduh calon tak terpilih mencantas bila menang mereka bekerja kuat, itu tidak betul,” katanya.
Image may contain: 1 person, text

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Dun Bayu, tadi.
Azmi berkata, penggantinya diharap akan sentiasa mendampingi rakyat.
“Perjalanan saya selepas ini tidak tentu lagi, rezeki ALLAH ada di mana-mana. Saya tidak ada dijanjikan apa-apa.
“Tetapi sebagai ahli parti dan pejuang, saya akan terus berjuang sebagai pejuang sejati, Melayu sejati demi untuk bangsa, agama dan tanah air,” katanya.


Sumber : Azmi reda tak tercalon 

Friday, 27 April 2018

#PRU14 : ANAK KAMPUNG CABAR AZEEZ RAHIM DI BALING.


BIODATA CALON PAS P16 BALING

USTAZ HASSAN BIN SAAD

Dilahirkn pada 17.3.1957 di Kg Tanjung Kupang, Baling Kedah .
Mempunyai 10 orang anak dan seorang isteri Zunaidah bt Shahabudin


PENDIDIKAN
  ✅Sek Keb Syed Sheh
  ✅ Sek Men Agama Yayasan Khairiah 
  ✅SM PGAS, Guar Perahu
  ✅Diploma Pendidikan Maktab Perguruan Islam


PENGALAMAN PEKERJAAN 

  ✅1980-1986 SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak
  ✅1987 SMK Siong, Baling Kedah 
  ✅1988-2017 SMK Jerai, Kupang Baling Kedah


JAWATAN DALAM MASYARAKAT 

  ✅Imam Masjid Azizi Kg Tanjung Kupang


JAWATAN DALAM PARTI
 
  ✅Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah 
  ✅YDP PAS Kawasan Baling


PENDIDIKAN ANAK-ANAK 

  ✅Nurul Husna - UKM 
  ✅Munir - KUIN 
  ✅Naseem Farhani - UPSI 
  ✅Raihan - UKM 
  ✅Syazwani - KUIN 
  ✅Nur Jalilah - USIM 
  ✅Fawwaz - IPG Besut 
  ✅Ibtisam - Usahawan
  ✅Rifhani - KUIN 
  ✅Bahirah - Masih Belajar Sek Men


ANUGERAH 

  ✅Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  1998
  ✅Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013
  ✅Bintang Sultan Kedah  (BKM)

Wednesday, 18 April 2018

#PRU14 : TAHNIAH YB BAYU !! BAKAL CALON BN DUN BAYU (N30), BALING


Teka-teki siapa bakal bertanding diatas tiket Barisan Nasional untuk calon DUN BAYU masih belum terjawab dan dirungkai oleh ahli meja bulat kedai makan ataupu pos-pos panas PDM. Ramai dikalangan 'ahli politik" kedai kopi pembangkang mahupun BN sendiri masih lagi berteka-teki. 
Penyadangnya YB Azmi sendiri pun masih membisu, bersikap tunggu dan lihat meskipun sebelum ini ada desah desus menyatakan beliau akan 'tukar kapal'....... YB Azmi juga mempunya jawatan di peringkat negeri selepas dilantik menjadi Timbalan Speker DUN Kedah.
DUN Bayu merupakan kubu kuat & kawasan selamat BN menjadi pilihan Calon Baru BN untuk jadi Wakil Rakyat. 
Dilihat amat sukar YB Azmi untuk mengekalkan tempatnya biarpun beliau berhasrat untuk terus lagi berkhidmat sepenggal lagi bagi terus berbakti untuk masyarakat DUN Bayu. YB Azmi dilihat bergerak sendiri dalam menjaga kawasan beliau meskipun banyak program yang dilaksanakan oleh UMNO Bahagian Baling YB Azmi kurang melibatkan diri.
Jika dilihat Hubungan YB Azmi dengan Ketua Bahgian UMNO sendiri agak dingin selepas 
beliau mencabar Ahli perlimen Baling Datuk Azeez Rahim ketika pemilihan UMNO yang lepas. YB Azmi tewas untuk jawatan ketua UMNO Bahagian Baling. Antara alasan beliau melawan ketika itu “Kerana permintaan akar umbi juga saya yakin untuk bertanding kerana mereka mahukan perubahan dari segi kepimpinan.
Menurut Azmi, beliau juga berhasrat meninggalkan UMNO kepada generasi akan datang sebagai sebuah parti Melayu yang kuat dan tidak mahu budaya yes man atau ‘angguk kepala’ menjadi sebati dalam kalangan ahli-ahlinya.

APAKAH YB AZMI MASIH DALAM RADAR UMNO KEDAH ?
Untuk Calon wakil Rakyat DUN Bayu. 

NANTIKAN .......UPDATE SETERUSNYA...

P/S : "Meskipun desah-desus kedengaran KB UMNO Bahagian mahukan Wakil Rakyat dari kalangan Pemuda " 





Monday, 16 April 2018

#PRU14 : PANAS !! TAUFIK YAAKOB AJK UMNO BALING (PAKATAN HARAPAN) LAWAN DSP @azeezrahim (P16) PARLIMEN BALING.



"jangan biarkan ahli umno tidak undi barisan nasional (bn) dalam pru14," tahniah saudara taufik hj yaakob selaku pengerusi pergetah. Taufik yang selama ini memperjuangkan nasib penoreh dan pekebun namun dipandang sepi  oleh kempimpinan.

Taufik Hj Yaakob sape yang tak kenal kan... semua lapisan masyarakat amat mengenali beliau sebagai seorang yang 'hamoi" dan mudah didekati. Beliau merupakan pengerusi PERGETAH Negeri Kedah dan selalu membantu menyalurkan sumbangan dan menjaga kebajikan penoreh Getah.


Admin pun tak tahu apa yang membuatkan saudara taufik berani berubah !!!


Saudara Taufik juga merupakan AJK UMNO Bahagian Baling, kerjaya politik saudara Taufik memang terbaik dalam UMNO bermula dari peringkat Pemuda Cawangan hingga naik ke AJK pemuda setrusnya menang AJK UMNO Bahagian beberapa penggal sehingga di lantik menjadi Biro Pertanian UMNO Bahagian Baling.

Suara Pergetah dalam Sinar hari ini. 1 Mac 2018, muka surat 36 ruangan Baling/Sik. harapan Pergetah agar diterima pakai & berjaya demi masa depan kebajikan dn ekonomi masyarakat pekebun dn penoreh..
Parlimen Baling terdiri daripada DUN Bayu, Kupang dan Kuala Ketil.
Di dalam pilihan raya umum ke 12 di dalam tahun 2008, Azeez  tewas di tangan penyandang kerusi tersebut Datuk  Taib Azzamudden dari PAS.
Taib memperoleh 36,074 undi berbanding Azeez mendapat  28,461 undi.
Di dalam pilihan raya umum ke 11 pada 2004 itu pula, Taib kalah di tangan Dr Mashitah dengan majoriti 10,316.
Buat masa ini, PAS menguasai enam kerusi Parlimen termasuk Baling. Ini diikuti BN 4 ,PKR 3, dan Bebas 2.
PAS juga mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

PARLIMEN
  1. Langkawi – Tun Dr Mahathir bin Mohamad
  2. Jerlun – Datuk Seri Mukhriz bin Mahathir
  3. Kubang Pasu – Datuk Ir Amiruddin bin Hamzah
  4. Pendang – Wan Saiful bin Wan Jan
  5. Baling – Mohd Taufik bin Haji Yaacob
  6. Jerai – Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi
KERUSI DUN
  1. Ayer Hitam – Datuk A Aziz bin Mohamad
  2. Bukit Kayu Hitam – Halimahton Saadiah binti Saad (Srikandi)
  3. Jitra – Datuk Seri Mukhriz bin Mahathir
  4. Anak Bukit – Datuk Ir Amiruddin bin Hamzah
  5. Bukit Lada – Mohd Aizad bin Roslan
  6. Kuala Nerang – Syed Fadzil bin Syed Embun
  7. Sungai Tiang – Abdul Razak bin Khamis
  8. Jeneri – Mohd Nazari bin Abu Hassan
  9. Bayu – Abdul Rahim bin Haji Kechik
  10. Guar Chempedak – Mohd Saffuan bin Sabari
  11. Tanjung Dawai – Mejar (B) Annuar bin Abd Hamid
  12. Bandar Baru – Datuk Azimi bin Daim
  13. Kuah – Mohd Firdaus bin Ahmad
  14. Ayer Hangat – Johari bin Bulat
Senarai penuh calon PPBM bagi kerusi Parlimen, DUN Kedah di Umum semalam.

Sunday, 20 July 2014

#PerlimenBaling : Mengapa Rakyat Baling Pilih DS @Azeezputera ? @NajibRazak @MukhrizMahathir #KedahSerataRata


Majlis Penyampaian Zakat peringkat Parlimen Baling kepada golongan kurang berkemampuan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan OKU dan pesakit terlantar bersempena Aidilfitri. Seramai 1100  Orang yang menerima sumbangan. Penympaian Sumbang ini adalah inisiatif dari Ahli Parlimen Baling Dato’ Sri Haji Abdul Azeez Bin Hj. Abdul Rahim. Sumbangan zakat ini disampaikan oleh  beliau sendiri bersama dengan kempimpinan Bahagian Baling.


Kedatangan Syawal yang bakal menjelang tidak lama dengan sumbangan ini akan lebih bermakna buat penerima sumbangan dari sekitar Parlimen ini.

"Bagi memastikan sumbangan zakat ini diserahkan kepada mereka yang layak seperti fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan OKU dan pesakit terlantar kita (Pejabat Parlimen) sendiri turun padang untuk mencari golongan tersebut di kampung-kampung dengan bantuan pemimpin-pemimpin setempat.

"Program tanggungjawab Ahli Parlimen yang di pilih oleh rakyat Baling. Program ini diadakan setiap tahun pada bulan Ramadan bagi meringankan beban kewangan golongan kurang berkemampuan," katanya.




KK : Bagi aku.. untuk persoalan di atas ada kerana pemimpim dan rakyat Baling sentiasa berkongsi rezeki dari Allah. Berkat kepimpinan, kemakmuran yang di redhoi Allah. 


Tuesday, 10 June 2014

Gempar !! @NajibRazak "KEJAM" BAWA PULANG JEMAAH UMRAH. @azeezputera


Biarlah apa yang orang nak cakap dan anggap mengenai Kerajaan Malaysia . Pelbagai tuduhan dan persepsi yang dilontarkan oleh sabahgian rakyat Malaysia mengenai Kerajaan pimpinan Najib Razak. Persepsi "nakal" yang dicipta oleh Pembangkang hasil garapan pemimpin "sondomi" PR. Walaupun dikencam tetapi kerajaan Najib Razak tetap meneruskan dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Prihatin kepada rakyatnya.




"Saya sudah cakap banyak kali, sekarang ini memang tidak ada lagi pakej yang boleh ditawarkan dengan harga bawah RM4,000 kerana tiket penerbangan sehala sahaja sudah mencecah RM1,800, jadi mereka yang hendak pergi menunaikan umrah perlu berhati-hati- Datuk Seri Azeez



Kesemua jemaah umrah berkenaan yang tiba pada 6.10 petang, gembira dan lega kerana selamat tiba di tanah air.

Yanti Saliza Ibrahim, 34, pegawai di sebuah bank berkata beliau pergi menunaikan umrah bersama empat anggota keluarga termasuk ibu mertuanya sejak 21 Mei lepas.

"Saya mengikuti pakej umrah ini melalui Koperasi Proton, syarikat adik saya bekerja..saya difahamkan, agensi umrah ini telah berurusan dengan koperasi sejak tahun lepas.

"Keluarga saya telah mengikuti kursus umrah dan kami diberitahu ada individu tertentu yang akan taja perbelanjaan selebihnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ruang menunggu KLIA di sini, pada Isnin.

Bagi Seripah Tahar, 57, yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengurusan agensi umrah itu.

Seripah mendakwa sejak hari pertama dia menunaikan umrah pada 21 Mei lepas, tiada seorang pun mutawif yang kelihatan daripada agensi umrah terbabit yang menyertai rombongan mereka.

Katanya beliau membawa kaum keluarganya termasuk anak dan menantunya mengikuti umrah itu kerana harganya yang murah.

Sementara itu, Mohd Nor Akmal Omar, 50, berkata beliau berterima kasih dengan Biro Kebajikan Umno kerana menguruskan kepulangan beliau dan rombongan umrahnya yang terkandas sejak 2 Jun lepas.

"Kami rasa terhutang budi kepada Ustaz Muiz daripada Kedutaan Malaysia di Makkah yang banyak membantu menguruskan keperluan kami sejak kami terkandas serta memberitahu perkembangan semasa mengenai perkara ini," katanya yang bekerja sebagai penyelia Proton.

Pesara kerajaan, Abdul Ramis Abdul Rahim, 60, berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang pula berkata biarlah pihak berwajib sahaja yang mengambil tindakan ke atas agensi umrah berkenaan.

"Bukan urusan kami untuk ambil tindakan, biarlah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sahaja yang uruskan," katanya yang mengerjakan umrah bersama empat anggota keluarganya.-BERNAMA


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday, 3 September 2013

[Video] "Syukur Pada Mu ya Allah, Atas Kurniaan ini". #Merdeka56 & #HariRaya AHLI PARLIMEN BALING @azeezputera @MukhrizMahathir #1Malaysia #KEDAHAMANMAKMUR



Aku kau dan dia... Setiap yang berlaku pasti ada hikamah disebaliknya.. kita yang hidup teruskan harus meneruskan perjuangan serta amanah yang yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat... Sebagai pemimpin itulah harapan setiap rakyat yang mengaharapkan kita sentiasa meneruskan visi, misi serta janji... Alhamdulillah sekali lagi DAAR menunaikan tanggungjwab sebagai pemimpin di Baling ini.

Datuk Azeez Rahim menyampaikan sumbangan kepada 400 pelajar bagi peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda yang bakal melanjutkan pelajaran di IPTA/ IPTS, Majlis bersempena dengan Majlis rumah terbuka merdeka raya 2013 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan.



Sumbangan berkenaan adalah bagi meringankan beban pelajar terbabit untuk melakukan persiapan memasuki IPT masing-masing.ia sebagai tanda keprihatinan pihaknya kepada pelajar dari daerah ini yang akan atau sedang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di IPT tempatan dan luar negara.

pelajar perlu menghargai peluang belajar yang disediakan di menara gading dengan belajar bersungguh-sungguh dan menabur bakti kembali kepada masyarakat apabila tamat pengajian kelak
 

Datuk Azeez juga Mengumumkan pembinaan Infrastruktur baru di Parlimen Baling dengan bakal terbinanya kampus cawangan UiTM berkapasiti 5000 pelajar.selain itu infrastruktur lain yang bakal dibina adalah Hospital Pakar Baling dan naiktaraf Masjid Daerah Baling. 




Monday, 2 September 2013

Detik Cemas !! Gadis di "sambar" Abang "Black" mentor, Rumah Terbuka Ahli Parlimen Baling #merdeka56 & #HariRaya AHLI PARLIMEN BALING @azeezputera @MukhrizMahathir #1Malaysia #KEDAHAMANMAKMUR


Kemeriahan melampau !! Apabila Majlis rumah terbuka merdeka raya 2013 Ahli Parlimen Baling Dato' Azeez Rahim di serbu segenap peringkat umur. Tak kira ada datang berkerata, berjalan kaki. Semua satu tujuan dan satu harapan untuk bertemu DAAR yang disayangi di samping menegratkan silaturrahim. Apa yang lebih "mengujakan" KK dua Gadis ini, mengenakan pakaian Patriotik berlambangkan Jalur Gemilang, gambar kata tu.. DJ yang juga bapa saudara kepada penyanyi terkenal "black Mentor" sempat mengusik gadis-gadi ini..

Berikut di sertakan gambar-gambar pilihan KK.























[Gambar] Gempar !!! Kesulitan Amat Di Kesali, Rumah Terbuka Ahli Parlimen Baling #merdeka56 & #HariRaya AHLI PARLIMEN BALING @azeezputera @MukhrizMahathir #1Malaysia #KEDAHAMANMAKMUR



Penganjur menyediakan lebih 30 buah gerai makanan serta 60 jenis beraneka makan untuk pengunjung. Dianggarkan hampir 20000 ribu pengunjung menghadiri majlis rumah terbuka tersebut yang berlansung dari jam 11:00 pagi hingga 5:30 petang. Antara yang kelihatan semua AJK 4 Sayap serta VIP jemputan termasuklah YB Tajudin EXCO kerajaan Negeri Kedah.

Gambar yang sempat dirakamkan semasa jamuan tersebut.... 





















[Gambar] Tudia !! Makan "Free" siap boleh "TAPAU" lagi di Rumah Terbuka Ahli Parlimen Baling #merdeka56 & #HariRaya AHLI PARLIMEN BALING @azeezputera @MukhrizMahathir #1Malaysia #KEDAHAMANMAKMUR


Majlis rumah terbuka merdeka raya 2013 Ahli Parlimen Baling Dato' Azeez Rahim. Kemeriahan Merdeka Raya Parlimen Baling menarik perhatian dengan kehadiran hampir 20 ribu pengunjung. Gambar ini merupakan sebahagian usaha penganjura menghargai Rakyat Daerah Baling. Tanpa mengira peringkat Usia dan Bangsa menerima sumbangan kuih Raya yang diberikan sebagai saguhati. Sebanyak 30 ribu kotak kuih diedarkan.