Friday, 7 December 2018

GEMPAR !! Satu Lagi Hak Keistimewaan Orang Melayu Bakal Di Hapuskan !! #AIM

“Jangan risau, biarpun kita batalkan AIM sekali pun, kita tidak akan mengabaikan bantuan diberi kepada orang miskin.

petikan dari BH online

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/506240/kerajaan-batal-aim

Berikut luahan hati dari salah seorang sahabat AIM :-

Sebagai sahabat AIM,
Melihat kepada kadar pembayaran balik 98.26% saya merasa amat bangga!!!

Usahawan kecil bayar hutang woi!!!

Kami sahabat ni adalah usahawan-usahawan kecil yang menaikkan taraf hidup melalui bantuan pinjaman yang bermula dari RM3000 sahaja.

Kalau difikirkan apa lah bisnes bermodal RM3000.

Tahukah pak menteri kuali besar untuk goreng pisang tepi jalan tu pun berharga dekat-dekat RM200 belum lagi tong gas, dapur, meja, khemah dan sebagainya.

Buka gerai tu boleh, goreng pisang pun boleh tapi lakunya belum tentu. Musim hujan sekarang boleh beli khemah hari-hari sebab khemah jahanam di bawa ribut.

Tapi Timbalan Menteri tu kenapa nak menyibuk dan mengacau sistem yang sedia ada dan siap nak batalkan lagi.

Kau cerdik ke???

Kalau ada kepincangan kita perbaiki bukan mansuhkan..

Btw kau tahu ke camana governance the government.

Ada 379, 824 orang sahabat AIM yang bergantung harap pada skim pinjaman ini untuk modal pusingan.

Jadi tolong lah jangan kacau kami.
Ada banyak lagi benda lain yang perlu diperbaiki.

Jangan sibuk!!!!

Jangan lah sibuk nak buat penjenamaan baru lah, kau baca balik sejarah AIM ni siapa yang tubuhkan dan skim ini berjaya dan di tiru sampai luar negara.

Kau tahu ke???

Kami Ketua-ketua Pusat sehingga lah kepada pentadbiran AIM bersungguh-sungguh menjaga pusat dan cawangan agar sifar par dan sentiasa menjada OE agar sihat gemuk selalu.

Kami sanggup je bayar hutang kawan-kawan yang lari tak bayar hutang; semata-mata untuk menjaga keutuhan kewangan AIM maka adalah tidak adil kerajaan sekarang nak hapuskan AIM.

Duit tabungan kami sentiasa cukup untuk membantu para sahabat.

Jadi celah mana yang kau orang sakit hati dengan AIM???
Cher bagi tahu sahabat!!!

Kalau pihak pentadbiran yang ada masalah maka kita sapulah mereka keluar bukan robohkan rumah yang menjadi tempat perlindungan kepada orang ramai.

Jangan sampai kami pulak yang berhimpun kat dataran merdeka tu ya..adoi!

P/s
AHLI LEMBAGA PERWAKILAN SAHABAT
Mohon ketuk sikit kepala timbalan menteri ni.

#cikgugarang
#sahabataim
#melayujawa

No comments:

Post a Comment