Sultan Jamalul Kiram
III dari Filipina yang mendakwa dirinya Sultan Sulu dan melancarkan serangan
berdarah terhadap Malaysia di Sabah pada awal tahun ini meninggal dunia akibat
kegagalan organ kira-kira pukul 4 pagi Ahad, menurut isterinya, Fatima Kiram.
"Sultan meninggal
dunia sebagai seorang yang miskin tetapi mulia," katanya kepada AFP,
sambil menambah perjuangan untuk menuntut Sabah sebagai sebahagian daripada
wilayah kesultanan akan diteruskan.
"Kata-kata
terakhirnya kepada semua saudara dan pengikut-pengikutnya adalah - 'Ia telah
pun bermula. Marilah kita teruskannya untuk kebaikan rakyat kita. Jangan
meninggalkan orang-orang kita," katanya memetik Jamalul Kiram III sebagai
berkata.
Bagaimanapun, beliau
berkata ini tidak bermakna keganasan baru akan dicetuskan, sebaliknya
keluarganya bersedia untuk mengadakan rundingan dengan Malaysia.
Suaminya telah
menjalani sesi dialisis dua kali seminggu untuk penyakit buah pinggang sebelum
kematiannya.
Sementara itu, melalui
temuramah anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram di radio tempatan, inquirer.net melaporkan
bahawa Jacel berkata bapanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah
pinggang.
Dilaporkan bahawa
Jamalul Kiram III telah dimasukkan ke Pusat Jantung Filipina pada Khamis.
Beliau meninggalkan
sembilan anak.Jacel melalui
temuramah radio berkata, "Apa yang telah bapa saya telah mulakan, telah
ditinggalkan kepada kami untuk disambung...Kami tidak patut menghentikannya.
Dia seorang yang baik dan tidak ternilai. Apa yang dia mahukan adalah, pada
suatu masa diizinkan Allah bagi menuntut Sabah untuk Filipina...Kamilah
orang-orang yang akan menyambungnya," menurut laporan inquirer.net
Pada 9 Februari lalu,
kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram III menduduki Kampung Tanduo di Lahad Datu
dan berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia dalam pencerobohan selama
berminggu-minggu lamanya.
Untuk rekod, sejak
para militan Sulu ini mendarat di Sabah, dalam usaha dan kepercayaan mereka
untuk menuntut Sabah dari tangan Malaysia bagi pihak Jamalul Kiram III, secara
kekerasan, pihak keselamatan Malaysia telah membunuh 62 orang daripada mereka.
Manakala pasukan
keselamatan Malaysia kehilangan 10 anggota - lapan anggota polis dan dua
tentera.
Gerakan untuk merampas
semula Sabah dari Malaysia secara perang gerila ini diketuai oleh adik kepada
Jamalul Kiram III, Azzimudie Kiram. {Mstar}
No comments:
Post a Comment