"Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang.
BUNYI aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat
manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota
keselamatan yang berkawal
SEJAK awal
menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku
selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami.
Kisah Kampung
Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak
lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.
Kewujudan kampung
itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram,
sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai.
Beberapa penduduk
berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah
terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke
Pekan Lahad Datu.
Menurut Ali Hadi,
30, dia pernah 'bertemu' dengan 'lembaga' seperti manusia yang melintas di
laluan utama kawasan Felda itu.
"Masa tu hujan
renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat
mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang.
"Saya
beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika
benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada
siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam
kenderaan dan terus memecut laju."
Menurut Ali,
hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya
ketika itu.
Seorang lagi
penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga
menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula.
"Ada satu
hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun
kelapa sawit berhampiran rumah saya.
“Mendayu-dayu.
Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih
jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi
polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja."
Perkara itu turut
diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami
perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam.
“Kami beberapa
kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam
kesakitan.
"Bila
diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan
terutama pada waktu malam dan tengah hari,” katanya.
Malah ada juga
yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan.
Menurutnya pernah
pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa
di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada
sesiapa di situ.
Peluang menjejak
kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk
dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh
penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami.
Melalui
jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada
sejenis aura yang dirasai.
Tidak pasti sama ada
yang hadir itu 'angin' negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik
rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini.
Bertandang
seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak
degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan
mengawasi kehadiran kami.
Tidak tahu
kenapa. Namun rasa aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini
menjadi lokasi pendaratan pengganas.
Di tanjung Sungai
Tanduo, perasaan sama muncul kembali.
Ketika merakam
beberapa keping foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu,
perasaan sama muncul kembali.
Seakan ada suara
yang menyeru supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang
ditinggalkan itu. Namun 'sergahan' anggota keselamatan yang mengiringi,
menasihatkan kami berpatah balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan.
Rupa-rupanya
kawasan itu adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu.
Memang...sepanjang
berada di tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari
arah semak, memerhati setiap gerak langkah kami.
Juga terasa
seperti ada 'suara' yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke
semak berkenaan.
Sebetulnya, kami
tidak mahu berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang
bertugas di sini. Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk
hati untuk menidakkannya.
Hari merangkak
petang. Namun kami tidak mampu menipu perasaan sendiri.
Aura aneh kembali
hadir 'mengacau' jiwa.
Semakin lama
semakin kuat. Dan secara diam...hadir perasaan ingin menunggu di lokasi
kejadian. Tapi kehendak hati terhalang kerana anggota keselamatan yang
mengiring sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan itu.
Kami bergerak ke
arah kawasan rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan
pengganas.
Kami lalui
kawasan perkuburan pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi
lokasi rakan kami merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon bimbitnya.
Kami tidak pasti
apa objek berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di situ.
Dalam masa yang
sama kami tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada
sedikit rasa yang agak berbahang di kawasan berkenaan.
Boleh dikatakan
rasa yang sama wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan
mungkin juga 'bahang' yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman
dilakukan semasa Op Daulat dahulu.
Seterusnya kami
menjejak ke kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat
berlindung sementara kumpulan pengganas.
Dari situ,
langkah kami mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik
pengganas menyusup masuk ke Kampung Tanduo.
Entah benar atau
sekadar mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati
pergerakan kami.
Berbeza dari
kawasan sebelum ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika
ini, terasa degup jantung lebih kencang berbanding biasa.
Kami akhiri kisah
ini seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan.
Dalam perjalanan
pulang, ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang berlari,
Namun tiada
kelihatan apa-apa di sekeliling.
Mata terus liar
memerhati untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu
pergerakan.
Alhamdulillah...kami
dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan selamat.
Terkenang kembali
perjalanan semasa perjalanan... secara tidak sengaja kami ada mendengar
perbualan antara anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah
melihat terlihat kelibat manusia sewaktu berkawal.
Apabila dijejaki,
tiada manusia yang ditemui.Tetapi mereka
terjumpa kesan tapak kaki di persisir sungai.
Sama ada ia manusia
atau bukan tiada dapat dipastikan!
Apapun, telah
diakui oleh orang ramai termasuk penduduk dan pasukan keselamatan bahawa,
kebiasaannya kawasan peperangan pasti akan menyimpan selingkar kisah-kisah
misteri. sumber sinar
No comments:
Post a Comment