Tuesday 1 May 2018

#PRU14 : "Azeez Toyu"Tak Pernah Merajuk !!

Image result for azeez rahim

Cemuhan dan sindiran sedikit tidak pernah ambik kisah, malah menjadi azimat untuk terus berbakti, DSP menjadikan 'sebiji buah hijau yang pahit untuk masak menjadi merah ranum dan manis'. Sedikit tentang "Azeez Rahim'.

Pada 3 Oktober 2009, ketika penamaan calon pilihan raya kecil di Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson beliau mendakwa telah ditumbuk beberapa kali oleh penyokong PAS tetapi telah ditolak ceritanya oleh Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mendakwa bahawa ketua Putera UMNO itu hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, (lahir 19 November 1966 ) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Di peringkat akar umbi, beliau memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, ketua UMNO Bahagian Baling dan juga Ketua UMNO Cawangan Kg Charok Sikin, KupangBalingKedah.
Abdul Azeez pernah menglibatkan diri dalam kesukarelawan semasa menjadi pengerusi Logistik Yayasan Aman Malaysia untuk bencana tsunami di Aceh dan bencana tsunami di Sri Lanka/India pada tahun 2005. Kini, beliau merupakan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia dan banyak menjalankan aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Lain-lainSunting

Antara jawatan lain termasuklah:-
  • Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibubapa Nasional Negeri Kedah(Mapin)
  • Pengerusi Belia Anti Dadah dan Anti Pelumba Haram, Kedah Darul Aman.
  • Pengerusi Jawatankuasa Masjid-masjid, seluruh Parlimen Baling, Kedah Darul Aman.
  • Penaung Jawatankuasa peningkatan prestasi UPSR di seluruh sekolah rendah, Parlimen Baling, Kedah Darul Aman.
  • Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) Sek Keb Sri Subang, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
  • Ahli Kelab Rotary Goldwing
  • Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Baling.
  • Pengerusi Eksekutif Sekretariat Perunding Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)

Datuk Seri Panglima Azeez Rahim telah dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan raya umum 2008 menentang calon daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Uztaz Taib Azamudden Md Taib bagi merebut kawasan parlimen BalingKedah tetapi tewas dengan 7613 undi.[4]

Beliau telah dipilih menjadi calon BN sekali lagi pada pilihan raya umum Malaysia 2013menentang calon PAS, Datuk Najmi bin Hj Ahmad bagi merebut kawasan parlimen P.016 Baling. Kerusi tersebut telah dimenangi oleh Datuk Seri Panglima Azeez Rahim dengan majoriti 5,185. (Sumber Wikipedia)

Mungkin manusia bernama Azeez Rahim ini sudah ditakdirkan Allah swt untuk memulakan karier politiknya dengan rintangan yang menyakitkan tapi dipengakhiranya boroleh kejayaan, ketenangan dan Keberkatan untuk dikongsi rakyat Baling. Benarlah slogan yang diilhamkan oleh DSP sendiri #AzeezRahimRakyatBalingBerpisahTiada.

PS : Doa mereka yang dibantu oleh Azeez tanpa mengira pangkat dan fahaman politik yang munkin diberkati, membuka lambaran kehidupan baru untuk terus berbakti.

No comments:

Post a Comment