Showing posts with label #PRU14. Show all posts
Showing posts with label #PRU14. Show all posts

Sunday, 6 May 2018

#PRU14 : Tudiaaaaa GANASnya 'Aku Benci Orang PAS' !!


"inilah orang Pas buat dekat orang UMNO pasal apa orang Pas buat Bagilah orang pakailah Aku benci orang pas sangat depa buat apa kat orang kami sampai aku jatuh sampai kakiku sakit pakat-pakat orang baling undilah UMNO tak yah undi pas pas jahat pas tak fikir orang macam-macam orang pernah buat dekat orang mana bahasa ini dekat Rambong Batu 7"

Penulisan di FB oleh sahabat ini berikutan retatan dari sekelompok penyokong Barisan Nasional yang melakukan aktiviti konvoi pemuda BN. Konvoi bergerak melalui Jalan kampung Batu 7 Rambung, apa tiba di selekoh tiba2 ada sebatang dahan kayu besar melintang jalan tersebut menyebabkan beberapa buah motosikal peserta konval gagal mengelak menlanggarkan menyebabkan kemalangan kecil. Ini berita kejadian awal pagi yang di update sebelumnya. A







dari Fb : Belangkas Bunga

PANAS PRU14 KIAN TERASA!!
Tak kiralah kita d pihak mana tp jaganlah sampai letak kayu d tengah jalan.. 
Seandainya parti lain berkonvoi terjadi kejadian mcm ni kena adik abah akak ayah mak tokche kita macam mana..
Nasip la x mati anak org.
Apa kejadahnya.. .
Perangai x berjenis lasong.
Jgn la naya org sampai mcm tu... Nk kata dahan pokok jatuh xda pula pokok besar2 nk kata pokok terbalik. Heran pula xda tunggul.
Yg paling heran seblm konvoi sampai d selekoh tu ada 2 buah moto potong team konvoi x kena pula kayu tu duk lentang jalan..
Mcm mana la hampa berfikir naya org.
5 tahun sekli ja nk mcm ni lepas 9hb dah xda dah...
Perlu ka buat naya mcm tu?
Pasai apa jahat sangat sesama islam?
#satkitatgkpuakmananakmelenting
Mesti kerja geng taksub ni panas telinga

P/S : Memang tak matang langsung perangai penyokong parti, Nama saja memperjuangkan Islam tapi sikap hampehhhh....

Saturday, 28 April 2018

#PRU14 : LIVE UPDATE GEMPAR !! BEKAS ADUN BAYU YB AZMI TERJAH PENAMAAN CALON !!


Terjawab kemana menghilangnya YB Azmi Che Hussain, Mantan ADUN Bayu yang tidak di namakan sebagai ADUN Bayu.

Pasti yang tertanya Pak Lang Mi nak sokong mana.......

Walaupun beliau tidak dikekalkan sebagai calon, biarpun beliau penyandang ADUN... beliau tetap sokong.......





Tuesday, 24 April 2018

#PRU14 : SAH !! UMUM CALON PRU14 BN BALING, JANGAN ADA YANG MERAJUK !!


Ahli dalam parti perlu menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan, lupakan dahulu mengenai pemilihan parti, yang ada sengketa dan berselisih faham lebih baik ketepikan demi kemenangan parti BN pada PRU14.

Image result for azeez rahim

Untuk Calon BN yang akan bertanding di kerusi Prlimen dan DUN, BN mengekalkan DSP Azeez Rahim bagi kerusi Parlimen Baling (P16). KK memang dapat mengangak DSP Azeez akan terus diberikan kepercayaan untuk terus berkhidmat di Baling kerana kerja buat serta keupayaan DSP memang sudah terbukti.

Image result for mohd noor bin mohd amin ketua pemuda umno baling

Kejutan berlaku dikerusi DUN Bayu N30 apabila calon dari pemuda Mohd Noor Mohd Amin diangkat menggantikan Dato Azmi Bin Che Husain yang telah pun berkhidmat sebagai YB di kwasan tersebut selama 2 penggal. 

Image result for yb harun aziz

N31 DUN Kupang, Datuk Harun Aziz di berikan kepercayaan untuk terus berkhidmat bagi kelansungan UMNO/BN disini. Datuk Harun merupakan penyandang untuk kerusi DUN Kupang.

Image result for khairul azhar kuala ketil

Penyelaras DUN Kuala Ketil N32 Datuk Khairul Azhar sekali lagi mendapat kepercayaan kempimpinan BN Negeri Kedah untuk mewakili BN merampas DUN Kuala Ketil dari pembangkang. Pada PRU 13 Datuk Khairul Tewas kepada calon PAS.

Senarai calon Barisan Nasional Negeri Kedah

P.04 LANGKAWI
Dato' Ir Nawawi Ahmad
Kuah - Nor Saidi Nanyan
Ayer Hangat - Dato'Haji Mohd Rawi B Abd Hamid

P.05 JERLUN
Dato' Seri OTHMAN bin ABDUL AZIZ 
Ayer Hitam - Dato Abu Hassan Sharif
Kota Seputeh- Ahmad Azhar Abdullah

P.06 KUBANG PASU
Dato' Wira MOHD JOHARI bin BAHAROM
Bukit Kayu Hitam - Datuk Ahmad Zaini Jaapar
Jitra - Datuk Aminundin Omar

P.07 PADANG TERAP
Dato' Seri Mahawangsa MAHDZIR bin KHALID
Pedu - Kamanoriah Bt Ibrahim
Kuala Nerang - Datuk Badolhisham Hashim

P.08 POKOK SENA
Dato' SAID ALI bin SYED RASTAN
Bukit lada - Datuk Arifin Man
Bukit Pinang - Dr Munawar Ariffin
Derga - Dr Cheah Soon Hai

P.09 ALOR SETAR
Dato' YOO Wei Hoo
Suka Menanti  - Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
Alor Mengkudu - Abdul Malik Bin Saad
Kota Darul Aman - Tang Beng Hua

P.10 KUALA KEDAH
Dato' Wira ABDULLAH HASNAN bin KAMARUDDIN
Anak Bukit - Jihati Bin AzizS
Kubang Rotan - Datuk Mutalib Harun
Pengakaln Kundor - Datuk Halim Said 

P.11 PENDANG
Dato' Wira OTHMAN bin ABDUL 
Sg Tiang - Dato Suraya Yaacob
Tokai - Ahmad Fatahi Omar 

P.12 JERAI
Dato' Seri JAMIL KHIR bin BAHAROM
Gurun - Boey Chin Gan
Guar Chempedak - Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail
Sg limau - Datuk Norma Awang


P.13 SIK
Dr MANSOR bin ABDUL RAHMAN
Jeneri - Mahadzir Bin Abd Hamid
Belantik - Datuk Tajudin Abdullah

P.14 MERBOK
Dato' TAJUL URUS bin MAT ZIN
Tanjung Dawai - Annuar Bin Ahmad
Bkt Selambau - Datuk Jaspal Sigh Al Kuman Sigh

P.15 SG PETANI
SHAHANIM Binti MOHD YUSOF
Pantai Merdeka - Datuk Ali Bin Yahya
Bakar Arang - Koo Hua Huai
Sidam - Tan Kok Seong

P.16 BALING
Dato' Paduka ABDUL AZEEZ bin ABDUL RAHIM
Bayu -Dato’ Mohd Noor Bin Dani
Kupang - Datuk harun Abd Aziz
Kuala Ketil - Dato’ Khairul Azhar Abdullah

P.17 PADANG SERAI
Dato' Dr LEONG Yong Kong
Merbua Pulas -Asmadi Abd Talib
Lunas - Thuraisingam
*P.18 KULIM / B.BAHARU
Dato' ABDUL AZIZ bin SYEIKH FADZIL
Kulim - Chua Tiong Ghee
Bandar Baharu - Datuk Noor Sabrina Bt Mohd Noor


P/S : Jangan merajuk lama sangat...

Monday, 23 April 2018

#PRU14 : PANAS !! BAKAL ADUN BAYU MOHD NOOR AMIN DIFITNAH !!



Banner dikatakan, berniat jahat untuk mencemarkan reputasi 'Bakal' Calon ADUN Bayu. cakap-cakap orang politik menyatakan bahawa Hj. Mohd Noor "lekat' sebagai Calon Adun Bayu.

Kurang dari 24 Jam lagi MB Bashah yang juga Pengerusi Barisan Nasional Kedah akan mengumumkan siapa bakal menjadi CALON bagi setiap Kerusi DUN Kedah ini. Esok jam 11:00 pagi pasti Ahli UMNO, yang lebih mendebarkan lagi 'calon-calon' syiok sendiri menantikan panggilan telepon/whatsaap dari pejabat parti untuk hadir menerima watikah pelantikan sebagai Calon.


Lain pulak cerita di Baling ini, Bagi kerusi DUN bayu N30, makin memuncak 'peperangan' menjadi Calon, kawasan selamat  pakat berebut nak duduk lah...... KK bukan nak melagakan calon-calon cuma nak bagi info jer.... entah team manalah yang dok pi gantung kain tertulis ' kami ditipu oleh ketua pemuda Baling.....' marah sungguh depa dekat Ketua Pemuda UMNO Baling....... 

Image result for ketua pemuda umno baling

Selama ini KK tengok KPU Baling, Mohd. Noor Mohd. Amin sangat aktif dan banyak program dan bantuan yang beliau salurkan, tak kira kepada pemuda, puteri, wanita, cawangan, NGO malahan seluruh institusi/jabatan beliau bantu. Khidmat bakti beliau mengalahkan YB kawasan itu sendiri.

‘berperang’, berebut untuk menjadi calon pada pilihan raya memang baik untuk rakyat..... tetapi jangan sampai mencemarkan maruah diri.... 

pesan KK : “Nak jadi calon (PRUjangan berebut. Ia adalah 'kerja' Tuhan. “Kalau kamu sudah ditakdirkan (oleh Tuhan) sebagai calon, maka kamulah yang menjadi ...

Wednesday, 18 April 2018

#PRU14 : TAHNIAH YB BAYU !! BAKAL CALON BN DUN BAYU (N30), BALING


Teka-teki siapa bakal bertanding diatas tiket Barisan Nasional untuk calon DUN BAYU masih belum terjawab dan dirungkai oleh ahli meja bulat kedai makan ataupu pos-pos panas PDM. Ramai dikalangan 'ahli politik" kedai kopi pembangkang mahupun BN sendiri masih lagi berteka-teki. 
Penyadangnya YB Azmi sendiri pun masih membisu, bersikap tunggu dan lihat meskipun sebelum ini ada desah desus menyatakan beliau akan 'tukar kapal'....... YB Azmi juga mempunya jawatan di peringkat negeri selepas dilantik menjadi Timbalan Speker DUN Kedah.
DUN Bayu merupakan kubu kuat & kawasan selamat BN menjadi pilihan Calon Baru BN untuk jadi Wakil Rakyat. 
Dilihat amat sukar YB Azmi untuk mengekalkan tempatnya biarpun beliau berhasrat untuk terus lagi berkhidmat sepenggal lagi bagi terus berbakti untuk masyarakat DUN Bayu. YB Azmi dilihat bergerak sendiri dalam menjaga kawasan beliau meskipun banyak program yang dilaksanakan oleh UMNO Bahagian Baling YB Azmi kurang melibatkan diri.
Jika dilihat Hubungan YB Azmi dengan Ketua Bahgian UMNO sendiri agak dingin selepas 
beliau mencabar Ahli perlimen Baling Datuk Azeez Rahim ketika pemilihan UMNO yang lepas. YB Azmi tewas untuk jawatan ketua UMNO Bahagian Baling. Antara alasan beliau melawan ketika itu “Kerana permintaan akar umbi juga saya yakin untuk bertanding kerana mereka mahukan perubahan dari segi kepimpinan.
Menurut Azmi, beliau juga berhasrat meninggalkan UMNO kepada generasi akan datang sebagai sebuah parti Melayu yang kuat dan tidak mahu budaya yes man atau ‘angguk kepala’ menjadi sebati dalam kalangan ahli-ahlinya.

APAKAH YB AZMI MASIH DALAM RADAR UMNO KEDAH ?
Untuk Calon wakil Rakyat DUN Bayu. 

NANTIKAN .......UPDATE SETERUSNYA...

P/S : "Meskipun desah-desus kedengaran KB UMNO Bahagian mahukan Wakil Rakyat dari kalangan Pemuda " 





Monday, 16 April 2018

#PRU14 : PANAS !! TAUFIK YAAKOB AJK UMNO BALING (PAKATAN HARAPAN) LAWAN DSP @azeezrahim (P16) PARLIMEN BALING.



"jangan biarkan ahli umno tidak undi barisan nasional (bn) dalam pru14," tahniah saudara taufik hj yaakob selaku pengerusi pergetah. Taufik yang selama ini memperjuangkan nasib penoreh dan pekebun namun dipandang sepi  oleh kempimpinan.

Taufik Hj Yaakob sape yang tak kenal kan... semua lapisan masyarakat amat mengenali beliau sebagai seorang yang 'hamoi" dan mudah didekati. Beliau merupakan pengerusi PERGETAH Negeri Kedah dan selalu membantu menyalurkan sumbangan dan menjaga kebajikan penoreh Getah.


Admin pun tak tahu apa yang membuatkan saudara taufik berani berubah !!!


Saudara Taufik juga merupakan AJK UMNO Bahagian Baling, kerjaya politik saudara Taufik memang terbaik dalam UMNO bermula dari peringkat Pemuda Cawangan hingga naik ke AJK pemuda setrusnya menang AJK UMNO Bahagian beberapa penggal sehingga di lantik menjadi Biro Pertanian UMNO Bahagian Baling.

Suara Pergetah dalam Sinar hari ini. 1 Mac 2018, muka surat 36 ruangan Baling/Sik. harapan Pergetah agar diterima pakai & berjaya demi masa depan kebajikan dn ekonomi masyarakat pekebun dn penoreh..
Parlimen Baling terdiri daripada DUN Bayu, Kupang dan Kuala Ketil.
Di dalam pilihan raya umum ke 12 di dalam tahun 2008, Azeez  tewas di tangan penyandang kerusi tersebut Datuk  Taib Azzamudden dari PAS.
Taib memperoleh 36,074 undi berbanding Azeez mendapat  28,461 undi.
Di dalam pilihan raya umum ke 11 pada 2004 itu pula, Taib kalah di tangan Dr Mashitah dengan majoriti 10,316.
Buat masa ini, PAS menguasai enam kerusi Parlimen termasuk Baling. Ini diikuti BN 4 ,PKR 3, dan Bebas 2.
PAS juga mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

PARLIMEN
  1. Langkawi – Tun Dr Mahathir bin Mohamad
  2. Jerlun – Datuk Seri Mukhriz bin Mahathir
  3. Kubang Pasu – Datuk Ir Amiruddin bin Hamzah
  4. Pendang – Wan Saiful bin Wan Jan
  5. Baling – Mohd Taufik bin Haji Yaacob
  6. Jerai – Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi
KERUSI DUN
  1. Ayer Hitam – Datuk A Aziz bin Mohamad
  2. Bukit Kayu Hitam – Halimahton Saadiah binti Saad (Srikandi)
  3. Jitra – Datuk Seri Mukhriz bin Mahathir
  4. Anak Bukit – Datuk Ir Amiruddin bin Hamzah
  5. Bukit Lada – Mohd Aizad bin Roslan
  6. Kuala Nerang – Syed Fadzil bin Syed Embun
  7. Sungai Tiang – Abdul Razak bin Khamis
  8. Jeneri – Mohd Nazari bin Abu Hassan
  9. Bayu – Abdul Rahim bin Haji Kechik
  10. Guar Chempedak – Mohd Saffuan bin Sabari
  11. Tanjung Dawai – Mejar (B) Annuar bin Abd Hamid
  12. Bandar Baru – Datuk Azimi bin Daim
  13. Kuah – Mohd Firdaus bin Ahmad
  14. Ayer Hangat – Johari bin Bulat
Senarai penuh calon PPBM bagi kerusi Parlimen, DUN Kedah di Umum semalam.