Showing posts with label lahad datu. Show all posts
Showing posts with label lahad datu. Show all posts

Thursday, 13 February 2014

VIDEO !! AL-FATIHAH : PERISTIWA YANG TAK MUNGKIN RAKYAT #1MALAYSIA LUPAKAN. @PDRMsia @NajibRazak @Zahid_Hamidi


13 Februari 2013


Hari ini genap setahun kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah tetapi pemergian wira-wira kita masih dirasai sehingga ke hari ini. Admin dengan rasa rendah hati ingin memohon kepada anda semua untuk meluangkan sedikit masa mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.


jangan ditahan airmata itu andai kamu sebak menonton video tersebut... sesungguhnya aku sendiri menangis menontonnya...

Buat Isteri, buat anak anak, buat Mak dan ayah, buat Ibu dan ayah mertua, buat kita para penduduk Malaysia. 

Kirimkan doa kita buat mereka ya. Berjuang untuk negara. Moga ALLAH mudahkan semuanya. Amin~~

Friday, 10 January 2014

Satu Lagi Pencerobohan Bersenjata Ke Sabah Digagalkan - KPN @KBAB51 @PDRMsia



Pasukan keselamatan berjaya menggagalkan cubaan orang asing untuk menceroboh ke Sabah dua minggu lalu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Ada satu cubaan pihak asing untuk memasuki Sabah tetapi kita berjaya mematahkan pencerobohan melalui kerjasama dengan pihak berkuasa lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.
Tan Sri Khalid Abu Bakar
Beliau berkata, ekoran insiden itu polis sedang berusaha untuk mempertingkatkan keselamatan di pantai timur Sabah dengan mempergiatkan Ops Cantas Khas.
Beliau berkata, Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esscom) telah melancarkan Ops Gasak bagi mengenal pasti pemberi maklumat yang berpotensi di pulau penginan di sekitar syurga menyelam yang terkenal Sipadan.
"Kes penculikan seorang pelancong Taiwan di Resort Pulau Pom Pom juga masih segar dalam ingatan kita... kita akan melakukan semua yang kita boleh bagi memastikan tiada pihak yang mampu untuk menyerang atau menceroboh kawasan itu," katanya pada sidang media.
Esscom ditubuhkan berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan agensi penguatkuasa iaitu Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) meliputi 10 daerah - Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, di pantai timur Sabah sepanjang -1,400 kilometer.
Terdapat laporan untuk mempertingkatkan penglibatan tentera di Lahad Datu dalam tempoh 48 jam pada bulan lepas.
Penduduk mendakwa mereka melihat helikopter tentera berlegar di udara dan keadaan adalah berlainan apabila terdapat kereta perisai dan tentera darat berada di kawasan itu.
Pegawai Esscom bagaimanapun berkata bahawa mereka adalah sebahagian daripada operasi yang sedang berjalan bagi membersihkan semua kawasan hitam.
Difahamkan amaran dikeluarkan selepas seorang anggota di sebuah pangkalan luar polis di Kg Sibuti di Dent Haven di kawasan Tungku menyalakan api apabila mendengar bunyi bot pam menghampiri pantai pada awal pagi.
Esscom dimaklumkan mengenai perkara itu helikopter dan tentera bergerak ke kawasan itu untuk pemeriksaan.
Insiden itu berlaku selepas serangan di Kampung Tandao, Lahad Datu pada Februari tahun lepas oleh pengikut yang mendakwa diri mereka sebagai pemerintah Sulu, Sultan Jamalul Kiram III.
Serangan itu mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, termasuk lapan anggota polis.
Khalid berkata, setiap tujuh balai polis di Esszone akan dilengkapi dengan 150 anggota polis manakala Pasukan Gerakan Am (PGA) pasukan akan ditempatkan tahun ini.
"Pada masa ini, kita menggerakkan anggota PGA dari negeri-negeri lain untuk membantu mengawal keselamatan di sana.
"Bagaimanapun, penambahan pasukan lain akan meningkatkan operasi keselamatan kami," katanya.
Beliau juga menjelaskan bahawa operasi polis marin juga akan dipergiatkan untuk melindungi kawasan perairan Sabah.
"Kami mahu memastikan tiada individu atau kumpulan yang boleh mengancam kedaulatan negara. Kami perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan dengan itu sebarang kelemahan akan diperbaiki dengan segera," katanya.
sumber.

Sunday, 20 October 2013

PENYERANG #LahadDatu : Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Dunia. @rakyatnews #1Malaysia


Sultan Jamalul Kiram III dari Filipina yang mendakwa dirinya Sultan Sulu dan melancarkan serangan berdarah terhadap Malaysia di Sabah pada awal tahun ini meninggal dunia akibat kegagalan organ kira-kira pukul 4 pagi Ahad, menurut isterinya, Fatima Kiram.
"Sultan meninggal dunia sebagai seorang yang miskin tetapi mulia," katanya kepada AFP, sambil menambah perjuangan untuk menuntut Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah kesultanan akan diteruskan.

"Kata-kata terakhirnya kepada semua saudara dan pengikut-pengikutnya adalah - 'Ia telah pun bermula. Marilah kita teruskannya untuk kebaikan rakyat kita. Jangan meninggalkan orang-orang kita," katanya memetik Jamalul Kiram III sebagai berkata.

Bagaimanapun, beliau berkata ini tidak bermakna keganasan baru akan dicetuskan, sebaliknya keluarganya bersedia untuk mengadakan rundingan dengan Malaysia.

Suaminya telah menjalani sesi dialisis dua kali seminggu untuk penyakit buah pinggang sebelum kematiannya.

Sementara itu, melalui temuramah anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram di radio tempatan, inquirer.net melaporkan bahawa Jacel berkata bapanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Dilaporkan bahawa Jamalul Kiram III telah dimasukkan ke Pusat Jantung Filipina pada Khamis.

Beliau meninggalkan sembilan anak.Jacel melalui temuramah radio berkata, "Apa yang telah bapa saya telah mulakan, telah ditinggalkan kepada kami untuk disambung...Kami tidak patut menghentikannya. Dia seorang yang baik dan tidak ternilai. Apa yang dia mahukan adalah, pada suatu masa diizinkan Allah bagi menuntut Sabah untuk Filipina...Kamilah orang-orang yang akan menyambungnya," menurut laporan inquirer.net
Pada 9 Februari lalu, kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram III menduduki Kampung Tanduo di Lahad Datu dan berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia dalam pencerobohan selama berminggu-minggu lamanya.

Untuk rekod, sejak para militan Sulu ini mendarat di Sabah, dalam usaha dan kepercayaan mereka untuk menuntut Sabah dari tangan Malaysia bagi pihak Jamalul Kiram III, secara kekerasan, pihak keselamatan Malaysia telah membunuh 62 orang daripada mereka.

Manakala pasukan keselamatan Malaysia kehilangan 10 anggota - lapan anggota polis dan dua tentera.

Gerakan untuk merampas semula Sabah dari Malaysia secara perang gerila ini diketuai oleh adik kepada Jamalul Kiram III, Azzimudie Kiram. {Mstar}


Saturday, 3 August 2013

PM Sampaikan Pingat Kedaulatan Negara Kepada Pengamal Media. @rakyatnews_my #lahadDatu


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 227 pengamal media yang terlibat dalam me mbuat liputan mengenai insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini.

Majlis penganugerahan itu diadakan sempena majlis berbuka puasa anjuran Jabatan Penerangan dan Jabatan Perdana Menteri di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Abdul Rahman Sulaiman; Pengurus Besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong; Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang beberapa organisasi media yang lain.

Sebanyak 17 petugas media dari Bernama menerima pingat tersebut.Lebih 1,000 pengamal media hadir pada majlis itu.

Najib dalam ucapannya sebelum berbuka puasa berkata kerajaan mengambil keputusan asas untuk menyampaikan pingat itu kepada pengamal media kerana apabila mereka dihantar membuat liputan berita di Felda Residence, Lahad Datu dan Semporna, mereka terdedah kepada risiko yang tinggi.

"Faktor penting ialah saluran maklumat yang tepat dan sahih oleh media kepada rakyat kerana seperti apa yang berlaku di Perang Vietnam ialah walaupun Amerika Syarikat mempunyai teknologi baharu tetapi akibat tidak mendapat sokongan rakyat akhirnya mereka kalah dalam perang tersebut.

"Berbeza di Malaysia, negara berjaya menumpaskan ancaman komunis dan berjaya memenangi hati dan minda rakyat sehingga kerajaan mendapat sokongan kuat dari rakyat," katanya.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia perlu bersatu dalam menghadapi sebarang ancaman dari dalam dan luar negara dan beliau melihat semangat patriotisme rakyat Malaysia sangat tinggi seperti ditunjukkan pada sambutan Hari Pahlawan di ibu negara Rabu lepas.

Katanya laporan berita menerusi media cetak, elektronik dan media sosial telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan membangkitkan semangat nasionalisme dan buktinya ialah apabila ramai rakyat Malaysia menyumbang dalam Tabung Lahad Datu sehingga mendapat jumlah kutipan yang tinggi.

Pengamal media tempatan yang menerima pingat itu adalah mereka yang berdaftar di pusat media dikendalikan Jabatan Penerangan di Felda Residence Sahabat, Lahad Datu, pada 15 Februari hingga 15 April lepas.

Pusat media itu diwujudkan bertujuan memudahkan petugas media membuat liputan berita, menganalisis laporan media tempatan dan antarabangsa, menangkis laporan negatif media asing dan menggunakan pendekatan media yang berkesan menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Pemberian pingat berkenaan adalah sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan bakti semua pihak termasuk pengamal media yang membantu menyampaikan maklumat yang telus dan tepat sepanjang Operasi Daulat (Op Daulat) di Lahad Datu, Sabah.

Liputan oleh pihak media telah banyak membantu menyampaikan maklumat terkini kepda orang ramai dalam menangani kejadian pencerobohan itu yang telah menggugat keselamatan dan keamanan negara.

Pada 5 Mac lepas, pasukan keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia melancarkan Op Daulat membanteras penceroboh berkenaan melalui strategi Lautan Biru setelah rundingan tiga minggu gagal.

Kejayaan gerakan ofensif itu menyaksikan 68 pengganas ditembak mati dan 173 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan 443 lagi atas pelbagai kesalahan lain.

Namun, lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban dalam insiden itu.BERNAMA

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, 3 July 2013

#LahadDatu: Masih Ada Perkara Sulit Tidak Didedahkan. @PDRMsia


Terdapat perkara sulit berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah yang belum didedahkan kepada umum, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurutnya perkara itu masih dirahsiakan kerana tidak mahu menjejaskan proses mahkamah yang kini dalam proses pendakwaan.

"Masih ada lagi yang belum diceritakan mengenai mengapa semua ini terjadi, kami akan tunggu masa yang sesuai untuk mendedahkannnya…adalah sukar untuk menerima hakikat kira-kira 200 orang berpakaian celoreng dan bersenjata secara tiba-tiba muncul," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas syarahan bertajuk 'Kerjasama Antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Semasa Ops Daulat: Satu Usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan' anjuran Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Midas) di sini Selasa.

Syarahan itu turut disertai Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bagi membincangkan kerjasama antara ATM dan PDRM dalam usaha menangani insiden pencerobohon pengganas Sulu terhadap negara ketika Operasi Daulat di Sabah.

Khalid berkata pihaknya akan mendedahkan perkara mengenai pencerobohan itu kepada umum apabila tiba masanya nanti.

"Kes itu masih berjalan di mahkamah, jadi kami tidak mahu mengganggu perbicaraan kes itu. Sebagaimana saya katakan apabila tiba masanya, jika perlu kami akan mendedahkannya," katanya.

Sementara itu, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan negara akan meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi kumpulan-kumpulan yang sebelum ini dianggap tidak memberi ancaman kepada kedaulatan dan keselamatan negara.

"Kumpulan pengganas yang tidak mewakili mana-mana negara ini adalah ancaman yang perlu diberi perhatian…kumpulan itu boleh menjadi satu cabaran jika dipergunakan pihak lain untuk politik atau agenda mereka," katanya.

Zulkifeli berpendapat pengganas Sulu yang tiba di Kampung Tanduo pada 12 Feb lepas menyasarkan serangan ketika Parlimen Malaysia dibubarkan dan seterusnya mencetus huru-hara terhadap kerajaan sementara.

"Mereka tiba kerana banyak desas-desus pilihan raya umum ke-13 (PRU13)adalah selepas Tahun Baharu Cina dan mereka hendak mengumpulkan kekuatan sebelum melakukan serangan besar-besaran untuk menuntut Sabah.

"Saya tidak tahu siapa yang memberi maklumat strategik kepada mereka tetapi bersyukurlah kita dapat mengesan mereka awal sebelum Parlimen dibubarkan dan mengambil tindakan menghalang mereka," katanya.

Insiden penceroboh pengganas selatan Filipina itu menggemparkan negara setelah mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas dan kerajaan melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam Operasi Daulat manakala 68 pengganas ditembak mati. - BERNAMA

KK: Tika dan saatnya nanti akan terbongkarlah kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan oleh mereka pengkhianat ini. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.












Saturday, 29 June 2013

#LahadDatu : Pencerobohan Sabah: Nombor dipintas dikata milik anak anggota @PDRMsia pemberi maklumat . @501Awani


Mahkamah diberitahu salah satu nombor yang dipintas dikenalpasti milik anak korporal Hassan Ali Basari yang dituduh menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Lahad Datu, ASP Ang Seow Aun, berkata maklumat berkenaan diperlukan bagi memperoleh maklumat keselamatan dan memastikan hubungan tertuduh dengan penceroboh Kampung Tanduo.

Ang yang merupakan pegawai penyiasat dalam kes itu memberi keterangan dalam perbicaraan ke atas Hassan.

Hassan dituduh dengan sengaja menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat ketua cawangan khas, ibu pejabat polis daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani. http://t.co/v4CpnZ0TNb


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 9 June 2013

#lahaddatu : 'bertemu' dengan 'lembaga' seperti manusia_Misteri Kampung Tanduo

"Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang.


BUNYI aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal

SEJAK awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami.

Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.

Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai.

Beberapa penduduk berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad Datu.

Menurut Ali Hadi, 30, dia pernah 'bertemu' dengan 'lembaga' seperti manusia yang melintas di laluan utama kawasan Felda itu.

"Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang.

"Saya beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut laju."

Menurut Ali, hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya ketika itu.

Seorang lagi penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula.

"Ada satu hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawit berhampiran rumah saya.

 “Mendayu-dayu. Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja."

Perkara itu turut diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam.

“Kami beberapa kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam kesakitan.

"Bila diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu malam dan tengah hari,” katanya.
Malah ada juga yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan.

Menurutnya pernah pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di situ.

Peluang menjejak kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami.

Melalui jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang dirasai.

Tidak pasti sama ada yang hadir itu 'angin' negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini.

Bertandang seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran kami.

Tidak tahu kenapa. Namun rasa aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini menjadi lokasi pendaratan pengganas.

Di tanjung Sungai Tanduo, perasaan sama muncul kembali.

Ketika merakam beberapa keping foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu, perasaan sama muncul kembali.

Seakan ada suara yang menyeru supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang ditinggalkan itu. Namun 'sergahan' anggota keselamatan yang mengiringi, menasihatkan kami berpatah balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan.

Rupa-rupanya kawasan itu adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu.

Memang...sepanjang berada di tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari arah semak, memerhati setiap gerak langkah kami.

Juga terasa seperti ada 'suara' yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke semak berkenaan.

Sebetulnya, kami tidak mahu berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang bertugas di sini. Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk hati untuk menidakkannya.

Hari merangkak petang. Namun kami tidak mampu menipu perasaan sendiri.
Aura aneh kembali hadir 'mengacau' jiwa.

Semakin lama semakin kuat. Dan secara diam...hadir perasaan ingin menunggu di lokasi kejadian. Tapi kehendak hati terhalang kerana anggota keselamatan yang mengiring sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan itu.

Kami bergerak ke arah kawasan rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan pengganas.

Kami lalui kawasan perkuburan pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi lokasi rakan kami merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon bimbitnya.

Kami tidak pasti apa objek berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di situ.

Dalam masa yang sama kami tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada sedikit rasa yang agak berbahang di kawasan berkenaan.

Boleh dikatakan rasa yang sama wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan mungkin juga 'bahang' yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman dilakukan semasa Op Daulat dahulu.

Seterusnya kami menjejak ke kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat berlindung sementara kumpulan pengganas.

Dari situ, langkah kami mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik pengganas menyusup masuk ke Kampung Tanduo.

Entah benar atau sekadar mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati pergerakan kami.

Berbeza dari kawasan sebelum ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika ini, terasa degup jantung lebih kencang berbanding biasa.

Kami akhiri kisah ini seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan.

Dalam perjalanan pulang, ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang berlari,

Namun tiada kelihatan apa-apa di sekeliling.
Mata terus liar memerhati untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu pergerakan.

Alhamdulillah...kami dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan selamat.

Terkenang kembali perjalanan semasa perjalanan... secara tidak sengaja kami ada mendengar perbualan antara anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah melihat terlihat kelibat manusia sewaktu berkawal.

Apabila dijejaki, tiada manusia yang ditemui.Tetapi mereka terjumpa kesan tapak kaki di persisir sungai.

Sama ada ia manusia atau bukan tiada dapat dipastikan!
 
Apapun, telah diakui oleh orang ramai termasuk penduduk dan pasukan keselamatan bahawa, kebiasaannya kawasan peperangan pasti akan menyimpan selingkar kisah-kisah misteri. sumber sinar

Thursday, 11 April 2013

Alhamdulillah !!! Dengan Izin Allah Malaysia terus Aman #PeaceSabah #Pahlawanku #ESSZONE #LahadDatu #OpsDaulat @PDRMsia #LahadDatu


‘Terima Kasih Perwira Negara, Sabah Milik Malaysia Selamanya’.Penduduk yang berada di dalam dan sekitar kawasan Felda Sahabat meneruskan kehidupan mereka seperti sedia kala, semalam, dengan keyakinan mereka dirangsang oleh pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (SSSA).

SSSA dibentuk bagi memastikan keselamatan penduduk di beberapa kawasan yang terjejas oleh pencerobohan sekumpulan lelaki bersenjata yang mendakwa diri mereka sebagai 'tentera diraja' Kesultanan Sulu dari selatan Filipina ke negeri di timur Malaysia itu.

www.opsdaulat.com  Aktiviti masyarakat di Kampung Simunul, Semporna dan pekan Lahad Datu yang sebelum ini terganggu ekoran pencerobohan kumpulan militan bersenjata dari Sulu kembali pulih.


user posted image
Selepas lebih seminggu diselubungi ketakutan, keadaan keselamatan yang terkawal tanpa ancaman baru memberi keyakinan kepada masyarakat tempatan untuk meneruskan aktiviti ekonomi dan sosial di daerah tersebut.



Tinjauan Bernama di Semporna mendapati masyarakat di daerah itu kembali sibuk menjalankan aktiviti masing-masing tanpa bimbang menjadi sasaran kumpulan penceroboh.



Kebanyakan kedai atau premis perniagaan termasuk bank-bank dan stesen minyak membuka perniagaan seperti biasa, manakala pasar-pasar awam kembali meriah dengan 'pekikan' para peniaga melariskan jualan. 



Perkhidmatan bot yang menjadi nadi dan alat pengangkutan utama penduduk berulang-alik dari pulau ke pekan Semporna juga dilihat rancak semula dengan jeti-jeti pendaratan dipenuhi bot manakala kawasan tumpuan pelancong yang sebelum ini suram kembali meriah dengan kemasukan pelawat asing.



Pembantu jualan Nurhasni Arabbahasa, 23, berkata perkembangan itu adalah sesuatu yang amat menggembirakan penduduk kerana mereka kini boleh menjalankan aktiviti harian yang sebelum ini terbantut seperti biasa.



"Saya bersyukur keadaan kembali tenang, sekaligus membolehkan kami menjalankan perniagaan seperti kebiasaan bermula awal pagi hingga ke malam, berbanding separuh hari semasa keadaan tegang," katanya yang berasal dari Kampung Kabogan. 



Perasaan itu turut dikongsi pemandu kenderaan penumpang yang menyifatkan tindakan segera pihak keselamatan menangani insiden tersebut sehingga keadaan pulih membolehkan beliau dan rakan-rakan kembali menawarkan perkhidmatan seperti biasa.



Hazie Lajari, 39, dari Kampung Tampe-Tampe berkata keadaan itu mendorong perkhidmatannya diperlukan ramai sekaligus membantu meningkatkan pendapatannya.



user posted image
Harapan supaya seluruh Semporna terkawal sepenuhnya turut disuarakan pesara tentera, Jamdi Kulambal, 57, yang berharap pihak keselamatan dapat memulihkan sepenuhnya ketakutan penduduk di daerah itu agar mereka segera boleh kembali menjalani kehidupan yang tenang seperti sebelum ini. 



Di Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat mengesahkan kehadiran polis yang mengawal keselamatan mengembalikan keyakinan masyarakat di situ untuk menjalankan aktiviti harian seperti biasa.



"Penduduk semakin yakin bahawa kejadian yang berlaku di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, tidak menjejaskan kehidupan harian penduduk dan ia memberi gambaran yang masyarakat memiliki kepercayaan tinggi terhadap peranan pasukan keselamatan," katanya. 



Peniaga sayur Hanisah Kurana, 50, berkata memang tiada kekacauan berlaku di pekan Lahad Datu dan tindakan beberapa peniaga menutup kedai hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana khuatir insiden di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas merebak ke pekan itu. 



Peniaga sayur, Umar Ahani, 30, pula mengakui beliau meneruskan perniagaannya seperti biasa walaupun ramai peniaga lain menutup kedai. Katanya, beliau tidak berbuat demikian kerana yakin kehadiran polis mampu memastikan keadaan di pekan itu selamat.


Wednesday, 3 April 2013

#LahadDatu : Seorang Lagi Datuk Seri Dicari Bantu Siasatan Kes Berkaitan #OpsDaulat #PeaceSabah @PDRMsia




Polis mencari seorang lagi lelaki tempatan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, Clarence Luing Karl@Muhammad Khalil John L Karl, 57, dicari kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.
"Lelaki yang alamat terakhir di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini Rabu.
Tanpa menjelaskan butiran lanjut lelaki itu, Tan berkata orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Rakan Cop atau balai polis berhampiran.
Sebelum ini seorang lelaki bergelar Datuk Seri telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor selepas dikaitkan dengan Operasi Daulat dan dia kemudian ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Sementara itu, beliau berkata, seramai 1,299 orang telah dibenar pulang ke rumah masing-masing sejak Selasa selepas tiga pusat pemindahan di Cenderawasih, Gemala Pura dan Fajar Harapan di sini ditutup.
Kini hanya tinggal 106 orang daripada 17 keluarga masih mendiami pusat pemindahan di Embara Budi berikutan rumah mereka mengalami kerosakan teruk, katanya.
Tan berkata, tiada pertempuran sejak 28 Mac lepas namun kawalan keselamatan masih dijalankan di semua lokasi di bawah Operasi Daulat.
Ditanya mengenai keselamatan orang ramai menjelang pilihan raya umum ke-13 setelah Dewan Rakyat dibubar pada Rabu, beliau berkata, penduduk yang layak mengundi tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi kerana pasukan keselamatan sentiasa mengawasi keadaan.
"Kawasan operasi adalah selamat, jadi jangan takut untuk laksanakan hak untuk keluar mengundi," katanya. - BERNAMA

Sunday, 31 March 2013

#LahadDatu : Gempar !!! Kelibat roh pengganas di Kampung Tanduo. @PDRMsia


Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.
Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.
Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.
"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.
"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.
Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.
"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.
"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.



Friday, 29 March 2013

#LahadDatu: Militan Pengawal 'Imam Tua' Mati Ditembak Di Kampung Simunul. @PDRMsia #PeaceSabah


Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, Khamis.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.
"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.

"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini Khamis.

Imam Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.

Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.

Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.

Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.

Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya.


- BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 27 March 2013

Krisis #LahadDatu : Misteri di sebalik Perjumpaan Sulit di Jakarta. @PDRMsia



Saya menulis berkenaan perkara ini lapan tahun yang lepas pada 2005. Namun mungkin ramai antara anda masih belum lagi membaca Malaysia Today pada tahun 2005 jadi terlepas untuk membaca apa yang saya tulis. 

Sesiapa yang masih mengingati apa yang saya tulis, ceritanya agak panjang namun secara asasnya berkisar tentang hubungan antara pemimpin Islam dalam Kerajaan Malaysia dan juga pemimpin Islam di Filipina serta peranan yang dimainkan Malaysia berhubung “hal ehwal dalaman” Filipina. 

Kebanyakan orang Malaysia tidak dapat memahami perbezaan antara Sulu, MNLF, MILF dan Abu Sayyaf—seperti mereka yang tidak mengerti perbezaan antara PLO dan Hamas. Walaubagaimanapun, izinkan saya merumuskan bahawa mereka ini adalah serpihan ataupun seteru kumpulan orang Islam di Filipina yang menuntut kemerdekaan, sama seperti orang Palestin di Timur Tengah. 

Malaysia sebagai sebuah negara Islam, bersimpati dengan orang Islam di Filipina—sama seperti orang Islam di Selatan Thailand—dan kita telah banyak membantu dalam apa cara bagi menyelesaikan isu di Filipina dan Selatan Thailand. 

Sepanjang jalan, bagaimanapun, sesuatu yang buruk telah berlaku. Seperti yang telah saya tulis pada tahun 2005, ada janji yang tidak dipenuhi. Dan ini ada kaitan dengan 'isu IC' Sabah (anda tidak perlu RCI untuk saya beritahu anda). Dan yang menyebabkan krisis tebusan Sipadan dan penglibatan Libya dalam menyelesaikan krisis selepas berbulan menemui jalan buntu. 

Dilaporkan sejumlah RM50 juta bertukar tangan untuk mendapatkan pembebasan tebusan, kos yang ditanggung oleh Libya. Sudah tentu, tiada siapa yang akan mengaku hakikat ini walaupun mereka sendiri tidak akan dapat untuk menjelaskan bagaimana dan mengapa tebusan tersebut akhirnya dibebaskan. 

Tetapi semua itu berlaku beberapa dekad yang lalu. Kita bercakap tentang permulaan krisis pada tahun 1970, apabila ramai daripada anda masih belum dilahirkan lagi, dan krisis tebusan 30 tahun kemudian pada tahun 2000. Sejak itu segala-galanya telah menjadi sangat tenang – sehinggalah tahun lepas apabila keseluruhan perkara ini telah dibangkitkan dalam persediaan untuk pilihanraya umum akan datang. 

Ini apa yang berlaku baru-baru ini. 

Pada 16 Julai 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Nur Misuari yang sangat rapat dengan Anwar sejak Anwar berada dalam kerajaan, dan komander tentera MNLF. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Jakarta dan telah diatur oleh Ahli Parlimen Indonesia, seorang lagi kawan rapat Anwar, dibawah arahan Anwar sendiri. 

Mesyuarat kedua telah diadakan di Manila pada 4 Ogos 2012 untuk memuktamadkan dan menandatangani perjanjian. Anwar terbang ke Manila dengan penerbangan MH 704, dan jika anda semak butiran penerbangan, anda dapat mengesahkan perkara ini, dan beliau juga telah ke Jakarta hanya dua minggu sebelum itu. 

Dalam mesyuarat itu, Anwar memberitahu Misuari bahawa dia memerlukan bantuan untuk memenangi pilihanraya umum akan datang. Pakatan Rakyat yakin memenangi sekurang-kurangnya 82-85 daripada 165 kerusi di Semenanjung Malaysia. Beliau tidak yakin dengan 57 kerusi di Sabah, Sarawak dan Labuan. 

Pakatan Rakyat perlu menang sekurang-kurangnya 30 daripada 57 kerusi di Malaysia Timur untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang cukup tipis tetapi selesa. (Anwar boleh meningkatkan majoriti ini kemudian dengan membawa ahli-ahli parlimen Barisan Nasional untuk beralih arah apabila mereka membentuk kerajaan). Untuk ini berlaku, Anwar memerlukan sokongan umat Islam di Malaysia Timur, khususnya di Sabah, ramai daripada mereka adalah orang Islam Filipina dengan kewarganegaraan Malaysia dan hak mengundi. 

Anwar berjanji kepada Misuari bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak akan diberi autonomi, seperti yang telah mereka perjuangkan selama lebih 42 tahun sejak tahun 1970. Kedua-dua negeri di Malaysia Timur juga akan diberikan royalti minyak 20%, peningkatan sebanyak 15% daripada kadar semasa 5%. Ini akan memastikan bahawa kedua-dua negeri ini akan menjadi sangat kaya - dianggarkan RM4 bilion setahun bagi setiap negeri. 

Tambahan pula, semua rakyat Filipina yang bukan warganegara Malaysia di Malaysia Timur akan diberi kewarganegaraan, atau sekurang-kurangya status pemastautin tetap yang sangat minimum, supaya mereka boleh mencari pekerjaan di Sabah. Pekerjaan untuk mereka juga akan dijamin. 

Nur Misuari bersetuju dengan terma-terma tersebut dan kemudiannya melantik Haji Ibrahim Omar sebagai penyelaras MNLF atau 'duta tidak rasmi' ke Sabah untuk membantu Anwar meraih sokongan umat Islam Filipina di negeri itu. 

Dan itulah sebabnya kerajaan Malaysia teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik apabila krisis Lahad Datu mula menjelma. Pihak Kerajaan tahu ada sesuatu di sebalik insiden tersebut dan pada masa itu masih belum jelas kaitannya secara total. 

Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja. Mengambil tindakan ketenteraan hanya akan memberikan kelebihan kepada pihak pengkomplot dan meyakinkan pihak orang Islam Filipina di Sabah agar bangkit menyokong Anwar bagi mendapatkan autonomi dari pihak Kerajaan Persekutuan. 

Ya, kejadian di Lahad Datu adalah satu 'wayang', seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. Tidak ramai yang akan berani untuk menyangkal perkara ini. Ramai rakyat Malaysia juga yakin bahawa terdapat 'dalang' di sebalik kejadian ini. Apa yang mereka tidak tahu ialah: Siapa dalang tersebut? Malaysia Today telah mendedahkan cerita ini dan saya mencabar kerajaan Malaysia untuk menafikan kesahihan apa yang saya baru dedahkan. 


Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan ialah samada 'perang mulut' antara MNLF dan MILF juga satu “wayang”. Dengan mencanangkan konflik ini, proses damai akan hancur berkecai dan ini memberi mereka alasan untuk meneruskan konflik bersenjata. Walaubagaimanapun, hubungan antara MNLF dan serpihan kumpulan lain tidaklah bergejolak seperti apa yang ia pamerkan di sebalik tabir, jika gambar di atas dijadikan kayu ukurannya. 

Kesimpulannya, memang wujud banyak plot dan sub-plot dalam perkara ini, yang mana akhirnya kita sendiri tidak mengetahui siapa yang mempermainkan siapa.

- Raja Petra Kamarudin 

Sumber Asal : The untold story of the Lahad Datu incident